You are on page 1of 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK

TAHUN 3

Mata Pelajaran Topik Masa Standard Pembelajaran

: Matematik Tahun 3 : 8. Peratus : 60 minit : Murid berupaya untuk : 1 ) Menulis satu hingga seratus peratus mengikut

Menulis satu hingga seratus peratus mengikut sebutan dan lorekkan petak seratus. Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: a. menulis satu hingga seratus peratus. b. melorek petak seratus dengan tepat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: 1. Persediaan pemerhatian dan analisis

a) Guru menunjukkan petak seratus yang berlorek dan meminta murid menyebut
dalam pecahan seratus. 2. Imaginasi penjana idea. a) Murid ditunjukkan kad perkataan yang berkaitan dengan petak seratus. b) Murid menyebut kad perkatan tersebut. c) Murid diminta mengambil kad dari kotak lalu menyusun kad perkataan berdasarkan nilai peratus yang diberi. 3. Perkembangan penambahbaikkan menilai a) Murid dipecah kepada 4 kumpulan. b) Guru menyediakan 6 sampul yang berisi dengan 4 keping kad peratus. c) Ketua setiap kumpulan akan melemparkan dadu mengikut giliran. d) Ketua kumpulan mengambil satu kad dari sampul berdasarkan nombor lemparan dadu. e) Murid diarahkan menyebut nilai tersebut dan melorekkannya pada petak seratus yang guru paparkan pada papan tulis.

1 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK 4. Tindakan Pelaksanaan amalan berterusan. a) Edarkan lembaran kerja kepada setiap murid. b) Bincangkan hasil kerja murid.

TAHUN 3

5. Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid untuk menjawab soalan yang dijawabkan, menunjukkan keupayaan dan kemampuan murid satu hingga seratus peratus dan melorek petak seratus. 6. Nilai dan sikap Teliti, bekerjasama

2 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

You might also like