You are on page 1of 11

ALAT MENGUKUR,MENGUJI DAN MERANCANG TANDA 1.

Angkup Vernier

a) Cara membaca: Pastikan bahawa calliper, ketika tertutup sepenuhnya, bacaan metilah kosong. Jika hal ini tidak berlaku, perlu menyesuaikan rahang calliper. Jika bacaan masih tidak memberikan angka kosong, anda perlu ingat untuk membuat penambahan atau pengurangan dari pembacaan terakhir untuk mengimbangi perbezaan tersebut. Sediakan bahan yang akan diukur. Letakkan dalam rahang angkup tersebut dan sesuaikan rahang sehingga tertutup rapat. Jika mengukur benda silinder, pastikan mengukur diameter penuh. Pastikan unit bacaan tetap pada rahang angkup vernier. Bacaan skala vernier bergantung kepada kejituan yang tertera pada angkup. Angkup vernier mempunyai 3 ciri kejituan iaitu skala 1/10, 1/20 dan 1/50. Bacaan skala ini terdapat pada bahagian bawah vernier yang tertera kejituan samada 0.10mm, 0.05mm atau 0.02mm. Pastikan kejituan skala vernier sebelum membuat bacaan terakhir.

b) Lakarkan rajah menunjukkan bacaan 24.02mm

2. Tolok Tinggi Vernier (Vernier Height Gauge/gage)

a) Cara menggunakan: Laraskan tolak tinggi mengikut ketinggian yang diingini. Setelah mendapat ketinggian yang diingini, garitkan tolak tinggi virnier ke permukaan yang hendak ditanda b) Masalah penggunaan Bacaan yang dikehendaki hendaklah tepat. Mata hendaklah selari dengan tolak tinggi vernier tersebut untuk mendapatkan bacaan yang tepat Memerlukan tekanan yang kuat ketika menanda/mengarit untuk mendapatkan tanda garisan tersebut.

3. Plat permukaan (Suface Plate)

a) Kegunaan: Digunakan untuk kerja-kerja penandaan yang jitu Diguna bersama tolok permukaan b) Jenis plat permukaan: Saiz kecil : 100mm x 150mm Saiz besar : 1000mm x 1000mm

4. Penggarit (Scriber)

Kegunaan: membuat garisan pada permukaan logam

5. Penembuk Pusat (Center Punch)

Perbezaan dengan penembuk cucuk (prick punch) : penebuk pusat menanda pusat bulatan sebelum kerja mengerudi penebuk cucuk menanda pada garisan objek sebelum kerja memotong

6. pembaris keluli

Kegunaan: mengukur jarak mengukur kerataan benda kerja membuat garisan lurus

7. Tolok jejari

Kegunaan: Mengukur radius sesuatu objek

8. Sesiku

Kegunaan: Mengukur ketepatan bahan kerja

9. Tolok benang skru

Kegunaan: mengukur plumbum benang skru mengira jarak benang dan kedalaman ulir tap

10. Pembiru Jurutera

Kegunaan: Digunakan untunk membantu dalam penyambungan dua atau lebih komponen

ALAT MEMEGANG DAN MENUKUL

11. Ragum Meja

a) Kegunaan : mengenggam bahan kerja semasa proses pemotongan, mengikir dan memahat b) Jenis Ragum meja : Ragum meja dilapik dengan kayu pada rahangnya. Manakala ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut untuk menjaga permukaan kerja.

12. Tukul ( Kepala Bulat)

Saiz Tukul : bergantung kepada berat kepala

ALAT MEMOTONG ( JENIS TANGAN) 13. Gergaji besi dan matanya

a) cara mengergaji: Pilih mata gergaji yang sesuai dengan benda kerja Mata gergaji dipasang kedepan Ketegangan mata gergaji sesuai mengikut jenis pemotongan Benda kerja diapit ragum dengan kemas Kelajuan pemotongan sesuai mengikut jenis logam Tekanan dikenakan semasa gergaji ditolak ke depan dan diangkat sedikit semasa gergaji ditarik kebelakang b)Cara memilih mata gergaji untuk menyesuaikan dengan bahan yang dipotong: harus tahu kekerasan dan jenis bahan yang hendak dipotong harus tahu bentuk dan besar ukuran bahan yang hendak dipotong

14. Kikir ( Logam )

a) Gred kekasaran mata kikir: Kasar Sederhana Halus b) Teknik mengikir Mengikir lintang : dilakukan sekali sekala untuk menentukan permukaan yang dikikir itu rata atau tidak Mengikir tarik: digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya kelihatan licin dan cantik. Cara ini juga digunakan untuk mengikir logam yang nipis. Semasa mengikir tekanan pada kedua-dua tangan hendaklah sama dan stabil.

15. Pahat Sejuk

a) Mengapakah namanya pahat sejuk: digunakan untuk memotong logam dalam keadaan sejuk b) Jenis keluli yang digunakan untuk membuat alat ini: keluli bermutu tinggi yang dikeraskan

16. Pembenang Skru Tap & Dies

a) Kegunaan Tap : alat yang digunakan untuk membuat ulir dengan tangan. Tap ini dibuat berbentuk ulir luar yang digerinda dengan tiga/lebih lekukan memanjang,yang disebut dengan Alur. b) Kegunaan Die : digunakan untuk memotong bebenang luar. Digunakan bersama perengkuh.

c) Bagaimana mengira saiz lubang gerudi untuk kerja membenang dalam (tapping): jika saiz tap 6, saiz lubang gerudi mestilah 5.5.

MESIN GERUDI DAN AKESSORI 17. Mesin gerudi meja

a) 3 Jenis mesin gerudi Mesin gerudi mudah alih Mesin gerudi tekan (jenis meja dan lantai) Mesin gerudi tiang b) Langkah keselamatan : Pastikan memakai pakaian yang sesuai ketika mengendalikan mesin-mesin ini. Elakkan daripada memakai am tangan dan barangan kemas. Jaangan bermain dan menganggu dengan rakan kerana ada peralatan mesinmesin ini amat berbahaya Berikan tumpuan sepenuhnya ketika menjalankan aktiviti Ikut prosedur yang betul ketika menjalankan mesin Elakkan kerja berseorangan 18. Mata gerudi

a) Cara memeriksa saiz mata gerudi : Gerudi mempunyai saiz daripada huruf A hingga Z.Gerudi yang bersaiz A merupakan saiz yang palingkecil dalam set gerudi iaitu 0.234 inci manakala saiz Z pula merupakan saiz yang paling besar iaitu 0.413 inci b) teknik menggerudi lubang tembus: Halakan mata gerudi di kepingan logam yang telah ditanda dan putarkan ragum untuk menggerakkan mata gerudi dan menebuk kepingan logam Pastikan mata gerudi dapat menebuk lubang di tempat yang betul dan putarkan ragum supaya mata gerudi naik ke atas

19. Minyak pelincir

Fungsi: mengandungi minyak bagi melincirkan pergerakan mata gerudi mesin gerudi semasa menggerudi.

20. Melubang benam

Menentukan kedalaman lubang benam : sudut mata 90 dan 120

21. Goggle

Menggelakkan daripada lebihan-lebihan logam yang digerudi memasuki mata

BAHAN KERJA PROJEK

22. Keluli lembut

a)

Keluli Berkarbon Biasa

b) 4 sifat mekanikal : Kerapuhan Kemuluran Kekerasan Keteguhan Ketempaan 23. Bezakan keluli yang digunakan sebagai bahan kerja dan alat pemotong dari segi a. Sifatnya Bahan kerja -bersifat mulur,lembut,teguh dan boleh tempa -regangan tinggi, mudah dimesin alat pemotong - Keras, teguh, tahan hentaman, tahan karat, -dapat kekal pada suhu tinggi,rapuh, boleh dikeras.

b. Kandungan kaban (carbon content) Bahan kerja - keluli berkarbon rendah (kurang 0.15% karbon -keluli lembut (0.15% - 0.3% karbon) alat pemotong -keluli tahan karat (18% kromium,8% nikel -keluli kelajuan tinggi (tungsten,kromium, vanadium)

24. Had Terima

a) Definisi Had ukuran minimum dan maksimum bahan yang terlibat dalam kerja logam

b) Kepentingan hadterima dalam pemasangan bahagian logam Untuk memastikan hasil kerja jitu dan tepat serta dapat digabungkan dengan mudah

You might also like