You are on page 1of 24

KANDUNGAN ASAS MEMANAH

1. SEJARAH MEMANAH 2. JENIS-JENIS PERTANDINGAN DAN UNDANG PERMAINAN 3. PERALATAN ASAS MEMANAH 4. PERALATAN AKSESORI MEMANAH 5. TEKNIK ASAS MEMANAH 6. TEKNIK LATIHAN FIZIKAL MEMANAH 7. KESELAMATAN

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1. JAWATAN PEGAWAI PERTANDINGAN DA TUGASNYA 2. BENTUK DAN UKURAN GELANGGANG 3. BENTUK DAN BUTT TARGET PERTANDINGAN

1. SEJARAH MEMANAH The bow seems to have been invented in the late Paleolithic or early Mesolithic periods. The oldest indication for its use in Europe comes from the Stellmoor in the Ahrensburg valley north of Hamburg, Germany and date from the late Paleolithic, about 10,0009000 BC. The arrows were made of pine and consisted of a mainshaft and a 1520 centimetre (68 inches) long fore shaft with a flint point. There are no definite earlier bows; previous pointed shafts are known, but may have been launched by atlatls rather than bows. The oldest bows known so far come from the Holmegrd swamp in Denmark. Bows eventually replaced the atlatl as the predominant means for launching shafted projectiles, on every continent except Australia (woomera used), though the atlatl persisted alongside the bow in parts of the Americas, notably Mexico (from which its Nahuatl name comes) and amongst the Inuit. Archery was highly developed in Asia and in the Islamic world. In East Asia, ancient Korean civilizations, such as the Silla, Baekje, andGoguryeo were well known for their regiments of exceptionally skilled archers.[2] Central Asian tribesmen (after the domestication of the horse) and American Plains Indians (after gaining access to horses) were extremely adept at archery on horseback. At Crecy, France, in the year 1346, the English longbow proved its worth for the first time in Continental warfare

2. JENIS-JENIS PERTANDINGAN DAN UNDANG PERMAINAN Berdasarkan FITA (International Archery Federation), terdapat beberapa jenis pertandingan yang dianjurkan antaranya:

2.1 Lelaki Perseorangan dan berpasukan (18 tahun ke bawah) 2.1.1 jarak 90M 2.1.2 jarak 70m 2.1.3 jarak 50m 2.1.4 jarak 30m

2.2 Wanita perseorangan dan berkumpulan (18 tahun ke bawah) 2.2.1 jarak 70m 2.2.2 jarak 60m 2.2.3 jarak 50m 2.2.4 jarak 30m

2.3 Lelaki/Wanita perseorangan dan berkumpulan (15 tahun ke bawah) 2.3.1 jarak 50m 2.3.2 jarak 40m 2.3.3 jarak 30m 2.3.4 jarak 20m

2.4 Lelaki/Wanita perseorangan dan berkumpulan (12 tahun ke bawah) 2.4.1 jarak 25m 2.4.2 jarak 20m 2.4.3 jarak 15m 2.4.4 jarak 10m

2.5 Pusingan Olimpik (18 tahun dan ke bawah)

3. PERALATAN ASAS MEMANAH 3.1 BUSAR PANJANG (LONG BOW)

Long bow merupakan busar yang paling asas.. Ianya dibentuk dari sebatang kayu dan pemegangnya selalunya di perbuat dari sekeping kulit yang diikat di sekeliling busar. Satu lekukan di potong di sebelah kiri atau kanan busar bertujuan untuk meletakkan anak panah (arrow rest). Pejera (sight) tidak digunakan. Panahan di lakukan dengan cara membidik hujung anak panah semasa tarikan penuh. Titik bidikan akan berbeza bergantung kepada jarak sasaran.

3.2 RECURVE BOW

Busar Recurve mempunyai panjang yang berbeza iaitu 1220mm(48 inci) sehingga 1780mm (70 inci).Kebanyakan busar yang digunakan dalam pertandingan Target Archery biasanya adalah 1675mm (66inci). Kebanyakan busar asas diperbuat daripada kayu berlapis. Pemegang dan lengan dilapisi oleh fiberglass untuk ketahanan limbs. Busar yang di kenali sebagai "Take-Down Recurve" mempunyai poket di atas dan di bawah pemegang bertujuan untuk melekatkan limb busar. Jenis ini boleh di pisahkan supaya senang untuk dibawa ke mana-mana. Lengan yang dipisahkan boleh diganti dengan lengan yang sesuai untuk pemanah.

3.3 ANAK PANAH

Anak panah biasanya diperbuat daripada kayu, fiberglass, aluminium dan karbon graphite. Anak panah aluminium mempunyai ukur lilit dan ketebalan yang tepat. Setiap anak panah ditanda dengan nombor, contohnya 2013 yang bermaksud anak panah tersebut mempunyai ukur lilit 20/64th inci(7.94mm) dan ketebalan dindingnya adalah 13/1000th inci(0.33mm) semasa pertandingan. Anak panah yang melebihi 9.3mm (2312, 2314, 2315 dan 2317) tidak boleh digunakan dalam pertandingan. Anak panah sepatutnya dipotong bersesuaian dengan tarikan penuh (full draw) seseorang pemanah

4. PERALATAN AKSESORI MEMANAH 4.1 NOCKS

Dipasang di belakang arrow. Memudahkan arrow dipasang pada string

4.2 FLETCHERS ( SAYAP )

Direka secara specifik Digunakan pada hujung arrow

4.3 FINGER TABS ( PELINDUNG JARI )

Pelindung jari digunakan untuk melindungi jari pemanah dari sebarang kecederaan dan juga memberikan permukaan yang licin untuk tali panah mengelungsur.

4.4 ARM GUARDS ( PELINDUNG LENGAN )

Melindungi pergelangan tangan daripada dipukul string bow. Membantu mengetatkan pergelangan tangan pada baju.

4.5 QUIVERS ( KANTUNG ANAK PANAH )

Tempat meletakkan anak panah supaya berada dalam keadaan yang baik.

4.6 CHEST GUARD ( PELINDUNG DADA )

Diperbuat daripada jaring nilon sangat elastik. Melindungi pakaian daripada string bow.

4.7 STRING ACCESCORIES

Peralatan yang diikat dan dilekat pada string. Contohnya: - string wax - string loops - replacement string

4.8 ARCHERY TARGET

Tempat anak panah dilepaskan. Target yang biasa digunakan: - foam - bag - Rinehart target

5. TEKNIK ASAS MEMANAH 5.1 Stance (berdiri)

Pemanah berdiri tegak dengan keadaan selesa dan relaks. Kedudukan kaki pemanah hendaklah mengangkangi garisan panahan. Kai pemanah sepatutnya lebih kurang sama jarak dengan bahu pemanah di mana berat pemanah sepatutnya ditanggung oleh kedua-dua belah kaki dengan nisbah yang lebih kurang sama, berat tersebut hendaklah ditanggung oleh tumit dan hujung kaki pemanah. Ini dapat membantu keseimbangan dan menjadikan badan pemanah lebih stabil. Semasa memanah secara berturutan, kedudukan badan mestilah dikekalkan dalam keadaan stabil dimana tidak ada perubahan berat akibat dari bongkokkan badan. Sekiranya terdapat masalah dengan tali panah semasa pelepasan anak panah, pemanah harus menukar cara berdir kepada open stance. Apabila cara berdiri yang sesuai telah diperolehi, pemanah harus mengekalkan kedudukan ini bagi setiap panahan. 5.2 Nocking the arrow

Anak panah dimasukkan ke tali panah dengan cara meletakkan nock anak panah ke tali panah di bawah penanda nocking. Pastikan Index Fletch menghala ke arah pemanah dan tolakkan ianya dengan lembut ke tali panah. Kemudian letakkan anak panah pada atas arrow rest. 5.3 Drawing hand and bow hand

Kebiasaanya tiga jari digunakan untuk tujuan menarik tali panah iaitu jari telunjuk, jari hantu dan jari manis. Jari telunjuk diletakkan di sebelah atas anak panah sementara jari hantu dan jari manis disebelah bawah. Bengkokkan jari supaya sendi ketiga-tiga jari tersebut sebaris dengan tali panah. Berikan sedikit ruang antara jari telunjuk dan jari hantu supaya kedua-dua jari tersebut tidak menyentuh anak panah. (Ini untuk mengelakkan dari anak panah itu dicubit (pinching)) Biarkan belakang tangan serata yang boleh. Bengkokkan ibu jari ketapak tangan supaya dapat diletakkan pada pipi semasa tarikan penuh. Tarik sedikit tali panah untuk menyediakan jari-jari tersebut untuk tarikan penuh. Semasa menarik tali panah, tekanan hendaklah dibahagikan samarata kepada ketiga-tiga jari tersebut. Letakkan tangan pemegang bow pada tempat pemegang dengan garis tengah berkedudukan diantara ibu jari dan jari telunjuk sebaris dengan pusat busar seperti yang dipaparkan dalam rajah diatas. Tapak otot ibu jari hendaklah diletakkan pada garis tengah pemegang busar. Semasa menarik,

tekanan sepatutnya diterima oleh otot ibu jari dan terus kepada pergelangan tangan (Kedudukan pergelangan tangan rendah). Jari dan ibu jari patut dibiarkan dalam keadaan relax. Sekiranya pengikat jari atau pengikat busar tidak digunakan, hujung jari hendaklah dibengkokkan sedikit supaya menyentuh busar dengan lembut. Ini akan menghalang busar daripada terlepas semasa anak panah dilepaskan. Kedudukan tangan pada pemengang busar hendaklah konsisten pada setiap kali panahan dilakukan. 5.4 Bow arm and predraw

Luruskan lengan pemegang busar untuk mendapatkan kedudukan tangan pada tempat pemegang busar. Kemudian angkat lengan pemegang busar dan lengan penarik tali serentak pada kedudukan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Kekalkan bahu hadapan pada kedudukan rendah. (Bahu tidak oleh dibiarkan bergerak ke hadapan atau kebelakang kerana ini akan mengubah jaraktarikan) Kekalkan siku lengan penarik pada kedudukan separas mata kerana ini akan membantu menggerakkan otot belakang menarik pada tarikan penuh. 5.5 Drawing the bow

Pada kedudukan sebelum menarik( Pre-Draw position), gunakan otot belikat untuk menarik siku lengan penarik kebelakang dalam satu tarikan yang licin sehinggalah tangan penarik terkena dagu pemanah. Kedudukan kepala dan badan tidak boleh bergerak. (Tarik tali ke arah muka, bukan muka bergerak kepada tali) Daya tolakan pada busar dan daya tarikan pada lengan penarik akan memberikan keseimbangan pada badan

6.6 Anchoring

Istilah anchor ialah apabila tangan penarik diletakkan pada tulang dagu dan tali panah menyentuh muka. Adalah sangat penting jari telunjuk menyentuh rahang dengan lembut, ibu jari dibengkokkan kedalam tapak tangan supaya senang untuk menyentuh leher dan tali panah menyentuh dagu (dan hidung sekiranya boleh ). Kaitan antara kedudukan-kedudukan ini adalah penting kerana ianya bertindak sebagai pandangan dari belakang, jadi adalah penting untuk mengekalkan kedudukan-kedudukan tersebut dengan konsistan. Ia juga untuk mendapatkan tarikan penuh yang konsisten. Sebarang perubahan terhadap kedudukan-kedudukan tersebut akan mangubah tenaga yang digunakan seterusnya mempengaruhi penerbangan anak panah

6.7 Holding and aiming

Istilah holding(menahan) ialah apabila tekanan ditanggung oleh otot beakang (belikat) dan apabila tangan yang memegang panah digerakkan selari dengan sight ( tempat membidik) dan ditengah-tengah sasaran. Semasa sight digerakkan kearah tengah sasaran keselarian tali panah patut diperiksa. Keselarian tali panah, seperti yang di tunjukkan di dalam gambar, tali panah adalah selari dengan dengan busar dan pin sight. Apabila busar dipegang dengan betul pada kedudukan menegak tali panah dan hujung busar akan kelihatan selari. Terdapat beberapa langkah yang perlu diperiksa untuk memastikan semuanya berada dikedudukan yang betul. Sekiranya sebarang bahagian badan dirasakan tidak betul, adalah lebih baik berhenti dahulu, turunkan busar dan mula semula. Apabila membidik ke tengah sasaran, adalah pekara biasa apabila pandangan sight pin itu seperti berputar disekitarnya. Dengan melakukan banyak latihan, pekara ini akan berkurangan.Apabila sight pin digerakkan ke atas, anak panah akan ke bawah, sight pin ke bawah, anak panah akan bergerak ke atas. 6.8 The release

Melepaskan tali panah adalah langkah yang paling penting semasa memanah. Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, semua langkah yang telah diambil sebelum itu adalah sia-sia.Untuk melepaskan anak panah dengan betul,tali panah yang dipegang hendaklah dibenarkan mengelongsor (slip) dari jari. Ketiga-tiga jari mesti melepaskan tali panah dengan serentak. Ini hendaklah dilakukan dengan biasan yang sedikit. Apabila pelepasan anak panah dilakukan dengan baik, tangan penarik sepatutnya bergerak ke belakang keran otot belakang (belikat) akan menarik tangan penarik ke belakang dan jari-jari sepatutnya berada di belakang leher. 6.9 Follow through

Ikut lajak ( follow through) ialah mengekalkan kedudukan lengan pemegang busar pada kedudukan pelepasan anak panah sehinggalah anak panah mengenai sasaran. Sebarang pergerakkan semasa pelepasan anak panah akan mempengaruhi cara penerbanganya. Kedudukan kepala dan badan patut dikekalkan, dan tangan penarik hendaklah digerakkan ke belakang semasa pelepasan anak panah. Adalah penting untuk tidak menjatuhkan tangan pemegang busar selepas pelepasan anak panah, ia akan menyebabkan anak panah mendarat rendah daripada sasaran. Menggerakkan kepala ke kiri atau kekanan untuk melihat anak panah juga akan menyebabkan tangan pemegang busar bergerak ke kiri atau kanan.

6.10

Relaxing

Pemanah mesti merehatkan diri selepas setiap panahan dibuat supaya otototot dapat pulih daripada kerja yang dilakukan sebelumnya. Rehat dlam tempoh 20 hingga 30 saat adalah mencukupi untuk otot-otot bersedia bagi panahan seterusnya. Sekiranya otot-otot tidak mendapat rehat yang secukupnya, ia akan menjadi kebas selepas beberapa panahan yang berterusan. Memanah dalam keadaan otot-otot yang letih akan menyebabkan panahan menjadi tidak konsisten. Masa rehat juga digunakan untuk menganalisa keputusan panahan sebelumnya dan memikirkan cara-cara membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Adalah penting untuk memeriksa kesemua 10 langkah asas bagi setiap kali panahan dibuat. Sekiranya sati daripada 10 langkah itu mempunyai kecacatan,maka pemanah tidak akan dapat menghasilkan panahan yang persis dan jitu.

7 TEKNIK LATIHAN FIZIKAL MEMANAH

. Kecergasan dalam aktiviti memanah terdiri dari tiga faktor utama: Kelembutan sendi-sendi badan dikawal oleh beberapa faktor : struktur tulang, otot, tendon dan ligamen. Kesemuanya mengawal pergerakan sendi-sendi badan. Untuk meningkatkan kadar pergerakan, latihan regangan berikut dicadangkan: Latihan regangan Berikut adalah latihan regangan, memanas serta menyejukkan badan. Latihan ini akan mengelakkan kecederaan kepada otot, tendon dan sendi dan meningkatkan kelembutan. Semasa melakukan latihan ini ,jangan tahan nafas anda kerana ia akan menjadikan anda pening.Semasa melakukan latihan ini, otot anda akan memerlukan lebih oksigen, jadi kadar pernafasan anda bertambah.

Melonggarkan lengan atas dan otot dada. Cantumkan jari dengan kedudukan tapak atas kepala dengan keadaan jari terkunci antara satu sama lain. Regangkan ke atas dan tahan selama 10 saat.Tangan keluar. Luruskan tangan anda

Melonggarkan dada,bahu atas dan otot bawah lengan. Bengkokkan satu tangan melepasi kepala dan dan turun ke belakang. Bengkokkan tangan yang lagi satu dari bawah ke atas.Cuba pegang jari-jari anda dan tahan selama 10 saat. Biarkan keadaan belakang anda dalam keadaan tegak semasa latihan ini.

Melonggarkan bahu dan otot belakang . Kuncikan jari kedua-dua tangan bersama-sama, keluarkan tangan ke hadapan dan pusing ke kiri dan kekanan pelahan-lahan selama 10 saat. Jangan berpusing secara mengejut kerana ini akan merosakkan sendi-sendi tulang belakang.

Melonggarkan otot belakang dan bahu. Gunakan seutas getah, pegang keduadua hujungnya, angkat kedua-dua lengan ke paras bahu dan depangkan tangan.Biarkan bahu pada kedudukan lurus, ke belakang dan ke depan dengan cara mengembang dan menguncup otot belikat. Lakukan selama 10 saat.

Melonggarkan otot bahu. Gunakan seutas getah, pegang kedua hujungnya, angkat sebelah tangan melepasi kepala dan sebelah lagi separas dengan bahu.Tarik tangan separas bahu ke bawah kemudian tukar hala. Ulang lebih kurang 6 kali.

Melonggarkan otot dada dan bahu. Gunakan seutas getah, pagang kedua hujung ketika getah berada di bahagian belakang badan. Angkat kedua tangan separas bahu kemudian hayunkan tangan ke depan untuk menegangkan getah. Tahan selama 10 saat dan ulang sebanyak 6 kali.

Melonggarkan otot memanah. Gunakan seutas getah. Ikat kedua hujungnya untuk membentuk satu lingkaran, buat aksi seprti meanrik tali panah. Tahan selama 10 saat. Ulang sebanyak 6 kali. Ulang latihan menggunakan tangan yang sebelah lagi

8 KESELAMATAN

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil : I. Peralatan Memanah 1. Pastikan peralatan memanah anda sentiasa dalam keadaan yang baik. Anda perlu selalu mengawal anak panah dan jangan sesekali hilang kawalan dari segi langkah-langkah keselamatan. 2. Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu dipatuhi:JANGAN SAMA SEKALI : i. MELAKUKAN DRY FIRE ( Panahan tanpa anak panah).Ini akan menyebabkan kerosakkan kepada busar. ii. MENARIK DAN MENGHALAKAN BUSAR ATAU MELAKUKAN PANAHAN KETIKA TERDAPAT SASARAN BERGERAK DI HADAPAN (busar hanya boleh diarahkan kepada target butt sahaja). iii. MELAKUKAN PANAHAN KE UDARA iv. BERGURAU SENDA ATAU BERMAIN-MAIN DENGAN PERALATAN MEMANAH. PERHATIAN : Pemanah-pemanah yang melakukan kesalahan di atas boleh disingkirkan dari pertandingan . 3. Periksa peralatan anda selalu. Pastikan ianya dililin dan tidak rosak. 4. Baiki sebarang kerosakan sekiranya perlu. 5. Periksa samada nocking point berada di kedudukan yang betul. Anda sepatutnya tahu bagaimana untuk menggantikan knocking point yang telah rosak. Periksa nocks dan mata panah. 6. Pastikan batang anak panah adalah lurus. 7. Pastikan semua peralatan seperti finger tab, arm guard dan lain-lain dalam keadaan yang baik, selamat dan sesuai untuk digunakan. II. Lapang Sasar 1. Pastikan rumput padang dalam keadaan pendek supaya senang mencari anak panah yang hilang. 2. Penanda padang dan garisan mestilah jelas dan kekal.

3. Pastikan target stand dalam keadaan yang baik dan selamat. Sekiranya

target butt menjadi lembut dan anak panah boleh menembusinya, gantikan
dengan lebih baik.

4. Gunakan whistle yang kuat atau beri arahan dengan jelas dan kuat supaya semua orang dengar dengan jelas dan faham

1. JAWATAN PEGAWAI PERTANDINGAN DA TUGASNYA pegawai yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman yang munasabah dalam sukan yang diwakili. Tugasan ini adalah merupakan bidang kemahiran Pengerusi Teknik Permainan ( PTPS ). Terdapat seorang PTPS yang bertanggunjawab untuk setiap permainan. Untuk bidang kepegawaian, pengerusi permainan boleh meminta bantuan, pandangan dan nasihat PTPS yang berkaitan

2. BENTUK DAN UKURAN GELANGGANG Rujuk (Lampiran 1)

3. BENTUK DAN BUTT TARGET PERTANDINGAN

You might also like