P. 1
Ucapan Ketua Kg

Ucapan Ketua Kg

|Views: 781|Likes:
Published by zurich

More info:

Published by: zurich on Feb 18, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

12/29/2012

UCAPAN KETUA KG.

TAGAROH, KOTA MARUDU, SABAH Terima Kasih kepada saudara pengerusi majlis Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana pada petang ini kita masih lagi diberikan peluang dan izin untuk sama-sama berkumpul bersama untuk meraikan majlis Perasmian dan Penutupan Program Temu Mesra Bersama Penduduk Kg. Kampung Tagaroh, Kota Marudu, Sabah ini. Terima kasih kepada saudara pengerusi kerana sudi menjemput saya untuk berucap dalam majlis ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada YB. Prof Dr. Shariff AK. Omang selaku Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah, En.Samsuidin Bin Nurdin selaku Pegawai Penyelaras Interim Sem II Sesi 2004/2005, Saudara Abdul Hafiz Bin Mohd Hatta Pengarah Projek, penduduk kampung yang hadir pada hari ini dan semua mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dalam menjayakan program ini. Pertama sekali, saya ingin menyatakan rasa berbesar hati saya kerana kepimpinan Interim Sem II Sesi 2004/2005 kerana sudi memilih kampung kami sebagai lokasi untuk menjayakan program yang dirancang. Perasaan bangga dan terharu juga kerana program seperti ini adalah julung-julung kali diadakan di kampung ini oleh mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Malaysia Sabah semenjak penubuhannya pada tahun 1994. Terima kasih.

Tuan-tuan dan Puan-puan Kg. Tagaroh ini merupakan satu perkampungan etnik yang sebahagian besarnya berketerunan KadazanDusun dan apa yang istimewanya kampung kami ini masih lagi mengamalkan budaya dan pegangan nenek moyang yang diwarisi sejak berzaman. Antara lain juga, penduduk kampung kami ini masih lagi mengamalkan kesepakatan dalam bermasyarakat. Walaupun budaya ini telah lama pudar akibat perubahan masa dan kemodenan namun fenomena sedemikian tidak berlaku di kampung kami ini. Kami masih lagi mengamalkan budaya yang begitu unik ini sehingga hari ini. Bak kata pepatah “Bulat air kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”. Dalam arus kemodenan yang sedikit sebanyak telah mengikis budaya kita, kita seharusnya sedar yang kita sepatutnya mempertahankanya daripada terus hilang ditelan komodenan. Justeru itu, diharap agar mahasiswa dan mahasiswi yang hadir pada hari ini dapat melihat kelebihan yang ada disini untuk dibawa pulang dan diamalkan di Universiti anda

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->