P. 1
Doa Hari Guru 2010

Doa Hari Guru 2010

|Views: 63|Likes:
Published by Alia Farhani
Doa
Doa

More info:

Published by: Alia Farhani on Feb 15, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/23/2013

pdf

text

original

Ya Allah,TuhanSemestaAlam

,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2010 pada hari yang berbahagia ini dengan tema Guru Penbina Negara Bangsa .

‫يا عزيز‬

‫يا فعال لما يريد, يا ال‬

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman, justeru itu kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Lorongkanlah hati kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .

‫يا مدبر عمري‬

‫يا ال‬

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada kami sebagai barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik kami, sebagaimana kami mengasihi dan menyayangi anak- anak kami sendiri, kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan, semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pelajar-pelajar khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya.

‫يا ال يا مكورل ليل والنهار‬
Pada kesempatan ini, kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada anak didik kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur, mudahmudahan mereka akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru, mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru serta sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru. Semoga mereka menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Kami juga memohon agar pertemuan pada pagi ini dianugerahkan hidayah dan taufik agar urusan kami berjalan dengan lancar, beroleh kejayaan dan keberkatan. Pada kesempatan ini juga , kami berdoa memohon ke hadrat.Mu, muliakan semua guru kami, rahmatilah mereka, ampunkanlah segala dosa mereka sama ada yang masih hidup atau yang telah mati Amin Ya Rabbal ‘Alamin

‫وصلى ال على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه اجمعين والحمد ل رب العلمين‬

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->