MODUL LATIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (Tahap 1 & 2

)
SLOT LDK 1 PENGISIAN Unit 1: Kesedaran Kendiri Aktiviti 1: Mari Berkenalan 1.1 Rantai Nama (15 minit) 1.2 Berpasangan (45 minit) Aktiviti 2: Berkongsi Pengalaman dan Harapan 2.1 Duniaku (30 minit) Aktiviti 3: Penerokaan Kendiri 3.1 Cermin Diri (30 minit) 3.2 Aku dan Dia (30 minit) Aktiviti 4: Keyakinan Diri 4.1 Si Buta Sayang (30 minit) Unit 2: Asas komunikasi 120 minit Aktiviti 1: Komunikasi 1.1 Definisi Komunikasi (60 minit) Aktiviti 2: Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan 2.1 Tingkah laku lisan dan bukan lisan (60 minit) Aktiviti 3: Meningkatkan Perhubungan Manusia 3.1 Membaiki perhubungan sesama insan (60 minit) Aktiviti 4: Halangan Komunikasi 4.1 Halangan dalam komunikasi (30 minit) 4.2 Kemahiran memberi perhatian (30 minit) Aktiviti 5: Kemahiran Mendengar 5.1 Mendengar dengan baik (60 minit) Aktiviti 6: Kemahiran Tegas Diri 6.1 Tingkah laku pasif, tegas diri dan agresif (60 minit) Unit 3: Asas Kaunseling 120 minit Aktiviti 1: Pengenalan 1.1 Pengenalan Kaunseling (60 minit) Aktiviti 2: Kemahiran Mendengar 2.1 Rakaman (60 minit) Aktiviti 3: Kemahiran Memberi Perhatian 3.1 Suara tanpa gema (40 minit) 3.2 Berbudi dan berbahasa (40 minit) Aktiviti 4: Kemahiran Memberi Respon dan Maklum Balas 4.1 Kemahiran mendengar, memberi respon dan maklum balas (40 minit) MASA 60 minit

LDK 2

120 minit

CERAMAH 1

LDK 3

120 minit

LDK 4

120 minit

CERAMAH 2

LDK 5

120 minit

Peserta-peserta mencari pasangan yang mereka berasa selesa dan memilih tempat yang sesuai di kawasan sekitar. .Menyedari bahawa manusia sukar mengingati banyak perkara dalam satu jangka waktu yang singkat. Fasilitator mengaitkan aspek pentingnya PRS membina perhubungan mesra dengan mengetahui lebih dekat mengenai rakan yang mereka hubungi. hobi dan sebagainya. 6.Kita merasa lebih selesa jika orang lain kenal dan memanggil kita dengan sebutan nama. Untuk berkenalan di antara satu sama lain Langkah : 1. Selepas 10 minit. Aktiviti 1.Apakah perasaan mereka apabila mereka menceritakan kisah rakannya. .MODUL LATIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (MODUL ASAS 1) LDK 1 UNIT 1: KESEDARAN KENDIRI Aktiviti 1: Mari Berkenalan Aktiviti 1. . Fasilitator berbincang dengan peserta: . 5. Fasilitator meminta pendapat peserta mengenai pengajaran yang mereka terima melalui aktiviti ini seperti: . cita-cita. Fasilitator berbincang dengan peserta-peserta apakah pengajaran yang mereka terima melalui aktiviti tersebut. Antara isi perbincangan ialah seperti . 4. Untuk mengetahui dan mengingatkan nama rakan-rakan peserta dalam kelompok 2. Peserta pertama di sebelah kanan fasilitator memperkenalkan nama fasilitator dan namanya. 2.1 : Rantai Nama Masa : 15 minit Alat : Tiada Objektif : 1. . 3.Kita berkecenderung menceritakan hal orang lain.Kita rasa lebih mesra apabila kita mengetahui tentang diri orang lain. Peserta-peserta dan fasilitator duduk di kerusi dalam susunan bentuk bulatan. 2. Peserta-peserta diminta menceritakan semula apa yang telah diketahui mengenai pasangannya tadi kepada kelompok-kelompok secara bergilir-gilir. permainan yang digemari.Perkara yang disebut berulang-ulang senang untuk diingat. peserta-peserta dipanggil balik dan berkumpul di dalam kelompok. fesyen pakaian.2 : Berpasangan (Dyad) Masa : 45 minit Alat : Tiada Objektif : 1. Fasilitator memulakan dengan mengenalkan namanya serta nama panggilan. Untuk meneroka lebih mendalam mengenai diri peserta-peserta di dalam kelompok. Kedua-dua peserta berbual mesra dengan pasangannya berpandukan beberapa perkara seperti makanan dan minuman yang disukai. Aktiviti ini diteruskan bergilir-gilir sehingga semua peserta diperkenalkan. . 4. 3. 5.Apakah perasaan mereka apabila kisah mereka diceritakan oleh rakannya. Langkah : 1.

Melatih peserta-peserta supaya melakukan pendedahan kendiri yang sesuai pada masa dan individu tertentu. air. Setiap peserta secara bergilir-gilir diminta menjelaskan kepada peserta-peserta lain maksud simbol yang dilukisnya itu. Langkah : 1. Semasa penjelasan pembentangn itu dibuat. 7. . . 2. 3. Contohnya simbol matahari.LDK 2 UNIT 1: KESEDARAN KENDIRI Aktiviti 2: Berkongsi Pengalaman dan Harapan Aktiviti 2.Melalui pendedahan kendiri dapat menggalakkan peserta bercakap. Fasilitator mengaitkan peranan PRS dalam membina perhubungan mesra dengan perkongsian maklumat diri yang sesuai dan menyimpan maklumat diri kawan Fasilitator memperkenalkan etika PRS yang harus dipegang dan diingati. .Berkongsi pengalaman dapat mempertingkatkan kepercayaan kita kepada orang lain dan ini dapat mewujudkan perhubungan yang mesra. tetapi dengan perantaraan simbol dia berasa lebih selesa dan terbuka untuk mendedahkan dirinya. Memperkenalkan etika yang asas yang harus dipegang dan dijadikan panduan oleh PRS. Melatih dan menggalakkan pelajar membuat pendedahan kendiri dengan lebih terbuka dan mendalam. 5.1 : Duniaku Masa : 30 minit Alat : Pen. pokok dan sebagainya. Proses ini diteruskan hingga kepada peserta terakhir. 4. Fasilitator memberikan sehelai kertas kepada setiap peserta. 2. Fasilitator mengarahkan peserta melukis satu simbol yang melambangkan diri di atas kertas selama 5 minit. peserta-peserta lain digalakkan bertanya dan berkongsi pengalaman. kertas A4 Objektif : 1. Fasilitator membimbing peserta berbincang tentang pengajaran yang mereka terima melalui aktiviti ini iaitu: . 6. 3.Ada orang tidak mahu menceritakan tentang dirinya apabila kita bertanya secara langsung.

.3. Aktiviti 3. Peserta diminta menulis namanya ditengah bulatan. hormat dan lain-lain. Untuk mengkaji perhubungan peserta dengan orang lain. Fasilitator memberi satu rajah perhubungan kepada setiap peserta. 6. Langkah : 1. Memupuk kekuatan diri dan berusaha mengatasi kelemahan diri. Semakin rapat dari segi perhubungan dengan orang tersebut.1 : Cermin Diri Masa : 30 minit Alat : Pen. Fasilitator meminta peserta duduk dalam satu bulatan. Peserta menomborkan sifat-sifat positif diri mengikut keutamaannya. boleh menyimpan rahsia. Untuk melihat perhubungan yang berbeza antara individu. Perbincangan meliputi reaksi peserta terhadap sifat kekuatan yang dinyatakan dan memberi cadangan bagaimana kekuatan tadi boleh digunakan dengan sebaik-baiknya.Memberi keinsafan pada diri dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. 5.UNIT 1: KESEDARAN KENDIRI Aktiviti 3: Penerokaan Kendiri Aktiviti 3. Pada setiap ruang ditulis nama orang dalam perhubungan tersebut. . 7. 3.2 Objektif : 1. Fasilitator membawa fokus perbincangan kepada: . 2. Peserta diminta memikirkan tentang perhubungannya dengan orang lain seperti yang terdapat dalam rajah yang diberi 4. fasilitator meminta peserta memikir dan mencatat sifat-sifat positif dan negatif yang ada pada dirinya. Fasilitator meminta peserta mempamerkan perhubungan itu dihadapannya dan menjelaskannya kepada kumpulan. Langkah : 1.3. Supaya peserta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri 2. Fasilitator menghubungkaitkan tentang perhubungan yang dibina oleh remaja dengan rakan-rakan mereka.2 : Aku dan Dia Masa : 30 minit Alat : Kertas Edaran 1. 5. namanya ditulis hampir dengan nama peserta. Fasilitator menggalakkan setiap peserta berbincang dalam kumpulan dan fasilitator membimbing perbincangan dengan memberi fokus bahawa manusia berbeza dari segi latar belakang dan pengalaman dan perhubungan dengan orang lain adalah penting untuk keharmonian dan kesejahteraan hidup. 4. 2.1 Objektif : 1. PRS boleh menjadi seorang rakan yang rapat dengan mempunyai sifat-sifat mesra. Sifat-sifat positif di ruang sebelah kiri kertas dan sifat-sifat negatif di ruang sebelah kanan kertas. Fasilitator membimbing perbincangan kelompok mengenai hanya satu sifat positif paling utama pada tiap-tiap peserta. 3. 2.1. Fasilitator meminta peserta mengeluarkan Kertas Edaran 1. 6.3.Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan diri. Kertas Edaran 1. Dalam masa 10 minit.

5. ii. Setiap peserta memegang tali dalam barisan lurus. Pengajaran yang boleh diingati:  Kita perlu yakin kepada diri sendiri dan orang lain untuk mencapai sesuatu cita-cita/matlamat. Ia akan berasa selesa. Peserta diminta berada dalam barisan. Langkah : 1. 4. iii. i. Apakah perasaan mereka memberi reaksi-reaksi tertentu dalam aktiviti ini.UNIT 1: KESEDARAN KENDIRI Aktiviti 4: Keyakinan Diri Aktiviti 4. Peserta diminta mengingat semula pengalaman dalam aktiviti yang telah dijalankan. 7.  Seorang PRS harus melatih diri supaya bersedia memainkan peranan sebagai seorang pemimpin yang boleh dipercayai. 6.  PRS perlu memperbanyakkan latihan membina keyakinan diri. gunting kecil 1 unit Objektif : 1. Fasilitator membimbing perbincangan selepas aktiviti ini dijalankan. Pemandu tidak memegang tali dan dikehendaki memberi panduan dan arahan yang tertentu kepada semua peserta sambil berjalan dalam barisan.1 : Sibuta Sayang Masa : 30 minit Alat : Kain penutup mata (bagi setiap peserta ). disegani dan dihormati oleh rakan-rakan. Seorang peserta tidak menutup mata dan menjadi pemandu. 3. 2. Untuk menyedarkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri dan orang lain. . tali 5 meter. Permainan tamat apabila semua peserta tiba ke destinasi yang ditetapkan.  Bila seseorang telah percaya kepada kita. Sibuta dikehendaki mematuhi arahan pemandu. Setiap peserta diberi sehelai kain penutup mata dan menjadi si buta dengan mengikat kain itu menutup matanya. PRS harus berpegang kepada etika kerahsiaan dan menghormati kepercayaan yang diberi oleh rakan-rakan mereka. Fasilitator akan bertindak sebagai pengganggu atau halangan kepada sibuta seperti memotong tali.  Keyakinan diri akan membawa kepada kejayaan. Begitulah juga jika rakan-rakan percaya kepada PRS mereka akan lebih rela berkongsi perasaan.

2. 2. . 5. Peserta berkumpul di arena lapang mengikut kumpulan untuk menerima arahan dan taklimat. Setiap kumpulan menerima peta perjalanan aktiviti kembara.AKTIVITI: KEMBARA Masa : 180 minit Alat : Tunjuk arah. tali. Objektif : 1. Bacaan doa pelepas oleh setiap wakil kumpulan sebelum memulakan perjalanan.Sediakan jarak masa bertolak antara setiap kumpulan selama 10 minit. Peserta akan bergerak mengikut arah panduan yang telah diberikan dan melaksanakan aktiviti yang disediakan 6. Fasilitator membimbing perbincangan selepas aktiviti ini dijalankan dengan setiap peserta diminta mengingat dan menyatakan semula pengalaman yang tersurat dan tersirat semasa sepanjang perjalanan aktiviti kembara ini. Untuk membina ketahanan mental. Ketua kumpulan memeriksa ahli-ahli kumpulan dan alatan yang diperlukan mencukupi. Memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta. Peserta yang ada masalah kesihatan tidak digalakan mengikuti aktiviti ini. jasmani dan menyedarkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu mempunyai keyakinan diri. 4. Langkah : 1.

2. Kertas Edaran 2. pen Objektif : 1.CERAMAH 1 UNIT 2: ASAS KOMUNIKASI Aktiviti 1: Komunikasi Aktiviti 1.1 : Definisi Komunikasi Masa : 60 minit Alat : LCD. 4. . Laktop.1 : Tingkah laku komunikasi Lisan & Bukan Lisan Masa : 60 minit Alat : LCD. Fasilitator menayangkan video skip lakonan. Fasilitator menyampaikan ceramah berpandukan bahan powerpoint ‘Komunikasi’ UNIT 2: ASAS KOMUNIKASI Aktiviti 2: Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan Aktiviti 2. Peserta diminta mencatatkan perkara-perkara komunikasi lisan dan bukan lisan berdasarkan pemerhatian dalam lakonan tadi. Peserta memahami komunikasi bukan lisan. Peserta memahami maksud komunikasi lisan 2.2. 2. pen Objektif : 1. 3.1. Peserta diminta melaporkan pemerhatian mereka yang diberikan bagi mendapatkan maklum balas selanjutnya. Semua peserta berada dalam barisan. Peserta memahami maksud perkataan komunikasi. Langkah : 1. Langkah : 1. Fasilitator memberi ulasan dan mengaitkan hasil pemerhatian dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan sama ada secara lisan ataupun bukan lisan. kertas A4. Laktop.

LDK 3 UNIT 2: ASAS KOMUNIKASI Aktiviti 3: Meningkatkan Perhubungan Manusia Aktiviti 3.3.1 : Memperbaiki perhubungan sesama manusia Masa : 60 minit Alat : Tiada Objektif : 1. Gerak-geri bukan lisan (sesuai/tak sesuai) kenapa? 5. (5 minit) 3.( Rujuk edaran 2. Fasilitator meminta peserta mengaitkan pengalaman mereka dalam aspek-aspek berikut: i. Fasilitator meminta peserta menyatakan ciri-ciri perhubungan yang baik yang dapat dalam perbincangan aktiviti tadi. Setiap peserta diminta menceritakan apa sahaja tajuk/perkara yang hendak diceritakan. Supaya dapat melihat dengan lebih dekat petua-petua perhubungan sesama insan. Bahasa yang digunakan (sesuai/tak sesuai) kenapa? iv. Fasilitator menghubungkaitkan ciri-ciri ini dengan perhubungan PRS dengan rakanrakan mereka terutama dalam aspek membina perhubungan yang selesa. Tajuk yang dibincangkan (sesuai/tak sesuai) kenapa? ii. Fasilitator membuat rumusan mengenai panduan-panduan membaiki perhubungan sesama insan. Supaya dapat memahami proses-proses dalam komunikasi. penggunaan bahasa yang jelas dan sopan serta tingkah laku yang menyenangkan. 4. 2. Peserta-peserta dibahagi berpasangan. Langkah : 1. . 2. Setiap peserta diminta menceritakan balik perasaan dan pengalamannya semasa bercerita.1 ) 7. 6. Keselesaan (selesa/tak selesa) kenapa? iii.

Mengetahui perlunya mengamalkan kemahiran memerhati dalam proses berkomunikasi. 3.Penting bagi PRS mengenal pasti faktor-faktor halangan dan kesannya dalam proses mendengar. Tiap-tiap pasangan duduk membelakang dan mereka bercerita sesuatu dalam masa yang sama. menerima dan menyampaikan mesej dengan berkesan. Setiap pasangan akan mengambil tempat di mana-mana yang mereka rasa selesa. Mengetahui pentingnya komunikasi bertentangan muka. . Langkah : 1.(5 minit) 4. . .Dalam konteks membimbing. perhubungan bertentangan mata sangat penting agar reaksi dan perasaan rakan dapat dilihat sepenuhnya. 2. pasangan duduk berhadapan bertentangan mata dan mereka bercerita sesuatu bergilir-gilir. Memahami bahawa halangan dalam berkomunikasi menimbulkan banyak masalah dalam perhubungan manusia. Peserta diminta memberi reaksi mengenai komunikasi dalam dua situasi yang berlainan itu. 6. Fasilitator membimbing perbincangan dengan memberi fokus kepada: . Peserta memilih pasangan masing-masing. 5.Kesabaran penting untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dari segi mendengar dan bercakap.1 : Halangan Dalam Komunikasi Masa : 30 minit Alat : Tiada Objektif : 1. (5 minit) 3. 2. Kemudian.UNIT 2: ASAS KOMUNIKASI Aktiviti 4: Halangan Komunikasi Aktiviti 4. Semua peserta diminta berkumpul dalam bulatan.

2.Mengaitkan perbuatan tidak melayan dalam konteks PRS memberi bimbingan. A dikehendaki menceritakan kepada B persoalan yang sedang dihadapi ataupun berkongsi satu peristiwa sama ada manis atau pahit yang telah dialaminya. Cuba bercakap dengan C. 9. . Rakan-rakan akan berkecil hati. Langkah : 1. 2. Menyedari kegagalan menumpukan perhatian akan menunggalkan kesan yang negatif dan rasa kecewa di pihak yang bercerita. Secara bergilir-gilir peserta A diminta menceritakan pengalaman yang baru dialami. 8. 7. Fasilitator membimbing perbincangan dengan: . C akan memberi maklum balas mengenai pengalaman dan perasaannya ketika berada di dalam kumpulan kecil tadi dan petanda-petanda sihat dan tidak sihat yang dilihat. Peserta-peserta lain digalakkan memberi maklum balas. Memahami perasaan yang timbul apabila percakapannya tidak didengar. 3 orang peserta dipilih dari ahli kumpulan sebagai A. membelek-belek buku atau berdiri menjenguk ke luar. rasa tersinggung dan rasa terhina jika tidak dilayan. Peserta lain memberi komen. 4.pandangan. C cuma memerhati keadaan yang berlaku dan melihat kesan perhubungan ini.Perkhidmatan membimbing yang berkesan memerlukan kemahiran melayan rakan. 3. .Dalam proses berkomunikasi. 5. B dan C. Arahan diberi secara berasingan untuk setiap orang tersebut dan tidak diketahui oleh orang lain. melayan sangat penting bagi mewujudkan rasa percaya terhadap PRS.Aktiviti 4. 6. 3. . Menyedari perlunya kemahiran mendengar secara aktif dalam proses memberi bimbingan kepada rakan-rakan sebaya. perasaan terhadap peserta B dan kesan perlakuan peserta B terhadap dirinya.2 : Kemahiran Memberi Perhatian Masa : 30 minit Alat : Tiada Objektif : 1. B tidak akan menghiraukan A.

. Langkah : 1. Supaya peserta sedar adanya beberapa halangan komunikasi yang boleh menimbulkan masalah dalam perhubungan. Semua pasangan berkumpul semula dalam kumpulan besar. .Peserta A diminta menceritakan tingkahlaku B pada masa ia menceritakan pengalaman sedihnya tadi. tegas diri dan agresif.. tegas diri dan agresif pada seseorang indivdu 2. tegas diri dan agresif 4. Contohnya adakah B memotong cakapnya. Peserta-peserta diminta mencari pasangan-pasangan (A&B) 2.LDK 4 UNIT 2: ASAS KOMUNIKASI Aktiviti 5: Kemahiran Mendengar Aktiviti 5. Supaya peserta sedar dan faham adanya sifat-sifat pasif. 4.Peserta B menceritakan balik apa yang telah diberitahu oleh peserta A. Fasilitator menambah dan merumuskan apa yang telah dibincangkan oleh pesertapeserta dan mengaitkannya dengan perlakuan penting PRS bila berkomunikasi dengan rakan-rakan. Setiap peserta diminta menulis apa yang mereka tahu tentang tingkah laku pasif.Peserta A pula diminta mengesahkan sejauh mana benarnya cerita yang disampaikan semula oleh peserta B. . Fasilitator meminta setiap peserta membaca apa yang ditulis. Tegas Diri dan Agresif Masa : 60 minit Alat : Tiada Objektif : 1. Supaya peserta dapat mengetahui kemahiran asas berkomunikasi yang berkesan. Langkah : 1. . 2. dalam keadaan berkhayal atau sebagainya. Peserta A diminta menceritakan pengalaman sedihnya kepada peserta B dalam masa 10 minit. Fasilitator mencatatkan di atas kertas mahjung/papan tulis 3. 2.1 : Mendengar dengan baik Masa : 60 minit Alat : Tiada Objektif : 1. UNIT 2: ASAS KOMUNIKASI Aktiviti 6: Kemahiran Tegas Diri Aktiviti 6. Supaya peserta dapat membezakan tingkah laku agresif melalui proses komunikasi. 3. Fasilitator membuat rumusan mengenai tingkah laku pasif.1 : Tingkahlaku Pasif. tegas diri dan agresif dan perbezaannya. Failitator bersama peserta berbincang mengenai perbezaan tingkah laku pasif.

1 : Pengenalan Kaunseling Masa : 60 minit Alat : LCD.CERAMAH 2 UNIT 3: ASAS KAUNSELING Aktiviti 1: Pengenalan Aktiviti 1. kertas A4. 2. 2. 2. Langkah : 1. Fasilitator menghubungkaitkan sifat-sifat mendengar ini dengan peranan PRS apabila berinteraksi dengan rakan-rakan terutama yang bermasalah. 6. 7. 5. Supaya peserta mendengar isi cerita dan mengulang semula dengan tepat.Mendengar Isi Cerita Masa : 60 minit Alat : kertas A4. Peserta diminta menceritakan semula apa yang didengar. Fasilitator menyampaikan ceramah berpandukan bahan powerpoint ‘Pengenalan Kaunseling’ UNIT 3: ASAS KAUNSELING Aktiviti 2: Kemahiran Mendengar Aktiviti 2. Semua peserta berada dalam barisan. 3. 2. 4. pen Objektif : 1. Mereka akan membetulkan satu sama lain sekiranya didapati isi cerita yang disampaikannya tidak tepat.1 : Rakaman . Untuk meninjau tahap kefahaman peserta terhadap kaunseling. contohnya bising. Memahami sifat-sifat mendengar dengan peranan PRS dalam memberi pertolongan. Langkah : 1. tidak faham dan lain-lain. . kurang beri perhatian. Memberi pendedahan tentang ciri-ciri yang terdapat dalam kaunseling untuk dibandingkan dalam situasi biasa. Peserta digalakkan menerangkan apakah yang mereka faham mengenai kaunseling. pen Objektif : 1. Laktop. Semua peserta berada dalam barisan barisan. Peserta digalakkan memberi pendapat mengapa isi cerita tidak tepat. Fasilitator menyimpulkan tentang perlakuan yang harus ada bila mendengar untuk mendapat isi cerita yang tepat. 3. Fasilitator menayangkan beberapa cerita dan semua peserta melihat dan mendengar tanpa mencatat apa-apa.

Fasilitator meminta peserta A yang bercerita menyatakan perasaan mereka apabila tidak dilayan semasa bercakap. memandang ke tempat lain. Klien terganggu kerana ibubapa selalu bertengkar. 2. 5. Fasilitator menegaskan bahawa memberi perhatian melalui gerak-geri seperti cara duduk. Klien mempunyai sikap penting diri 3. Fasilitator meminta peserta B yang tidak melayan mengemukakan pandangan dan perasaan masing-masing. Supaya peserta menyedari proses melayan rakan adalah penting dalam kaunseling. Semua peserta A dan B dipisahkan. 7. . peserta-peserta berkumpul dalam kumpulan. Peserta A menjadi pencerita dan peserta B menjadi Pendengar. Peserta dikehendaki memilih pasangan masing-masing. 3. 8. Gerak geri mereka boleh memberi mesej sama ada mereka memberi perhatian atau tidak. Arahan ini tidak diketahui oleh peserta A. 10. Fasilitator mengaitkan aktiviti ini dengan peranan PRS apabila mereka mendengar masalah yang dikemukakan oleh rakan mereka. Fasilitator membacakan 10 permasalahan klien dan setiap peserta A memilih satu yang dikehendakinya seperti berikut untuk diluahkan kepada B: 1. 9. Klien tidak mesra dengan ibu bapa kerana dasar pilih kasih 6. Tiap-tiap pasangan memilih suatu sudut/tempat yang sesuai di sekitar kawasan yang ditentukan. Klien putus cinta dengan teman lelakinya 4. 9. Klien suka menjaga tepi kain orang 7. Klien lemah dalam mata pelajaran BI & Matematik 2. Selepas 15 minit. 8. Semua peserta B pula sebagai pendengar yang akan melakukan sesuatu yang tidak memberi perhatian seperti memandang ke bawah.1 : Suara Tanpa Gema Masa : 40 minit Alat : Tiada Objektif : 1. 6.LDK 5 UNIT 3: ASAS KAUNSELING Aktiviti 3: Kemahiran Memberi Perhatian Aktiviti 3. Langkah : 1. Klien selalu ponteng kelas dan sekolah 10. tentangan mata dan sebagainya sangat penting dalam proses kaunseling. Klien suka merokok 5. Klien tidak mahu bersekolah kerana alasan kemiskinan. Klien bergaduh dengan rakan sekelasnya 4.

Fasilitator meminta peserta A menerangkan perasaannya semasa dia menceritakan pengalamannya kepada peserta B. 3. Fasilitator membimbing perbincangan dengan mengenal pasti petanda tanpa lisan yang menunjukkan seseorang memberi perhatian atau tidak memberi perhatian. 5. Fasilitator meminta pasangan lain pula secara bergilir-gilir memainkan peranan seperti A dan B. 6. 4. Fasilitator meminta dua orang peserta duduk di tengah kelompok.UNIT 3: ASAS KAUNSELING Aktiviti 3: Kemahiran Memberi Perhatian Aktiviti 3.2 : Berbudi dan Berbahasa Masa : 40 minit Alat : Tiada Objektif : 1. Peserta lain menjadi pemerhati. Untuk mendedahkan peserta kepada kepentingan memberi perhatian dalam perhubungan kaunseling. 8. Peserta A menceritakan kepada peserta B. Fasilitator meminta peserta lain memberi pendapat tentang perhatian yang diberi oleh peserta B dalam menggalakkan peserta A untuk terus bercerita. Fasilitator akhir sekali menegaskan bahawa tingkah laku tanpa lisan yang bersesuaian sangat membantu dan PRS perlu memberi perhatian kepada rakan atau sesiapa sahaja yang sedang bercakap untuk menunjukkan kita berbudi bahasa. 7. . Langkah : 1. Peserta-peserta diminta mencari pasangan-pasangan (A&B). 2.

Langkah : 1. Peranan A (Klien) ialah menyampaikan masalah seperti dalam skrip yang disediakan. 6.UNIT 3: ASAS KAUNSELING Aktiviti 4: Kemahiran Memberi Respon dan Maklum Balas Aktiviti 4. Peranan pemerhati adalah untuk membuat rumusan isi/perasaan klien secara spontan. Peranan B (Kaunselor) mendengar secara aktif dan memberi respon yang sesuai seperti dalam skrip yang disediakan. Peserta akan berpandu kepada skrip yang disediakan. Dua orang peserta dijemput ke hadapan untuk menjalankan aktiviti main peranan.1 : Kemahiran Mendengar. 4. 2. 7. Memberi Respon dan Merumus Masa : 40 minit Alat : Tiada Objektif : 1. 5. seorang menjadi kaunselor dan yang lain menjadi pemerhati yang bertindak sebagai perumus. 2. 3. Melatih peserta menguasai kemahiran melayan. Fasilitator mengaitkan kemahiran ini kepada peranan PRS bila melayan dan mendengar perkongsian perasaan rakan-rakan. Melatih peserta dalam kemahiran memberi respon berkesan dan membuat refleksi yang tepat dan berkesan. Seorang menjadi klien. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful