You are on page 1of 56

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL

TAJUK: TEORI-TEORI ETIKA


DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AZAMMUDDIN BIN MAT ALI MUHAMMAD HAFIQ NASYITUN BIN HAMDAN AHMAD NIZAMUDDIN BIN HUSSIN MUHAMMAD FAKHRUL BIN MUKHTAR 3 PISMP PJK IPGKSM

TEORI TELEOLOGIKAL

TEORI KEPERIBADIAN MULIA

TEORI-TEORI ETIKA

TEORI DEONTOLOGIKAL

TEORI KEMORALAN SOSIAL

TEORI TELEOLOGIKAL

TEORI TELEOLOGIKAL
Tiada pertalian antara peraturan masyarakat (kemoralan sosial) serta keperibadian mulia dengan etika, lebih cenderung berfikir sendiri tentang kriteria moral. Kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya.

Sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Sama ada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat (consequences) atau hasil daripada sesuatu tindakan.

UTILITARIANISME

TELEOLOGIKAL

EGOISME

ETIKA UTILITARIANISME
Seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling ramai.

ETIKA UTILITARIANISME
Pengasas teori ini ialah Jeremy Bentham (1748 1832) dan John Stuart Mill (1806 1873) Mereka berdua bersetuju tentang hakikat bahawa perlakuan yang dapat menghasilkan lebih banyak keseronokan dan kehahagian adalah perlakuan yang bermoral

ETIKA UTILITARIANISME
memberi penekanan kepada kuantiti keseronokan dan kebahagian yang dibawa oleh sesuatu perlakuan.

Beliau membuat pertimbangan kuantiti dari segi darjah keseronokan, tempoh keseronokan, kemungkinan terhasilnya keseronokan dan sebagainya

JENIS- JENIS UTILITARIANISM


Act utilitarianism -merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes -Cth-Aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral

Hedonistic utilitarianism -Mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan dianggap bermoral Cth-tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan.

ETIKA UTILITARIANISME
Kelemahan-kelemahan teori ini: Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan sukar untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu adalah berbeza. Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu adalah tidak sama dengan orang lain.

TEORI EGOISME
Definisi: Teori yang menggangap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri. Lebih mementingkan diri sendiri berbanding orang lain.

TEORI EGOISME
Pengasas: Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 1900) S eorang ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme. Lebih kuat menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat. Ada 2 kumpulan masyarakat -kumpulan rakyat jelata yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya

TEORI EGOISME
Hasil pemberontakan-mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan dan agama yang melindungi golongan rakyat ini Rakyat berjaya menjadikan etika dan kemoralan yang salah itu menjadi benar yang berpunca daripada perundangan tuhan.

TEORI EGOISME
Jenis dan ciri-ciri
EGOISME PSIKOLOGI Satu teori deskriptif mengatakan bagaimana orang melakukan tindakan. Berpendapat bahawa semua orang adalah selfish. EGOISME ETIKA Memberitahu (pescribe) bagaimana mereka perlu bertindak. Berpendapat bahawa semua orang perlu selfish.

TEORI EGOISME
Contoh yang berkaitan -Tindakan membantu orang lain -Tindakan peperangan -Tindakan kegiatan pertubuhan

TEORI EGOISME
Kelemahan-kelemahan: Egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri sendiri, hal ini memudaratkan orang lain. Peraturan yang bersifat individualistik ini menyebabkan tiada satu piawaian atau ukuran untuk menghakimi sesutau tindakan.

KESIMPULAN
Prinsip Utilitarianisme yang dikemukakan mendukung bahawa kita seharusnya memaksimunkan kebahagiaan dan meminimunkan kesakitan. Manakala pengajaran Egoisme pula menyokong etika individualisme.

TEORI DEONTOLOGIKAL

TEORI DEONTOLOGIKAL
Berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan Menafikan atau menolak apa yang diperakui teori teleologikal. Dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah German (1724-1804)

TEORI DEONTOLOGIKAL
Yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita. Terbahagi kepada dua:-teori deontologi-lakuan (eksistensialisme) -teori deontolofi-peraturan (prinsip kewajiban).

PRINSIP KEWAJIBAN

TEORI DEONTOLOGI

EKSISTENSIALISME

EKSISTENTIALISME
Menegaskan bahawa nilai baik mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Pilihan individu menjadi nilai buruk jika kerana dipaksa.

EKSISTENTIALISME
Terdapat aliran eksistensialisme yang berlainan pandangan iaitu
Eksistensialisme yang beragama kristian, termaksuk Karl Jaspers dan Gabriel Marcell, kedua-duanya katolik; Eksistensialisme ateistik (ateis ialah orang yang tidak percaya kewujudan Tuhan), termasuk Martin Heidegger dan beberapa oranga eksistensialis Perancis serta Sarte sendiri.

EKSISTENTIALISME
Pelopor: Jean-Paul Sartre (1905-1980) Manusia tidak mempunyai penciptanya dan fungsi manusia sudah ditentukan. Manusia itu menjadi bermoral atau tidak bermoral bergantung kepada pilihan yang dibuatnya dalam pelbagai peringKat kehidupannya.

EKSISTENTIALISME
Ciri-ciri
Kemoralan berasaskan andaian "kebebasan

Terdapat tiga bentuk kebebasan:


Kebebasan jasmani Kebebasan kehendak Kebebasan moral

Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan.

EKSISTENTIALISME
Seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri

EKSISTENTIALISME
Contoh yang berkaitan:
Menderma kepada institusi agama Menjadi guru Menjalankan khidmat sosial di rumah-rumah kebajikan.

KRITIKAN TERHADAP EKSISTENSIALISME

PRINSIP KEWAJIPAN
Definisi -duty for the sake of duty, iaitu tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Pengasas: -Immanuel Kant (1724 - 1804)

Ciri-ciri:
a) Konsep tekad baik (Goodwill) Baik dan patut diberi pujian moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-mata kerana amalannya ialah suatu kewajipan. Mengamalkan kewajipan sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana memuliakan atau menghormati undang-undang.

Perintah Mutlak Tanpa Syarat (Categorical Imperative)


Apabila sesuatu peraturan dibentuk, setiap orang mesti mematuhinya setiap masa tanpa sebarang pengecualian dan persoalan.

Individu yang baik dari segi moral dengan tekad baik yang mutlak ialah individu yang sentiasa berkelakuan atau bertindak atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang. Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri (seperti tidak cakap bohong) mesti dipatuhi oleh orang lain.

Contoh berkaitan:
GOOD WILL CATEGORICAL IMPERATIVE (mencuri,menipu)

Kritikan terhadap Prinsip Kewajipan

Prinsip Kewajipan kurang jelas dan tanggungjawab diutamakan mengikut prinsip etika yang lain.

KESIMPULAN
Prinsip kewajipan menegaskan bahawa tanggungjawab yang kita dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Eksistensialisme menyatakan pilihan seseorang individu adalah penting dan untuk menentukan sama ada nilai tersebut adalah baik atau buruk.

TEORI KEMORALAN SOSIAL

Teori kemoralan sosial melihat moral itu adalah sesuatu


Berdasarkan apa yang telah dihukumkan oleh masyarakat. Kemoralan atau etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat.

Mengaitkan manusia yang hidup berkelompok Teras dalam kehidupan Menjamin maanusia hidup dalam keadaan harmoni dan selamat Berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada
Tatahukum Tatasusila Tatatertib masyarakat.

Manusia terpaksa hidup bermasyarakat untuk memenuhi


Keperluan Kehendak Keinginannya bagi menjamin kelangsungan hidup (survival)

Peraturan masyarakat biasanya menyerupai


Tradisi Norma Kebiasaan atau adat Kod Nilai Pantang larang Kesemua ini menjaga kerukunan sosial

Dikaitkan dengan pantang-larang dan adat sesuatu masyarkat. Hakikatnya, teori ini juga wujud di dalam ajaran islam yang melihat moral melalui kacamata masyarkat dan kehidupannya selagi mana ia tidak bertentangan dengan kehendak shara

Moral atau undang-undang warisan sesebuah masyarakat secara automatik akan tertolak jika bertentangan dengan shariah. Dengan kata lain, shariah berperanan untuk memberi had kepada masyarakat supaya sebarang kod etika atau kepercayaan yang wujud tidak dogmatik dan undang-undang yang digubal tidak menindas pihak yang lain. Dalam perbincangan ilmu usul fiqh juga, adat (urf) dan pandangan setempat merupakan salah satu sumber hukum yang diiktiraf oleh shara

TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang insan moral. Persoalan yang ditekankan ialah "apakah yang patut saya jadi?" Dan bukan "apakah yang patut saya lakukan?" Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat yunani pada abad ke-4 sm

Salah seorang pelopornya ialah aristotle Berpendapat keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan
Memahami Membuat taakulan yang baik.

Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru.

Keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sfat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi
Latihan, Tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan Menyenangkan serta menyeronokkan

Seseorang dianggap berkeperibadian mulia


Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan Berpegang kepada prinsip Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan

Teori yang dianjurkan oleh Aristotle (384 BC 322 BC) ini telah meletakkan moral sebagai sesuatu yang sederhana. Ini bermakna sesuatu yang bermoral adalah sesuatu yang tidak keterlaluan dan mengambil jalan tengah.

Bagi pandangan Aristotle, melakukan sesuatu dengan berlebihan atau berkurangan adalah jahat dan tercela. Islam dalam pada masa yang sama juga telah menegaskan bahawa umat Islam yang baik adalah umat Islam yang sederhana

Firman Allah
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.
(al-Baqarah: 190).

Selain itu, firmanNya lagi:


Dan demikianlah (seperti mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan (pilihan lagi adil), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang benar dan salah) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu. (al-Baqarah: 143).

Dalam isu-isu berkaitan dengan akal dan wahyu, dunia dan akhirat, material dan spiritual atau individu dan masyarakat, Islam telah menggariskan sesuatu yang sederhana dan hikmah. Walau bagaimanapun, Islam tetap menyokong kritikan terhadap teori ini yang menyatakan bahawa kadar sederhana itu tidak boleh diaplikasikan dalam semua keadaan terutama sekali bagi kelakuan yang memang jelas tidak baik dan tercela.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like