You are on page 1of 13

AMALAN

1- Banyakkan bertaubat dan beristighfar. Setiap masa, di mana jua. 2- Banyakkan berdoa. Setiap hari selepas solat kita berdoa, juga jangan lupa waktuwaktu mustajab untuk berdoa. Contohnya ketika hujan turun.. Berdoalah sepenuh

hati. Masa isteri nak melahirkan, suami bisikkan doa tertentu di telinga isteri.

3- Rajin puasa sunat. Jika isteri tak mampu, suami cuba usahakan puasa sunat.

4- Rajin solat wajib dan sunat. Bagi solat wajib, cuba banyakkan berjemaah bersama, di awal waktu. Saat berjemaah bersama itu sangat indah. Rasa tenang dan bahagia. InsyaAllah.Untuk solat sunat, banyakkan solat hajat dan solat taubat, jika ada kelapangan.

5- Banyakkan zikrullah sambil pegang perut. Begitu juga dengan beristighfar.

SAMBUNGAN
6- Banyakkan baca Al-Quran. Walaupun bagi perempuan, masa mengandung ini cepat sangat rasa penat tapi boleh baca perlahan-lahan. Lebihkan baca surah-surah tertentu untuk ibu mengandung. Contohnya Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Yassin, Surah Luqman dan Surah Hujurat.

7- Baca buku-buku berilmiah.Contohnya kisah-kisah nabi, tokoh-tokoh sufi. Perdengarkan kepada bayi dalam kandungan sambil berdoa pada Allah.

8- Berbual-bual dengan bayi. Berbuallah dari awal tahu kewujudan bayi, dan amalkan. Walaupun ketika itu bayi baru beberapa mm saiznya. Suami juga memainkan peranan, usap-usaplah selalu perut isteri . =)

SAMBUNGAN
9- Lakukan kerja-kerja ringan sebagai senaman. Selalu ingatkan diri sendiri, walaupun kadang-kadang rasa penatt sangat, jangan tidur sepanjang masa. Buatlah sesuatu yang ringan. Contohnya sapu-sapu rumah , kemas-kemas dapur . Buat sikit, rehat. Buat sikit

lagi, rehat lagi. Selebihnya, peranan suami untuk membantu ringankan beban isteri.
Lagi-lagi isteri yang bekerja. 10- Jangan stress, hilangkan tekanan. Memang kadang-kadang emosi tak stabil semasa mengandung. Dengan kepala sakit, badan lemah. makan tak lalu. Masa ni kena kawal, supaya tak mengguris hati suami. Suami juga perlu faham perubahan yang dialami isteri. Anak si suami juga yang dikandungkan itu =) Suami boleh la ringan-ringankan tangan picit-picit, urut-urut isteri masa ni. =)

11- Jaga adab dan emosi.

SAMBUNGAN
12- Makan makanan yang baik-baik, halal zahir dan batinnya. Maksudnya, memang kita tahu kita makan makanan yang halal, tapi pastikan juga sumber makanan tu halal. Duit yang digunakan untuk beli makanan tu adalah dari sumber yang halal. 13- Jangan berdendam dan berdengki. Jauhi sifat mazmumah, nanti mempengaruhi sifat bayi dalam kandungan.

14- Rajin mengukir senyuman. Yang ini walaupun sedikit susah,tetap senyum walau selalu muka tak bermaya bila badan tak sihat.

15- Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Dengar ceramah, dengar bacaan-bacaan Al-Quran..

PEMAKANAN YANG SIHAT


Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan: Berat bayi : 2.5 - 3 kg Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg Penambahan darah : 1.5 2 kg Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg Pembesaran payudara : 0.75 1 kg Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 1 kg Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 1 kg Plasenta (uri) : 0.5 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol. Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi


memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi

. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah: Buah-buahan dan sayur-sayuran target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.

Makanan berkanji roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
Makanan berprotein tinggi Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Makanan berkalsium tinggi Susu, yoghurt, cheese.

Makanan berserat tinggi Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Piramid Makanan Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus) Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacobs atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan: HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

You might also like