You are on page 1of 6

Page |1

TEKS FORUM MAULIDURRASUL @ MASJID TELUK MENEGUN KLANG SELANGOR (1 Februari 2013) " CIRI-CIRI KEPIMPINAN RASULULLAH SAW " (*)
Terimakasih kepada pengerusi majlis, tuan moderator, sahabat saya alfadhil ustaz__________, AJK Masjid Telok menegun, seterusnya Hadirin dan hadirat, tuan-tuan, puan-puan, adik-adik yang dirahmati ALLAH sekalian. .

Syukur Alhamdulillah, pada malam hari yang sangat mulia ini, kita dipertemukan ALLAH di tempat yang suci lagi mulia ini, dalam satu suasana penuh berkah, majlis perkongsian ilmu sempena bulan kelahiran baginda Nabi kita, nabi besar Muhammad SAW. Semoga dengan niat bertaqarrub, mendekatkan diri kepada ALLAH, memakmurkan rumah Allah, berzikir mengagungkan Nama Allah 'azza wa jalla dan menimba ilmu di majlis seumpama ini, kita akan mendapat hidayah dan bimbingan ALLAH Ta'ala dalam meniti surga-NYA. Bertepatan dengan bulan mulia penuh berkah, Rabi'ul awal, bulan di mana bukan hanya menjadi satu permulaan lahirnya seorang manusia mulia dan luar biasa penyelamat umat sejagat, tapi juga bulan yang menjadi saksi sejarah lahirnya risalah islamiyyah pembawa rahmat untuk sekalian alam. Maka sudah semestinya, kita bukan hanya meraikan dan memperingati kelahiran baginda Nabi SAW ke dunia sahaja, namun juga meraikan kelahiran dan munculnya satu risalah, satu mesej suci yang menyelamatkan umat manusia dan membawa mereka dari satu zaman yang penuh dengan kegelapan hidup tiada bermatlamat dan bertuhan, kepada zaman penuh cahaya iman dan Islam yang mengangkat derajat manusia melebihi kebanyakan makhluq yang dicipta ALLAH Ta'ala. Ya, inilah juga momen yang perlu dan sangat penting untuk diwar-warkan serta diingati sampai bila-bila, kerana ia adalah merupakan tonggak sejarah lahirnya risalah suci dan mulia ini, yang tak lain dan tak bukan adalah Risalah Islam. Mudah-mudahan ALLAH ta'ala menjaga Iman kita dan mematikan kita dalam Iman dan Islam, Amin ya Rabbal 'alamin. Tuan-tuan, puan-puan, hadirin-hadirat rahimakumullah Tajuk yang kita bincangkan pada malam hari ini adalah satu tajuk yang bukan sahaja penting, tetapi juga merupakan satu isu utama yang

Page |2

sekarang ini hilang di kalangan umat Islam. Ya, tajuk kepimpinan, isu qiyadah, masalah tokoh dan pemimpin yang masih diimpikan kemunculan dan kewujudannya oleh umat Islam sejagat pada zaman ini Memang benar, kita mempunyai contoh dan figur pemimpin umat yang sentiasa diingati dan diikuti, yang tak lain dan tak bukan adalah Pemimpin dan anutan kita, baginda Nabi Besar Muhammad SAW. Melalui ciri-ciri kepimpinannya yang juga adalah implementasi dan ajaran serta pedoman hidup bersumberkan wahyu Qur'an dan Sunah, Umat Islam masih terus tercari-cari di manakah gerangan pemimpin Islam zaman ini yang memiliki ciri-ciri tersebut. Saya ingin mengajak tuan-tuan dan hadirin sekalian untuk sejenak menengok keadaan dan kejadian sebenar saat ini di berbagai dunia Islam... Semenjak berlalunya generasi Rasul, para sahabat dan tabi'in serta tabi'ittabi'in yang pernah disebut oleh baginda Nabi SAW: " " Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian generasi setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka", dan setelah lenyap serta dihapuskannya kepimpinan umat dalam bentuk khilafah yang dimulai dari khilafah Umayyah, khilafah Abbasiyah, dan yang terakhir Khilafah Uthmaniyyah beberapa kurun dan abad kegemilangan Islam Umat Islam berada di satu tahap dan zaman yang paling buruk sehinggalah hari ini. Mari kita tengok keadaan umat Islam saat ini yang kocar-kacir tidak bersatu, tercabik-cabik oleh penjajahan musuh Islam, terindas oleh kezaliman musuh ALLAH di muka bumi ini. Perputaran roda situasi umat Islam saat ini adalah sedang berada di bawah. Dimulai dari penjajahan umat Islam di Palestina oleh penjajah Yahudi Israel yang tak ada habishabisnya, pencabulan hak asasi kedaulatan Negara di Afghanistan, Iraq, Syiria, Malipenindasan umat Islam di Negara-negara minority muslim Bosnia, Selatan Thailand, Moro, Kashmir, Rohingya dan lain-lain Dunia Islam saat ini sangat memerlukan sosok pemimpin yang bercirikan kepimpinan baginda Nabi Muhammad SAW. Satu kepimpinan yang dicontohkan baginda Nabi semasa beliau memulakan dakwahnya di Mekah sehinggalah berjaya membangunkan satu tamadun kemanusiaan yang sampai ke tahap puncak kegemilangannya. Mari kita selami dan telusuri sedikit contoh dan teladan yang ada pada diri baginda nabi besar Muhammad SAW selama kurang lebih 23 tahun, 13 tahun di Mekkah dan 10 di Madinah. Di samping pemimpin agama,

Page |3

baginda juga seorang pemimpin politik, pemimpin tentera, pemimpin keluarga dan masyarakat, ketua hakim, serta perancang ekonomi. Tuan-tuan dan hadirin sekalian yang dirahmati ALLAH Ta'ala, Selain sifat-sifat wajib yang kita semua sedia maklum, iaitu: Sidiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah yang ada pada diri Rasulullah, daripada sejarah yang termaktub di dalam al Qur'an as Sunah, kita dapati, dari semenjak beliau belum diutuskan ALLAH menjadi nabi dan Rasul, Baginda Nabi sudah memiliki ciri-ciri kepimpinan luar biasa yang ditonjolkan semasa muda lagi. Lihatlah contohnya pada sejarah perletakan Hajar Aswad di Ka'bah sebelum masa kenabian Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi, apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuru Kaabah... Semasa menjalankan dakwahnya selepas perintah untuk menyampaikan risalah Islam kepada kaum Quraisy di Mekah, dimulai dari dakwah secara sembunyi-sembunyi sehingga terang-terangan kepada semua penduduk mekah, bermula daripada keluarga terdekat dan para sahabat di rumah al-Arqam bin abi al-Arqam, beliu telah menggunakan ciri-ciri kepimpinan yang patut dicontoh dan diteladani. Dalam menghadapi cabaran dan ujian dalam berdakwah, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi. Segala ujian yang menimpa seperti tekanan, sekatan dan boikot penduduk Mekah, kehilangan orang tersayang, diusir daripada kota Ta'if dan sebagainya, baginda lalui dengan kehebatan dan kedahsyatannya dalam bersabar. Dan berkat kehebatan baginda dan kebijakannya dalam menyusun strategi dalam berdakwah , beliau berjaya menyelamatkan agama Islam dari permusuhan dan kekejaman penduduk Quraisy masa itu. Tengoklah misalnya bagaimana baginda merancang strategy semasa hendak berhijrah ke Madinah, dimulai daripada strategy mengaburi mata penduduk Mekah semasa hendak membunuh Nabi dengan menyuruh pemuda Ali bin Abi Talib tidur di tempat baginda, sehingga menggunakan khidmat penunjuk jalan Ibnu Uraiqit dan menghapus jejak kaki baginda dan Abu Bakar supaya tidak dijumpai oleh musuh.

Page |4

Adapun semasa dakwah di Madinah selama 10 tahun, diantara teladan dan contoh mulia kepimpinan baginda Nabi yang terserlah dan membuktikan kejayaan adalah seperti berikut: 1. Pemimpin yang bercirikan cinta damai dan menjunjung tinggi semangat persaudaraan. Ini terbukti daripada kejayaan baginda mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj, menyatukan masyarakat di Madinah yang berbilang agama dan keturunan, serta yang paling penting adalah menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar. 2. Pemimpin yang mengedepankan sistem Syura (mesyuarat) dan menghormati pendapat, walaupun dari rakyat atau individu biasa. Ini dapat kita tengok daripada perilaku sehari-hari baginda bersama para sahabatnya yang sentiasa melakukan Syura dan menerima pendapat orang lain serta tidak memaksakan kehendak peribadi. Contohnya adalah ketika beliau bermesyuarat dan menerima pandangan untuk keluar dari kota Madinah dan menghalang musuh di luar kota saat perang Uhud, serta menggunapakai pandangan sahabat Salman Al-Farisi untuk membangun benteng pertahanan perang dengan menggali parit (Khandaq) di sekitar kota Madinah. 3. Pemimping yang bercirikan ketegasan dan tidak pilih bulu. Contoh ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman memotong tangan terhadap pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut adalah Fatimah anak yang paling baginda sayangi, melalui sabda baginda yang terkenal: " " 4. Dan masih banyak lagi ciri-ciri kecemerlangan kepimpinan baginda Nabi sehingga berjaya mendirikan satu tamadun Islam dan sistem pemerintahan Islam yang adil dan kuat menerusi kejayaan baginda dalam memimpin umatnya sehingga menemui ajal di saat segala sesuatunya sudah lengkap dan sempurna. Allah berfirman: " " Pada hari ini telah Aku sempurnakan ke atasmu agamamu dan Aku lengkapkan nikmat-Ku untukmu serta Aku redha Islam sebagai Agamamu (Surah: Al-Maidah: 3) Tuntutan iman dan membuktikan kecintaan pada Allah dan RasulNya melalui ibadah Selawat Tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat rahimakumullah...

Page |5

Ada pepatah melayu yang mengatakan "tak kenal maka tak cinta". Sungguh benar pepatah ini. Maknanya cinta dan sayang itu berpunca dari tahu dan kenal. Manalah mungkin kita mencintai sesuatu atau seseorang jika kita langsung tak tahu apakah ia dan siapakah dia. Dalam hubungannya dengan agama atau syarak, tahu dan kenal adalah satu syarat untuk kita berada di jalur yang benar dalam beribadah. Adapun CINTA ALLAH DAN RASUL dalam bab Akidah, adalah satu kemestian yang wajib diyakini kerana jika tidak adanya cinta ini, maka akan menjejaskan akidah dan iman kita. Nabi SAW sendiri pernah menegaskan: " " Tidaklah beriman seseorang itu kecuali dia mencintaiku melebihi cintanya kepada anaknya, ibubapanya dan semua manusia". Dalam sebuah ayat, ALLAH SWT berfirman: " " Ketahuilah bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH (Surah Muhammad: 19). Dalam ungkapan Arab pun disebutkan: " " Ilmu/pengetahuan dulu sebelum berbuat/beramal. Kita perlu tahu (berilmu) terlebih dahulu sebelum melakukan sesebuah amal, sebab jika amal dilakukan tanpa ilmu ianya akan tersalah arah dan tidak tepat. Oleh yang demikian ulama meletakkan syarat untuk diterimanya sesebuah amal adalah Ikhlash dan Mutaba'ah ( )iaitu mengikut dan sesuai dengan contoh daripada Nabi Muhammad SAW. Sekiranya kita beribadah secara sembarangan dan tidak mengikut ajaran (tiada ilmu) daripada Rasulullah, sudah tentu ianya akan salah dan tertolak. Tuan-tuan, hadirin-hadirat yang dirahmati ALLAH Ta'ala, Fenomena membimbangkan dan menyedihkan yang tengah melanda kita umat Islam adalah ramai diantara kita, saudara mara kita, anak-anak kita, generasi penerus kita KURANG atau bahkan TIDAK MENGENALI, TIDAK TAHU SOSOK DAN TELADAN SERTA AJARAN BAGINDA NABI SAW... Kalaupun tahu dan kenal, tapi sayangnya hanya sekedar hafal dan mengerti namun tidak mampu menghayati, mencontohi dan mengimplementasi atau menjalani dalam kehidupan sehari-hari. Berapa ramai di antara kita, pemuda-pemuda dan anak-anak kita yang lebih mengenali personaliti-personaliti hiburan dan bintang-bintang sukan dalam dan luar negara DARIPADA KENAL BAGINDA NABI, KELUARGA DAN SAHABAT-SAHABATNYA...

Page |6

Jika kenal atau tahu sosok dan kepribadian baginda Nabi SAW adalah satu hal penting untuk kita cinta dan sayang Nabi, apa yang juga penting adalah TAHU DAN PUNYA ILMU tentang ajaran-ajaran baginda menerusi sunah-sunahnya. Kita takut jika amalan-amalan yang kita lakukan tidak sesuai dan tidak mengikut atau bahkan tidak pernah diajarkan oleh Nabi, maka ianya akan tertolak dan tidak diterima walaupun kita ikhlash dalam menjalankan, sebab satu syarat lagi, iaitu Ikut Tuntunan dan Teladan Nabi ( )tidak terlaksana. Begitu banyak sunah-sunah nabi yang sebagian kita menganggapnya kecil dan remeh, tapi sebenarnya ia adalah satu ibadah yang sentiasa dilakukan baginda Nabi serta menyuruh umatnya untuk menjalankannya. Salah satunya yang paling mudah tapi kadang tak terbuat adalah MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA ketika nama baginda disebut, padahal Nabi bersabda: " " Barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, maka ALLAH akan berselawat ke atasnya sepuluh lipat ganda. Contoh lain adalah solat lima waktu berjamaah di Masjid, solat sunnah di rumah, meluruskan dan merapatkan barisan/saff dalam solat, membaca al-Qur'an dan lain-lain ibadah yang KITA BELUM BUAT PADAHAL KITA KATA KITA CINTA DAN SAYANG NABI, TETAPI KENAPA TIDAK MAU BERBUAT DAN MENCONTOHI NABI menerusi amalan-amalan yang sentiasa nabi buat ini...? Kalau kita ingin cinta kita kepada baginda Nabi adalah cinta tulen, cinta sejati dan cinta hakiki, maka sudah semestinya KITA TIDAK HANYA KENAL DAN TAHU SOSOK DAN PRIBADI NABI, NAMUN HARUS JUGA MENCONTOHI SEGALA TELADAN DAN PERILAKU NABI SERTA MENJALANKAN AJARAN-AJARANNYA SEPERTI YANG TERSEBUT DALAM SUNAH-SUNAHNYA. Mudah-mudahan dengan demikian, kita akan benar-benar menjadi pengikut dan pecinta Baginda Nabi SAW yang akan dibangkitkan kelak bersama-bersama baginda dan memperolehi syafaatnya di hari kiamat nanti. Apa yang benar adalah daripada ALLAH Ta'ala semata, dan apa yang salah adalah daripada diri saya sendiri. Wallahu a'alam bisshowab. Wabillahittafiq wal hidayah, Wassalamu'alaiku wr. wb.

__________
( )

* Disampaikan oleh Ustaz Dr. Mualimin Mochammad Sahid, MA

You might also like