You are on page 1of 22

KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH

TAJUK:DIRECT CURRENT MACHINE(MOTOR DC) NAMA PELAJAR:MUHAMMAD SHAZWAN ZAFRAN BIN ABDUL KHAI NAMA KURSUS:TEKNOLOGI ELEKTRIK SEMESTER:SATU TARIKH HANTAR: NAMA PENSYARAH:PUAN NORBAINI NGADENAN

PENGENALAN
Motor adalah komponen yang sering digunakan pada elektrik. Ia selalu digunakan pada mesin industri, peralatan elektrik dan alat permainan. Motor berfungsi menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetic. Motor arus terus kebiasaannya digunakan dalam peralatan elektrik mudah alih. Contoh peralatan yang menggunakan motor arus terus ialah alat permainan bermotor, motor penghidup kenderaan, kipas radiator kereta, dan skuter elektrik.

MOTOR DC
Binaan asas motor DC terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemegun dan pemutar.

I. Pemegun
Pemegun ialah bahagian yang mengandungi belitan medan yang menghasilkan fluks medan magnet. Biasanya pemegun dipasang pada rangka atau kuk motor dan merupakan bahagian motor yang tidak bergerak.

II. Pemutar
Pemutar ialah bahagian motor yang berputar dalam motor elektrik. Pemutar berada di tengah-tengah motor iaitu ditempat pemasangan aci.

SPECIFIKASI MOTOR DC
Dilekatkan di luar badan motor. Ia berfungsi sebagai pemberi maklumat dari aspek Jenis(Type), Kuasa Bekalan(Power), Putaran (RPM), Watt, Kuasa Kuda(hp), dan Arus(I). Contohnya : o RPM: 17,400 oVOLT: 8,4 volt oWATT: 120

JENIS MOTOR ELEKTRIK


Motor elektrik menghasilkan tenaga kinetic penggerak utama untuk menjalankan sesuatu kerja. Aci motor berputar apabila motor dibekalkan dengan sumber bekalan elektrik. Sumber bekalan elektrik terdiri daripada arus terus(DC) atau arus ulang-alik (AC). Oleh yang demikian, motor elektrik boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu motor arus terus (DC) dan motor arus ulang-alik(AC). Motor Arus Terus (Motor DC) oArus Terus bergerak dalam satu arah sahaja. oDigunakan dalam alatan elektrik kuasa rendah. oSumber tenaga Motor DC ialah bateri. Motor Arus Ulang Alik (Motor AC) oArus Ulang Alik bergerak dalam dua arah bertentangan secara berulang. oDigunakan dalam alatan elektrik kuasa tinggi.

BAHAGIAN UTAMA MOTOR DC


- Komponen utama motor arus terus sama dengan janakuasa arus terus (DC). Antara komponen utama dan fungsi ialah:

I. Rangka Utama (Yoke)

II. Angker (Armature)


II. Magnet Kekal (Stator Magnet) III. Berus Karbon (Brush) V. Penukar Tertib (Commutator)

FUNGSI RANGKA UTAMA


menyediakan sokongan mekanikal untuk mesin dan bertindak sebagai penutup bagi mesin Membentuk sebahagian daripada litar magnet.

FUNGSI ROTOR
Rotor ialah bahagian motor yang berputar dan merupakan bahagian yang menerima tenaga elektrik. Angker terdiri daripada beberapa bahagian iaitu teras angker, belitan angker dan lubang alur. Teras angker berfungsi sebagai elektromagnet dan berputar apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Putaran ini disebabkan oleh prinsip kemagnetan iaitu kutub yang berlainan akan menarik dan kutub yang sama akan menolak.

FUNGSI MAGNET KEKAL


Motor DC bersaiz kecil menggunakan magnet kekal sebagai kutub medan. Motor DC bersaiz besar menggunakan elektromagnet sebagai kutub medan. Belitan untuk menghasilkan kekuatan magnet pada kutub medan magnet pada kutub medan dinamakan belitan medan.

FUNGSI BERUS KARBON


Berus karbon berbentuk bongkah karbon kecil yang bertindak sebagai media penyambung litar elektrik yang berputar dengan bahagian yang pegun. Berus karbon digunakan untuk membawa arus masuk ke belitan angker atau keluar dari belitan angker.

FUNGSI PENUKARTERTIB
Penukartertib ialah komponen yang berbentuk silinder yang terdapat di dalam pemutar. Komponen ini merupakan susunan ruas palang logam yang bertebat antara satu sama lain. Penukartertib berfungsi untuk menghubungkan pengaliran arus dari bekalan kepada belitan angker melalui berus karbon.

Litar Asas Motor DC


Motor DC dikelaskan kepada tiga jenis iaitu motor siri,motor pirau dan motor majmuk. Penjelasan ini dibuat mengikut cara penyambungan antara belitan angker dengan punca bekalan. i.motor DC siri ii.motor DC pirau Iii.motor DC majmuk

i.Motor DC Siri
Bagi motor DC siri belitan medan dan belitan angker disambung bersiri dengan medan akan mengalir dalam belitan angker. Ketika voltan bekalan mula dibekalkan, tidak terdapat dge balikan di angker. Ini membolehkan arus permulaan yang tinggi mengalir pada belitan medan dan belitan angker. Keadaan ini menghasilkan daya kilas permulaan yang tinggi . Oleh berbeban pada permulaan kerja seperti kren, tali sawat dan mesin CNC.

ii.MOTOR DC PIRAU
Motor DC pirau menggunakan sambungan selari bagi menyambung antara belitan angker dengan punca bekalan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4. Sambungan selari menyebabkan arus pada belitan medan sentiasa malar. Arus pada belitan angker pula bergantung kepada dge balikan. Motor DC pirau lebih sesuai digunakan apabila kelajuan malar diperlukan dan tidak memerlukan daya kilas permulaan yang tinggi. Oleh itu, motor ini sesuai untuk mengendalikan sistem yang memerlukan kelajuan malar seperti pekakas mesin.penggilap dan penyambur.

iii.Motor DC Majmuk
Motor DCmajmuk mempunyai dua belitan medan. Satu daripadanya di sambung secara siri dengan belitan angker dan punca bekalan manakala belitan yang satu lagi disambung secara selari dengan punca bekalan. Cara penyambung keseluruhan litar ditunjukkan dalam rajah 5. Motor DC majmuk menggabungkan ciri motor DC siri dengan motor DC pirau. Bilangan belitan medan sambungan siri adalah kurang daripada bilangan belitan medan sambungan pirau. Motor DC majmuk mempunyai daya kilas permulaan yang baik dan member kelajuan malar. Motor jenis ini biasanya digunakan untuk beban lampau berat seperti mesin pemotong dan pengisar.

Menukar Arah Putaran Angker Motor DC


Arah putaran motorDCdapat ditukar dengan dua cara sama ada dengan menyongsangkan sambungan belitan angker atau menyongsangkan sambungan belitan medan. Jadual 1 menunjukkan kaedah menukarkan arah putaran angker motor DC. Dengan merujuk kepada motorDCpirau, bagi menyongsangkan belitan angker sambungan A1 dan A2 hendaklah disongsangkan cara penyambungannya ke punca bekalan.A1 disambung ke punca negatif dan A2 ke punca positif bekalan dengan merujuk kepada litar asal. Kesan daya pada pemutar boleh diperhatikan pada gambar rajah fluks dalam jadual 1. Bagi menyongsangkan belitan medan,sambungkan F1 ke punca negatif dan F2 ke punca positif bekalan dengan merujuk kepada litar asal. Dengan menyongsangkan sambungan satu daripada belitan medan atau belitan angker, saling tindak antara medan magnet pemegun dan pemutar akan mengubah arah daya kilas pada pengalir di angker.Ini akan mengubah arah putaran motor seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah fluks dalam Jadual 1.

RAJAH 1

SIMBOL MOTOR DC

ARAH PUSINGAN MOTOR DC

PERATURAN TANGAN KIRI FLEMMING

i. Ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu tangan kiri berserenjang antara satu sama lain. ii.Jari telunjuk menunjuk ke arah medan magnet (utara ke selatan).

iii.Jari hantu menunjuk ke arah arus. iv.Ibu jari akan menunjukkan ke arah daya yang bertindak.

RUJUKAN
Internet:http://mohdfariduyob.blog spot.co Buku:1. David A. Bell (1996);(edisi keempat) , Asas Litar Elektrik. 2. Abd Samad (1988);(edisi Kedua), Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik) 3. Abd Samad ; Nazi ) (1995);(Teknologi Elektrik Untuk Sekolah Menengah Vokasional, Tingkatan 4 & 5) 4. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik; Tingkatan 4 &5 (2003)

RUMUSAN
Kesimpulanya,Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik. Motor ini mengunakan bekalan elektrik sebagai sumber dan menghasilkan tenaga mekanik dalam bentuk daya kilas dan putaran. Motor elektrik telah digunakan secara meluas dalam kehidupan manusia moden pada hari ini. Antara kegunaan yang biasa dilihat seperti pengisar, kipas angin ,penyaman udara dan sebagainya. Malah pada hari ini motor elektrik telah digunakan sebagai kenderaan pengangkutan manusia

PENUTUP

You might also like