You are on page 1of 22

Di Sarawak, Iban:suku kaum terbesar. Banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu.

Sewaktu mengandung, bersalin & selepas lahir.

Dilarang menggali parit di kawasan padi/ mana-mana sahaja. Dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah. Dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut. Suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau/ kayu.

Tidak boleh menanam pokok pisang.


tidak boleh pikul batu-bata tajam di dalam raga. Tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik.

Berpantang selama 30 hari. Si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang/dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Menjalani satu amalan berdiang / bersalai (si ibu perlu duduk dekat dengan ungun api.

Adat melihat matahari/ merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat (usia 4 hari).
Doa/ mantera dibaca agar kesihatan bayi terpelihara.

Adat memberi nama : nama baik dan elok beri kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak itu. Guna nama timangan sebelum beri nama rasmi. Beri nama sempena dengan nama salah seorang daripada nenek moyangnya itu.

Ada upacara pilih nama (kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama.
Ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan Manok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk akan menjadi pilihan, baru dihebohkan kepada saudara.

Selepas beri nama, upacara mandi sungai dijalankan (bayi umur 1 bulan). Jiran-jiran dimaklumkan untuk meraikan adat.

2 orang lelaki akan bawa seekor ayam dan panji-panji (ditugaskan membaca mantera & menetak air sungai).
2 orang perempuan akan iring lelaki itu (seorang membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi). Doa & mantera dibaca meminta bayi itu akan jadi orang yang sempurna dan berguna. Sebaik mantera dibaca, 2 orang lelaki tadi akan menetak air & ayam disembelih. Bayi lelaki (sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang). Bayi perempuan (benang tersebut digantung pada galah laletan.

Selepas bayi dimandikan (bayi dibawa pulang sambil gendang dipalu). Bayi dipangku dan pemangku duduk di atas tawak/gong yang diletakkan di tengah-tengah ruai. Bayi dan pemangku diselimutkan dengan kain pua kumbu & disiram dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas/wang ringgit lama. Selepas upacara mandi selesai, para tetamu akan dijamu dengan air tuak & makanan ringkas. Upacara diakhiri dengan kenduri mandi amak (menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan makanan yang lebih banyak).

Ada persamaan dengan masyarakat Melayu. Kelahiran, perkahwinan dan juga kematian.

Tidak boleh makan buah-buahan yang berbau kuat. *durian (badan jadi busuk). Tidak boleh makan pucuk-pucuk paku (susu jadi masam). Haiwan buruan di dalam hutan tidak beri kepada wanita hamil (anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan). Wanita tidak boleh ditakut-takutkan (anak dalam kandungan akan cacat/gugur).

Suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan/memakan ikan pari (mulut anak akan sumbing).

Suami tidak boleh mengecat.


Suami tidak boleh melihat sebarang kematian (anak dalam kandungan akan mendapat penyakit). Suami tidak boleh memotong akar temalet (anak akan meninggal dunia tanpa sebab).

Aspek pangkat dititikberatkan. Mementingkan status sosial sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh bertirih dan lima bertirih. Jenis baranagn & hadiah perlu dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang mengiringi mas kahwin (seperti adat menuga, adat mebin dan pakan). Asas adat perkahwinan merisik, meminang & majlis perkahwinan.

Suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang (hubungan suami dan isteri renggang).

Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut (perut isteri sakit/memulas).
Pakaian semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak (boleh sebab penyakit suami isteri). Isteri dilarang memarut rumbia/ menyeberangi sungai (akan jatuh sakit/anak dalam kandungan keguguran).

Rata-rata mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Perkahwinan : satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota Biik atau Ramiin itu. Mengamalkan monogami sahaja.

Perkahwinan semula selepas bercerai adalah perkara biasa.


Melarang perkahwinan antara sepupu.

Kumpulan seperti Dayak Selako : melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka.
Kumpulan Dayak Bukar-Sadong : L & P boleh bebas bergaul dan berkenalan sebelum berkahwin. (peraturan perkahwinan agak longgar). Masyarakat ini tiada upacara merisik. Boleh berkahwin apabila cukup dewasa. Bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka. Kumpulan Bukar-sadong & kumpulan Selako (mereka dibenarkan untuk pilih pasangan yang disukainya tanpa mengira asal kaum).

Masyarakat ini tidak ada upacara merisik. Cara kahwin berbeza ikut kumpulan. Kumpulan Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan. Pertunangan : bertukar cincin. Andai kata mereka secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan.

Kahwin berkait dengan menuai padi. Lebih baik hasil, lebih banyak perkahwinan dilangsungkan. Majlis kenduri besar & mewah bagi anak sulung lelaki/anak tunggal. Usia minimum L=18thn, P=16thn. Perantaraan perempuan akan menghantar tepak sirih/kapur tunang/sebentuk cincin kepada perempuan (di samping mendapat pandangan pihak P)

Bergantung kepada kemampuan ekonomi keluarga pengantin. Tempat tinggal selepas kahwin bergantung kepada banyak faktor (faktor utama:ekonomi pasangan berkahwin). Pihak suami boleh pengaruh isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya (amalan virilokal) & begitu sebaliknya (uksorivokal) Boleh duduk rumah sendiri (amalan neolokal).

Kumpulan Dayak Selako melarang pergaulan bebas L&P. Perkawinan terpaksa = amalan batangkap.

Iaitu L&P yang kerap dilihat berdua-duaan.


Dihadap kepada para pemimpin kampung. Tindakan dibicarakan hubungan disahkan upacara setelah denda.

Biasa pasangan yang hadapi tentangan daripada ibu bapa.

Amalan nyagam (bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isteri) apabila keduadua belah pihak setuju. Duda/balu. Perkahwinan sempurna : melibatkan pengetahuan, peranan dan perancangan oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak. (suku Selako,Jagoi & Larab).

Ahli keluarga & sahabat si mati akan segera ziarah. Kaum wanita menyanyi lagu sedih mpesan (kata-kata terakhir/pesanan kepada si mati. Mayat disemadikan & disapu minyak & dipakaikan pakaian indah & dibalut dengan kain putih yang baru. Mayat diletakkan di atas tikar pandan. 1orang L diarahkan untuk gali kubur & ditugaskan usung mayat ke kubur. Pengebumian (semua keluarga berkumpul).

Pengebumian/pembakaran mayat dibuat oleh penduduk kampung. Segala makanan diletakkan berdekatan dengan mayat tersebut akan dibuang (semasa mayat dibawa ke tanah perkuburan). Tikar dan tempat mayat dikemas serta lantai dicuci untuk hilangkan bau mayat. Untuk elak semangat si mati masuk/datang ke bilik itu. Mayat dibakar/ditanam dengan adat tertentu.

Ahli keluarga si mati tidak dibenarkan meninggalkan rumah selama paling kurang 4 hari. Penduduk kampung tidak dibenarkan turun ke sawah selama 2 hari. Upacar berkabung & menghormati si mati.

You might also like