You are on page 1of 45

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL

TAJUK: KONSEP ASAS MORAL

DISEDIAKAN OLEH: ZULHILMI BIN MOHD YUSOFF BADRUL ALIFF BIN RAZMAN MUHAMMAD HAKIMI BIN HARUN MOHAMMAD AIMAN BIN MAT RASHID 3 PISMP PJK IPGKSM

Konsep Asas Moral


Pengenalan Pendidikan Moral di Malaysia Moral akhlak dan etika Konsep baik, benar dan patut dalam moral Aliran pemikiran moral Naturalis Emotivis Intuisionis Rasionalis

PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA


Diperkenalkan dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi pekerti mulia mengikut nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat Malaysia. Objektif Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid : Menyedari , memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia; Meningkatkan amalan budi pekerti mulia: Menyedari kepentingan dan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar; dan Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

Kepentingan Pendidikan Moral menjurus kepada citacita kerajaan bagi melahirkan masyarakat bermoral tinggi dan disanjung dan disegani oleh negara lain, dengan mengamalkan perkara-perkara berikut:
Mengamalkan nilai-nilai murni Cinta dan setia kepada negara Menjunjung tinggi perlembagaan dan kedaulatan undangundang Bersopan dan bersusila Menyahut cabaran Wawasan 2020 Mengetahui dan melaksanakan hak mengikut perlembagaan Mengetahui dan melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia Amalan berbudi bahasa Menjadi agen moral

LIMA BIDANG PEMBELAJARAN DI DALAM SUKATAN PENDIDIKAN MORAL KBSR

1. Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri 2. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga 3. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat 4. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar 5. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara

KONSEP MORAL AKHLAK DAN ETIKA

MORAL
Pendapat tokoh-tokoh :
Berasal dari perkataan Latin mores dan membawa maksud sama dengan etika (Ashmore, 1987) Kamus Oxford Advanced learners (6th Edition); moral adalah kesedaran tentang tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Perbezaan antara moral dan etika; moral merujuk kepada perkara yang lebih kepada tingkah laku, manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk memperbaiki sesuatu keadaan Membicarakan persoalan betul atau salah, benar atau tidak dan apakah yang perlu dibuat atau yang harus ditinggalkan terhadap sesuatu perkara dalam satu-satu keadaan. Contoh: Salahkah seseorang perempuan menumpang kereta seorang lelaki. Beberapa pertimbangan moral ( moral judgement ) oleh gadis itu akan melahirkan keputusan dan tindakan. Menyoal diri sendiri? Masyarakatnya? Dan persoalan lain ( Peter Baelz: Ethics and Belief : 1)

Pertimbangan moral seseorang adalah bergantung kepada suasana atau keadaan : -Di mana ia berada dan dibesarkan -Sistem sosial atau kelas di mana ia hidup Agama yang dianuti ( Peter Baelz: hal 6-8 ) Contoh: Kanak-kanak kampung membuang sampah di tepi jalan mungkin dianggap tidak salah jika di bandingkan dengan kanak-kanak yang dibesarkan di bandar atau dari keluarga yang bersih dan berdisiplin. Minum arak mungkin tidak dianggap salah oleh sesetengah orang Kristian, tetapi haram di sisi Islam. Peter Baelz: Ethics and Belief: Moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara keduanya, sekalipun kita selalu tidak berjaya membezakannya. J.L. Mackie: Ethics: Inventing Right and Wrong tidak membezakan terma-terma moral dan etika: Kenyataan moral dan etika akan dapat menerangkan sesuatu perbuatan itu betul atau salah; atau perbuatan yang sejenis dengannya betul atau salah; ia mampu menyediakan garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan mengenai perbuatan atau kecenderungan seseorang; atau sekurang-kurangnya ia dapat memajukan garis panduan yang dengannya boleh dibuat berbagai-bagai pertimbangan moral

Moral secara mudah boleh dikatakan sebagai cara atau berbagaibagai cara untuk melihat dan mempersoalkan berbagai-bagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkah laku. ( G.J. Warnock: The Object of Morality:hal 1-10 ) Prof. N. Capaldi, Prof.E. Kelly dan Prof.L.E.Navia dalam kajian mereka: An Invitation to Philosophy telah menyamaertikan istilah moral dan etika: Dari segi etemologi , perkataan Inggeris ethical dan moral adalah sama, dan kerana itulah, maka pengajian etika dan moral sebenarnya satu dan sama sahaja. A.R. Lacey: A Dictionary of Philosophy dan W.L. Reese: A Dictionary of Philosophy and Religon telah menyamakan istilah moral dalam bahasa Latin dan etika dalam bahasa Greek. Kedua-dua istilah itu bersangkutan dengan kegiatan-kegiatan praktikal yang berhubung dengan tingkah laku, adat dan cara hidup: serta aspek-aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan satusatu aktiviti.

KESIMPULAN Peraturan masyarakat - ajaran, kumpulan peraturan dan ketetapan lisan / bertulis = bagaimana manusia harus hidup dan bertindak sebagai manusia baik Praktikal, tapi bukan semua praktikal = moral Standard perlakuan: baik atau buruk, adil, amanah, betul atau salah, apa yang perlu dibuat atau ditinggalkan Kit untuk hidup Bergantung suasana, keadaan di mana seseorang itu dibesarkan, sistem sosial atau kelas dan agama dianuti Diyakini berbanding undang-undang atau standard lain Merangkumi nilai-nilai murni, iaitu baik hati, berdikari, berhemah tinggi, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, bekerjasama, kesyukuran, berfikiran secara rasional

Amalan bermoral dilihat dalam situasi berikut:


Pengawalan diri terhadap sesuatu kehendak nafsu atau dapat menahan diri dari melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggap salah. Kawalan ke atas keperluan fizikal yang berdasarkan kepada peraturan-peraturan masyarakat yang telah diterima secara rasional. Bertindak secara rasional terhadap sesuatu keputusan moral yang melibatkan pentafsiran tindakan betul melalui maklumat atau pengetahuan yang cukup dan dihuraikan dengan pemikiran secara objektif dan kritis. Sentiasa menjaga dan bertindak dalam keadaan yang berdisiplin serta menghayati sesuatu standard hidup yang dicapai oleh sosio-ekonomi masyarakat

AKHLAK
Pendapat tokoh-tokoh : Berasal dari perkataan Arab Khuluf bermaksud budi pekerti. Dr. Miqdad YalJin meringkaskan akhlak kepada 3 aspek: Sifat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang secara fitrah; Sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui latihan atau sebagainya yang akhirnya diterima sebagai adat atau tabiat; dan Akhlak meliputi dua dimensi, batin iaitu kejiwaan dan zahir iaitu kelakuan Dari segi istilah: Akhlak bermaksud kejiwaan yang darinya akan terbit tingkah laku dan perbuatan manusia ( Jamil Saliba: al-Mujam al-Falsafi)

Ibn Athir dan al-Ghazali: Khuluf merupakan gambaran batin seseorang termasuk jiwa, inspirasi, kehendak dsb; Khalqu pula merupakan sifat lahiriah atau bentuk luaran seseorang. Oleh itu, apabila dikatakan seseorang itu baik khuluf dan khalqunya maka baik sifat batiniah dan lahiriahnya. Ibn Miskawayh mendefinisikan akhlak sebagai Keadaan jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran (terlebih dahulu) Keadaan jiwa seseorang terbahagi 2 bahagian: Tabii (natural) Dibentuk melalui latihan dan kebiasaan Jiwa tabii berpusat di sifat semula jadi seseorang - umpamanya cepat marah terhadap perkara yang kecil-kecil; cepat terkejut dengan berita yang didengar; cepat ketawa; cepat berputus asa dsb. Jiwa yang dibentuk melalui latihan dan kebiasaan melalui dua peringkat: Peringkat pertimbangan dan pemikiran yang teliti Peringkat mempraktikkan sesuatu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup seseorang

Konsep Akhlak al-Ghazali: Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinyalah terbentuknya perbuatan dengan mudah, dengan tidak berkehendakkan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Menurutnya: Jika keadaan jiwa melahirkan perbuatan yang baik ( akal dan syarak) dinamakan akhlak yang baik, jika sebaliknya dipanggil akhlak yang buruk. Akhlak bukan pengetahuan atau kebolehan untuk melakukan sesuatu perbuatan; bukan juga baik atau buruk itu sendiri; tetapi akhlak sebenarnya keadaan kejiwaan yang merupakan punca kepada wujudnya tingkah laku. Mengikut Ahmad Amin: Akhlak adalah sifat batiniah (kejiwaan) bukan lahiriah (luaran). Adapun perbuatan lahiriah dinamakan kelakuan atau muamalat, dimana ianya merupakan gambaran dan bukti adanya sifat kejiwaan atau akhlak. Akhlak mempunyai ciri-ciri: Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri, yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti paksaan dsb. Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang.

RUMUSAN Keadaan yang lahir daripada jiwa seseorang sebagai daya penggerak kepada wujudnya satusatu perbuatan, dan perbuatan itu sendiri perlu dilakukan dengan motif yang baik, berterusan dan bukan disebabkan oleh desakan atau dorongan emosi. Ia merupakan gabungan moral dan etika. Akhlak lebih menekankan autoriti wahyu di samping tidak menolak akal, sedangkan moral dan etika lebih memberatkan taakulan manusia.

ETIKA
Pendapat tokoh-tokoh :

Berasal dari perkataan Yunani bermaksud adat (custom) atau kegunaan (usage) Frankena W.K.(1973); etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Berbentuk teoritikal dan merupakan kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik Perkataan etika juga mempunyai berbagai-bagai pengertian. Pengertian biasa digunakan sebagai satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia. Contoh: etika perubatan (medical ethics) bermaksud suatu kod (susunan undang-undang) yang dapat mengatur dan memberikan panduan tingkah laku kepada para doktor dalam perubatan antara mereka dan juga dengan para pesakit. Etika perniagaan (bisuness ethics) adalah suatu kod yang dapat mengatur tindak-tanduk ahli-ahli perniagaan terhadap pelanggan, pekerja dan rakan-rakan seperniagaan mereka.
( Stroll & R.H. Popkin: Introduction to Philosophy: hal 249-251)

Moral dan etika memberi pengertian yang serupa, dan juga mempunyai metod kajian yang hampir sama, maka moral boleh diertikan sebagai satu disiplin yang akan dapat memberitahu kita apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu kelompok manusia tertentu; sementara etika pula mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. ( Peter Baelz: hal 2 ) Etika bersifat reflektif dan teoritikal, sementara moral pula bersifat praktikal etika adalah penyelidik atau pengkaji, sementara moral merupakan bahan yang di selidik atau dikaji oleh etika. ( R.H. Popkin & A. Stroll: Philosophy Made Simple: hal 1-2 ) Contoh: Seseorang yang percaya membunuh adalah salah dalam masa yang sama ia wajib mempertahankan tanah air jika dicerobohi. Apakah yang perlu dilakukan jika negara diancam? Jika enggan berjuang untuk negara bermakna tidak menjalankan kewajipan kepada negara, jika sebaliknya dia akan melakukan pembunuhan. Dalam keadaan seperti ini kemampuan sesuatu teori etika akan teruji keutuhannya dan akan terletak sejauh mana ia dapat menolong menyelesaikan situasi berkenaan.

Faktor yang mempengaruhi etika; Manusia. Menggunakan akal untuk memilih dan melaksanakan sesuatu yang baik dan jahat Naluri. Lima naluri iaitu naluri makan, berkahwin, sukakan anak, naluri pertahanan dan naluri ketuhanan boleh digunakan untuk tujuan baik dan jahat Adat dan kebiasaan. Nilai yang diterima oleh majoriti masyarakat Keturunan. Faktor penting dalam pembentukan etika mulia dan sebaliknya. Persekitaran. Persekitaran jasmani (iklim dan faktor geografi) dan rohani (dalaman individu yang berkait dengan agama/kepercayaan) mempengaruhi corak tingkahlaku seseorang

KESIMPULAN Etika boleh disamaertikan dengan moral @ akhlak, namun terdapat sedikit perbezaan. Boleh dilihat dalam pelbagai aspek: Cabang ilmu - falsafah ( sama seperti ilmu lain ) Tataperaturan - jelas apa dan tujuan yang harus dilakukan Falsafah moral - pokok persoalan =>segala perbuatan manusia ( sedar @ sengaja ) lahiriah/batiniah Ilmu - memperkatakan kenapa kita mesti ikut arahan moral

KONSEP BAIK BENAR DAN PATUT

BAIK
Idea baik memberi makna berbeza mengikut situasi: Secara fizikal: alat memberi lebih faedah atau kepuasan dari segi penggunaan, melihat dsb jika dibandingkan dengan pengalaman lama, elok Memuaskan hati dari segi rupa ( mutu, kegunaan ) Tidak jahat ( kelakuan ) Pulih, sembuh ( penyakit ) Sangat sesuai dan rapat ( hubungan, persahabatan )

Konsep baik = penerimaan atau sikap psikologi individu

Hobbes objek yang diingini baik baginya yang dibenci = buruk C.I. Lewis baik atau buruk = pengalaman individu secara intrinsik Confucious baik =menjalankan tanggungjawab penuh dedikasi ( tingkah laku ) Aristotle baik = unsur kebahagiaan yang ada dan dirasai

BENAR
Kamus Dewan ( 1989 ): Betul, tidak salah, tidak keliru Tepat ( tidak berbeza dengan keadaan sebenar) Amat, sangat, sekali ( ramai sekali ) Bermaksud betul dan mengandungi ciri penjelasan: Nilai Fakta-fakta Sebab-sebab Bukti ( yang sah dan diterima oleh majoriti )

G.E. Moore tingkah laku benar atau salah bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan ( dirasai secara intrinsik ) dan berbeza-beza antara setiap individu Dewey Benar = perkara abstrak - hanya wujud daripada permintaan orang lain kepada kita. Autoriti benar menjadi permintaan dan pengakuan seseorang individu. Confucious benar atau salah hanya wujud dalam hati manusia.

Kebenaran yang mutlak:


Kepercayaan kepada Tuhan dan menurut ajaran agama ( mutlak ) Kewujudan dan isi ajaran dalam kitab agama tidak boleh dibahaskan atau dikaitkan dengan perkembangan sains dan amalanamalan sosial pada bila-bila masa. Kepercayaan kepada Tuhan telah wujud dalam otak manusia itu sendiri.

Kebenaran secara saintifik:


Boleh dibuktikan dengan fakta-fakta atau maklumat yang dikumpul dan dianalisis secara saintifik. Penggunaan statistik dapat menunjukkan darjah kebenaran yang lebih tepat dan terperinci. Betul / salah tidak bergantung kepada kesedaran otak, kenyataan yang sah & tepat, boleh diuji berulang kali pada masa, tempat yang berbeza menghasilkan teori dan hukum.

Kebenaran secara relatif: Sentiasa berubah-ubah hari ini benar, tepi akan datang mungkin berubah ( akibat perubahan masa ). Wujud secara relatif kerana ilmu pengetahuan, kajian, pertimbangan dan kemahuan individu, kemajuan sains dan perubahan cita rasa yang berubah-ubah serta pantang larang dan peraturan adat yang diwarisi

PATUT
Kamus Dewan ( 1989 );

Baik atau elok ( perangai, perbuatan ), senonoh Layak, sesuai ( melakukan sesuatu) Tidak lebih atau berkurangan, padan sesuai Sepadan, sesuai benar, setuju Seimbang, setimpal Perlu, penting Sebenarnya, sesungguhnya Boleh jadi, mungkin

Moore ( 1903 ) sama dengan baik mempunyai unsur bertindak secara waras dan bijaksana. Konsep patut memerlukan penilaian secara intrinsik: memberi pertimbangan terhadap suatu standard yang diterima oleh manusia memberi tafsiran secara psikologi terhadap fakta-fakta yang wujud. Memberi pertimbangan nilai yang logik

Secara perkataan, patut bermaksud: Memberi dorongan terhadap sesuatu aktiviti atau tindakan yang betul ( pujian, nasihat, cadangan atau arahan ) Memberi penjelasan atas sesuatu kelakuan ( pengajaran, mengarah membuat sesuatu atau memberi hukuman terhadap tindakan ) Memberi persetujuan kerana mempunyai pendapat / sifat yang sama Tidak setuju dengan sesuatu kelakuan Secara umum patut perlu dilakukan dan dipenuhi

EMOTIVISME

INTUISIONAME

ALIRAN PEMIKIRAN

NATURALISME

RASIONALISME

PEMIKIRAN NATURALISME
Aliran pemikiran menggambarkan situasi sebenar Aliran pemikiran lurus dan jujur dalam menilai sesuatu

SIFAT-SIFAT NATURALIS
Menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau kenapa wujud keadaan tersebut Mudah tentukan sifat manusia sama ada baik atau betul Meletakkan manusia; ada akal, boleh berfikir dan dapat bertindak rasional berbeza daripada binatang Menggunakan pemikiran rasional ditahap biasa

KESAN Tidak dapat mengeluarkan pendapatnya; hidup tertekan Sentiasa merendah diri; lebih suka memencil diri , tidak mudah interaksi Tiada motivasi atau kurang usaha Lemah jiwa Halang usaha untuk capai matlamat hidup yang sempurna Pengikut setia, kurang membantah dan mudah puas hati

PEMIKIRAN EMOTIVISME
Berasal dari perkataanemosi; perasaan terhadap objek atau situasi Bertindak mengikut perasaan atau emosi Ditunjukkan melalui perlakuan, air muka, katakata Contoh; gembira, setuju, menyenangkan, diterima, puas hati dan sebaliknya Faktor penting perlu diwujudkan bersama pemikiran rasional

SIFAT-SIFAT EMOTIVIS
Agresif Pendiam Cepat tersinggung Kuat cemburu Sentiasa tertekan emosi Berat untuk bergaul dengan orang ( suka bersendirian ) Rajin memperbaiki diri

KESAN
Wujudnya masalah moral disebabkan ketidakmantapan dalam mengawal emosi Kebangkitan emosi menyebabkan gugup, gementar, suka, duka, marah dsb. Bertindak secara tidak menentu disebabkan pengaruh keadaan semasa dan mengikut emosi

PEMIKIRAN INTUISIONISME
Berasal dari perkataan latin Intueor; memandang tepat kepada sesuatu; proses melihat atau memahami sesuatu secara intelek Henry Bergson (1859-1941); Intuisi merujuk kepada naluri yang membolehkan individu memahami hidupnya dari segi kerohanian

SIFAT-SIFAT INTUISIONIS
Melihat, mentafsir dan bertindak ikut gerak hati berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehi tanpa memikirkan akibat, kualiti dan kesan Cepat membuat keputusan Mudah menerima arahan Selalu mengubah fikiran

KESAN
Cepat membuat keputusan menyebabkan kadang-kadang keputusan/tindakan yang diambil tidak sesuai Mudah menerima arahan menyebabkan individu tersebut selalu berubah fikiran; berpendirian tidak stabil

PEMIKIRAN RASIONALISME
berasal dari perkataan Latin ratio bermaksud reason atau sebab-musabab Tingkah laku berlandaskan pemikiran rasional Sentiasa memikirkan sesuatu dengan waras dan logik Menekankan nilai berikut: Kebenaran Kegunaan Mempunyai logiknya sendiri

SIFAT-SIFAT RASIONALIS
Menggunakan fikiran dan taakulan Yakin bahawa pengalaman sahaja tidak akan menghasilkan pentafsiran yang sah Percaya bahawa pengalaman berdasarkan fakta boleh dijadikan ukuran yang sah bagi mentafsir sesuatu Tindakan biasanya wajar, waras dan rasional

KESAN
Teliti dalam membuat keputusan dan bertindak dengan mencari bukti-bukti yang sahih Selalu berfikir untuk memperbaiki kemajuan diri Rajin , tekun dan tidak mudah berputus asa

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like