You are on page 1of 17

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Perspektif Falsafah Pendidikan


(IDEALISME)

Profesor Madya Dr. Zulkifli B. Mohamed


Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial
Unviersiti Malaysia Sabah
IDEALISME
• Falsafah yang tertua, sejak zaman
India purba di Timur dan zaman Plato
di Barat.
• Plato, Rene Descartes, Barush Spinoza.
• Merupakan aliran seni yang bersifat impian
/ khayalan.
• Ia menekankan bahawa jiwa atau
kerohanian manusia adalah penting sekali
dalam kehidupan / alam semesta
“Idealisme mempercayai bahawa semua
perkara yang dialami oleh fikiran adalah hasil
pemikiran mutlak”.
(Daley, 1996)
“Fungsi akal manusia ialah fikiran mengenai
sesuatu perkara. Ia merupakan proses
konseptual daripada pecahan akal mutakhir
dalam usaha mencari kewujudan,
pengetahuan dan nilai”.
(Johnson, 1969)
“Olehkerana idealisme mempercayai tentang
kepentingan akal dan idea, maka tumpuan
dalam bidang pendidikan ialah melatih akal,
menyuburkan roh dan menguasai idea”.

“ Idealisme juga menganggap manusia


mempunyai sama ada jasad & akal atau jasad,
akal & roh.
(Van Scottes.et.al 1979)
PERSOALAN
IDEALISME

AKSIOLOGI
METAFIZIK

EPISTEMOLOGI
METAFIZIK (Kebendaan / Realiti)
• Falsafah idealisme menetapkan bahawa
asas kewujudan sesuatu itu adalah dalam
bentuk rohani (pemikiran).
• Bukan dalam bentuk fizikal atau material.
• Kerohanian unsur terpenting dalam
kehidupan.
• Walaupun sesuatu benda itu didapati wujud
secara fizikal tetapi kewujudannya adalah
tidak muktamad secara nyata.
sambungan..
“Pendidikan mestilah berusaha memupuk
ikatan antara pelajar dan unsur-unsur
kerohanian tabii serta memberi penekanan
kepada kerohanian antara manusia dan alam”.
(Kneller, 1971)
• Konsep kebebasan & rasionaliti juga
ditekankan dlm fahaman idealisme ini.
• Kebebasan - individu mempunyai
kebebasan dan mengamalkannya dalam
membuat keputusan sendiri.
sambungan..
• Manusia bertanggungjawab terhadap akibat
bagi setiap tindakan yang mereka lakukan.
• Rasionaliti - proses mencari dan
mengeluarkan idea daripada seseorang
individu.

kebebasan konsep Rasionaliti

Keadaan pengajaran Socrates

Balik
EPISTEMOLOGI (Pengetahuan / ilmu)
• Idealis percaya seseorang itu boleh
memperolehi pengetahuan selain daripada
kaedah saintifik.
• Kaedah yang digunakan juga tidak terhad
& terkonkong kepada ujian emprikal
sahaja.
• Keimanan, taakulan dan instuisi juga boleh
diterima untuk mendapatkan pengetahuan.
sambungan..

Plato berpendapat,
• bahawa pengetahuan sebenar adalah hasil
dari proses taakulan semata-mata.
• Ini kerana kaedah taakulan dapat
diperlihatkan bentuk kerohanian sesuatu
benda / perkara.
• Suatu idea adalah saripati dan wujud dalam
keadaan bebas.
sambungan..

Kant & Socrates berpendapat,


• Dalam proses pendidikan, pengetahuan
adalah lebih baik dikeluarkan daripada
pelajar & bukannya diberikan oleh guru.
Berkeley menyatakan,
• Manusia hanya dapat mengetahui perkara-
perkara yang dilihat, dirasai dan diertikan
oleh manusia itu sendiri.
sambungan..
Hagel menyatakan,
• Pengetahuan adalah sah dan benar apabila
ia terbentuk menjadi satu sistem sahaja.
• Sesuatu ilmu pengetahuan tertentu akan
menjadi penting apabila dilihat dalam
konteks menyeluruh.
Kant menegaskan,
• Pengajaran sebenarnya bertujuan untuk
menyampaikan maklumat dan membantu
pelajar memberi makna atau susunan
terhadap maklumat itu.
Balik
AKSIOLOGI (Nilai)

• Idealis berpendapat nilai & etika adalah


mutlak.
• Nilai & etika adalah sentiasa kekal kerana
ia bukanlah ciptaan manusia sebaliknya
adalah sebahagian daripada tabii alam
ciptaan tuhan.
sambungan..
“Nilai adalah hakiki. Tuhan pula adalah sumber
bagi segala nilai. Kesemua nilai yang wujud
dalam dunia ini adalah tetap dan merupakan idea
hakiki tuhan”.
KEBAIKAN

KEBENARAN KECANTIKAN

“Nilai-nilai yang tidak berubah bagi tuhan dan ia


wujud dalam realiti”. (Daley, 1996)
sambungan..
“Nilai ialah idea-idea yang dikongsi oleh
masyarakat tentang apa yang baik, betul
dan dikehendaki”.
(Sharifah Alwiah,1985)

“Nilai ialah idea-idea yang dikongsi oleh


masyarakat tentang apa yang baik, meliputi
tanggapan apa yang baik atau buruk dalam
sesebuah kebudayaan”.
(Mohd. Salleh Lebar,1998)
sambungan..
Kneller berpendapat

• Dengan mengajar nilai yang tetap ini


manusia dapat hidup dalam keadaan yang
lebih harmoni.
• Ini kerana kelakuan yang jahat akan
mendatangkan keburukan kepada diri,
masyarakat dan keseluruhan umat manusia
dibumi.
sambungan..

“Kejahatan - sesuatu yang bersifat tidak baik


atau tidak positif. Ianya juga adalah hasil
dari penyusunan tidak baik terhadap sistem
yang wujud dalam alam ini”.
“Maka, aspek kerohanian perlu diberi
perhatian lebih dan dunia akan lebih
harmoni dan sempurna. Manakala
kejahatan akan hilang sedikit demi sedikit”.
(Butler,1957)

You might also like