You are on page 1of 17

Merejam Lembing 1.

0 Sejarah Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah. 2.0 Prinsip Asas Merejam Lembing Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis. Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih. 3.0 1)

Keselamatan Para Pelatih Semasa membawa lembing Mata lembing biarlah menghadap ke bawah Jangan berlari Semasa latihan

2)

Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam

Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh jurulatih

Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan setiap pelajar secara maksimum

4.0

Bahagian-Bahagian Lembing Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian

lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor. Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam amatur mahupun professional. Gaya rejaman tersebut ialah Gaya Rejaman Dari Atas Bahu dan Gaya Rejaman Dari Bawah Bahu.

Gambarajah 1: bahagian-bahagian lembing

5.0

Gaya Memegang Lembing

Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu; a. Gaya Amerika b. Gaya Finnish c. Gaya U-Grip

A)

Gaya Amerika

Gambarajah 2: Pegangan lembing Gaya Amerika Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain. B) Gaya Finnish

Gambarajah 3: Pegangan lembing Gaya Finnish Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah. C) Gaya Pegangan U-Grip

Gambarajah 4: Pegangan lembing Gaya U-Grip Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah. 6.0 Kawasan Rejaman Lembing Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5

m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

Gambarajah 5: Kawasan Rejaman Lembing

7.0

Gaya Rejaman Lembing

Terdapat 2 gaya rejaman iaitu: a. Gaya atas bahu b. Gaya sisi

A)

Gaya Atas Bahu

Gambarajah 6: Gaya Atas Bahu Peserta juga harus memegang lembing pada aras yang lebih kurang sama dengan aras telinga dan selari dengan tanah.

B)

Gaya Sisi

Gambarajah 7: Gaya sisi

Lembing dipegang dengan tangan lurus ke belakang. Lembing berada dibahagian rusuk pada aras pinggang semasa bersedia untuk berlari, semasa berlari dan sehingga tiba masa lembing dilancarkan.

8.0

Teknik Rejaman Lembing

Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut: I. II. III. IV. Fasa persediaan Fasa lari landas Fasa rejaman Fasa ikut lajak

1. Fasa persediaan Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman Pandang kearah kawasan rejaman

2. Fasa lari landas Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman

3. Fasa rejaman

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang

Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing

Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman

4. Fasa ikut lajak

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki

Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

Gambarajah 8: Teknik Rejaman Lembing 9.0 Peraturan Asas Pertandingan Merejam Lembing Lembing mesti dipegang di bahagian balutannya. Rejaman dikira batal sekiranya mata lembing ( kepalanya ) tidak menyentuh tanah terlebih dahulu, iaitu tidak mendahului bahagian-bahagian lain lembing. Rejaman dikira batal jika peserta menyentuh garis lengkungan bulatan atau kawasan di hadapannya. Peserta hanya boleh meninggalkan landas lari setelah lembing itu mendarat. Lembing mesti direjam melalui atas bahu atau bahagian lengan. Cara merejam yang luar biasa tidak dibenarkan. 10.0 Cara Mengukur Dan Mencatat Jarak Rejaman Semasa mengukur rejaman, pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus. Ia hendaklah diukur dari kesan yang ditandakan oleh lembing hingga ke pusat lengkungan. Jarak rejaman dapat dilihat di bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam garis lengkungan. Mengikut undang-undang acara lembing, sekiranya jarak yang diukur itu menunjukkan angka

ganjil,maka hendaklah dicatatkan angka genap yang sebelumnya. Misalnya, jarak 30.15 meter hendaklah dicatatkan sebagai 30.14 meter.

Acara Tukul Besi


1.0 Sejarah Acara Tukul Besi. Pada asalnya, sejarah membaling tukul besi adalah berasal daripada pemburuan zaman Neolitik. Pada ketika itu, manusia menggunakan kapak besi untuk memburu dengan membaling kapak tersebut ke arah binatang buruan. Pada peringkat permulaan, acara ini diadakan untuk menunjukkan kepahlawanan atau kekuatan sesorang. Pada tempoh tersebut, acara sukan telah dinamakan sebagai Wheel Hurling iaitu atlet akan membaling tukul besi di mana pemegangnya diperbuat daripada besi. Pada era yang berikutnya, acara sukan ini dimasukkan dalam permainan festival God Thor. Acara baling tukul besi ini berkembang pada era pertengahan. Bukti yang menunjukkan acara ini berkembang pada era tersebut ialah terdapatnya patung Joseph OHanrahan potret dan setengah daripada potret Clad Irish sedang membaling tukul besi. Selain itu, terdapat juga lukisan yang menunujukkan gambar King Henry VIII sedang membaling Blacksmiths Sledgehammer pada abad ke-16. Bukti-bukti ini jelas menyatakan bahawa pada abad ke-16 adalah merupakan satu era perkembangan bagi acara baling tukul besi dan acara ini juga telah menjadi satu acara rasmi pada tempoh tersebut.

2.0

Sejarah Baling Tukul Besi Secara Kronologi.

1866 - Sejak tahun ini acara membaling tukul besi menjadi acara yang biasa dalam acara padang di England, Scotland dan Ireland. Pada tempoh ini tukul besi diperbuat daripada besi asli. Manakala penyambung adalah batang besi 3 dan 3 kaki. 1875 - Berat tukul besi telah ditentukan.Iaitu 16 pound. Panjang batang besi adalah 3 kaki 6 inci. Manakala ruang yang digunakan adalah 7 kaki diameter. Tetapi pernyataan ini tidak diterima oleh kebanyakkan negara. Lagipun pusingan badan tidak dinyatakkan sebelum membaling tukul. 1887 - Ameteur Athletic Union of the United State telah menetapkan 7 feet bulatan dan 16 pound berat tukul besi.

1895 - A.J Flengan dan Ireland menggunakan 3 lompat pusingan untuk membaling tukul besi.Langkah ini digunakan pada saringan-saringan seterusnya di kalangan antarabangsa. 1896 - Dengan menggunakan kaedah di atas dan mencipta rekod dari 147 feet ke 184 feet . Batang besi digantikkan dengan rantai besi untuk memudahkan pergerakan. 1900 - Acara melontar tukul besi dimasukkan dalam sukan olimpik dan mengalami perkembangan seterusnya. Peralatan Dan Kawasan Baling tukul besi memerlukan peralatan dan kawasan khas, sama seperti acara-acara

3.0

lontaran lain. Dengan adanya peralatan serta kawasan khas acara ini dipertandingkan, sejak permulaan abad ke-20 hinggalah kini. Peserta yang Berjaya membuat balingan paling jauh dengan menggunakan peralatan yang disediakan dan teknik yang ditetapkan, dikira sebagai pemenang. Untuk mendaptkan jarak paling jauh, sudah tentu peserta harus mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membuat lontaran. 4.0 Pembuatan Tukul Besi

Tukul besi mengandungi tiga bahagian iaitu: a. Buah tukul b. Dawai c. Pemegang

4.1

Buah Tukul Buah tukul selalunya diperbuat daripada besi atau logam yang tidak lembut daripada

tembaga yang padu atau kelongsong diperbuat daripada logam-logam tadi yang dipadatkan dengan plumbum ataupun bahan padu yang lain dengan garis pusat minimum 110 mm untuk lelaki dan 95 mm untuk perempuan. Ia mestilah berbentuk sfera ataupun berbentuk bulatan. Untuk kejohanan peringkat antarabangsa yang diiktirafkan berat bola ini ialah 7.26 kg.

4.2

Dawai Dawai hendaklah terbentuk daripada seutas dawai keluli yang tidak bersambung dan

tidak kurang daripada 3 mm garis pusatnya. Dawai tersebut boleh digelungkan di kedua-dua hujungnya untuk tujuan menyambungkannya dengan bahagian tukul yang lain. 4.3 Pemegang Pemegang hendaklah kukuh dan tegar dan ianya hendaklah berada dalam keaadan yang selapis tanpa adanya sebarang penyambung. Ia juga mestilah berbentuk tiga segi tiga dua sama atau sektor yang berbentuk bulatan dan tidak boleh meregang ketika dibaling. Sambungannya kepada dawai diperbuat sedemikian rupa adalah supaya tidak tergelincir atau berputar dalam cecincin tersebut atau pada dawainya yang boleh menambahkan panjang keseluruhan tukul. Selain itu, pemegang juga bolehlah berbentuk lurus atau melengkok dengan lebar maksimum dalamnya 130 mm dan ukuran panjang dalamnya 110 mm. kekuatan minimum untuk pemegang terputus ialah 80 kn iaitu 800 kgf. Pemegang tukul besi boleh jadi satu atau dua binaan bulatan, tetapi mesti tegar ketika balingan dilakukan. Bahagian pemegang boleh jadi lurus atau melengkung sedikit dimana bahagian yang melekat bertemu pemegang untuk memberikan kepada tangan atlet. 5.0 Bentuk Kurungan Baling Tukul Besi 1. Kurungan hendaklah berbentuk U dari pandangan atas manakala lebar buka pintunya ialah 6 meter yang diletak 7 meter dari pusat bulatan bilangan. 2. Tinggi jaring dinding hendaklah sekurang-kurangnya 7 meter supaya panel dinding 2.80m di belakang kurung jaraknya 10m kepada paksi pintu. 3. Perkiraan hendaklah dibuat semasa mereka bentuk dan memasangnya bagi mengelakkan tukul besi menghentam penyambung tetulang atau jaringnya atau bebola membolosi bawah jaring. 4. Titik hujung lebar 60 meter akan berada di dalam jaring perpangsi. 5. Dua keping panel dinding berjaring yang berukuran dua meter lebar yang boleh diselakkan, hendaklah disediakan di depan pintu kurungan, tetapi hanya satu sahaja yang beroperasi pada satu-satu masa. Tinggi minimum panel dinding ini ialah 10 meter.

5.1

Jenis Kurungan 1. Jaring kurungan boleh dibuat daripada tali serat asli ataupun tali serat tiruan. 2. Manakala saiz antara lubang-lubang maksimum jaring tersebut ialah 50 mm untuk jaring keluli manakala 44 mm untuk jaring bertali. 3. Saiz minimum lubang antara jaring tersebut ialah bergantung kepada pembinaan kurungan, tetapi hentaman kekuatan mestilah wajar 300 kg. 4. Bagi mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku, jaring besi ataupun jaring tali mestilah ditarik keluar setiap 12 bulan ataupun sama dengan setahun. 5. Spesifikasi untuk jarinagn dan prosedur pertandingan keselamatan telah dikeluarkan di dalam kawal fasimili Balapan dan padang IAAF.

6.0

Kawasan Lontaran Kawasan khas untuk membuat balingan disediakan untuk acara ini. Kawasan ini

merupakan kawasan yang berbentuk bulatan. Bulatan hendaklah diperbuat daripada lingkaran besi, keluli atau bahan lain yang sesuai dan bahagian atasnya sama rata dengan kawasan yang sekelilingnya. Selain itu, kawasan bumi tersebut mungkin diperbuat daripada konkrit, sentitik asfalt , kayu atau sebarang bahan sesuai mengelilingi bulatan. Manakala, bahagian dalam bulatan boleh diperbuat daripada konkrit, asfalt atau bahan yang lain kukuh tetapi tidak licin. Permukaanya hendaklah rata dan lebih rendah antara 1.4sm-2sm daripada bahagian atas lingkaran bulatan. Garis pusat bahagian dalam bulatan hendaklah 2.135m (+-5mm) bagi acara baling tukul besi. Selain itu, lebar lingkaran bulatan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 6 mm dan diwarnakan putih. Tukul Besi boleh dibaling menggunakan bulatan cakera asalkan garis pusat bulatan dikurangkan dari 2.50 meter ke 2.135 meter dengan meletakkan satu lagi lingkaran di dalamnya. Satu garisan putih selebar 5 sm hendaklah dibuat di kedua-dua belah bulatan, menganjur ke luar sekurang-kurangnya 0.75 meter. Garisan ini boleh saja dibuat dengan menggunakan cat putih atau diperbuat daripada kayau atau bahan lain yang sesuai. Titik di antara kedua-dua pangkal garisan tadi sewajarnya membentuk satu garisan maya merintisi garis pusat bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah sektor mendarat. Atlet tidak dibenarkan menyembur atau menaburkan sebarang bahan di dalam bulatan atau pada kasutnya atau mengesatkan permukaan bulatan.

6.1

Kawasan Pendaratan Kawasan pendaratan tukul besi terdapat di hadapan bulatan balingan. Kawasan

pendaratan itu merupakan kawasan bersudut 40 darjah yang diukur dari titik tengah bulatan lontaran. Kawasan pendaratan dipagari oleh dua garisan yang panjangnya bergantung kepada peringkat kejohanan yang dijalankan. Tebal garisan ini ialah 5 cm setiap balingan hendaklah diarahkanke dalam kawasan pendaratan ini. Mana-mana balingan yang tukulnya tidak mendarat dalam kawasan ini dikira batal dan jaraknya tidak dikira. Jarak balingan diukur dari tempat tukul mendarat sehingga ke bulatan lontaran. 7.0 Peraturan-Peraturan Membaling

Berikut adalah merupakan undang-undang yang dibentuk khas untuk acara baling tukul besi ini yang dikeluarkan oleh IAAF. 1. Setiap peserta akan membuat balingan mengikut susunan atau giliran yang ditetapkan sebelum pertandingan, iaitu menerusi undian yang dijalankan. 2. Sekiranya terdapat lebih daripada lapan orang peserta, mereka akan diberikan tiga balingan setiap seorang. Lapan peserta yang mencapai balingan terbaik akan memasuki pusingan akhir, dengan memberikan mereka tiga balingan lagi. Balingan yang mencapai jarak yang paling jauh tanpa batal akan dikira sebagai pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang peserta, mereka akan diberikan enam terus diberikan enam balingan setiap seorang. 3. Peserta hendaklah memulakan balingan daripada kedudukan berdiri dan statik di dalam bulatan balingan yang disediakan. Bagaimanapun tukul besi boleh berada diluar bulatan atau menyentuh tanah semasa peserta memulakan pergerakan sebelum membaling. 4. Peserta boleh menyentuh mana-mana bahagian di dalam bulatan lontaran semasa melakukan pergerakan untuk balingan. 5. Peserta akan dibatalkan sekiranya dia menyentuh atau mana-mana bahagian tubuhnya menyentuh kawasan diluar bulatan lontaran semasa melakukan pergerakan untuk membuat balingan.

8.0

Teknik-Teknik Asas Untuk Acara Baling Tukul Besi Seperti lempar cakera, acara baling tukul besi dijalankan di dalam bulatan yang

berdiameter 2.135 meter dan tukulnya hendaklah mendarat di dalam kawasan yang bersudut 40 darjah daripada bulatan balingan.permulaannya hendaklah daripada kedudukan statik di dalam bulatan balingan itu. Untuk membuat balingan, peserta hendaklah bersedia, sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Latihan yang mencukupi dan pengawasan jurulatih berpengalaman adalah perlu bagi mambantu peserta memahirkan diri dengan setiap pergerakan dalam perlakuan membuat balingan, dan pada masa yang sama mencapai jarak balingan yang diharapkan. Cara melakukan balingan dalam acara baling tukul besi adalah hampir sama dengan melakukan lontaran dalam acara-acara lontaran yang lain. Yang brbeza Cuma jenis peralatan lontaran yang sekaligus membezakannya dengan yang lain. Antara persamaan termasuklah dari segi persediaan, pergerakan awal, cara memegang, melakukan balingan, dan ikut lajak. Semua pergerakan ini menghasilkan teknik balingan yang bukan sahaja berbeza antara satu peringkat dengan peringkat yang lain, tetapi juga antara satu acara yang lain. Terdapat juga beberapa peringkat dalam pergerakan membuat balingan tukul besi ini. Setiap peserta harus dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat pergerakan ini supaya pergerakan keseluruhan membaling tukul besi dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan berkesan. Peringkat-peringkatnya adalah seperti berikut: a. Cara memegang tukul besi serta persediaan awal. b. Melakukan putaran. c. Memusingkan dan memutarkan badan. d. Membuat lontaran. e. Ikut lajak atau pergerakan susulan.

8.1

Memegang Tukul Besi Dan Bersedia Peringkat pertama dalam perlakuan membaling tukul besi selepas seseorang itu

bersedia ialah memegang tukul besi. Peserta hendaklah mendapatkan pegangan yang selesa dan betul pada bahagian pemegang yang disediakan. Untuk memulakan pegangan, peserta hendaklah berada pada kedudukan sedia di dalam bulatan balingan. Untuk mendapatkan cara pegangan yang betul dan sempurna ialah dengan memulakan pegangan tukul pada tangan kiri dengan kekuatan pegangan diletakkan pada jari-jari.

Kemudian, letakkan tangan kanan diatas tangan kiri dengan pegangan yang sama serta penekanan pada menyokong tangan kiri dan mendapatkan pegangan yang selesa supaya keselamatan tukul besi dan pegangan terjamin. Pada masa itu, peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang selesa seperti kedudukan badan dan kaki. Selain itu, kedudukan statik yang mula-mula biasanya di belakang bulatan lontaran berhampiran garisan belakang, dengan membelakangkan arah balingan. Akhir sekali, tumpukan perhatian dan konsentrasi pada tukul besi dan kawasan balingan. 8.2 Melakukan Putaran Putaran yang dimaksudkan dalam acara baling tukul besi ialah pergerakan peserta memutarkan tukul besi beberapa kali bagi mendapatkan kedudukan dan masa yang sesuia dan selesa untuk membuat balingan. Putaran juga dilakukan bagi mendaptkan rentak dan kelajuan awal sebelum mebuat balingan. Untuk melakukan putaran dengan cara yang betul, pertamanya, peserta mestilah menempatkan tukul besi yang selesa dalam pegangan tangannya pada kedudukan kanan di belakang kaki, sambil kaki kanan diluruskan dan kaki yang sebelah lagi dibengkokkan sedikit untuk mendapatkan keseimbangan. Kemudian, peserta mestilah menarik tukul besi melintasi bahagia hadapan tubuhnya, dengan pegangan tangan masih selesa pada tempat pegangan tukul besi. Selain itu, lengan peserta hendaklah diluruskan di hadapan tubuhnya sendiri. Langkah yang seterusnya, peserta mestilah membengkokkan lengan untuk mengembalikan tukul besi ke belakang kepalanya. Semasa dalam putaran, tukul akan bergerak meninggi ke sebelah kirinya dan menurun ke sebelah kanannya. Tukul besi haruslah mencapai kedudukan tertinggi pada bahagian belakang peserta dan terendah di hadapannya. Peserta hendaklah menggerakkan tubuhnya mengikut pergerakan putaran tukul bagi mendapatkan momentum yang betul. Biasanya, peserta akan melekukan tuga pusingan atau putaran, sambil kelajuan putaran ditingkatkan dari satu pusingan ke satu pusingan berikutnya. 8.3 Memusing Dan Memutarkan Badan Setelah melakukan putaran tukul besi tiga kali dengan kelajuan meningkat, peserta kini bersedia untuk melakukan putaran atau pusingan badan pula. Jika dalam peringkat putaran, penekanan adalah pada pergerakan lengan bersama tukul, penekanan semasa memusing ialah pada kedudukan kaki dan badan peserta yang harus digerakkan besama putaran lengan dengan keseimbangan badan terus dikekalkan. Perlu diingat iaitu penahanan

(pivot) adalah pada kaki, manakala memusing adalah pada badan bagi mengawal semasa berpusing. Untuk melakukan pergerakan ini, pusingan badan harus dilakukan mengikut rentak dan pergerakan dan gerakan tukul besi yang dipegang. Pada pusingan tukul yang pertama, peserta hendaklah mengikut tukul, manakala dalam pusingan kedua, tukul yang mengikut peserta manakala dalam pusingan yang ketiga ialah untuk mengawal momentum dan menyediakan badan untuk melakukan balingan. Selain itu, peserta harus mengekalkan berat badan pada sebelah kiri, manakala tukul bergerak ke arah kaki kanan. Pada pusingan yang ketiga merupakan pusingan akhir peserta sebelum membuat balingan. Ini bermakna peserta sudah bersedia untuk membuat balingan. 8.4 Membuat Balingan Peringkat pergerakan dalam acara membaling tukul besi ialah melepaskan tukul besi daripada pegangan tangan sebagai membuat lontaran, ke dalam kawasan pendaratan yang disediakan. Balingan dibuat selepas peserta melepasi pusingan badan kali ketiga dengan kelajuan pusingan berada di peringkat maksimum. Untuk lakuan ini, peserta mestilah memindahkan berat badannya dengan pergerakan menentang tekakan tukul. Kemudian, kaki kiri peserta debengkokkan sedikit sebagai persediaan untuk balingan. Selain itu, peserta juga harus memasukkan tekanantambahan pada tukul dengan bantuan kaki, pinggang, dada dan tangan sebagai persediaan akhirnya membuat balingan. Untuk melakukan balingan, peserta haruslah mengikut arah yang dikehendaki dengan melepaskan balingan pada pusingan badan dan tangan pada kelajuan yang paling maksimum. Akhir sekali, peserta mestilah memastikan keseimbangan badan terjamin tanpa menyebabkan pergerakan menjadi batal. 8.5 Ikut Lajak Atau Tindakan Susulan Ikut lajak atau tindakan susulan selepas tukul dilepaskan daripada pegangan tangan, merupakan pergerakan terakhir dalam acara baling tukul besi ini. Yang penting ketika ini ialah peserta dapat mengimbangi kedudukan kaki danbadannya. Seperti dalam acara-acara lontaran yang lain, peserta memerlukan pengunduran selepas tukul dibalingkan, untuk mngekalkan momentum pergerakan. Sebelum peserta meninggalkan bulatan balingan, peserta harus menunggu sehingga tukul yang dilontarkannya selamat mendarat di dalam kawasan pendaratan yang disediakan.

You might also like