You are on page 1of 27

Apakah Itu Sains ?

 Berasal dari kata Bahasa Inggeris, Science


yang berpunca dari Bahasa Latin Scientia.
 Dalam Bahasa Melayu Lama diistilahkan
sebagai Ilmu.
 Perkataan Scientist atau saintis pertama
diperkenalkan oleh William Whewell (1840)
seorang ahli fizik-astronomi-falsafah di
Universiti Cambridge menerusi bukunya The
Philosophy of Inductive Sciences
Cara Pentakrifan Sains
 Sains boleh ditakrifkan dengan tiga cara iaitu;

 Analisis: iaitu penghuraian dalam sebutan


komponen atau juzuk sesuatu bidang.
 Fungsian: iaitu penghuraian kegunaan atau
perkhidmatannya atau penugasannya.
5. Operasional: iaitu penghuraian prosesnya,
cara bidang itu terbit atau menghasilkan
sesuatu.
Takrifan Umum Sain …
 Longgokan pengetahuan yang tertahkikkan (terbukti
kebenarannya)
 Sejenis pengetahuan yang bukan berlandaskan
kepada intuisi (perasaan/ gerak hati) atau kepercayaan
 Berupa pengetahuan yang bersistem yang berasaskan
kepada cerapan, kajian, pengujian (eksperimentasi),
dan sebagainya.
 Berupa pengetahuan daripada nalaran atau maakulan
dan mantik gunaan.
 Longgokan teknik, kemahiran, kebolehan berasaskan
kepada latihan, disiplin dan pengalaman.
 Berupa analisis fenomena secara objektif.
Takrifan Khusus
“Sains berupa analisis fenomena secara
bersistem, mantik, dan objektif dengan
kaedah khusus yang diperantikan untuk
mewujudkan penumpukan pengetahuan yang
boleh dipercayai”
Sains Sekular vs Sains Islam
 Fenomena adalah peristiwa, kejadian (event) atau
akibat yang dapat tercerap atau dialami secara
objektif. Fenomena yang bersabit dengan kuasa
ghaib tidak mendapat perhatian saintis sekuler.
 Menurut pendapat saintis sekular hanya orang jahil
yang mengaitkan sains dengan alam ghaib.
Pandangan ini tentunya bertentangan dengan saintis
Islam. Menurut pandangan saintis Islam, semua
fenomena di alam nyata (fizikal) ini bersangkut paut
dengan alam ghaib, kerana semua fenomena adalah
tanda-tanda (‘ayah) kepada kewujudan yang Maha
Pencipta atau menurut konsep Tauhid wujudnya
Allah SWT.
Sains Sekular
 Syarat utama sains sekular ia mestilah bercirikan
keobjektifan. Keobjektifan dari segi pemikiran
dan tindakan.
 Kajian yang bersifat objektif adalah kajian-kajian
yang bebas dari emosi, cita rasa, budaya,
kepercayaan, agama atau pada umumnya tidak
dipengaruhi oleh sistem nilai masyarakat atau
diri individu.
 Kajian-kajian yang berlandaskan emosi, cita rasa
dan sebagainya disebut kajian subjektif, atau
bukan saintifik dan rendah martabatnya.
Sains Islam
 Dari pandangan saintis Islam, keobjektifan
adalah satu prinsip yang relatif nyata
fungsinya bergantung pada masa dan
tempat.
 Sebagai contoh, sehingga hari ini kita
berpuas hati dengan peranan yang
dimainkan oleh benda seperti “jisim” dan
diberi unit dan sukatannya. Berarti saintis
memperakui jisim sebagai suatu yang nyata
secara objektifnya sehingga hari ini.
Sifat Kerelatifan Sains
 Sebelum kurun ke-19 “ether” bersifat objektif
pada zaman itu, kerana dengan alasan
wujudnya ether sebagai bahantara yang
membolehkan cahaya merambat.
 Bagaimanapun setelah sifat dualisme cahaya
(sebagai zarah dan gelombang, khususnya
elektromagnet) dicadangkan dan disekutukan
melalui konsep foton oleh Maxwell pada
tahun 1900
Spektrum Elektromagnet
 Spektrum Elektromagnet (Cahaya sebagai
gelombang, dan Sinaran Zarah)
Sistem Logik
 Sistem logik (mantik) berasaskan aqal dan
rasional manusia yang berubah menurut
zaman. Sistem mantik yang paling ringkas
bersifat berketentuan dan hanya memiliki dua
nilai: YA atau TIDAK, BENAR atau SALAH.
 Individu yang menganuti sistem ini dikelaskan
sebagai tentuis (determinist).
Sistem Mantik Multinilai
 Kemajuan di dalam bidang matematik telah
banyak menghasilkan berbagai-bagai sistem
manti yang sah yang disebut sebagai sistem
mantik banyak nilai. Model sains yang tidak
berketentuan berlandaskan pada
kebarangkalian atau lebih dikenali sebagai
model stocastics adalah satu contoh
penerokaan sains yang berlandaskan kepada
sistem mantik banyak nilai, misalnya nilai 0
dan 1 (0 bernilai TIDAK, dan 1 bernilai YA).
Contoh nilai “1” dan “0”
 Sekiranya suis dalam kedudukan A diwakili oleh
nilai “1” berarti litar tertutup sehingga lampu
menyala, kerana adanya aliran arus dalam litar,
 Jika suis pada kedudukan B diwakili oleh nilai “0”
berarti lampu padam, kerana tiada aliran arus di
dalam litar.

B (0)
A (1)
Pengertian
 Oleh itu di sini kita lihat nilai “1” berarti “lampu
menyala” atau “ada arus yang mengalir”, dan
nilai “0” berarti “lampu tidak menyala” dan
“tiada arus yang mengalir
Model Proses Sains Sekular

Teknologi harapan Peniskalaan


penenang jiwa dan
Alam
nyata Formulasi
juga fikiran manusia secara objektif

Kaedah sains
Ujian

Tafsiran Keputusan
Rasional
Model Proses
Sains Islam
ALAM GHAIB

Tauhid
Teknologi, penenang AL-QUR’AN & HADITH
jiwa dan fikiran,
(Ilmu Wahyu)
keimanan

Alam Nyata
Tidak Rumusan
Peniskalaan
Ya
Pe
ng Kaedah
uji Sains
an
Tafsiran Rasional Keputusan
(Sains Aqli) Aqal
Penjelasan Rajah (Alam Nyata)
 Alam Nyata

 Apa jua tingkah laku atau telatah dan fenomena yang


dapat dikesan oleh deria atau dicerapai atau
dibayangkan oleh aqal fikiran manusia,

 i) mengikut fahaman sekularisme “terjadi dengan


sendirinya menerusi mekanisme yang khusus”;
menggunakan aqal fikiran sahaja.
 ii) mengikut fahaman Islam “yang berupa
manifestasi alam ghaib”; menggunakan aqal
fikiran yang berpandukan kepada ilmu wahyu.
Penjelasan Rajah (Peniskalaan)
 Abstraksi berasal dari bahasa Inggeris
“abstraction” iaitu suatu proses mencami
unsur-unsur penting daripada alam nyata itu
untuk dipisahkan daripada alam nyata yang
kusut dan kompleks itu, setakat yang
termampu, dan kemudiannya diunggulkan
sehingga membolehkannya memaparkan
semula alam nyata yang telah disaring itu
dalam bentuk yang difkirkannya sesuai.
Proses Peniskalaan
 Proses peniskalaan ini, mengikut pandangan
sekularisnya, bebas daripada sebarang
prasangka dan bebas pula daripada
sebarang sistem kepercayaan atau sistem
nilai sesaorang pengkaji itu, atau secara
ringkasnya disebut sebagai bertaraf objektif.
 Mengikut pandangan dan kehendak Islamnya
peniskalaan itu tidak boleh bebas daripada
ketetapan ilmu wahyu, atau tidak boleh
bertentangan denga ilmu wahyu.
Formulasi
 Suatu proses menerbitkan pandangan-
pandangan umum yang teratur dan bersistem
berasaskan kepada peniskalaan itu
sehinggakan melahirkan satu model kepada
alam nyata itu dalam bentuk-bentuk bahasa
sains yang sudah terestablis atau yang baru
sama sekali dengan berasaskan kepada
prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang pada
ketika itu tidak dipersoalkan kesahihannya.
Formulasi sebagai Model
 Formula juga kadang-kadang bermaksud model itu
sendiri. Model yang diperolehi itu kemudiannya dikaji
secara terpisah dengan alam nyata, iaitu menerusi
kaedah-kaedahsains yang sudah terestablis atau yang
baru jika kaedah lama tidak berupaya menyelesaikannya.
 Hasil daripada penerapan kaedah-kaedah sains inilah
yang ditafsirkan dan digunakan untuk membuat ramalan,
yang pada para sekularis semuanya ini bersifat objektif
lagi, tetapi mengikut Islam tahap inilah pentafsian,
peramalan dan perasionalanya sesaorang itu seharusnya
tidak melanggar ketetapan ilmu wahyu, kerana Islam itu
mempercayai nafsu akan cuba memenagkan yang bathil.
Pengertian Intuisi
 Iaitu kuasa spontan memahami atau
memperolehi sesuatu (ilmu) tanpa pentaakulan
dan pentelaahan secara sedar. Dalam Melayu
Klasik intuisi diistilahkan sebagai “gerak hati”
atau “naluri”. Setiap makhluk memiliki intuisi,
cuma tahap ketajamannya berbeza bergantung
kepada perwatakan, pengalaman hidup dan cara
hidup atau kebudayaannya. Sering juga intuisi
disekutukan dengan “deria keenam”. Ramai
yang percaya bahawa kaum wanita memiliki
kelebihan intuisi berbanding kaum lelaki.
Pengertian Heuristik
 Berasal dari bahasa Inggeris “Heuristic” berakar umbi dari
bahasa Yunani dan pernah menjadi suatu cabang kajian di
dalam mantik, falsafah dan psikologi pada suatu masa
dahulu. Dalam Latinnya heuristik dikenali sebagai “ars
inveniendi” atau (kesenian rekaan).
 Tujuan kajian heuristik adalah untuk mengetahui kaedah
dan petua penemuan dan rekaan. Tujuannya untuk
memahami proses menyelesaiksn masalah, terutamanya
tentang operasi-operasi mental penyelesai. Ilmu ini
mengambil kira tentang latar belakang mantik dan
psikologi.
 Pengalaman dalam menyelesaikan masalah menjadi asas
pembinaan ilmu heuristik. Pengetahuan heuristik dianggap
boleh digunakan di dalam pengajaran matematik.
Pengertian Induksi (Aruhan)
 Iaitu cara membuat kesimpulan umum dengan
berasaskan kepada beberapa data sahaja. Ringkasnya,
aruhan itu hasil yang diperolehi daripada kajian kepada
sebahagian objek apa bila kesimpulan keseluruhan
kepada kesemua anggota objek itu dilakukan.

 Analogi adalah salah satu bentuk aruhan yang


digunakan oleh saintis masa dulu dan kini. Cara
kajiannya melihat kepada pola-pola keserupaan benda
yang dikaji dengan benda yang diketahui.
Keserupaannya boleh dilihat dari segi dimensi
matematika dan sifat-sifat fizikal, kimiawi dan biologinya
Pengertian Deduktif
 Berupa proses membuat kesimpulan atau hasil
daripada membuat kesimpulan yang diperolehi
daripada premis yang diterima menerusi penerapan
sesuatu sistem mantik.
 Deduksi tidak berhubung dengan kebenaran. Kaedah
ini Cuma melahirkan ilmu pemgetahuan (atau
kesimpulan) yang disifatkan sebagai “sah” atau “tidak
sah” sahaja berasaskan kepada sistem mantik yang
dipegangi oleh pembuat kesimpulan itu. Sah di sini
bermakna diterima dari segi mantik sahaja. Contoh
kesimpulan yang sah tetapi tidak benar adalah
seperti berikut:
Contoh Deduktif
Premis :
1. Semua orang berbangsa Melayu di Malaysia beragama Islam.
2. Semua orang beragama Islam di Malaysia berbangsa Melayu.

Kesimpulan : Semua orang Islam di Malaysia adalah berbangsa


Melayu.

 Kesimpulan ini adalah sah (mengikut mantiknya) tetapi jelas


natijahnya tidak benar. Di sini kita tahu sebab deduksi ini
memberikan hasil yang tidak benar, iaitu kerana premisnya tidak
benar (lihat premis 2).
Habiiih Doooh
 Next:

 Pendidikan mengikut Perspektif Islam

You might also like