You are on page 1of 23

Konfigurasi bentuk muka bumi,taburan daratan dan lautan

1)Struktur bumi 2)Pembentukan,ciri dan jenis batuan 3)Pembentukan bentuk muka bumi

Kerak bumi
Terbahagi kepada : i. Kerak Benua ii. Kerak Lautan Boleh dilihat oleh manusia Pepejal Ketumpatan dan suhu rendah Tebal

Mantel Bumi
Ketumpatan dan suhu tinggi Cecair (magma), oksida Fe, Mg, Si Dibentuk oleh bahan basa Halaju seismos tinggi Semakin dalam, suhu dan tekanan meningkat

Teras Bumi
Kedalaman ~ 2900-6371 km Cecair dan pepejal Suhu dan tekanan amat tinggi Logam pepejal Fe + Ni, dan sedikit Si

Mantel Bumi
Ketumpatan dan suhu tinggi Cecair (magma), oksida Fe, Mg, Si Dibentuk oleh bahan basa Halaju seismos tinggi Semakin dalam, suhu dan tekanan meningkat

Kerak Bumi
terdiri daripada beraneka jenis batu-batanberbeza daripada yang lainnya-corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan.Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanahtanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita. Pengkelasan dibuat berdasarkan: (a) kandungan mineral (b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk batuan; (c) struktur batuan

MantelBumi

Teras Bumi
Teras bumi merupakan lapisan yang paling dalam dan terdiri daripada dua lapisan iaitu teras dalam dan teras luar. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam yang terdiri daripada sfera besi-nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer.

2)Pembentukan,ciri dan jenis batuan


Batuan Igneus Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium.

Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu : l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro(yang sering dijadikan hiasan rumah)terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan hakisan. 2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu. Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar.

Batuan Metamorfosis
Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifatsifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasakuasa tersebut di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di Sarawak.

Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya Metamorfisma yang berlaku secara besarbesaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mertgalami proses penghabluran semula.

Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisanlapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.

Batuan Enapan
Batuan enapan merupakan salah satu dari tiga jenis bentuk kumpulan batu. Batu yang terbentuk dari enapan melitupi 75% daripada tanah daratan bumi, dan termasuk jenis biasa seperti kapur, batu kapur,dolomit, dan batu pasir. Batu enapan dikelaskan menurut sumber enapan mereka, dan biasanya adalah: batu klastik terbentuk dari serpihan yang pecah dari batu asal, melalui
luluhawa di situ atau Hakisan oleh air, air batu atau angin, diikuti oleh hanyutan mendapan, sering kali melalui apungan, ke tempat ia mendak;

aktiviti biogenik; atau mendakan dari sebatian. Mendakan ini kemudiannya mengeras dan bertukar menjadi batu melalui proses pembatuan.

Pembentukan Batuan endapan terbentuk akibat tekanan litostatik kerana zarahzarah endapan dilonggokkan oleh udara, air batu, angin, atau aliran air yang membawa zarah-zarah yang terapung. Ketika pemendapan endapan meningkat, tekanan melampau (atau 'litostatik') menekan endapan menjadi lapisan keras dalam proses yang dikenali sebagai pembatuan ('pembentukan batu') dan cecair tersekap asal disingkirkan. Istilah diagenesis digunakan bagi menggambarkan kesemua pertukaran kimia, fizikal, dan biologi, termasuk penyimenan yang dilalui oleh mendakan selepas mendapan awal dan semasa dan selepas pembatuannya, kecuali luluhawa permukaan. Batuan enapan mendap dalam bentuk lapisan yang dipanggil strata. Setiap lapisan baru akan mendap secara mendatar di atas lapisan lama dalam satu proses yang dipanggil "pertindihan". Biasanya terdapat celah antara lapisan yang dipanggil ketakselanjaran. Ini mewakili sela masa yang tiada mendapan baru, ataupun apabila lapisan endapan lebih tinggi dari aras laut dan terhakis.

Batuan enapan mengandungi maklumat yang penting tentang sejarah Bumi. Batuan ini mengandungi fosil, tinggalan tumbuhan dan haiwan lama yang terawet. Batuan enapan boleh memelihara fosil kerana ia terbentuk pada suhu dan tekanan yang tidak menghancurkan saki-baki fosil, tidak seperti batu igneus atau metamorf. Komposisi endapan pula memberikan petunjuk mengenai batu yang asal, sementara perbezaan antara lapisan yang berturut menandakan perubahan persekitaran yang berlaku. Batuan enapan meliputi kawasan yang luas pada benua kerak Bumi, namun peratusan batuan enapan sebenarnya cuma lima peratus. Selebihnya, di bawah lapisan batuan enapan yang nipis ini, adalah batu igneus dan metamorf.

3)Pembentukan bentuk muka bumi


LIPATAN KERAK BUMI Berlaku akibat adanya daya mampatan & tekanan secara mendatar semasa pertembungan antara plat2 tektonik yg menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit lalu terlipat. Juga dipengaruhi oleh tarikan graviti berhampiran dengan permukaan bumi.

Proses-proses lipatan a.Proses peleburan batuan yg pejal dlm lapisan kerak bumi. Lapisan batuan yg berada dlm bumi adalah cair lalu mudah lentur. b.Proses mampatan secara mendatar apabila berlaku mampatan @tolakan dari kiri dan kanan lapisan kerak bumi maka lapisan kerak bumiyg cair & mudah lentur tadi akan melengkung ke atas @ ke bawah.

GELINCIRAN Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan lapisan kerak bumi @blok batuan secara mendatar @menegak.

Jenis-jenis gelinciran i. Gelinciran biasa berlaku apabila adanya daya-daya tekanan yg menarik kerak bumi @ daya2 yg menolak kerak bumi dari bawah. Mempunyai satah rekahan curam @hampir tegak. Ia menghasilkan sesar curam & lurus ketinggiannya berbeza-beza mengikut ketinggian an akan blok.

ii.Gelinciran songsang terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yg btindak thdp blok batuan dari 2 arah yg btentangan mghasilkn garis gelinciran pd blok batuan tsebut. Salah satu drpd blok batuan tsebut terangkat @ tjulang ke atas. Dikenali juga sbg sesar julang. iii.Gelinciran rabak apabila daya mampatan dan tegangan pd lapisan kerak bumi mnyebabkn terjadinya pgerakn secara melintang blok-blok batuan tsebut dari kedua2 arah yg btentangan.

Potensi bahan galian strategis (Golongan A) adalah Minyak Bumi, Gas Bumi, Batu Bara dan Nikel. Bahan galian yang vital (Golongan B) adalah : Emas, Intan, Timah Hitam, Seng, Antimonit, Kristal Kwarsa, Pasir Besi, Belerang, Pirit, Mika, Rutinium dan Zirkon. Bahan galian yang termasuk (Golongan C) adalah : Pasir Kwarsa, Kaolin, Gips, Pospat, Batu Kapur, Tanah Liat, Andesit, Kalsit dan Bantuan Beke Vulkanik. Bahan galian yang potensial yang terdapat di wilayah Kota Samarinda diantaranya adalah (Golongan A) dan (Golongan C). Bahan galian Golongan A adalah jenis Batu Bara, sedangkan bahan galian Golongan C terdiri dari pasir, Batu Kapur, Batu Padas, Tanah yang lokasinya tersebar, seperti terlihat pada Peta Bahan Galian/Bahan Bangunan.

RUJUKAN
www.scribd.com/doc/.../Konfigurasi-BentukMuka-Bumi www. wikipedia.org/wiki/Batuan_enapan www.scribd.com/doc/27650816/lipatangelinciran-dan-gempa-bumi www.bappeda.samarinda.go.id/profil_03.php

You might also like