You are on page 1of 1

Akademik merupakan elemen paling penting dalam pembelajaran.

Oleh yang demikian, semua pelajar perlu mengembleng tenaga untuk mencapai kejayaan. Untuk menjadi pemangkin kepada kejayaan akademik pelajar program yang jitu perlu disusun dan dilaksanakan . Antara program yang dilaksanakan ialah Program Lonjakan Akademik. Program-program yang dijalankan untuk melonjakkan pencapaian akademik adalah seperti berikut: 1. Menjalankan latihtubi dalam masa Pendidikan Jasmani ( untuk calon SPM ) 2. Menjalankan latihtubi subjek-subjek peperiksaan dalam masa Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Moral ( untuk calon PMR ) 3. Menjalankan Kelas tambahan untuk tingkatan tiga dan lima pada hari Isnin hingga Khamis dari pukul 2.00 hingga 4.00 petang. 4. Mengadakan kelas tambahan mengikut subjek pada setiap hari Sabtu mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari 5. Menjawab kertas peperiksaan percubaan negeri-negeri lain, Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM. 6. Menjemput penceramah berpengalaman untuk memberi penerangan tentang teknik menjawab soalan. 7. Menghantar calon SPM dan PMR ke seminar-seminar yang berkaitan 8. Melaksanakan Jadual Anjal ( 3 mata pelajaran setiap hari ) 9. Memasang Banner untuk membakar semangat pelajar 10.Meminta kaunselor memberi motivasi kepada pelajarpelajar. 11.Melaksanakan Program GALUS dan CEMERLANG.

You might also like