You are on page 1of 35

SSR 3063 : PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHAP 2

SESI PENGAJIAN :

SEMESTER 4 (AMBILAN MAC 2011)

PROGRAM :

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)

1. MOHD FAIZAL BIN ABDUL RANI BUTIRAN PELAJAR : 781214-01-6193 PPG/20355/11 PENDIDIKAN SENI VISUAL

TUGASAN :

KERJA KURSUS INDIVIDU

KRITIKAN SENI TERHADAP SENI LUKISAN THE RAFT OF THE TAJUK TUGASAN MEDUSA KARYA JEAN LOUIS ANDRE THEODORE GERICAULT

NAMA PENSYARAH :

ENCIK KHAIRUL ALBAR BIN MASROR

TARIKH HANTAR :

08 DISEMBER 2012

MARKAH :

INTIPATI KANDUNGAN 1. Pengenalan Jenis-jenis lukisan Elemen asas lukisan Proses penghasilan lukisan Pemahaman dan kritikan seni Aspek-aspek kritikan karya seni Pendekatan dan Strategi kritikan seni

2. Perkembangan Seni catan dan Aliran Seni Eropah Aliran Romantisme

3. Lukisan 2 Dimensi The Raft of The Medusa Maklumat asas lukisan Maklumat biodata pelukis

4. Kritikan Seni Diskripsi mengenai karya lukisan Analisa Unsur Seni Rupa Kritikan aspek unsur seni Kritikan aspek prinsip seni

5. Tafsiran Karya Lukisan

6. Penilaian Keseluruhan Karya Seni

7. Bibliografi

PENGENALAN Seni Merentasi Zaman Pernahkah anda mendengar ungkapan yang tertera di atas ? Adakah anda faham dan mengerti intipati tersirat ungkapan tersebut ? Secara umumnya , ungkapan ini sememangnya benar dan tepat kerana seni akan sentiasa berubah mengikut peredaran masa . Dalam perkembangan seni di dunia , akan ada aliran-aliran baru yang menjadi anutan dan pegangan para pencinta dan pengkarya seni dari tahun ke tahun .

Terdapat juga pengkarya seni zaman baru yang berpegang pada aliran seni yang dipelopori oleh pengkarya awal sebelumnya . Masing-masing mempunyai teori dan takrifan yang diperjuangkan mengikut ideologi dan aliran tersendiri . Seni sememangnya bersifat indah. Seni juga sangat halus rohnya . Setiap karya seni itu mempunyai nilai estetika yang tinggi dan tersendiri . Seni adalah pelbagai bidang. Jika dilihat dari aspek psikologi pula , seni diterjemahkan sebagai suatu cara santapan rohani dan jiwa. Sejak zaman prasejarah lagi , seni dianggap penting dalam kehidupan masyarakat ketika itu kerana melalui seni , mereka berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia . Apabila dibicarakan tentang seni , tidak dapat tidak , ia akan dikaitkan pula dengan lukisan kerana antara seni dan lukisan , adalah sangat rapat hubungannya . Jika seni melibatkan ekspresi perasaan dan emosi pengkaryanya , begitu juga halnya kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati lalu diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Sebagai contoh , seorang pengkarya amatur , Yusuko Yagamata ,yang berpusat di negara Matahari Terbit telah menghasilkan sebuah lukisan yang bertajuk Unforgettable Fire pada tahun 1945 . Lukisannya berkisarkan tentang peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima . Oleh yang demikian ,secara langsung menunjukkan lukisan adalah satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi sejarah selain dinilai dari aspek artistik sahaja . Hal ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu daya visualisasi, daya emosi dan kepekaan daya estetika.
3

Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis semata-mata , tetapi ia adalah milik semua peringkat usia manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconteng kertas atau dinding-dinding di atas

merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan

perasaan dalam bentuk visualisasi. Justeru ,lukisan telah menjadi asas penting kepada semua kepakaran seni di mana ia telah dipraktikkan sejak pra sejarah, pertengahan dan sekarang. Pada lewat abad ke-12 ia telah meninggalkan banyak bentuk seni popular kepada seniman dan amatur. Perkara berkaitan dengan seni lukisan ini juga ada perkaitan dengan terjumpanya lukisan-lukisan purba di gua-gua di seluruh dunia . Contohnya , lukisan gua yang diberi nama ' Quilcas ' ditemui di Provinsi Churcampa, di wilayah Huancavelica, Peru Tengah , lukisan gua yang berusia 40,000 tahun yang ditemui di Gua El Castillo, Sepanyol ,dan lukisan Anoa pada dinding Gua Sumpangbita, Pangkep, Sulawesi Selatan . Lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah. Pada dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang. Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya ialah: a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar, b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa. c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik) d. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yang terbaik. Karya lukisan yang dihasilkan biasanya menggunakan media jenis kering. Karya lukisan merupakan kerja peringkat awal yang dibuat untuk menghasilkan catan. Karya lukisan mementingkan unsur garisan untuk membentuk imej dan tidak menggunakan warna,
4

kecuali warna daripada alat tulis seperti pensel warna atau krayon. Lukisan biasanya dihasilkan secara sepontan serta dapat menunjukkan keaslian dan keindividuan gaya persembahan pelukisnya. Lukisan juga menawarkan kita saluran yang menarik untuk seni imaginasi. Lukisan boleh menyelamatkan pengalaman menarik dan sementara ia tidak membuat perhubungan antara peribadi dan sejagat sepenuhnya dengan jelas, lukisan mempunyai pandangan sepintas lalu ke dalam pengalaman itu. Ia boleh boleh

membangkitkan memori. Ia boleh menjatuhkan cahaya dorongan hidup seperti kematian, percintaan, kuasa, mengejar intelektual, kerja, impian dan emosi. Lukisan juga adalah bentuk seni yang bersifat demokrasi yang bermaksud pelukis dapat atau mempunyai hak kebebasan dalam menghasilkan seni. Nilai lukisan tidak sahaja untuk sesuatu yang mudah diperoleh tetapi terhadap kerapatan kemesraannya dan potensi untuk bekerja melalui idea. Lukisan juga boleh mempunyai kesannya dengan maksud yang lebih sederhana. Lukisan kini dengan teguh wujud sebagai medium dalam pandangannya yang tersendiri. Lakaran kini juga mempunyai nilai aestetik dan komersil yang memberi taraf sama dengan catan dan arca. Konsep Renaissance tentang peraturan lakaran di dalam seni tampak adalah dipengaruhi dengan mendalam sejak dahulu lagi. Zaman

Renaissan, mempunyai dua fungsi. Pertama melatih pelukis muda. Kedua menjadi jalan kepada kelahiran pelukis untuk meluahkan idea sebelum karya sebenar. Berdasarkan kepelbagaian definisi lakaran yang diberikan oleh seniman atau karyawan dan penghayatan seni terhadap lukisan berdasarkan pengalaman,

pengetahuan dan keinginan memecahkan tradisi lakaran yang konvensional ia telah membuka jalan baru kepada seniman atau karyawan untuk meneroka peluang dalam lukisan dan terhasilnya banyak lakaran yang berdimensi baru.

Jenis-Jenis Lukisan a) Lukisan Figuratif: Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif. b) Lukisan Kajian: Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap tumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. c) Lukisan Informasi: Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan, kebiasannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat dan bersih. d) Lukisan Teknikal: Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan pengguna. e) Lukisan Konseptual: Jarang sekali kedengaran. Pelukis memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi. f) Lukisan Artistik: Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni. Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya. g) Lukisan Ilustrasi: Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif.

Elemen Asas Lukisan a) Kualiti Garisan: Garisan merupakan elemen sangat penting dalam sesebuah hasil karya lukisan. Tanpa garisan seolah-olah ia bukan sebuah hasil lukisan sebaliknya menjadi karya catan. Hanya dengan garisan yang bersahaja dapat membentuk imej. Misalnya karya Sochu Suzuki bertajuk Mouse (1980), dengan satu palitan garisan ala kaligrafi dapat menggambarkan seekor tikus. Inilah kekuatan garisan.Sebenarnya kualiti garisan itu bukan tertumpu kepada kekuatan pada sesuatu karya sahaja tetapi ia boleh memberi kesan ilusi kepada kita. Contoh karya ahli teori kognitif Gestalt menghasilkan lukisan garisan yang boleh memberi kesan ilusi kepada kita.Kualiti garis memberi penegasan kepada subjek yang dilukis. Oleh yang demikian kajian garisan amat penting. Garisan akan membentuk mod sesuatu karya. Sebagai contoh dua karya yang sama temanya menggunakan bahan yang berbeza dan menggunakan teknik garisan. Tentu mod kedua-dua karyanya tersebut yang membezakan. b) Perspektif dan proposisi: Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang sempurna. Pendedahan kepada nilai perspektif adalah latihan awal kepada pelukis. Pendedahan melukis di luar studio dapat menerangkan kedudukan perspektif yang betul. Terdapat perspektif satu titik lelap, dua titik lelap, tiga titik lelap dan perspektif pelbagai titik lelap. c) Kesan Pencahayaan: Pada umumnya karya lukisan akan lebih menarik sekiranya pengkaryanya dapat menfaatkan kesan cahaya pada karyanya. Penggunaan kesan cahaya dapat memberi mod pada karya di samping dapat memperjelaskan suasana pada karya tersebut. Aspek-aspek yang penting bagi menentukan pencahayaan ialah kawasan paling cerah, cerah, bebayang, bebayang gelap, pantulan cahaya dan bebayang objek. d) Jalinan dan Gesture: Jalinan akan dibentuk melalui garisan dan kesan warna. Kesan Gesture juga dapat membentuk jalinan yang menarik. Pelukis terkenal akan mempelajari lukisan melalui lakaran yang bebas tetapi menampakkan imej yang hendak disampaikan.Kesan jalinan akan dibentuk melalui garisan silang, bintik, garisan berguris dan sebagainya. Jalinan juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton.
7

e) Corak dan reka bentuk: Pada umumnya corak dan reka bentuk dalam karya lukisan adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya. Karya Jasper Johns bertajuk Flag (1958) sebagai contoh karya lukisan yang menekankan satu corak dan reka bentuk. Beliau menggunakan pensil di atas permukaan kertas untuk membentuk corak dan reka bentuk sebagai lakaran yang bersahaja tetapi mempunyai gaya persembahan yang menarik. f) Ruang: Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan sempurna. Pelukis master menggunakan ruang sebagai kekuatan dalam sebuah karya. Karya lukisan Cina menggunakan ruang kelegaan sebagai identiti karya mereka. Terdapat tiga jenis ruang yang boleh digunakan dalam penghasilan karya lukisan iaitu ruang dalam, ruang cetak dan ruang datar. Ruang-ruang ini bergantung kepada susun atur objek yang akan dilukis. g) Struktur: Untuk menghasilkan sesebuah lukisan pelukis akan menentukan struktur bentuk terlebih dahulu. Pelukis harus diajar membentuk struktur yang betul agar lorekan untuk membentuk imej menjadi lebih menarik. Sebagai contoh lukisan yang banyak menggunakan struktur ialah lukisan teknik. h) Bentuk: Kajian bentuk dalam sesuatu karya akan digabungkan antara perspektif, ton, jalinan dan struktur. Pelajaran awal pelukis didedahkan dengan bentukbentuk geometri seperti bulat, empat segi, kun dan sebagainya. i) Media dan teknik lukisan Media: Media kering yang sering digunakan ialah pensil, arang/charcoal,

berus, pastel, semua jenis pen, berus, conte dan pensil warna. Manakala media basah yang selalu digunakan ialah cat air, dakwat, cat akrilik, cat minyak, cat poster dan cat tempera. Teknik: Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan yang berterusan. Antara teknik yang paling popular ialah teknik Gesture yang menjadi satu identiti dalam karya lukisan. Walau

bagaimanapun banyak teknik boleh diterokai untuk mendapatkan mutu karya yang baik.

Proses Penghasilan Lukisan Untuk menghasilkan karya lukisan, penekanan kepada perkara-perkara seperti jenis lukisan, elemen asas, media dan teknik merupakan perkara yang harus dititikberatkan. Bagi kerja-kerja studio, pengamatan akan menumpukan kepada pemokusan objek, komposisi dan susunan objek yang akan dilukis. Manakala di luar studio penekanan kepada pemokusan dengan menggunakan tetingkap dan melihat dari aspek perspektif serta pencahayaan. Aspek-aspek pengamatan semasa melukis perlu diberi penekanan antaranya ialah: ruang dan objek, subjek dan latar belakang dan saiz dan kadar banding. Perkara-perkara ini adalah sebagai penilai kepada sesuatu karya.

Catan Catan merupakan hasil seni bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas atau kanvas. Jenis bahan yang sering digunakan untuk catan ialah: a. Cat Air. Bahantaranya air, menggunakan pengilat gam Arab; pewarna ini bersifat lutsinar; boleh digelapkan sekiranya warna disapu beberapa kali atau tebal. b. Cat Minyak. Bahantaranya turpentine; bahan pengilapnya ialah minyak linsid; bersifat legap. c. Cat Tempera. Bahantaranya air; pengilatnya ialah kuning telur; ada yang lutsinar tetapi tidak sama seperti cat air; merupakan teknik tertua. d. Cat Akrilik. Bahantaranya air; bersifat lutsinar dan legap. e. Cat Gouce/Guac. Bahantaranya air, menggunakan pengilat gam Arab. Sama sepeti cat air tetapi ia bersifat legap. f. Cat Poster

Pemahaman dan Kritikan Seni Kritikan seni terrhadap karya seni visual (kraf tradisi, kraf dimensi baru, lukisan, catan, arca, cetakan, grafik, tekstil, seramik, seni industri fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap , multimedia dan animasi) dapat membantu dan menyumbang kepada pembentukan persepsi dan apresiasi seni visual. Kemahiran dalam membuat kritikan seni bertujuan untuk mengembangkan lagi persepsi dan apresiasi seseorang serta membuat pertimbangan dan penilaian sesuatu karya seni visual.

Aspek-aspek kritikan karya seni visual: Setiap karya seni visual dikaji dari aspek berikut: a) Hal benda: Mengenal pasti pelbagai hal benda (figura, objek alam, objek buatan manusia dll) yang digunakan dalam karya seni visual. Memahami penampilan imej dalam karya seni visual dalam konteks aliran dan stail yang berbeza. Memahami dan membezakan imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam karya seni visual. b) Komposisi: Mengenalpasti asas seni reka yang terdapat dalam setiap karya seni visual. Mengkaji penggunaan asas seni reka sebagai bahasa seni visual dan memahami sifat-sifat ekspresif asas seni reka dalam menyatakan maksud. Memahami bagaimana asas seni reka diolah dan diadun dalam sesuatu hasil karya seni. Mengkaji penggunaan pelbagai media dan teknik untuk hasilkan kesan ekspresif dalam karya seni visual. c) Kandungan: Memahami pelbagai tema yang menjadi pilihan bagi

menyampaikan maksud dan pengertian dalam karya seni visual. Mengkaji makna, mesej, idea dan fungsi yang disampaikan melalui karya seni visual Aspek-aspek tersebut di atas biasanya dikaji dalam konteks kualiti estetik dari segi imitationalisme (Literal quality), formalisme (Formal qualities) dan emosionalisme (expressive qualities).
10

Pendekatan Kritikan Seni a) Jurnalistik: Laporan, penerangan dan penulisan diskriptif (seperti pameran seni di galeri) yang disiarkan dalam surat khabar, majalah, radio dan televisyen untuk bacaan/pengetahuan umum b) Ilmiah: Penulisan terperinci dan in-depth dibuat secara intepretif yang disiarkan dalam jurnal dan majalah, laporan dalam seminar dan konferensi.

Strategi Kritikan Seni Diskripsi: Membuat inventori melalui pemerhatian, tentang imej, benda subjek dan penggunaan unsur seni dalam karya seni visual. Analisis: Mengkaji dari segi organisasi hasil seni dibuat-bagaimana prinsip seni digunakan dalam menyusun unsur seni untuk menghasilkan kesatuan dalam karya seni visual. Interpretasi: Mengkaji kualiti ekspresif (perasaan, mood dan idea) yang disampaikan melalui karya seni visual bagi menterjemahkan maksud dan makna. Pertimbangan: Membentuk pendapat dan membuat keputusan bagi menentukan darjah artistik / dergree of artistic merit dalam hasil karya seni.

11

______________________________________________________________________ PERKEMBANGAN SENI CATAN DAN ALIRAN SENI DI EROPAH

Sejarah seni merupakan rakaman dan juga catatan peristiwa yang telah berlaku pada masyarakat zaman dahulu. Sejarah seni melibatkan kehidupan, budaya, aktiviti, tempat, situasi dan masa. Perkembangan seni amat berkait dengan budaya, masa, tempat dan situasi. Perkembangan revolusi berjalan seiring dengan perkembangan sejarah seni di Eropah. Karya seni pada abad ini, meluas ke hampir seluruh wilayah Eropah,terutama di Jerman, Itali, Perancis, Russia, Britain. Hasil seni zaman ini sama

menyatu dan saling memberi pengaruh sehingga membentuk kesatuan seni

aliran. Terdapat tiga revolusi penting yang telah mengubah masyarakat di Barat pada zaman dahulu, iaitu :

I. II. III.

Revolusi Industri di Britain (1760) Revolusi Industri di Amerika (1775) Revolusi Industri di Perancis (1789)

Zaman revolusi ini juga dikenali sebagai Zaman Penyedaran (The Enlightenment Era @ The Age of Reason Era). Zaman tersebut digelar demikian kerana perubahan berkeanaan memberi kesan secara menyeluruh. Bukan sahaja perubahan berlaku

dalam hal-hal, keagamaan, politik, ekonomi dan masyarakat, tetapi perubahan banyak berlaku dalam bidang kesenian. Salah satunya iaitu pengaruh raja atas perkembangan seni telah berakhir. Selain itu, pengaruh gereja ke atas karya-karya seni juga semakin berkurang. Hubungan gereja dengan seniman tidak lagi terjalin kuat. Di samping itu, muncul pengelompokan dalam kehidupan budaya iaitu kelompok seniman,

industriawan, ilmuan, golongan pekerja dan buruh fabrik.

Golongan pengiat seni mula mencipta karya-karya berdasarkan naluri hati mereka sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran lagi. Pada zaman inilah , timbulnya kebangkitan perkarya-pengkarya baru yang mula memperkenalkan gaya individulistik

12

( personal style). Ketika ini , kewangan bukan lagi suatu masalah yang menghalang proses penghasilan karya seni kerana sumber kewangan juga tidak lagi terhad dari institusi gereja, hartawan dan golongan bangsawan. Para pengkarya sudah mula

memperolehi sumber kewangan melalui komersial iaitu hasil daripada jualan karyakarya seni mereka sendiri .

Revolusi berkaitan penghasilan karya seni turut berlaku di negara-negara Eropah seperti Perancis, England dan Itali. Di Perancis contohnya, catan-catan easel yang kecil telah menggantikan karya-karya awam yang berskala besar. Catan-catan yang dihasilkan di Perancis bukan saja dikhususkan untuk golongan bangsawan sematamata tetapi juga ada untuk golongan pertengahan. Di England, aliran Inggeris juga berkembang. Pelbagai jenis karya dihasilkan contohnya Hogarth menghasilkan tematema kemasyarakatan dan Gainsborough Reynolds menghasilkan potret dan landskap. Karya-karya dihasilkan untuk golongan raja, bangsawan dan kelas pertengahan. Ketamadunan seni di Eropah juga turut berkembang dengan pelbagai falsafah dan aliran yang tertentu . Pengkarya-pengkarya seni di Eropah begitu taksub dengan aliran-aliran seni yang mereka perjuangkan mengikut ideologi masing-masing . Antara ideologi seni yang wujud di Eropah ketika itu adalah : a. Zaman Pertengahan Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni Medievel b. Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Aliran Romantik, Klasik, Naturalisme c. Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Painting d. Abad ke-18. Aliran Romantisme e. Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme, Post-Impressionisme, Seni Nouveau f. Abad ke-20.
13

Aliran Kubisme, Ekspresionisme, Fauvisme, Futurisme, Dadaisme, Surelesme, Abstrak Ekspresionisme g. War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni Op, Seni Minimal, Seni Konseptual, Seni Land.

Ciri-Ciri dan Karya Kiubisme: Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga. Ekspressinisme: Menolak cirri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus. Impressionisme: Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna/cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnya pagi, petang, malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang dilukis. Pos-Impressionis: Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan tentang struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni. Berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi harus memberi ruang penyataan diri. Seni Baraque dan Rococo: Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi. Baroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya
14

menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya tertumpu kepada objek. Pos-Ekspressionisme: Menumpukan kepada percubaan dan penerokaan pelukis terhadap media dan bahan. Ciri-ciri lain sama dengan aliran ekspressionisme. Futurisme: Mengemukakan aliran seni yang berdasarkan teknologi. Dinamik. Pergerakan yang dinamik. Surealisme: Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

Dadaisme: Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep kemusnahan juga merupakan penciptaan. Seni Pop: Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang

mempengaruhi kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal juga dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Pop ialah ialah warna yang terang pada permukaan yang berbidang besar. Konsep New Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

15

Aliran Romantisme

Era

Romantisme telah muncul di Perancis pada pertengahan abad ke-18 iaitu

antara tahun 1825 hingga 1850 . Karya seni yang mengikut aliran ini keseluruhannya menggambarkan sesuatu peristiwa , suasana dan keadaan yang telah berlaku pada zaman tersebut . Dalam menterjemahkan maksud sesuatu karya lukisan itu , kebanyakkannya membawa mesej yang tertumpu kepada perasaan kedamaian , keharmonian , dan kecintaan . Lukisan aliran Romantisme merupakan aliran seni yang berusaha untuk membangkitkan kenangan romantik dan keindahan di setiap perincian atau objek karya seninya serta lebih mempercayai gerak hati berbanding logik

pemikirannya . Justeru itu , , disebabkan hasil karyanya banyak bermain dengan perasaan dan emosi pelukis, maka aliran romantisme juga turut dikenali sebagai aliran ekspresi emosi pada zaman tersebut . Menurut seorang pengkaji seni iaitu Osborne(1970) , beliau telah mendefinisikan bahawa frasa Romanticism adalah bermula dari perkataan romances di mana istilah tersebut amat mashyur dengan kisah-kisah epik percintaan di kalangan penduduk setempat ketika itu . Romantisme juga merujuk kepada sikap dan naluri yang ada pada seseorang pengkarya di mana perasaan dan emosi adalah lebih penting berbanding dengan sebab mengapa sesuatu karya itu dihasilkan . Namun begitu , karya era Romatisme ini masih dipengaruhi oleh gaya gothic iaitu gaya seni zaman klasik . Kebanyakan hasil karya yang dihasilkan pada era ini lebih bertemakan pada kebebasan bersuara hak individu , kisah kesengsaraan , kejatuhan institusi gereja , dan pemerintahan beraja .Subjek-subjek utama yang menjadi pilihan dan tumpuan untuk pengkarya adalah melibatkan keindahan alam semula jadi,kehidupan masyarakat luar bandar,masyarakat bawahan,figura-figura yang erotik liuk tubuhnya , ekspresi wajah dan juga sumber-sumber peninggalan sejarah.Sebagai contoh,Francisco Goya adalah seorang daripada pelukis yang terkenal pada era ini.Dalam catannya yang bertajuk The Third of May 1808 yang dihasilkan pada 1814 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas dan berukuran 89 x 134.

16

Catan ini adalah gambaran semula secara visual tentang peristiwa kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Napoleon di Puerto del Sol,Sepanyol.Peristiwa pembunuhan dan kekejaman ini berlaku bulan Mei tahun 1808 di mana Napoleon telah mengarahkan askar-askarnya membunuh rakyatnya dengan menembak setiap rakyat tempatan yang berada di atas jalan raya. Goya menghasilkan catan ini dengan menggunakan teknik cerah dan gelap bagi menimbulkan perasaan yang dramatik dan penuh kesedihan . Beliau mengambarkan bagaimana askar-askar Napoleon bertindak ganas dan kejam. Manakala imej figura yang memakai baju putih di tengah-tengah rakyat Sepanyol yang ditembak itu pula ialah pemimpin dan juga ketua kepada kumpulan pemberontak. Lukisan catan ini merupakan hasil seni catan yang banyak meninggalkan kesan dan memori duka kepada rakyat Sepanyol terhadap kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh tentera Napooleon terhadap mereka. Tegasnya , dalam aliran Romantisme ,aspek penggunaan warna juga penting untuk mengekspresikan perasaan pelukisnya . Selalunya , karya Romantisme banyak menggunakan warna-warna yang kusam , suram dan kelam kerana warna-warna tersebut menggambarkan kesengsaraan , kezaliman dan kekejaman yang berlaku pada zaman tersebut . Aliran seni Romantisme telah mempengaruhi gaya seni lukis di beberapa buah negara Eropah . Antara negara tersebut adalah negara Perancis merupakan pelopor kepada aliran seni Romantisme . Seni lukis di Perancis khususnya menunjukkan ciri-ciri khas Neo-Baroq yang merupakan pengaruh Rubens . Antara tokoh pelukis Perancis yang menganuti aliran ini adalah Theodore Gericault yang telah menghasilkan karya agung yang berskala besar The Raft of The Medusa( 1818-1819 ) . Gericault mendapat inspirasi daripada karya Michelangelo untuk menghasilkan karya agung tersebut . Tokoh seni dari Perancis lain yang turut berada dalam aliran ini adalah Eugene Delacroix yang melukis The Masacre at Chios, Liberty Leading The People dan Death of Sardanapalus . Aliran ini turut dipraktikkan oleh tokoh-tokoh seni di Negara Sepanyol . Antara tokoh-tokoh seni aliran Romantisme di Sepanyol adalah Franciso Goya yang juga tokoh seni grafis . Karya Goya juga mempunyai pengaruh daripada gaya Baroq dengan ciri17

ciri-ciri pengcahayaan yang dramatic , goresan yang halus dan komposisi yang menekankan kekuatan pepenjuru . Karya Goya yang termasyhur adalah The Third of May,1808 yang dihasilkan pada tahun 1814 . Seni catan di negara British ( Inggeris ) juga turut dipengaruhi dengan aliran seni Romantisme ini . Salah seorang tokoh seni berbangsa Inggeris yang mashyur ketika itu adalah John Constable yang menghasilkan The Hay Wain (1821) . Gaya karya seni Constable ini dipengaruhi oleh unsur naturalisme kerana lukisannya menggambarkan alam kedesaan Inggeris . Seorang lagi pengkarya Romantisme dari British adalah Joseph Mallord William Turner yang telah menghasilkan lukisan bertajuk Fishermen at Sea . Negara berikutnya yang mempunyai pengaruh Romantisme dalam aktiviti penghasilan karya seninya ialah Amerika . Tokoh seninya bernama Thomas Cole . Beliau telah menghasilkan sebuah karya yang bertajuk The Oxbow(1836). Dalam lukisannya itu , Cole telah memperlihatkan gambaran visual tentang suatu tempat di tepi Sungai Connecticut . Lukisan Cole berupa panorama yang menggabungkan unsure naturalisme dan idealisasi keagungan .

18

RAKIT MEDUSA ( THE RAFT OF MEDUSA )

19

Maklumat Asas Lukisan

1. Nama lukisan 2. Nama Pelukis

: :

Rakit Medusa ( The Raft of The Medusa ) Jean Louis Andr Thodore Gricault 1818 1819 The Louvre , Paris ,Perancis 491 cm x 716 cm Cat minyak di atas latar kanvas Lukisan sejarah / Seni Marin Romantisme

3. Tahun dihasilkan : 4. Tempat dihasilkan : 5. Dimensi karya :

6. Media utama karya : 7. Genre karya 8. Aliran : :

Biodata Pelukis

Jean Louis Andr Thodore Gricault atau Thodore Gricault adalah tokoh seni yang telah menghasilkan karya agung The Raft of The Medusa ( 1818 1819 ) . Beliau telah dilahirkan di Rouen , Normandy , Perancis pada 26 September 1791 . Theodore sememangnya seorang anak jati Perancis . Ciri khas karya lukisan yang dihasilkan oleh Gricault boleh dilihat pada komposisi atau gubahan yang dinamik, unsure figura yang kaku seperti patung, dan pencahayaan yang dramatik. Gricault
0

merupakan pengagum Michelangelo, David, serta seni lukis Baroq. Salah satu karya Gricault adalah The Raft of the Medusa (1818-1819) yang berukuran sangat besar, iaitu 4,97 x 7.16 m. dan kini di tempatkan di Muzium

L o u v e , P e r a n c i s . Tema lukisan itu m e n d a p a t i n s p i r a s i daripada peristiwa tenggelamnya kapal Perancis, La Medusa, di pantai Afrika pada tahun 1816. Di antara 150 orang penumpang di dalam kapal itu, hanya 15 orang yang selamat. Mereka membuat rakit dari saki-baki kayu kapal itu dan terapung-apung di laut selama 13 hari. Dalam lukisan ini objek rakit dan figura-figura membentuk komposisi diagonal atau berpenjuru untuk menekankan kesan gerak. Unsur gelap-terang dibuat sangat berbeza untuk menggambarkan perasaan. Untuk mencapai kesan yang realisme yang begitu kuat, Gricault melakukan rujukan terhadap mayat-mayat di bilik mayat . Dalam menggambarkan manusia telanjang, Gricault mendapat pengaruh dari karya Michelangelo.

______________________________________________________________________ KRITIKAN SENI Nama karya seni Nama pelukis karya Tahun dihasilkan : The Raft of The Medusa : Jean Louis Andr Thodore Gricault : 1818 1819

Diskripsi Karya Seni Hasil lukisan ini , sekiranya dilihat pada mata kasar , ia menunjukkan suasana tragik atau kesengsaraan yang berlatarbelakangkan lautan yang sedang bergelora . Ia jelas ditunjukkan pada bahagian kiri dan kanan lukisan yang menunjukkan keadaan air laut yang berombak sederhana tinggi . Dalam lukisan ini , terdapat juga figura-figura manusia yang bercampur-aduk antara lelaki dan wanita dalam satu kelompok yang padat . Figura-figura ini jelasnya berkulit cerah dan gelap . Figura-figura ini juga kelihatan bersesak-sesak dalam suatu objek terapung yang diperbuat daripada kayu yang berkemungkinan sebuah rakit . Rakit ini pula bersaiz sederhana besar dan berbentuk segi empat tepat serta kelihatan kurang kukuh . Di samping itu juga , lukisan turut memaparkan keadaan kain layar yang kelihatan agak lusuh tetapi masih berfungsi dan berkembang ditiup angin lautan . Terdapat sebidang kain layar lagi tetapi sudah tidak berfungsi dan dijadikan tempat berlindung figura di dalamnya . Dalam lukisan tersebut kelihatan dua utas tali bersaiz sederhana besar yang diikat tegang pada tiang layar merentasi bahagian depan dan belakang rakit kayu ini . Dalam lukisan ini juga , turut kelihatan dua figura yang kelihatan sedang mengibar-ngibarkan dua helai fabrik lembut yang berlainan warna . Salah seorang figura mengibarkan fabrik berwarna merah sambil kakinya memijak sebuah tong kayu bersaiz sederhana ,. Seorang figura lagi mengibarkan fabrik kain berwarna putih sambil bersandar pada tong yang sama . Jika diamati lukisan ini , kita dapat melihat hampir
2

kesemua figura kelihatan memandang ke satu arah di tengah laut yang luas . Paparan lukisan karya Jean Louis Andr Thodore Gricault ini juga jelas menunjukkan seorang figura lelaki separuh usia , dengan fizikal berjanggut , bermisai dan berambut beralun dan tebal kelihatan menongkat siku kemurungan sambil tangannya menyentuh seorang lagi figura yang berada dalam keadaan telanjang . Figura yang tidak berpakaian ini kelihatan seperti sudah meninggal dunia dan berkemungkinan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan lelaki separuh umur tadi lantaran ekspresi wajah lelaki itu tadi . Selain daripada figura yang diratapi oleh lelaki tua itu , kelihatan juga beberapa figura yang berkemungkinan sudah mati seperti figura yang ditonjolkan pada bahagian kanan bawah lukisan yang kelihatan separuh bogel dan hampir terjunam ke dalam laut yang bergelora . Jika dilihat pada riak wajah figura-figura di dalam lukisan , ia jelas menunjukkan emosi yang kelihatan sedih , suram , takut , sugul , dan penuh mengharap . Keadaan langit juga kelihatan kelam dan menakutkan terutamanya di bahagian atas tengah lukisan hingga ke sebelah kanan . Namun begitu , kelihatan juga awan cerah memutih pada di ufuk jauh lukisan Dapat juga diperhatikan awan kekelabuan pada lelangit lukisan . Begitu juga keadaan air laut bergelora yang diwarnai dengan rona hijau kehitaman pada sebelah kiri lukisan dan kelabu keputihan pada ombak di sisi sebelah kanan . Keadaan air laut yang berombak diperkuatkan lagi dengan rakit yang terumbang-ambing kerana tidak dikemudi . Dari segi fizikal badan figura , walaupun mereka kelihatan lemah , lesu , tidak bermaya dan menderita , jelas kelihatan susuk tubuh mereka agak tegap berisi dan berotot terutamanya bagi figura lelaki . Figura wanita pula kelihatan agak gebu susuk tubuhnya . Keadaan fizikal figura ini kelihatan agak aneh bagi karya yang penuh dramatik dan penuh kesengsaraan seperti ini . Dari aspek pakaian pula , jelas ditonjolkan figura lelaki kebanyakkannya tidak berbaju manakala figura wanita pula lengkap berpakaian . Pakaian yang ditonjolkan dalam lukisan ini bercirikan gaya zaman Eropah lama dan melambangkan mereka berkemungkinan daripada golongan bawahan.

______________________________________________________________________ ANALISA UNSUR SENI PADA KARYA SENI Bahagian ini akan menyentuh unsur-unsur seni seperti garisan bentuk, warna, jalinan, ruang dan nilai. i) Garisan Dalam lukisan ini, jelas kelihatan beberapa jenis garisan telah digunakan oleh pengkarya. Antaranya adalah garisan tebal. Jika diperhatikan kepada rakit kayu, garisan tebal kelihatan di antara bilah-bilah kayu yang membahagikan antara kayu dengan kayu yang lain. Garisan yang sama juga dapat dilihat pada tali layar, beberapa bahagian badan figura dan seterusnya adalah garisan halus yang ditonjolkan pada anggota badan figura dan fabrik kain. Selain itu ada juga garisan beralun yang digunakan pada bahagian rambut, ombak dan awan.
Contoh-contoh garisan pada ilustrasi dalam karya lukisan

Beralun

Garisan Beralun

Garisan tebal

Garisan tebal

Garisan nipis

ii)

Unsur Bentuk Dalam lukisan ini, unsur bentuk terhasil daripada gabungan garisan dan seterusnya menghasilkan keluasan, ketinggian dan permukaan. Bentuk yang terdapat dalam lukisan ini adalah bentuk konkrit dan abstrak. Bentuk konkrit disini bermaksud lukisan ini mempunyai sifat tiga dimensi. Terdapat pelbagai bentuk yang boleh dilihat didalam gambar ini. Bentuk yang boleh dilihat ialah bentuk rakit kayu, figura-figura manusia, layar yang berkembang, tong kayu, buih-buih ombak. Bentuk abstrak yang kelihatan didalam lukisan ialah
4

keadaan awan atau langit. Bentuk rakit terhasil daripada garisan tegak, melintang, dan tebal. Bentuk figura manusia terhasil daripada garisan tebal, nipis, beralun dan bertitik-titik. Tong kayu pula terhasil daripada garis tebal, garis lengkung, garisan nipis dan garisan bertitik-titik. Manakala kain layar pula terhasil daripada garisan menegak, garisan tebal, garisan halus, garisan lintang dan putus-putus. Contoh bentuk konkrit :

Tong kayu

figura-figura manusia

Contoh bentuk abstrak :

Langit / awan

Ombak

iii)

Unsur Warna Unsur warna adalah asas terpenting dalam lukisan ini. Sebagaimana yang telah dinyatakan, aliran Romantisme banyak menggunakan warna-warna yang kusam, gelap, kelam bagi menambahkan nilai-nilai tragis sesuatu karya. Dalam karya ini Gheodore banyak menggunakan warna-warna hitam, kelabu, coklat, merah, putih, hijau, jingga keperangan dan sedikit kebiru-biruan. Warna hitam jelas digunakan di dua sudut fokus lukisan iaitu di bahagian tengah lukisan atau tengah rakit dan bahagian langit. Warna hitam juga
5

disiplikasi sedikit untuk objek rakit dan kulit manusia. Lukisan ombak pula di warnakan dengan dua ton warna iaitu kehijauan (sebelah kiri), dan kekelabuan pada ombak sebelah kanan lukisan. Bahagian langit pula mempunyai kombinasi warna kelabu, kejinggaan dan putih. Warna coklat samada coklat tua atau coklat muda banyak digunakan pada bahagian rakit, tong kayu, badan figura, layar dan pakaian. Objek-objek berkenaan telah di warna dengan teknik campuran warna tertentu untuk mendapatkan impak warna yang dikehendaki. Kelihatan jelas bahagiam hadapan lukisan terutamanya pada tubuh-tubuh badan figura kelihatan agak keputihan atau sedikit cerah. Ini menunjukkan arah cahaya adalah daripada bahagian hadapan lukisan. Bahagian belakang lukisan pula di warna dengan warna gelap atau bebayang gelap yang menunjukkan kedudukannya yang jauh. Jaliran-jaliran tampak kerana tidak dapat disentuh dan hanya dapat dilihat. Contoh-contoh warna yang digunakan untuk menghasilkan The Raft of The Madusa

Hitam Hijau Biru

Coklat

Rona Putih

Kelabu dan Merah

iv)

Ruang Ruang merupakan kawasan yang kosong dikelilingi oleh sesuatu objek. Susunan objek-objek menimbulkan perbezaan jarak dan kedudukan. Ruang
6

mampu dibentuk melalui warna, garisan dan juga bentuk. Contoh paling ketara dalam lukisan The Raft of the Medusa ini adalah ruang hadapan rakit dan belakang rakit. Ia menampakkan semakin kebelakang objek antara ruang tersebut maka akan semakin kurang jelas dan kecil bentuk figura. Ini jelas dipaparkan melalui wajah figura apabila figura yang berada di hadapan, wajahnya jelas kelihatan tetapi figura di belakang wajahnya semakin kurang jelas dan kelam. Begitu juga dengan pergerakan ombak. Ombak di bahagian depan rakit lebih jelas geloranya berbanding ombak dibahagian belakang.

Prinsip Rekaan Dalam Karya Seni Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam karya seni visual . Prinsip seni terbahagi kepada iaitu imbangan , irama , penegasan dan kesatuan . a) Imbangan merupakan prinsip rekaan yang penting dalam sesuatu karya . Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.Imbangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri. Imbangan simetri ialah unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut). Imbangan tidak simetri ialah unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan . Dalam karya The Raft of The Madusa , Gricault telah menghasilkan lukisan tersebut dalam imbangan yang tidak simetri . Ini kerana sekiranya karya ini dibahagikan kepada empat bahagian ( rujuk ilustrasi grid di bawah ) , maka kita akan melihat wujud ketidak seimbangan antara keempatempat bahagian . Pemberatan ilustrasi berupa figura manusia berada pada bahagian grid 2 , 3 dan agak padat pada grid ke-4 . Grid 1 kelihatan kosong tetapi ruang kosong itu dipenuhkan dengan ilustrasi kain layar yang bersaiz sederhana lebar . Namun begitu , karya ini kelihatan seimbang apabila Gricault membuat penyatuan antara unsur warna dan juga garisan .
7

b) Kedudukan merujuk kepada saiz atau skala dalam kepelbagaian elemen elemen atau unsur unsur seni. Ia juga menunjukkan kesesuaian atau logikal kedudukan elemen seni di dalam sebuah karya. Kedudukan dalam erti kata lain memfokuskan kepada perhubungan antara objek dan bahagian keseluruhan dalam sebuah karya. Dalam lukisan ini,kedudukan lukisan adalah bersesuaian dengan maksud lukisan di mana pelukis telah melukiskan ilustrasi mengikut keadaan yang logik bagi situasi tragedi di tengah lautan. Contohnya, keadaan figura-figura yang pelbagai aksi dan lentok tubuh bagi menggambarkan emosi mereka yang bermuram dan kesedihan . Namun begitu , ada sedikit kemusykilan berhubung dengan kain layar . Kain layar itu kelihatan berkembang mengikut angin barat laut . tetapi , figura-figura kelihatan menggapai tangan ke arah timur laut dan rakit berkenaan juga kelihatan menuju ke arah yang sama . Justeru itu , di manakah logiknya kedudukan arah rakit Medusa yang sebenarnya ?

c) Irama pula merujuk kepada susunan elemen elemen seni yang boleh mempengaruhi mood atau perasaan. Irama boleh dibahagikan kepada 5 iaitu ombak, radial, tegak, mendatar dan letupan. Contoh yang dapat ditunjukkan bagi karya The Raft of The Madusa ini adalah irama dari aspek kepelbagaian reaksi liuk lentuk badan figura yang berlainan antara satu sama lain . Figura-figura ini kelihatan ada yang sedang berdiri , terlentang ke kiri dan kanan , melekung dan sebagainya .Selain itu , didapati ilustrasi figura disusun dari kontur rendah ke tinggi seolah-olah membentuk piramid . Ini dapat kita perhatikan daripada tiga figura yang paling hampir yang berkedudukan melintang dalam naskhah seni ini dan di akhiri dengan figura paling tinggi yang kelihatan berdiri sambil memegang sehelai fabrik . Elemen irama dalam karya ini juga dapat dilihat pada kayu rakit kerana dilukis secara separa lintang di samping terdapat sebatang kayu yang lebih lintang sebagai tanda ia mungkin telah tercabut atau patah . Rujuk contoh bagi menunjukkan wujud elemen irama dalam karya ini .

d) Prinsip seterusnya ialah penekanan atau penegasan yang merujuk kepada sesuatu yang menjadi tumpuan. Tambahan pula, objek dominan yang sering menjadi tumpuan atau yang difokuskan. Penekanan boleh dilihat dari segi
9

bentuk, warna, jalinan, posisi dan saiz. Elemen penekanan apabila mata memandang pada karya The Raft of The Medusa ini adalah kepada dua fokus utama figura yang terdapat dalam lukisan ini . Pertama adalah tumpuan kepada bentuk figura yang sedang menongkat dagu dengan wajah yang sedih dan sugul di hadapan figura tanpa pakaian yang sudah menjadi mayat . Kemudian , mata juga akan tertumpu pada figura yang sedang berdiri sambil memegang sehelai fabrik seolah-olah menunjukkan ada sinar harapan di sebalik imej kemuraman lukisan ini . Penekanan warna yang digunakan oleh pelukis pula ialah pada warna langit dan ombak yang dicat dengan warna hitam , coklat , perang muda , kelabu dan rona putih untuk menaikkan mood kesensaraan karya ini . dan batang pokok kelapa yang berwarna coklat. Selain itu, penekanan warna juga dapat dilihat pada pakaian yang mendapat sedikit sentuhan warna merah yang agak terang yang munkin sengaja digunakan untuk mewujudkan warna kontra daripada warna-warna utama karya . Manakala, penekanan saiz dapat di lihat apabila pelukis melukiskan saiz besar pada rakit dan layar rakit, saiz kecil pada objek lain seperti pakaian , tong kayu dan buibh-buih ombak . e) Akhir sekali, prinsip seni mempunyai kesatuan dalam penghasilan lukisan yang seimbang. Kesatuan merujuk kepada pengumpulan sebahagian atau keseluruhan elemen elemen dan prinsip prinsip seni. Prinsip kesatuan ini dapat dilihat dalam lukisan yang dilukis oleh Thodore Gricault di mana beliau telah meletakkan semua elemen-elemen dan prinsip-prinsip seni yang perlu ada seperti penekanan warna, saiz, imbangan dan sebagainya.

10

TAFSIRAN KARYA SENI

Berdasarkan kajian dan rujukan yang telah dilakukan , saya mendapati naskhah seni yang berjudul The Raft of The Medusa ini telah menjadi hasil seni dan ikon kontroversi apabila pertama kali ianya dipamerkan kepada umum pada tahun 1819. Karya ini dilukis berdasarkan kejadian sebenar yang pernah berlaku pada zaman pemerintahan autokratik Napoleon . Ia berkisarkan tentang pengalaman 15 orang anak kapal Medusa yang hanyut di tengah laut , selepas kapal itu tenggelam di kawasan perairan Mauritania. Dalam kejadian tragik itu , hanya 15 orang daripada 150 anak kapal yang berjaya diselamatkan . Ianya menjadi satu tragedi negara . Selain itu , berdasarkan sejarah , didapati semasa kapal Medusa karam , pegawai-pegawai yang mengemudi kapal telah mengambil bot-bot kecemasan dan menyelamatkan orangorang kenamaan dan berpangkat manakala golongan bawahan hanya diberi cebisancebisan kayu kapal Medusa untuk menyelamatkan diri sendiri . Begitulah amalan pegawai-pegawai Napoleon yang bersikap double-standard dan korupsi yang lebih mementingkan pangkat dan kerakusan kuasa . Justeru , Thodore Gricault telah mengambil langkah menggambarkan keadaan kekejaman kerajaan yang berkuasa ketika itu dengan cuba menggambarkannya secara paling realistik sebagai tanda protes dan kutukan terhadap Napoleon dan pegawai-pegawainya yang kebanyakannya terdiri daripada kaum keluarga dan sekutu kuatnya . Lukisan ini menjadi satu isu apabila , siasatan yang dijalankan telah mendapati kapal Medusa tenggelam adalah kerana di jurumudi oleh kapten kapal yang tidak berpengalaman . Peristiwa ini menjadi satu suara politik , membawa mesej tentang betapa teruknya sistem birokrasi Perancis ketika itu , sehingga berlakunya tragedi yang boleh dielakkan . Penyokong kerajaan menghentam hasil karya Gericault dengan kritikan-kritikan yang dasyat kerana ia berbeza dengan karya-karya lukisan daripada pengkarya lain yang rata-ratanya berunsurkan mengampu pemerintah dengan hasil karya yang bertemakan kemewahan , kekuasaan , kebijaksanaan , kehebatan dan kegagahan pemerintahan Napoleon . Kritikan-kritikan tersebut telah memberi kesan kepada Gericault sehingga beliau mengalami kemurungan dan menyatakan betapa masyarakat tidak memahami apa maksud seni itu yang sebenar . Tetapi keadaan berubah apabila Gericault membawa lukisan ini ke kota
11

London pada tahun 1820. Ianya dijulang kepada satu hasil seni agung yang mengambarkan erti perjuangan yang sebenar .

Berdasarkan ilustrasi yang dipaparkan dalam karya agung Thodore Gricault


ini , jika diperhatikan figura-figura yang berada di atas rakit kelihatan penuh sengsara , sedih , murung , ketakutan dan pelbagai ekspresi emosi yang negatif . Secara tidak langsung , ia membawa mesej bahawa rakyat ketika itu hidup dalam ketakutan dan sengsara akibat sikap korupsi dan kekejaman pemerintah yang diketuai oleh Napoleon . Figura yang dilukis sudah meninggal dunia pula menggambarkan kehidupan rakyat yang sangat susah dan mungkin juga mengalami kebuluran . Figura yang berada pada kedudukan paling tinggi dengan memegang cebisan kain sambil mengibar-ngibarkan kain tersebut berkemungkinan membawa maksud bahawa rakyat memerlukan pertolongan atau bantuan daripada pihak-pihak pemerintah lain supaya penderitaan rakyat dapat dihapuskan . Figura-figura yang kelihatan menggapai tangan pada suatu arah yang tidak jelas arahnya menunjukkan kemungkinan akan ada sinar harapan yang akan dapat membantu mereka suatu hari nanti atau mungkin itu hanya suatu harapan kosong sahaja . Permainan warna yang gelap , kusam , dan kelabu menggambarkan zaman pemerintahan kejam Napoleon bersama-sama pegawai-pegawainya merupakan era kesengsaraan rakyat ketika itu . Figura yang kelihatan tidak berpakaian pula adalah symbol yang

menggambarkan keadaan rakyat yang hidup menderita dan miskin sedangkan golongan pemerintah semakin kaya dan terus berkuasa hasil peras ugut terhadapat rakyat ketika itu . Rakyat dipaksa membayar cukai yang tinggi sehinggakan hidup menderita dan miskin di tanah air sendiri . Ombak-ombak yang mengganas pula adalah simbol perasaan rakyat yang marah , kecewa , takut , dan menderita pada zaman tersebut . Figura-figura yang bersesak-sesak di atas rakit pula menggambarkan walaupun keadaan mereka ketika itu hidup dalam kesusahan dan kesempitan makanan , mereka akan tetap terus berjuang menuntut keadilan demi kesejahteraan hidup anak cucu mereka kelak . Sinar harapan jelas ditunjukkan dalam karya ini kerana di sebalik zaman kelam yang dipaparkan dengan rona warna kelam dan gelap pada lelangit , wujud rona cerah keemasan di ufuk jauh langit yang menggambarkan akan ada juga sinar kebahagian untuk rakyat suatu hari nanti .
12

______________________________________________________________________ PENILAIAN KESELURUHAN KARYA SENI

Secara keseluruhan , naskhah seni ini sememangnya sesuai dan tepat untuk diangkat sebagai salah satu khazanah seni terhebat dunia sepertimana Monalisa ( Leornado da Vinci ) , The Last Judgement ( Michael Angelo ) , karya Pablo Piccasso dan ramai lagi . Kekuatan karya ini terletak pada unsur-unsur ilustrasi yang lengkap menggambarkan suasana yang penuh penderitaan , kemurungan dan kelam di atas sebuah rakit di tengah-tengah lautan . Ilustrasi seperti figura manusia , rakit , ombak , langit , layar dan sebagainya jelas menggambarkan situasi kapal yang karam . Ditambah pula dengan figura-figura ditonjolkan seperti imej 3 dimensi menjadikan seolah-olah lukisn ini hidup dan bernyawa . Permainan warna oleh pelukisnya telah menghidupkan lagi perasaan kesuraman dan penderitaan seolah-olah individu yang melihat karya ini akan turut merasai penderitaan figura di dalam lukisan tersebut . Karya ini juga dilihat sangat teliti perincian iaitu dari gerak tubuh figura yang variasi dan dinamik sehinggalah paparan emosi yang ditonjolkan pada raut wajah setiap figura tersebut . Aspek pencahayaan yang digarap oleh pelukis juga turut membantu menghidupkan lukisan ini . Selain itu , kekuatan naskhah ini juga hadir melalui mesej yang cuba disampaikan oleh pelukisnya , Thodore Gricault , yang menggambarkan penderitaan rakyat di bawah pemerintah autokratik Perancis , Napoleon . Ternyata terjemahan pelukis yang cuba menggambarkan kekejaman pemerintah dengan cara paling realistik ini telah mendapat perhatian golongan atasan ketika itu walaupun karya tersebut telah dikritik hebat oleh golongan bangsawan . .

13

RUJUKAN Meggs, P.B. (1998). A History of Grafic Design (3rd ed.). New York: John Wiley.

Muliyadi Mahamood. (2001). Sejarah Seni Zaman Pertengahan hingga Abad ke 20. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd.

Muliyadi Mahamood.(1995). Seni Lukis Dalam Peristiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wahiza Abdul Wahid. (2000). Sejarah Seni Lukis & Seni Reka. Kuala Lumpur: Univison Press Sdn Bhd.

http://www.artble.com/artists/eugene_delacroix/paintings http://en.wikipedia.org/wiki/Th%C3%A9odore_G%C3%A9ricault http://www.louvre.fr/en http://www.museumsecrets.tv/dossier.php?o=71

14

You might also like