You are on page 1of 5

Sumber: Ding, C & Parks, S. (2007). Fast food and body weight among adolescents.

International Electronic Journal of Health Education, 10, 65-77

Pengenalan

Jurnal kajian ini mengupas tentang makanan ringan dan berat badan dikalangan
remaja. Pengkaji menjalankan kajian ini atas justifikasi bahawa ramai remaja di
negara Amerika Syarikat (AS) mengalami masalah kegemukkan (obesiti) kerana
mereka mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat – banyak memakan
makanan ringan dan kurang memakan buah-buahan serta sayur-sayuran. Walaupun
sudah banyak kajian telah dijalankan di seluruh negara dengan menggunakan
pelbagai kaedah dan sampel yang berbeza, pengkaji mendapati hanya ada satu
mesej yang jelas di sini iaitu corak pengambilan makanan ringan dan manisan
sangat berkait rapat dengan masalah kegemukkan dikalangan remaja. Objektif
kajian adalah untuk mengkaji perkaitan antara pengambilan makanan ringan dan
manisan ke atas masalah kegemukan dikalangan remaja dan bagaimana
pengambilan pelbagai jenis makanan (makanan ringan serta makanan berkhasiat)
dan latihan fizikal dihubungkaitkan dengan tahap pendidikan ibubapa serta
beberapa pembolehubah yang lain. Pengkaji mendapati walaupun kebimbangan
terhadap masalah kegemukkan dikalangan remaja meningkat, tetapi mereka kurang
sedar akan kesan-kesan negatif yang lahir dari masalah ini.

Metodologi

Kajian ini menggunakan rekabentuk pensampelan berkelompok yang mana


mempunyai tiga tahap iaitu kawasan atau mukim sekolah (school county) sebagai
tahap pertama, institusi sekolah itu sendiri sebagai tahap kedua manakala bilik
darjah sebagai tahap ketiga. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan sampel
dikalangan remaja (gred 6 hingga gred 10) di seluruh AS dengan bilangan sampel
seramai 15,686 orang pelajar. Sampel kajian telah dikategorikan kepada
bangsa/etnik, lokasi tempat tinggal, gred, tahap pendidikan ibubapa dan status
berat badan sama ada mereka mengalami obesiti atau tidak. Instrumen yang
digunakan untuk mendapatkan data ialah menerusi set soal selidik yang dijalankan
di dalam kelas. Masa yang diperuntukkan adalah selama 45 minit sahaja untuk
melengkapkan soal selidik tersebut. Antara perkara yang diukur adalah kadar
pengambilan makanan ringan, manisan, kadar pengambilan makanan berkhasiat,
kadar kekerapan senaman, status berat badan, lokasi tempat tinggal dan tahap
akademik ibubapa. Kesemua perkara tersebut telah diukur mengikut skala Likert.

Dapatan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kalangan remaja yang mempunyai tahap


pendidikan ibubapa “tidak mempunyai pendidikan dari sekolah tinggi (no high
school)” dan “pendidikan sekolah (school education)” mempunyai berat min
tertinggi (SD=260.72). Jika dibandingkan remaja dengan bangsa/etnik, remaja
berketurunan Afrika-Amerika (African-American) dilihat mempunyai berat min
tertinggi (SD=130.67). Seterusnya, keputusan menunjukkan perkaitan yang tidak
signifikan antara lokasi tempat tinggal dengan jenis makanan yang diambil. Apa
yang menarik ialah keputusan kajian mendedahkan purata sebanyak 2 kali ganda
memakan makanan ringan dan manisan serta hanya 1.12 kali ganda memakan
makanan berkhasiat dikalangan remaja lelaki jika dibandingkan dengan remaja
perempuan. Selain itu, kadar senaman didapati lebih tinggi apabila tahap
pendidikan ibubapa semakin tinggi. Manakala remaja lelaki berkulit putih dilaporkan
mempunyai kadar senaman yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan remaja dari
lain-lain keturunan bangsa/etnik.
Perbincangan

Kajian ini telah merungkai persoalan kajian bahawa remaja lelaki lebih kerap
mengambil semua jenis makanan berbanding remaja perempuan. Ianya disebabkan
oleh remaja lelaki mempunyai saiz badan dan keperluan kalori yang lebih besar.
Bagaimanapun, perbezaan ini juga disebabkan remaja perempuan lebih cenderung
untuk mengawal pemakanan dan berat badan berbanding dangan remaja lelaki.
Selain itu, kemungkinan yang menjelaskan bahawa tahap pendidikan ibubapa boleh
menjadi faktor perkaitan antara gaya pemakanan remaja dengan masalah
kegemukkan adalah dengan ibubapa boleh menjadi contoh (role model) dan
memberikan nasihat atau panduan dalam membantu anak mengamalkan gaya
pemakanan secara sihat. Seterusnya, ianya satu bonus jika ibubapa mereka
merupakan perunding kesihatan atau mempunyai pengetahuan yang meluas dalam
bidang ini kerana berkemungkinan besar mereka akan menurunkan ilmu/nilai
tersebut kepada anak mereka. Sama seperti dalam kajian yang lain, limitasi kajian
perlu diambil kira. Pertama sekali, isu masalah kegemukkan adalah isu yang sangat
kompleks (kesan jangka panjang tidak dapat diketahui melalui kajian ini) dan yang
kedua kajian ini menggunakan sebahagian kecil sampel daripada keseluruhan yang
ada dan ianya terbatas dalam beberapa aspek. Kajian seterusnya harus
menekankan kesan jangka panjang dan menggunakan sampel yang lebih besar
supaya dapat mewakili keseluruhan populasi.

Ulasan / Kritikan

Walaupun data yang diperolehi tidak dapat membuktikan perkaitan sebab-musabab


antara masalah kegemukkan dengan tabiat makan, tetapi ianya ada asas teoritikal
bahawa peranan penting yang dimainkan oleh institusi pendidikan dalam
mendorong tingkah laku yang sihat terutama sekali terhadap tahap pendidikan
ibubapa. Terbukti bahawa kadar peningkatan obesiti dikalangan remaja adalah
meningkat saban tahun terutama sekali dikalangan remaja berketurunan Afrika-
Amerika (African-American), pendidikan yang lebih berkesan berkenaan dengan
pemilihan makanan seimbang sesuatu yang sangat penting untuk setapak
melangkah kehadapan dalam membimbing tabiat pemakanan remaja masa kini.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini benar jika penekanan tabiat
makan secara sihat dapat diterapkan dari usia muda lagi. Atas justifikasi ini,
kerjasama antara institusi sekolah dan ibubapa dilihat sebagai “duet” yang hebat
dalam kempen kesedaran pemakanan secara sihat sekali gus mengawal masalah
kegemukkan dikalangan remaja. Pendidikan jasmani dan kesihatan menggalas
tanggung jawab yang besar dalam melaksanakan program ini. Ianya harus seiring
dengan arus globalisasi supaya serasi dengan pendekatan remaja masa kini dan
konsisten atau berterusan melalui saluran-saluran yang sistematik seperti
mesyuarat ibubapa dengan pihak sekolah, laporan berkala sekolah, aktiviti-aktiviti
kesihatan dan sebagainya. Maka, dalam mencapai dan mengekalkan berat badan
yang sihat dikalangan remaja, pencegahan dan “campur tangan” sepatutnya
mencakupi pelbagai perkara yang berkaitan (isu kegemukkan) secara meluas
termasuklah tahap pendidikan ibubapa itu sendiri. Memandangkan kita tidak
mampu untuk “menidakkan” kewujudan makanan ringan, ibubapa sepatutnya
mempunyai pengetahuan untuk cuba menerapkan tabiat makan secara sihat dan
seterusnya membantu menanamkan nilai sosial yang positif serta menjadikan
pendidikan jasmani dan kesihatan sebagai satu pegangan bagi remaja kerana ianya
satu bidang yang luas, tidak terbatas kepada pengalaman pembelajaran di padang
sekolah sahaja. Apa saja usaha yang melibatkan usaha jasmani dan berunsurkan
pendidikan serta keberkesanannya diukur melalui faedah dalam pendidikan,
fisiologi, psikologi mahupun disiplin dan semua itu memerlukan perancangan yang
baik dan teliti.
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

KURSUS

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


TR20702

REVIEW ARTIKEL

UNTUK PERHATIAN

EN. RAJA ISMAIL BIN RAJA LOPE AHMAD

DISEDIAKAN OLEH

MOHD SOBRIE BIN LAMUDIN


PENDIDIKAN DENGAN SAINS
HT2005-4039

You might also like