You are on page 1of 16

Tajuk

: Kahwin Lari

Pengerusi : Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua hadirin dan hadirat sekalian terutamanya yang berada di studio bersama dengan pernerbit kita iaitu Dr.Rojanah. Pada hari ini kami akan membincangkan isu mengenai kahwin lari dalam rancangan Wanita Hari Ini dalam segmen keluarga yang dipengerusikan oleh saya sendiri Nabilah. Baiklah sebelum saya mulakan dengan lebih lanjut saya ingin memperkenalkan ahli panel kita pada hari ini disebelah saya Dr Jessica Jenai merupakan pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Dato Khairul Afza merupakan pengarah Jabatan Psikologi dari Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, Datin Shuhaily Eliana merupakan pengawai di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Siti Syaikah merupakan peguam syarie dari Mahkamh Syariah Shah Alam dan akhir sekali Ustazah Siti Hajar merupakan penceramah bebas. Apakah khabar semua ahli panel kita hari ini?Baiklah hadirin sekalian isu yang bakal kami bawakan pada hari ini bertajuk Kahwin Lari. Penonton semua pada hari ini isu atau masalah kahwin lari ini tidak lagi asing dalam masyarakat kita. Isu ini boleh dikatakan isu yang tak lapuk dek ujan tak lekang dek panas. Masalah ini berlaku tanpa mengira umur pangkat dan latar belakang individu itu sendiri. Masalah ini amat membimbangkan kerana ia akan mendatangkan pelbagai kesan yang negatif kepada masyarakat kita. Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut mengenai isu ini. Saya ingin Dr Jessica untuk menjelaskan apakah kahwin lari? Dipersilakan Dr. Panel pertama : Istilah kahwin lari yang dimaksudkan bukanlah berkahwin sambil berlari-lari. Merujuk kepada KamusDewan kahwin ialah penyatuan satu ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan menjadi suami isteri.Lari pula mempunyai maksud yang pelbagai. Antara yang

terdekat ialah yang pertama bermaksud satu pergerakan yang lebih cepat daripada berjalan, kedua ialah tindakan melepaskan dan menyelamatkan diri dan yang ketiga ialah tindakan untuk meninggalkan sesuatu tempat tanpa kebenaran. Maka, dapat disimpulkan di sini definisi kahwin lari menurut Kamus Dewan ialah perkahwinan satu pasangan yang dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui kaum keluarga.Dalam konteks undang-undang pula, kahwin lari dimaksudkan dengan pernikahan yang dijalani oleh satu pasangan dalam keaadaan mereka melarikan diri daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah.Biasanya pasangan ini akan memilih untuk lari ke Negara jiran untuk bernikah. Dalam kes tertentu khususnya kes ingin berpoligami, terdapat pasangan yang kahwin lari dengan membawa lari bersama wali dan saksi.

Pengerusi : Setelah kita mendengar apa itu kahwin lari saya rasa hadirin semua dapat memahami definisi kahwin lari dan gambaran mengenainya. Terima kasih kepada Dr. Jessica dan kita teruskan lagi dengan faktor-faktor atau punca mengapa sesetengah pasangan mengambil tindakan untuk kahwin lari. Di jemput Dato Khairul untuk menerangkan perkara ini. Panel kedua : Terima kasih kepada saudari pengacara. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada penonton di studio dan tidak lupa penonton di rumah. Secara amnya, Senario kahwin lari sangat sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini. Pelbagai punca yang menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya ialah suami mahu berpoligami. Hal ini berlaku kerana suami ingin

berkahwin lebih dari seorang tetapi tidak dapat melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan tidak mahu perkahwinan tersebut diketahui oleh isteri pertama kerana isteri pertama tidak mahu berpoligami dalam berumahtangga. Sebagai contoh, si suami A berjumpa kembali dengan buah hati yang lama senjak sekolah dulu melalui facebook. Facebook merupakan satu medan yang boleh meruntuhkan institusi keluarga. Maka si suami tersebut berkenalanlah dengan wanita tersebut,setelah lama berkenalan menyunting bunga di taman lalu mereka bercinta dan mahu berkahwin. Jadi, si suami pun mencari inisiatif untuk berkahwin dgn perempuan terssebut di Siam supaya tidak dapat dihidu oleh isteri pertama. Punca kedua ialah pilihan mereka tidak direstui oleh orang tua. Hal ini berlaku apabila wali atau ayah enggan membenarkan anaknya bernikah dengan pilihannya. Maka anaknya berhak membawa perkara tersebut ke makhamah. Tetapi, apabila anak membawa perkara ini ke makhamah, hubungan anak dengan ayah akan menjadi teramat buruk mungkin tidak dapat dibaiki lagi. Membawa kes ini ke mahkamah adalah bukan penyelesaian yang baik. Terdapat beberapa pendapat bahawa bernikah di Siam dalam kes wali enggan adalah tidak adil kerana perkara ini akan menghapuskan hak wali. Saya mengulas sedikit kata-kata Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad, beliau berkata, walaupun terdapat bapa yang tidak merestui perkahwinan dan tidak mahu menjadi wali, mereka sepatutnya tahu yang mahkhamah boleh memberikan kebenaran bergantung kepada situasi. Tambahan pula,berkahwin dengan warga asing. Kes yang melibatkan trend kahwin lari dalam kalangan wanita muda tempatan dengan warga asing semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Mereka sanggup meredah Laut China Selatan semata-mata untuk membuktikan cinta sejati kepada pasangan tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi pada kemudian hari. sikap wanita tempatan yang cenderung untuk mencari kelainan dalam memilih pasangan hidup turut menjadi

punca mereka terjebak dengan kes kahwin lari ini. Kebanyakan mereka ini berasa bangga dengan rakan-rakan jika dapat memikat hati pasangan warga asing terutama dari Pakistan, Afrika dan Indonesia. Apa yang lebih penting bagi mereka, mereka sudah menemui kekasih hati yang anggup menghulurkan cinta dan menjadi tempat untuk mereka mengadu. Di sini saya ingin mengaitkan faktor berkahwin dengan warga asing dengan bait-bait lagu C.I.N.T.A yang pernah dipopularkan oleh kumpulan XPDC suatu ketika dahulu. C iaitu cinta yang satu. Cinta yang satu merujuk kepada cinta hanya untuk pasangannya. Orang lain tidak boleh kacau daun. I pula impian yang nyata. Impian yang nyata merujuk kepada impian remaja tersebut telah tercapai iaitu dapat bercinta dgn mamat bangla, Mamat indon dan pak arab. Impian pasangannya pula ialah mendapatkan status penduduk tetap. Manakala N pula ialah nikmat yang berbeza. Nikmat yang berbeza di sini dapat saya simpulkan iaitu nikmat berkahwin dgn wrga asing ni seronok. Dapat suami hidung mancung, badan berbulu, kalau dapat anak nanti anak kacukkan..muka putih melepak, kalau kahwin dengan mamat negro nanti rmbut kerinting boleh buat tocang..T pula merujuk kepada tiada bandingannya. Tiada bandingan bermaksud psangannya tersebut merupakan pasangan yang paling banyak mengerti hidupnya padahal sebaliknya. Akhir sekali ialah A iaitu antara kau dan aku. Aku disini merujuk kepada pasangannya manakala aku ialah dirinya sendiri. Percintaan hanya berlaku antara mereka sahaja.

Pengerusi : Terima kasih kepada DatoKhairul dengan penjelasannya yang begitu mendalam dan jelas. Baiklah penonton sekalian kita teruskan lagi dengan kesan-kesan yang bakal dihadapi oleh pasangan kahwin lari. Saya menjemput Datin Shuhaily untuk memberi penjelasan. Dipersilakan Datin. Panel ketiga : Kahwin merupakan perkara yang penting kerana melibatkan nasab keturunan dan zuriat. Walau bagaimanapun, pada masa kini, kahwin lari seolah-olah menjadi ikutan masyarakat. Pasangan yang kahwin lari adalah mereka yang mengambil jalan mudah untuk untuk mendapat kepuasan dalam hidup. Antara implikasi yang timbul akibat kahwin lari ialah menyebabkan berlakunya perpecahan dan memutuskan hubungan kekeluargaan. Seperti yang

kita ketahui, matlamat perkahwinan adalah untuk mencapai kebahgiaan dan merapatkan hubungan silaturahim dan kegembiraan kepada semua pihak seperti yang telah disyariatkan oleh sunnah Rasullulah s.a.w. Oleh sebab itu, apabila pasangan berkahwin tanpa restu keluarga atau kahwin lari, ini akan dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya pepecahan dalam kedua-dua belah keluarga. Selain itu, kesan daripada kahwin lari akan menyebabkan Sijil perakuan perkahwinan yang dikeluarkan oleh Negara luar tidak diiktiraf oleh undang-undang Negara Malaysia. Seperti yang kita ketahui, sijil perakuan nikah adalah sangat penting bagi setiap pasangan yang berkahwin. Sebagai contoh, apabila pasangan kahwin lari yang ingin memohon penceraian, mereka memerlukan sijil perakuan pernikahan yang sah. Tetapi apabila mereka tidak dapat untuk mengemukakan sijil perakuan tersebut, maka banyak tuntutan-tuntutan yang tidak dapat dipenuhi seperti tuntutan nafkah, tuntutan harta sepencarian, tuntutan anak dan sebagainya. Secara tidak langsung, ini akan memberi kesan yang negatif kepada mangsa terutamanya bagi pihak wanita. Anak-anak terpinggir hak sebagai anggota masyarakat juga merupakan antara implikasi yang wujud akibat kahwin lari. Walaupun daripada sudut hukum, perkahwinan tersebut sah, tetapi apabila mereka tiada dokumen yang diakui oleh undang-undang negara , maka secara tidak langsung perkahwinan tersebut tidak diakui oleh undang-undang. Oleh sebab itu, anak-anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut akan menerima tempias yang sama akibat tindakan ibu bapa mereka. Segala perkara rutin yang memerlukan dokumen yang sah tidak dapat dibuat apabila ibu bapa mereka tiada dokumen yang diperlukan seperti perkara yang melibatkan kesihatan, persekolahan dan tabungan di bank.

Akhir sekali, apabila pasangan yang sudah berkahwin ingin berpoligami tetapi tidak mendapat persetujuan daripada isteri pertama, akan menyebabkan suami mengambil jalan pintas untuk berkahwin lari di Thailand. Keadaan ini menyebabkan suami tidak berlaku adil terhadap isteri dan anak-anaknya. Apabila suami telah bertindak untuk berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama, maka secara tidak langsung akan memberi kesan kepada isteri dan anak-anak apabila suami tidak boleh berlaku adil kepada isteri pertamanya. Natijahnya, kebajikan isteri dan anakanak akan terabai disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab suami tersebut.

Pengerusi : Itu dia serba sedikit mengenai mengapa perkara ini berlaku. Kita dapat lihat kesan itu tidak hanya dihadapi oleh pasangan itu sendiri. Malah anak-anak dan mereka akan menjadi mangsa akibat daripada keputusan dan tindakan mereka.. Kita jemput pula peguam syarie kita iaitu Dato Siti Syaikah untuk menjelaskan isu ini dalam konteks hukum dan undang-undang. Dipersilakan Dato. Panel keempat : Islam merupakan agama yang sempurna serta lengkap dari segenap aspek. Islam meletakkan peraturan dan tatacara tersendiri untuk memelihara kualiti sesebuah rumahtangga yang dibina untuk mendapat keredhaan Allah. Adalah menjadi kewajipan setiap bakal pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, perlulah mematuhi hukum-hukum yang

ditetapkan oleh perundangan syara. Terkandung dalam kitab Fiqh, telah menyentuh tentang perkaitan wali. Wali merupakan komponen penting dalam rukun nikah seperti yang terkandung dalam kitab Sahih Al-Bukhari dalam bab Man Qala La Nikah Illa Bi Wali dan Kitab Kifayah alAkhyar karangan Imam Taqi al-din Abu Bakr. Pandangan majoriti ulama seperti Umar, Ali, Ibn Masud, Ibn Abbas, Abu Hurairah telah menegaskan berkenanaan masalah ini bahawa perempuan tidak dibenarkan berkahwin melainkan mendapat persetujuan daripada walinya. Sarjana Islam seperti Imam Malik dan Imam Syafie menyokong bahawa wali merupakan satu keperluan dalam perkahwinan. Sabda Nabi Muhammas S.A.W yang bermaksud, Setiap wanita yang berkahwin tanpa kebenaran walinya, maka nikahnya itu tidak sah (sebanyak tiga kali), dan jika wanita itu disetubuhi, maka wanita itu berhak mendapat mas kahwin dan jika selepas penyempurnaan perkahwinan, kedua-duanya berselisihan faham, maka Sultan atau Raja menjadi wali bagi wanita yang tidak mempunyai wali lain, (Sunan Abu Daud). Rasionalnya dengan perlunya peranan wali dalam perkahwinan adalah untuk memastikan seseorang wanita bukan tujuan untuk menunjukkan wali itu mempunyai kuasa eksekutif yang tidak boleh berkompromi. Tetapi untuk melindungi kedudukan dan hak dalam institusi masyarakat. Disamping untuk memastikan tiada penganiyaan terhadap perempuan yang bakal dikahwini. Syarak tidak tidak menafikan hak-hak wanita dalam kebebasan untuk memilih pasangan, tetapi bentuk kebebasan wanita bukanlah bersifat eksklusif. Jadi, ada baiknya sebelum diputuskan jodoh pasangan, wali perlulah mengambil kira pandangan anak perempuan dalam membuat keputusan masa depannya.Dalam kes tertentu, bidang kuasa perwalian boleh dipindahkan kepada wali hakim seperti wali asal ghaib, wali enggan mengahwinkan anaknya tanpa sebab yang munasabahatau wali berada dalam jarak 60 batu atau 2 marhalah. Biasanya

apabila pasangan tidak mendapat restu daripada keluarga akan menggunakan alasan wali nasab perempuan berada jauh dari tempat berlangsungnya pernikahan di luar Negara seperti Thailand. Bagi kes yang melibatkan keengganan dari pihak wali, keperluan perkahwinan tersebut hendaklah diperiksa dan sekiranya wali mujbir memenuhi keperluan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syara, maka pernikahan tersebut tidak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh syara, maka pernikahan itu tidak sah.Tiada peruntukan khusus berkaitan kahwin lari. Istilah ini hanyalah sebutan dalam kalangan masyarakat. Dalam aspek perundangan, kesalahan kahwin lari diperuntukan di bawah bab perkahwinan tanpa kebenaran. Kes ini berlaku apabila seseorang berkahwin di daerah atau di negeri lain tanpa memohon dahulu kebenaran untuk berkahwin di luar daerah. Ini juga termasuk dalam tafsiran sindiket nikah palsu. Sebagaimana yang disebutkan oleh Seksyen 13(b), sekiranya wali enggan memberikan persetujuan tanpa alasan yang sempurna, Mahkamah akan membenarkan perkahwinan yang diniatkan itu untuk diteruskan dengan menggunakan wali hakim. Inilah jalan penyelesaian yang sebenar, iaitu membawa masalah ke muka pengadilan. Di sini tidak timbul soal menjadi anak derhaka atau membelakangi orang tua kerana undang-undang mengatasi semua orang dan setiap orang tertakluk kepada undang-undang. Tanpa mengira siapa pun seseorang itu, ia perlu mematuhi undang-undang dan menerima keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah.Di wilayah Persekutuan, perkahwinan yang dijalankan tanpa mendapat kebenaran Pendaftar Nikah akan dikenakan hukuman. Peruntukan ini berdasarkan seksyen 19 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 yang memperuntukkan kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi ringgit Malaysia satu ribu dan penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pengerusi : Terima kasih diucapkan kepada Dato Syaikah dengan penjelasan beliau berikan sebentar tadi. Baiklah akhir sekali saya menjemput Ustazah Siti Hajar merupakan penceramah bebas untuk menerangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi isu kahwin lari ini daripada terus berlaku. Dipersilakan Ustazah Siti Hajar. Panel kelima : Antara cara untuk mengatasi khawin lari ialah kesedaran dalam diri sendiri. Sebagai seorang anak kita perlulah menjaga hati ibu bapa dan berusaha untuk tidak menyakiti hati mereka. Anak-anak seharusnya memikirkan tentang perasaan ibu bapa sebelum mereka mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu perkara. Selain itu, juga seharusnya mengetahui bahawa perkahwinan yang bahagia ialah perkahwinan yang mendapat restu daripada kedua ibu bapa dan sekiranya perkhawinan yang di bina tanpa restu daripada ibu bapa ianya boleh medatangkan masalah pada masa akan datang.

Cara seterusnya ialah melalui peranan pihak media. Dalam mengatasi masalah ini peranan media sangat besar. Media masa seperti tv, surat khabar dan radio dapat dijadikan saluran untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan perbuatan tersebut. Contohnya surat khabar perlulah menyiarkan cerita atau kisah benar tentang isu khawin lari. Stesen tv pula boleh menyiarkan pengalaman individu yang pernah terlibat dengan isu ini dan kesan buruk yang berlaku akibat perbuatan mereka itu. Hal ini dapat dijadikan teladan, panduan, pengetahuan serta dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai agak perkara ini tidak terus berlaku. Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mengatasi kes ini. Ibu bapa perlulah berusaha untuk merapatkan hubungan mereka dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya dapat mendalami dan memahami psikologi anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Pada peringkat ini anakanak memerlukan bimbingan daripada ibu bapa agar tidak terjebat dengan perkara yang negatif. Selain itu, ibu bapa juga seharusnya memahami perasaan anak-anak dan tidak meletakkan kriteria yang terlalu tinggi kepada calon pilihan anak-anak agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. Ibu bapa juga seharusnya memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anakanak agar mereka dapat membezakan antara perkara buruk dan baik. Bagi mereka yang mempunyai didikan agama yang cukup, pastinya mereka tidak akan sanggup untuk menyakiti hati ibu bapa dengan melakukan perkara yang tidak elok seperti khawin lari yang dapat memalukan ibu bapa mereka. Selain daripada itu, penguatkuasaan undang-undang juga dapat dilakukan untuk mengurangkan masalah khawin lari. Pihak berkuasa perlulah lebih tegas dalam membendung masalah ini agar ianya dapat dikurangkan. Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan kepada mereka yang terlibat dengan masalah khawin lari ini . Pihak berkuasa boleh meningkatkan kadar denda terhadap mereka. Peningkatan kadar denda ini diharap dapat mengelakkan orang ramai dari terus

melakukan perbuatan tersebut,Ini kerana kadar denda yang sedia ada mungkin tidak memberi kesan kepada individu yang berpendapatan tinggi. Peningkatan kadar denda ini diharap dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan perkara tersebut dan seterusnya dapat mengurangkan bilangan kes khawin lari. Seterusnya ialah peranan institusi pendidikan. Dalam menangani masalah ini institusi pendidikan memainkan peranan yang besar. Institusi pendidikan seperti sekolah perlulah memainkan peranan dalam membendung masalah ini dengan cara menjalankan kempen kesedaran kepada pelajar tentang kesan perbuatan khawin lari. Hal ini penting kerana perkara ini perlu diatasi sejak dari awal lagi. Para pelajar perlu diberi pengetahuan tentang kesan daripada perbuatan tersebut. Pihak sekolah boleh menjemput penceramah dari luar untuk menceritakkan kisah benar tentang isu khawin lari ini dan kesan perbuatan tersebut kepada mereka. Diharapkan ianya dapat memberi kesedaran dan panduan kepada pelajar agar mereka tidak melakukan perkara tersebut. Selain itu, antara cara yang dapat digunakan untuk mengatasi kahwin lari ialah mengadakan perbincangan dengan ibu bapa. Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan calon anak-anak, anak-anak tidak seharusnya terburu-buru mengambil keputusan yang tidak wajar seperti khawin lari. Sebagai individu yang matang mereka seharusnya mengambil keputusan yang bijak seperti mengadakan perbincangan dengan ibu bapa untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Perbincangan perlulah diadakan dengan hati yang bersih dan tenang. Dalam perbincangan tersebut kedua-dua belah pihak seharusnya dapat menerima pandangan masing-masing dan jika ini berlaku insya-Allah keputusan yang terbaik akan dicapai . Selain daripada itu, salah satu cara untuk mengatasi kahwin lari ialah menghadkan pengambilan pekerja asing. Hal ini kerana kemasukan pekerja asing ke Malaysia dapat meningkatkan kes

kahwin lari. Pergerakan Puteri Umno menggesa Kementerian Dalam Negeri agar membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok, Indonesia. Cadangan ini diberikan kerana banyak kes kahwin lari yang berlaku antara rakyat tempatan dengan lelaki dari Lombok. Pembekuan pengambilan pekerja dari Lombok ini diharap dapat mengurangkan kes kahwin lari yang berlaku. Pengerusi : Terima kasih kepada Ustazah Hajar dengan penerangan yang begitu bernas sebentar tadi. Demikianlah pandangan daripada ahli panel jemputan kita pada hari ini. Sebelum saya akhiri forum kita yang bertajuk kahwin lari ini saya ingin meminta setiap ahli panel untuk membuat kesimpulan mengenai isu ini sebelum kita tamatkan forum pada hari ini.Itu saja pada hari. Sekian terima kasih.

Rujukan
1) http://www.serikasih.com/pasangan-%E2%80%98kahwin-lari%E2%80%99-mesti-daftar-semula 2) http://pakarcinta.com/blog/hukum-kahwin-lari-tanpa-restu-ibu-bapa-sah/ 3) http://www.bharian.com.my/articles/peguam syarie menulis.khawin lari undang

penderitaan/Article 4) http://sehijauhorizon.blogsport.com/2010/08/langkah_mengatasi_gejala_remaja_kahwin_ html 5) http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Farticles %2FPeguamSyarieMenulis_Kahwinlariundangpenderitaan%2FArticle%2F&h=7AQFE5f zy

Lampiran

You might also like