You are on page 1of 19

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

TAJUK 3 PENILAIAN PEMBELAJARAN SAINS


3.0 SINOPSIS

Penilaian merupakan satu komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penilaian, guru mengetahui sejauh mana murid telah memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengenal pasti masalah murid dalam sesuatu pembelajaran serta mengukur kemajuan dan pencapaian murid. Kurikulum Sains Sekolah Rendah mencadangkan penilaian dijalankan secara berterusan untuk mengesan sejauh mana murid dapat mencapai objektif pengajaran. Pengesanan ini boleh dilakukan secara bertulis, pemerhatian dan lisan. Aspek yang dinilai dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah meliputi pengetahuan, kemahiran dan sikap dan nilai. Hasil penilaian boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti berikut: 3.1 Maklumat untuk guru. Maklumat untuk murid Sebab motivasi Maklumat laporan HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. menyatakan fungsi penilaian.

73

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) ii. iii. 3.2 menyatakan pelbagai kaedah penilaian dalam pengajaran dan

pembelajaran sains. menerangkan proses pengurusan penilaian. KERANGKA KANDUNGAN

PENILAIAN PEMBELAJARAN SAINS

Pengetahuan Sains

Kemahiran Saintifik

Sikap Saintifik & Nilai Murni

Instrumen Pengukuran

Ujian Bertulis UPSR

Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA)

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

Pakej Penilaian Prestasi Pembelajaran (PPPP)

Rajah 1 : Ringkasan Rangka Kursus

3.3 1.

KANDUNGAN Konsep Penilaian

Penilaian (evaluation) boleh dijalankan untuk menentukan sama ada matlamat dan objektif sesuatu kurikulim tercapai pada keseluruhannya. Penilaian bukan sahaja menrangkumi proses taksiran ke atas pencapaian para pelajar, tetapi

74

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) juga kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran, dan kesesuaian kurikulum untuk para pelajar. Penilaian yang diadakan sepanjang proses pembelajaran dan

perkembangan sesuatu program, penilaian ini dipanggil penilaian formatif, manakala penilaian yang diadakan pada peringkat penghujung program, penilaian ini dipanggil penilaian sumatif. Penilaian yang berkesan bergantung kepada pernyataan objektif yang jelas serta penggunaan instrumen pengukuran yang cekap untuk mengesan sebarang perubahan pembelajaran dengan merujuk kepada objektif kurikulum. Hasil penilaian boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti berikut: i. Maklumat untuk guru. Guru memerlukan maklumat tentang

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sedia ada pada pelajarnya sebelum bermulanya sesuatu tajuk pembelajaran. Menurut konsep konstruktivisme, pembelajaran baru harus dimulakan berdasarkan apa yang telah diketahui oleh pelajar. Selain itu, sepanjang proses pengajaran pembelajaran, guru juga perlu megetahui progres pelajarnya supaya pengajarannya boleh ditumpukan untuk membantu pelajar menguasai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan seperti membetulkan sebarang miskonsepsi. ii. Maklumat untuk pelajar. Pelajar, khususnya yang bermotivasi, dapat

menggunakan maklumat penilaian untuk meningkatkan kesan pembelajarannya. Kebolehan penggunaan maklumat sebegini melibatkan kemahiran metakognitif. Pelajar dapat mengetahui kedudukan pencapaiannya lalu membuat keputusan yang bijak tentang cara untuk belajar dengan lebih berkesan. Usaha seterusnya dijalankan untuk menyusun langkah demi meningkatkan kesan pembelajarannya secara kawalan kendiri.

75

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) iii. Sebab Motivasi. Penilaian juga boleh memastikan pelajar berusaha

mengikut program pembelajaran. Jika dilaksanakan dengan cekap, penilaian boleh memotivasikan pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah disenaraikan dengan jelas. iv. Maklumat laporan. Hasil penilaian diperlukansebagai laporan untuk ibu

bapadan lembaga peperiksaan. Laporan ini merupakan maklum balas tentang pencapaian pembelajaran pelajar serta merupakan laporan akauntabiliti pihak sekolah kepada ibu bapa dan Kementerian Pendidikan.
Jenis Penilaian Pihak Guru Formatif Pelajar mengetahui kedudukan pencapaian diri menyusun usaha peningkatan pencapaian bermotivasi untuk mencapai objektif pembelajaran Sumatif Ibu Bapa & Kementerian Pendidikan laporan pencapaian pelajar akauntabiliti pihak sekolah

menilai pengetahuan
Fungsi

sedia ada pelajar mendiagnos kemajuan murid merancang tindakan susulan - pemulihan - pengukuhan - pengayaan

Jadual 1 : Fungsi Penilaian

2.

Konsep Pengukuran mengumpul data secara sistematik untuk menentukan Pengukuran kualiti boleh

Proses

pembelajaran

dipanggil

pengukuran

(measurement).

dijalankan dengan menggunakan kaedah ujian bertulis yang diduduki oleh pelajar, pemerhatian ke atas kerja amali dan tingkah laku pelajar, penyediaan portfolio, projek dan laporan oleh pelajar, dan sebagainya. Pengukuran pengajaran pembelajaran memerlukan instrumen, dan jenis instrumen yang diperlukan bergantung pada kaedah pengukuran (Jadual 2). 76

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


Kaedah Pengukuran Ujian bertulis Pemerhatian ke atas Kerja amali Portfolio Projek Instrumen Pengukuran Item atau soalan Senarai semak Skala berkadar

Jadual 2 : Kaedah dan Insrumen Pengukuran

3.

Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria

Ujian merupakan instrumen pengukuran yang paling popular. Ujian boleh dibahagi kepada dua jenis utama : Ujian Rujukan Norma (URN) Rujikan Kriteria (URK). 3.1 Ujian Rujukan Norma (URN) dan Ujian

URN direka bentuk untuk membandingkan prestasi seseorang calon dengan prestasi calon-calon yang lain. Faktor terpenting dalam pemilihan item atau soalan ujian adalah ciri statistik item, biasanya item yang mempunyai kesukaran yang sederhana (indeks kesukaran antara 0.3 dengan 0.7) dan mempunyai kuasa diskriminasi yang tinggi (indeks diskriminasi melebihi 0.3). Dalam pengukuran ini, kedudukan calon disusun dengan merujuk kepada markah yang diperoleh oleh semua calon. Satu gred akan diberi berdasarkan susunan markah berkenaan.
Ciri Ujian Rujukan Prestasi Pemilihan Item Penetapan Gred Ujian Rujukan Norma (URN) Prestasi calon-calon lain Ujian Rujukan Kriteria (URK) Objektif pembelajaran yang ditetapkan Kesukaran yang sederhana dan Berdasarkan kriteria kuasa diskriminasi yang tinggi pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar Prestasi relatif kepada calon- Prestasi penguasaan objektif calon lain pembelajaran Jadual 3 : Perbandingan Ujian Rujukan Norma (URN) dan Ujian Rujukan Kriteria (URK)

77

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) 3.2 Ujian Rujukan Kriteria (URK)

URK direka bentuk untuk mengukur aras prestasi calon dengan merujuk kepada objektif pembelajaran yang ditetapkan sebelum pembelajaran dimulakan. Objektif pembelajaran sesuatu tajuk dinyatakan dalam bentuk kriteria. Keputusan URK boleh dilaporkan sebagai profil yang menunjukkan krityeria yang mana telah dikuasai dan sebaliknya. Dalam keadaan di mana gred pencapaian diberi, seorang calon yang sanggup menguasai semua atau sejumlah kriteria tertentu diberi gred A. Oleh itu, bilangan calon yang mendapat gred A bergantung kepada prestasi individu dan prestasinya tidak dibandingkan dengan prestasi calon-calon yang lain. 4. Penilaian Pembelajaran Sains Sains Sekolah Rendah (KSSR) mementingkan pengajaran

Kurikulum

pembelajaran tiga aspek penting: i. ii. iii. Pengetahuan Kemahiran Sikap dan nilai

Pengetahuan sains dibahagikan kepada lima bidang kajian iaitu: Menyiasat Alam Kehidupan, Menyiasat Alam Fizikal, Menyiasat Alam Bahan, Menyiasat Bumi dan Alam Semesta, dan Menyiasat Dunia Teknologi. Kemahiran Saintifik meliputi Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Manipulatif. Aspek ketiga terdiri daripada Sikap Saintifik dan Nilai Murni. Untuk memastikan penilaian pembelajaran sains mencakupi ketiga-tiga aspek penting ini, pelbagai kaedah pengukuran diperlukan.

78

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

meliputi
Pengetahuan Bidang Kajian Alam Kehidupan Alam Fizikal Alam Bahan Bumi dan Alam Semesta Dunia Teknologi Kemahiran Sainstifik Kemahiran Proses Sains Kemahiran Manipulatif Sikap Saintifik dan Nilai Murni

dinilai dengan kaedah

Ujian bertulis

Persembahan Lisan

Kerja Amali

Portfolio

Projek

Rajah 2 : Konsep Penilaian Penilaian Pembelajaran Sains KBSR

Pengetahuan boleh diukur melalui ujian bertulis, persembahan lisan, serta penyampaian hasil kerja amali, portfolio, dan projek. Kemahiran saintifik boleh diuji pada dua aras; aras pengetahuan melalui ujian bertulis dan lisan, manakala aras amalan melalui kerja amali, portfolio dan projek. Sikap saintifik dan nilai murni boleh dinilai melalui semua kaedah pengukuran tersebut. Instrumen pengukuran untuk ujian bertulis melibatkan penggunaan pelbagai jenis soalan objektif dan subjektif, manakala untuk kerja amali, portfolio dan projek, instrumen yang sesuai termasuk senarai semak dan skala berkadar. 5. Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Kertas Ujian Bertulis sains dalam Ujian PenilaianSekolah Rendah (UPSR) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A mengandungi 30 soalan objektif yang mengukur kebolehan murid menguasai pengetahuan dan kefahaman sains.

79

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Bahagian B terdiri daripada 3-5 soalan berstruktur yang mengukur kebolehan murid menguasai kemahiran proses sains dan penggunaan pengetahuan sains. 6. Penilaian Kerja Amali Sains

Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) bertujuan mengukur kebolehan murid menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Manipulatif Sains (KMS). PEKA dijalankan di sekolah masing-masing berdasarkan peraturan dalam Panduan Kerja Amali yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Sekolah bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan PEKA, termasuk menyediakan tempat, peralatan dan bahan; menjalankan penilaian kerja murid; menguruskan penyimpanan rekod kerja dan markah murid. Guru yang mengajar mata pelajaran sains di Tahun 6 ditugaskan sebagai Guru Penilai untuk menjalankan PEKA. Tugas dan tanggungjawab ini dilakukan sebagai sebahagian daripada tugas dalam pengajaran pembelajaran harian. Guru Penilai telah diberi tempoh Februari hingga Julai untuk menjalankan PEKA. PEKA merupakan satu pembaharuan dalam pendidikan sains sekolah rendah di Malaysia di atas sebab-sebab berikut: Aspek penilaian amali sains pertama kali diperkenalkan. Konsep skala berkadar digunakan sebagai asas instrumen pengukuran berdasarkan kriteria yang dikenal pasti. Guru diberi kepercayaan untuk menjalankan PEKA berkonsepkan penilaian berasaskan sekolah sepenuhnya. Konsep penilaian tanpa gagal diperkenalkan bermakna semua murid dikehendaki melakukan penyiasatan untuk menyelesaikan masalah.

80

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) 7. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

Merancang menentukan hasil pembelajaran dan instrumen penilaian

Membina instrumen Membuat Jadual Penentuan Mebina soalan/instrumen

Melaksanakan penilaian Pemerhatian/lisan/penulisan

Merekod

Menganalisis maklumat (melapor)

Tindakan susulan Pengukuhan pengayaan

Ya

Penguasaan Perkara Diajar

Tidak

Tindakan susulan pemulihan

Teruskan Pelajaran Baru

Rajah 3 : Proses Penilaian Pengendalian Sekolah Rendah

81

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) merupakan penilaian murid yang dijalankan pada peringkat sekolah rendah, berlawanan dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikelolakan pada peringkar pusat oleh Lembaga Peperiksaan. PKSR berkonsepkan penilaian formatif untuk melengkapi UPSR yang sumatif. Melalui PKSR, guru dapat mengesan perkembangan dan kemajuan murid dari semasa ke semasa. Usaha ini membolehkan guru mengambil tindakan susulan untuk memperbaiki pengajarannya dan meningkatkan pembelajaran muridnya. Tiga kaedah telah dicadangkan dalam PKSR iaitu: Pemerhatian Lisan Penulisan Konsep PKSR perlu dijadikan asas untuk ujian kelas yang berterusan, termasuk ujian bulanan atau ujian topikal. 8. Pakej Penilaian Prestasi Pembelajaran Prestasi Pembelajaran (PPPP) mendedahkan guru kepada

Penilaian

pendekatan Ujian Rujukan Kreteria (URK) yang mampu memberikan maklumat tentang prestasi pembelajaran murid berdasarkan kriteria pembelajaran. Kriteria pembelajaran merupakan pernyataan yang mengandungi petunjuk yang hendak dikuasai oleh murid. Senarai kriteria dibentuk berdasarkan empat domain pembelajaran sains, iaitu: 82 Berpengetahuan Berkemahiran Proses Sains Berkemahiran Manipulatif, dan

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Berkemahiran Intelek Empat domain ini dikenal pasti berdasarkan Hasil Pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran. Pakej ini lengkap dengan manual yang membimbing guru mengendalikan URK. Secara sistematik, guru ditunjuk cara membentuk, mentadbir, menganalisis lalu melaporkan dapatan ujian. 9. Kaedah Penilaian

Penilaian berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dapat dijalankan dengan menggunakan pelbagai kaedah. Kaedah-kaedah ini boleh dibahagikan kepada: 9.1 Penilaian secara bertulis Penilaian secara pemerhatian Penilaian secara lisan Ujian Bertulis

Ujian bertulis merupakan kaedah penilaian yang paling banyak digunakan dalam penilaian pendidikan, Penilaian secara bertulis melibatkan penyemakan dan pemeriksaan hasil kerja bertulis dan karya murid. Antara hasil kerja ialah: 83 Laporan eksperimen Latihan bertulis seperti esei, tafsiran gambar rajah, graf, carta dan jadual Nota Folio murid Buku skrap

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Melalui penulisan, pelbagai perkara dinilai. Antaranya ialah: Pengetahuan Kemahiran saintifik Kemahiran berfikir Kemahiran belajar Kemahiran berbahasa Kemahiran berkomunikasi Perkembangan bakat Perkembagan daya kreatif

Dengan menggunakan pensil dan kertas, murid-murid diminta menjawab sebilangan soalan ujian yang dipanggil item ujian. Item-item ujian boleh dibahagikan kepada dua jenis: item objektif dan item subjektif. Contoh soalan objektif termasuk soalan Benar-Palsu, Padanan, Isi tempat Kosong, dan Soalan Aneka Pilihan. Item objektif lebih mementingkan pengenalpastian jawapan yang betul tanpa mengambil kira pemikiran pelajar. Oleh itu guru sukar megenal pasti masalah spesifik yang dihadapi oleh pelajar sekiranya penggubalan item-item objektif tidak dijalankan dengan teliti. 9.1.1 Soalan Aneka Pilihan (SAP) Soalan aneka pilihan mengandungi satu pokok soalan dan beberapa pilihan jawapan. Bagi soalan SAP hanya terdapat satu jawapan yang betul atau yang paling tepat. Kebaikan teknik ini adalah seperti berikut:

84

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Boleh diperiksa dengan tepat Liputan isi kandungan yang disoal lebih meluas Mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi

Panduan berikut boleh digunakan dalam membina SAP: Sediakan soalan yang berkaitan dengan objektif pembelajaran Pokok soalan mestilah jelas Elakkan daripada memberi maklumat yang tidak perlu dalam pokok soalan Elakkan membentuk soalan dalam bentuk negatif. Jika bentuk negatif terpaksa digunakan, perkataan negatif perlulah digelapkan atau dicetak dengan huruf besar Elakkan daripada mengemukakan soalan yang meminta pendapat peribadi Elakkan daripada menggunakan kenyataan yang dipetik terus daripada buku teks atau buku ulangkaji Elakkan daripada mengaitkan sesuatu soalan dengan soalan lain Elakkan daripada memberi pilihan jawapan yang boleh menarik perhatian seperti salah satu pilihan terlalu panjang dan yang lain pula sama panjang Susunan pilihan jawapan hendaklah mengikut urutan yang bermakna, misalnya jika semua pilihan jawapan berbentuk nombor, susuna mengikut siri menaik atau menurun Jika ada sesuatu istilah, perkataan atau rangkai perkataan yang berulang dalam pilihan jawapan, masukkan perkataan yang berulang itu ke dalam pokok soalan Semua pilihan jawapan dalam sesuatu soalan mestilah homogen Penggangu hendaklah berfungsi dan digubal sesolah-olah diterima sebagai soalan yang betul

85

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Penggunaan bahasa dalam pokok soalan dan pilihan jawapan hendklah selaras Pokok soalan hendaklah diletak selepas gambar rajah, carta, graf dan sebagainya Pokok soalan dan pilihan jawapan hendaklah berada di muka surat yang sama Format pilihan jawapan hendaklah tekal untuk keseluruhan ujian

9.1.2 Soalan Esei Untuk item subjektif, calon perlu mengemukakan jawapan dirinya. Contoh soalan subjektif termasuk soalan berstruktur dan soalan esei. Item subjektif mengajak pelajar menggunakan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) untuk mengemukakan pengetahuan dan kemahiran inteleknya semasa menjawab soalan. Guru dapat mengenal pasti masalah penaakulan pelajar semasa memeriksa jawapan pelajarnya. Teknik ini boleh digunakan untuk menilai pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. Panduan berikut boleh digunakan dalam membina soalan esei: 9.2 Sediakan soalan yang berkaitan dengan objektif pembelajaran Soalan mestilah spesifik dan jelas supaya muris dapat memberi jawapan yang tepat dalam tempoh masa yang ditentukan Istilah dan bahasa yang digunakan dalam soalan mestilah jelas maknanya supaya murid tidak slah faham Sediakan skema pemarkahan yang jelas dan lengkap Kaedah Pemerhatian

86

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Pemerhatian digunakan untuk mengesan pelbagai aspek pembelajaran dan tingkah laku murid sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, dalam situasi formal atau tidak formal. Tujuan pemerhatian adalah untuk mengumpul maklumat tentang

kemajuan, minat dan masalah murid dengan menggunakan instrumen Skala Berkadar dan Senarai Semak. Panduan berikut digunakan untuk membina instrumen pemerhatian: Guru perlu merancang dan menentukan aspek yang dinilai berdasarkan objektif pembelajaran Aspek yang dinilai disusun mengikut urutan Pemerhatian dilakukan semasa aktiviti pembelajarn terhadap individu atau kumpulan 9.2.1 Skala Berkadar Skala berkadar (Rating scale) merupakan instrumen yang paling sesuai untuk mengukur tahap pencapaian KPS dn KM. Skala berkadar digunakan untuk mencatatkan tahap pencapaian pada suatu skala yang ditentukan, biasanya empat poin yang membawa makna seperti berikut: Poin
Makna

A
Lemah

B
Sederhana

C
Baik

D
Cemerlang

Dalam Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA), setiap poin skala berkala dikaitkan dengan sebilangan kriteria pencapaian yang telah dikenal pasti.

87

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Dalam contoh KPS memerhati, poin pencapaian dalam skala berkadar ditentukan oleh bilangan kriteria yang dicapai seperti yang diringkaskan dalam Rajah 4.

Poin Markah Kriteria Tercapai Senarai Kriteria

A 1 K1
K1 : Menyatakan pemerhatian menggunakan kelima-lima beria yang berlainan

B 2 K1+K2
K2 : Menyatakan pemerhatian terperinci menggunakan tiga alat bagi membantu deria

C 3 K1+K2+K3
K3 : Menyatakan semua pemerhatian dengan jujur

D 4 K1+K2+K3+K4
K4 : menyatakan perubahan pemerhatian mengikut ketertibannya

Rajah 4 : Poin Skala Berkadar Dikaitkan dengan Bilangan Kriteria yang Tercapai oleh Pelajar

Rajah 4 menunjukklan bahawa sekiranya pelajar hanya berjaya menguasai kriteria K1 sahaja, dia diberi 1 markah sahaja, manakala pelajar yang berjaya menguasai semua kriteria K1 hingga K4 diberi 4 markah. 9.2.2 Senarai Semak Senarai Semak (Checklist) merupakan instrumen yang lebih sesuai untuk mencatat tahap pencapaian Sikap Saintifik dan Nilai Murni kerana guru hanya perlu mencatat sama ada sikap berkenaan telah ditunjukkan oleh pelajar atau tidak. Untuk Sikap Saintifik dan Nilai Murni seperti minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling, amat sukar untuk memeringkat sama ada seseorang mempunyai minat yang lemah, sederhana atau kuat, sebaliknya guru dapat menilai sama ada sesorang pelajar menunjukkan minat atau tidak. Oleh itu senarai semak hanya menunjukkan minat atau tidak. 10. 88 Kaedah Lisan

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Penilai secara lisan adlah satu kaedah guru membuat tafsiran selepas interaksi guru dengan murid dan murid dengan murid. Penilaian secara lisan boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Penilaian secara lisan di dalam bilik darjah, membolehkan guru: Menilai murid secara tidak formal Mendapatkan maklumat tentang diri murid melalui interaksi secara serta merta Mendapatkan maklumat tentang kemahiran murid berkomunikasi Mengetahui kebolehan murid berfikir secara kritis dn kreatif Melengkapkan lagi maklumat penilaian tentang seseorang murid untuk tujuan tindakan susulan dan pelaporan 11. Pengurusan Penilaian

Pengurusan penilaian melibatkan perancangan, penggubalan, pentadbiran dan penentuan tindakan susulan. 11.1 Perancangan

Sebelum menjalankan sesuatu penilaian, perancangan yang rapi diperlukan. Tentukan objektif penilaian sama ada untuk kemajuan atau diagnostik, penilai boleh menjalankannya secara formatif manakala bagi objektif pencapaian, ia dijalankan secara formatif atau sumatif. Tentukan aspek-aspek yang hendak dinilai sama ada pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai. 11.2 Penggubalan

Dalam proses penggubalan soalan, perkara yang berikut perlu diambil perhatian:

89

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Skop pembelajaran berdasarkan kurikulum Bilangan item soalan atau tugasan Aras kesukaran Skema pemarkahan termasuk senarai semak Tempoh masa ujuan

Soalan-soalan yang disediakan hendaklah disemak dan disunting sebelum ditadbirkan. Soalan-soalan yang disediakan perlu dikumpul dalam bank item untuk tujuan rujukan dan digunakan semula. 11.3 Pentadbiran

Murid diberitahu dahulu sebelum ujian dilaksanakan. Ujian hendaklah dijalankan dalam keadaan yang sesuai dan selesa. Hasil ujian dianalisis dan dirumus untuk tujuanperekodan dan pelaporan agar tindakan susulan dapat dijalankan dengan segera. Pelaporan perlu juga dibuat dalam bentuk pernyataan dan hendaklah merujuk kepada pencapaian murid dalam memenuhi objektif-objektif pembelajaran. Ini selaras dengan prinsip Ujian Rujikan Kriteria. 11.4 Tindakan Susulan

Tindakan susulan perlu diambil bagi tujuan pengayaan dan pemulihan. Guru juga boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Latihan 1.

Pengukuran merupakan subset penilaian Berdasarkan pernyataan ini, gunakan pengurusan grafik yang sesuai untuk membanding beza antara pengukuran dan penilaian

90

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Latihan 2.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains untuk Pendidikan Khas, pilih tajuk yang sesuai anda dikehendaki untuk menyediakan satu borang catatan Penilaian Sikap Saintifik dan Nilai Murni yang berasaskan Senarai Semak.

Bahan Bacaan Pembelajaran Kendiri Pukal Latihan Sains Rendah PULSAR, Modul 7 : Penilaian Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rehat

Anda masih lagi mengikuti modul ini dengan tekun dan sabar. Sekarang masa untuk berehat dan minum secawan kopi.

91

You might also like