You are on page 1of 21

1.

0 Pengenalan Keusahawanan merupakan satu akitiviti bidang perniagaan yang boleh dijalankan oleh seseorang atau berkongsi yang mengambil kira semua aspek kesempatan perniagaan bagi tujuan berniaga. Sama ada besarnya atau kecilnya perniagaan mereka itu adalah dikira bisnes yang boleh dibanggakan bagi mendapat hasil-hasil yang lumayan. Kejayaan oleh seseorang usahawan itu banyak bergantungnya kepada usaha, keberanian, sabar dan bersifat proaktif terhadap perniagaan yang mereka lakukan walaupun terdapat banyak cabaran dan halangan dalam usaha untuk memajukan perniagaan terutamanya pada awal penubuhan perniagaan. Dalam melihat kepada keadaan ini, Tan Sri Dato Loh Boon Siew adalah antara usahawan yang berjaya yang mampu menempah nama sebagai seorang yang cekal, tabah dan sentiasa memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang wujud sama ada dalam diri, perniagaan mahupun persekitaran perniagaan.

Bermula sebagai pencuci bas sepanjang hari dengan upah sebanyak 10 sen sebuah, Tan Sri Dato Loh Boon Siew tetap gigih melaksanakan tugasannya. Tan Sri Dato Loh Boon Siew juga pernah bekerja sebagai mekanik dalam sebuah bengkel dan mendapat upah sebanyak RM3 sebulan namun beliau tetap meneruskan usaha adan sentiasa bersabar dan tidak pernah mengalah kepada tekanan-tekanan dan halangan yang ada disekitar hidupnya. Ternyata segala usaha adan tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Dato Loh Boon Siew sebenarnya mempunyai visi dan misi yang sudah ditanam dalam hatinya yang tiada seorang pun mengetahui mengenai cita-cita serta matlamat beliau untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Pada usia mencapai 18 tahun, Tan Sri Dato Loh Boon Siew telah membeli 11 buah bas dengan menggunakan wang simpanannya sebanyak RM2,000.00. Tan Sri Dato Loh Boon Siew adalah seorang yang berpandangan jauh dan sentiasa berfikiran positif. setiap bas yang dibeli telah diperbaiki dan menjualnya kembali dengan harga 1

RM12,000.00 sebuah. Segala sumber pendapatan yang dikumpul hasil daripada jualan bas tersebut telah digunakan semula untuk membeli bas baru sebanyak 39 buah dan seterusnya. Hasil daripada usahanya ini beliau dapat mengumpul wang bagi menampung lawatannya ke negara Jepun sekitar tahun 1950 an. Akhirnya, Tan Sri Dato Loh Boon Siew telah berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri bertempat di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew Pulau Pinang. Syarikat ini adalah satu-satunya syarikat yang mendapat lesen bagi membuat pemasangan motosikal yang berjenama Honda.

Sekitar tahun pada 1958, sebuah syarikat daripada Jepun iaitu Syarikat Motor Honda Jepun telah melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal di negara ini. Maka motosikal yang dikeluarkan dalam syarikat ini dinamakan sempena nama beliau iaitu Boon Siew. Pasarannya telah menembusi ke rantau Asia serta mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pengguna termasuk negara Malaysia sendiri.

Hasil daripada usaha gigih ini, Tan Sri Dato Loh Boon Siew telah menjadi seorang ahli korporat yang terkenal jika dibandingkan daripada awal hidupnya. Segala kejayaan demi kejayaan yang dikecapi adalah hasil usaha yang ditunjukkan bermula dengan seorang perantau dari negara China yang datang ke Malaysia sehinggalah beliau menjadi seorang yang cukup di segani di Malaysia.

2.0 Keusahawanan Dan Ciri-Cirinya Aktiviti keusahawanan dan usahawan telah membentuk peluang pekerjaan kepada rakyat sesebuah negara. Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah satu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ekuiti, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu prosuk atau perkhidmatan. Ianya adalah satu proses dalam mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan 2

mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial, dan dalam menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan.

Dalam pada itu, Kuratko dan Hodgetts (2004) pula mendefinikan usahawan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar dan proses, dengan kerjasama rangkaian dalam kerajaan, pendidikan dan organisasi. Menurut mereka lagi, usahawan adalah seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komitmen, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru semata-mata untuk mencipta keuntungan. Pendefinisian terhadap konsep usahawan dapat digambarkan dengan lebih baik jika dilihat dengan lebih mendalam segala usaha yang dilakukan oleh Tan Sri Dato Loh Boon Siew seperti mana yang telah diterangkan pada bahagian pengenalan. Segala usaha dan pembaharuan yang dilakukan oleh Tan Sri Dato Loh Boon Siew menjelaskan kepada kita bahawa terdapat beberapa ciri usahawan yang perlu ada pada diri seseorang sekiranya mereka ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya. Berikut adalah beberapa ciri-ciri usahawan.

2.1 Kreatif dan Inovatif Kreativiti dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada dalam diri setiap usahawan dalam usaha untuk memperolehi kelebihan persaingan dalam setiap pelaburan perniagaan yang dijalankan. Melalui pemikiran yang kreatif, inovatif dan berdaya saing, seseorang usahawan akan dapat menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna. Contohnya seperti usaha yang dilakukan oleh Tan Sri Dato Loh Boon Siew untuk mengumpul dana dalam mencapai 3

cita-cita yang diingin. Bermula dengan bekerja sebagai pencuci kereta sehinggalah beliau membeli bas yang kemudiannya diperbaiki sebelum dijual semula untuk mendapatkan dana, kreativiti dan usaha yang ditunjukkan untuk mencapai matlamat hidup beliau tidak pernah pudar walaupun terpaksa bersusah dan bekerja keras. Ciri kerativiti dan inovatif ang ditonjolkan oleh Tan Sri Dato Loh Boon Siew adalah suatu yang patut dicontohi oleh mereka yang bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan.

2.2 Orientasi Peluang (Opportunity Oreintation) Selain ciri kreativiti dan inovatif yang perlu ada dalam diri setiap individu yang ingin menjadi usahawan, usahawan juga perlu memikirkan peluang yang wujud dan perlu direbut sebelum orang lain yang mengambilnya. Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak semestinya bergantung kepada kajian, struktur atau strategi yang difikirkan perlu dalam menjadi seorang usahawan. Sebaliknya, kebanyakan usahawan bermula dengan merebut peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu memiliki kebijaksanaan dalam mencari peluang yang ada. Dalam mencari peluang perniagaan yang baru, usahawan perlu melihat peristiwa atau kejadian sama seperti yang dilihat oleh orang lain. Namun begitu, hasil dan penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan dan berbeza. Usahawan sepatutnya tidak hanya mencari peluang yang boleh menjadikan setiap impian dan cita-cita mereka menjadi kenyataan, sebaliknya perlu mempunyai kebolehan untuk merebut setiap peluang yang wujud. Kegagalan mereka dalam merebut peluang yang ada boleh menyebabkan mereka dipintas oleh individu lain yang turut sama mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama. Jika dilihat kepada usaha yang dilakukan oleh Tan Sri Dato Loh Boon Siew sehinggakan beliau sanggup ke Jepun untuk meneroka teknologi negara berkenaan dalam usaha untuk menghasilkan motosikal yang berkualiti dan berdaya saing. Peluang yang dilihat ini oleh Tan Sri Dato Loh Boon 4

Siew telah mendorong Syarikat Honda Jepun memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Dato Loh Boon Siew untuk menjadi pengeluar utama motosikal di Malaysia pada ketika itu dan kini motosikal berjenama Bon Siew Honda adalah antara motosikal yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna motosikal di Malaysia.

2.3 Fokus Kawalan Dalaman Fokus kawalan dalaman adalah suatu keadaan di mana usahawan mengawal setiap tindakan dan gerak geri yang dilakukan. Setiap usahawan perlu percaya dan yakin bahawa setiap kejayaan dan kegagalan yang dikecapi adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran yang berlaku berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri. Dalam pada itu, seseorang usahawan juga akan menerima kesan dan akibat hasil daripada tindakan dan usaha yang dilakukan. Sekiranya usaha dan tindakan yang dilakukan dengan berhati-hati dan memenuhi setiap matlamat yang ingin dicapai, maka hasil yang akan dibentuk juga adalah positif. Sebaliknya, kegagalan usahawan ini dalam mengawal setiap tindakan yang boleh mendatangkan kerugian kepada perniagaan yang dijalankan akan mendorong mereka ke arah yang negatif. Oleh yang demikian, fokus kepada kawalan dalaman perlu dititik beratkan untuk mencapai setiap matlamat dan cita-cita sebagai seorang usahawan.

2.4 Keyakinan dan Optimistik Dalam pada itu, usahawan juga perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang berpaksikan kepada kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan.

Kecenderungan dalam mencapai kejayaan akan membuatkan setiap usahawan bersikap positif dan optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap 5

ini perlulah bersandarkan kepada keadaan sebenar. Dengan adanya keyakinan dan optimistik yang tinggi serta bersikap positif terhadap setiap usaha yang dilakukan, maka tidak hairanlah sekiranya banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali sehinggalah mereka menjadi seorang usahawan yang berjaya.

2.5 Lebih Bertenaga (High Level of Energy) Sebagai seorang usahawan, cita-cita yang tinggi tidak akan tercapai tanpa adanya semangat yang tinggi untuk mengecapi setiap matlamat yang ingin dicapai. Jika dibandingkan dengan kebanyakan lapisan masyarakat, usahawan adalah lebih bersemangat berbanding kebanyakan individu. Usahawan perlu lebih bersemangat dalam dan bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang bakal dihadapi. Tenaga dan semangat tersebut adalah aset utama yang akan mendorong mereka meneruskan perniagaan walaupun dilimpahi dengan pelbagai tekanan, dugaan dan cabaran terutamanya dalam memulakan perniagaan. Tanpa adanya semangat yang cekal dan tenaga untuk terus bangun, seseorang usahawan tersebut berkemungkinan akan mengalami kegagalan dan perniagaan yang dijalankan mungkin tidak dapat diteruskan.

2.6 Kebolehan Menentukan Visi Visi adalah matlamat yang ingin dicapai oleh seseorang usahawan. Setiap tindakan dan usaha yang dilakukan perlulah berpaksikan kepada visi dan matlamat yang ingin dicapai. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu mengetahui apa yang ingin dicapai. Selain daripada penetapan visi, misi dan matlamat, usahawan juga perlu memikirkan apa yang harus dilakukan untuk mencapai visi berkenaan. Dalam 6

kebanyakan keadaan, tidak semua usahawan mempunyai visi di awal permulaan perniagaan. Penetapan visi ini selalunya berlaku apabila usahawan tersebut menyedari apa yang telah berlaku kepada perniagaan mereka. Menerusi kegagalan dan kejayaan yang dapat dilihat, seseorang usahawan itu akan menetapkan visi dan matlamat perniagaan dan segala tindakan yang akan dilakukan perlulah berasaskan kepada visi dan matlamat yang telah dibentuk. Hal ini adalah perlu agar arah tuju perniagaan berada di jalan yang sepatutnya iaitu selaras dengan visi dan misi yang ingin dicapai.

2.7 Kemahiran Mengatur Strategi dan pengurusan adalah dua elemen yang saling berkaitan dalam memulakan perniagaan. Tanpa adanya strategi, sesuatu perniagaan sukar untuk dilakukan dan tanpa adanya pengurusan yang baik, strategi yang dilakukan pasti mencapai kegagalan. Oleh yang demikian, kebijaksanaan seorang usahawan dalam mengurus dan mengatur perniagaan adalah perlu bermula dari awal penubuhan perniagaan sehinggalah perniagaan mencapai kejayaan. Contohnya seperti kebolehan dalam memilih dan mengumpul pekerja seperti mana yang dikehendaki adalah perlu. Pekerja yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang diingini dan selaras dengan matlamat perniagaan yang ingin dijalankan, akan memudahkan lagi usahawan berkenaan untuk mengurus dan merancang setiap aktiviti dan proses perniagaan syarikat atau firma. Dengan adanya tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kepakaran dan kebolehan yang bersesuaian dengan orientasi perniagaan yang akan dijalankan. Dalam masa yang sama juga, kebolehan dan kepakaran mereka juga dapat digunakan untuk mencari jalan terbaik untuk sama-sama memajukan perniagaan.

2.8 Inisiatif dan Bertanggungjawab Kebanyakan pengkaji bersetuju bahawa keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan usahawan ini adalah golongan yang sanggup meletakkan diri mereka sebagai seorang yang bertanggung jawab dalam sesuatu keadaan sama ada dalam situasi berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggung jawab terhadap setiap tindakan yang dilakukan dan kesan daripada tindakan yang dilakukan. Dalam mengatasi masalah yang dihadapi, golongan usahawan ini akan mencari inisiatif yang dapat menyelesaikan dan meringankan masalah yang dihadapi. Dalam keadaan-keadaan seperti ini, tidak terdapat ramai pemimpin yang sanggup untuk mengambil dan menanggung masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, sebagai seorang usahawan, mereka perlu menanggung setiap masalah yang dihadapi yang disebabkan oleh tindakan mereka.

2.9 Komitmen Yang Tinggi Dalam pada itu, kejayaan sesuatu usaha seorang usahawan bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen yang ditunjukkan oleh usahawan akan membantu seorang usahawan untuk mengatasi ancaman, halangan dan rintangan yang dihadapi dalam menajalankan perniagaan. Oleh yang demikian, komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka akan menentukan kejayaan pelaburan yang mereka lakukan.

2.10

Mengambil Risiko Secara Sederhana Risiko adalah elemen penting yang sering dijaga dan dikawal oleh setiap

usahawan. Namun begitu, risiko ini bukanlah suatu yang dapat diramal dan dapat diketahui. Usahawan bukanlah seseorang yang sanggup mengambil risiko secara 8

membabi buta. Segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira dan setiap usahawan telah bersiap sedia untuk menghadapi setiap risiko yang dihadapi. Apabila seseorang usahawan melibatkan diri dalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.

Selain daripada ciri-ciri yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa ciri lain yang perlu ada pada seorang usahawan. Antaranya ialah mencari maklum balas, menuju ke arah kejayaan, toleransi terhadap kegagalan, semangat berpasukan, berdikari dan fleksibel dalam setiap tindakan yang dilakukan. Kesemua ciri ini adalah antara ciri yang perlu ada dalam diri setiap usahawan agar mereka mampu menjadi usahawan yang berjaya dan berdaya saing. Rajah di bawah adalah ringkasan yang menunjukkan ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seorang usahawan berjaya.

Kreatif Dan Inovatif

Orientasi Peluang Fokus Kawalan Dalaman Keyakinan Dan Optimistik

Ciri-Ciri Usahawa n

Lebih Bertenaga Kebolehan Menentukan Visi


Inisiatif Dan Bertanggungjawab

Kemahiran Mengatur
Mengambil Risiko Sederhana

Komitmen Yang Tinggi

Rajah 1 : Ciri-Ciri Usahawan

3.0 Faktor-Faktor Persekitaran Luaran Faktor persekitaran luaran adalah satu keadaan semasa yang boleh mempengaruhi perkembangan dan pencapaian semasa syarikat atau perniagaan. Sebagai seorang usahawan, persekitaran yang akan mempengaruhi setiap keputusan perniagaan tidak hanya dikaji semasa memulakan perniagaan tetapi perlu dititik beratkan semasa perniagaan dijalankan. Hal ini adalah perlu bagi memastikan bahawa setiap tindakan yang diambil sentiasa berada dilandasan yang bersesuai dengan matlamat dan objektif perniagaan. Oleh yang demikian, faktor persekitaran makro dan mikor adalan antara keadaan yang dapat memberikan kesan secara langsung kepada perniagaan. 10

3.1 Faktor Persekitaran Makro Persekitaran makro adalah faktor luaran yang boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk jangka masa yang panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal. Faktor persekitaran makro ini boleh dikelaskan kepada empat faktor yang utama seperti mana yang terdapat dalam rajah 2 di bawah:-

Faktor Persekitaran Makro


Politik Dan UndangUndang Politik Dan UndangUndang

Kebudayaan Sosial Kebudayaan Sosial

Rajah 2 : Faktor Persekitaran Makro 3.1.1 Politik Dan Undang-Undang Salah satu faktor yang harus diambil kira oleh usahawan ialah kestabilan politik. Politik dan undang-undang yang dibuat adalah sebahagian dari persekitaran makro yang mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi perhatian dan sumber. Ini adalah keadaan di mana usahawan akan menggunakan segala kekuatan dan kelebihan politik yang mereka ada. Selalunya usahawan terpaksa menerima unsur politik dan undang-undang yang dibuat untuk pelaburan perniagaan yang baru dibuat. Setiap usahawan perlu menerima segala polisi, undang-undang dan peraturan di mana perniagaan itu dijalankan.

11

Antara polisi dan undang-undang yang harus dipatuhi oleh usahawan adalah halangan perdagangan dan tarif. Polisi ini dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Keadaan ini akan menghalang sumber aliran bebas dari negara lain sebagai perlindungan kepada industri tempatan. Contohnya seperti sekatan perdagangan yang telah dikenakan ke atas industri automobil di Malaysia. Selain itu, terdapat beberapa polisi yang harus diikuti dan dipatuhi. Antara lainnya ialah perjanjian perdangan di antara dua negara seperti pelaksanaan AFTA ke atas negara-negara ASEAN dan risiko politik di sesebuah negara. Segala keadaan politik dan undang-undang yang dibuat oleh sesebuah negara perlu dipatuhi dan diikuti bagi memastikan kelancaran perjalanan perniagaan usahawan.

3.1.2 Ekonomi Persekitaran ekonomi memainkan peranan yang penting dalam usahawan mencapai kejayaan atau kegagalan dalam sesuatu perniagaan yang diceburi. Persekitaran ekonomi makro meliputi kesemua produk dan perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan penggunaan. Usahawan perlu menganalisa

persekitaran ini pada aras global, nasional dan tempatan di mana operasi perniagaan usahawan dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama bagi ketiga-tiga tahap ini pada persekitaran ekonomi makro. Namun begitu, usahawan perlu mengenal pasti paras mana yang akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada perniagaan. Setiap usahawan perlu meninjau, memantau, meramal dan mentafsir keadaan ekonomi makro yang akan memberikan kesan kepada perniagaan mereka. Setiap usahawan ini perlu berupaya untuk melihat perubahan terhadap ekonomi dan berupaya untuk menentukan pembolehubah yang berkaitan untuk dianalisis.

3.1.3 Kebudayaan Sosial 12

Persekitaran kebudayaan sosial adalah faktor persekitaran ketiga yang harus diambil kira oleh seorang usahawan. Persekitaran kebudayaan sosial boleh dikelaskan kepada dua kategori yang utama iaitu demografis dan aliran budaya dalam masyarakat.

a) Perubahan Demografis Perubahan demografis berlaku ekoran daripada perubahan bilangan penduduk, kumpulan etnik dan struktur bilangan penduduk mengikut umur, jantina, lokasi, geografi dan bilangan taburan pendapatan penduduk. Kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa beli dan kapasiti industri. Namun begitu, perubahan aliran demografis ini berada di luar kawalan seorang usahawan. Usahawan perlu menilai perubahan demografis untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. Contohnya seperti penambahan bilangan kanak-kanak di sesuatu kawasan akan menghasilkan peluang perniagaan seperti pelajaran, makanan dan pakaian kanak-kanak.

b) Aliran Budaya Dalam Masyarakat Perubahan dalam sosial ini berkait rapat dengan kesopanan dan tingkah laku di mana manusia itu berada. Cara hidup sesuatu masyarakat akan

menggambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. Oleh yang demikian, usahawan perlu menilai dan memantau setiap pertukaran cara hidup untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud. Usahawan boleh menggunakan maklumat dan data yang ada dari sumber umum dan peribadi untuk menjalankan penilaian dan pemantauan setiap perubahan yang berlaku. Dalam masa yang sama juga, usahawan perlu meramal dan menilai segala perubahan yang akan dan sedang berlaku untuk memperolehi keuntungan.

3.1.4 Teknologi 13

Teknologi juga adalah faktor yang mengubah dunia perniagaan. Terdapat banyak penciptaan, inovasi dan peningkatan teknologi dalam perniagaan. Situasi ini akan menghasilkan barang dan perkhidmatan yang baik termasuk memperbaharui proses pembuatan dan mencipta permintaan baru serta menjadi amalan pemasaran dalam perniagaan. Salah satu peningkatan besar dalam teknologi ialah internet.intensif pembangunan dalam penyelidikan dan aktiviti pembangunan dalam pelbagai sektor seperti bioteknologi, biomedikal dan kejuruteraan medikal telah menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan baru. Selain itu ia juga telah mengubah cara bekerja kepada berasaskan teknologi elektronik. Oleh itu revolosi teknologi telah mengubah gaya hidup dan rupa bentuk perniagaan serta persaingan.

3.2

Faktor Persekitaran Mikro Kuratko dan Hodgetts (2004) menyatakan bahawa persekitaran mikro bagi

usaha perniagaan adalah sebahagian daripada persekitaran luaran perniagaan yang secara langsung mempengaruhi aktiviti pembuatan keputusan.

Faktor Persekitaran Mikro


Pengguna Pertubuhan Bukan Kerajaan Pesaing Institusi Kewangan

14

Pengeluar
Rajah 3 : Faktor Persekitaran Mikro

3.2.1 Pengguna Adalah penting bagi seorang usahawan untuk mengetahui pelanggan yang berpotensi untuk produknya. Ini termasuk citarasa dan keutamaan pelanggan ke atas barang dan perkhidmatan. Contohnya, pada hari ini pelanggan wanita lebih mengutamakan produk makanan yang sesui untuk diet dan sihat untuk dimakan. Oleh itu usahawan mesti tahu siapa mereka punya pelanggan sasaran. Contohnya, kanak-kanak, wanita atau lelaki, kawasan luar bandar atau luar bandar dan sebagainya. Semua maklumat ini adalah sangat penting bukan sahaja untuk mereka memulakan aktiviti perniagaan produk baru tetapi penting juga untuk tujuan pasaran dan jualan.

3.2.2 Pesaing Semakin sama sesuatu produk dengan produk lain maka semakin sengit persaingan produk tersebut dengan produk lain. Contohnya persaingan gas asli dengan etanol. Dalam hal ini jenama adalah penting dalam membezakan produk anda dengan produk lain. Oleh itu adalah penting untuk membezakan sesuatu produk dengan produk pesaing lain.

3.2.3 Pertubuhan Bukan Kerajaan Organisasi bukan kerajaan adalah organisasi yang perlu diberi pertimbangan oleh usahawan dalam membuat keputusan. Contihnya, organisasi Greenpeace, Kesatuan Sekerja dan seumpamanya banyak mempengaruhi organisasi 15

perniagaan dalam pembuatan keputusan. Oleh itu setiap organisasi perniagaan perlu berjaga-jaga dengan mereka. Contohnya Projek Bakun telah dibantah oleh Greenpeace kerana projek tersebut telah menyebabkan pemusnahan alam sekitar yang luas dan menyebabkan banjir besar ekoran daripada kitaran hidrologi yang tidak seimbang.

3.2.4 Institusi Kewangan Kewangan dan kredit adalah penting untuk membangunkan perniagaan baru dan untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat semasa fasa pembentukan. Dalam kajian terhadap usahawan baru yang menghadiri bengkel untuk membantu mereka membentuk idea baru, adalah didapati bahawa halangan utama yang menghalang mereka untuk memulakan perniagaan ialah masalah kewangan. Mereka juga sukar untuk meningkatkan jumlah kewangan mereka. Para usahawan sangat bergantung dengan sumber kewangan yang mampu memberikan mereka peluang untuk menubuhkan perniagaan sendiri. Masalah sebegini sering dihadapi oleh bakal usahawan yang ingin berniaga di kawasan luar bandar. Hal ini adalah kerana kebanyakan pelabur seperti bank-bank tidak sanggup melaburkan duit mereka di kawasan luar bandar kerana mereka takut potensinya adalah kecil dan tidak mendatangkan keuntungan.

3.2.5Pengeluar Atau Pembekal Pembekal adalah gabungan syarikat yang membekalkan bahan mentah untuk produk dan perkhidmatan yang anda keluarkan. Pertumbuhan syarikat pembekal akan memberi fokus kepada perletakan bahan mentah dan seterusnya

mempengaruhi harga produk akhir. Objektif pembekal adalah untuk mendapatkan keuntungan. Oelh itu untuk mengurangkan kos pengeluaran, seorang usahawa perlulah bijak dalam berunding tentang perletakan harga yang dikenakan oleh pembekal. 16

4.0 Proses Kreativiti Kreativiti adalah proses berterusan bagi usahawan. Kreativiti seringkali dilihat sebagai cara baru untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan dan ia juga berkaitan dengan ubahsuai baru bagi sesuatu produk. Kreativiti dalam bidang keusahawanan adalah satu bidang yang menggabungkan kebolehan untuk mengenovasi, menghasilkan dang menggunakan idea-idea baru serta mampu mempraktikkannya. Bagi usahawan, mereka tidak akan puas jika idea baru yang mereka ada tidak dibangunkan dan dilaksanakan. Seorang usahawan tidak akan hanya melaksanakan satu idea dalam satu masa tetapi lebih dari sati idea dalam mengejar kepuasan dalam berniaga. Sifat sebegini membawa usahawan ke arah kecemerlangn dalam bidang perniagaan. 4.1 Pengumpulan Pengetahuan Peringkat pertama dalam proses kreativiti adalah pengumpulan pengetahuan atau maklumat. Dalam hal ini usahawa akan melakukan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat yang diinginkan. Maklumat berguna yang banyak akan membantu usahawa untuk menghadapi pelbagai masalah kelak. Berikut adalah beberapa cara untuk mendapatkan maklumat: Majalah Perbincangan dengan orang lain Mengikuti persatuan proffesional dan menghadiri mesyuarat Mengkaji budaya negara lain Bengunkan kemahiran mendengar

4.2

Inkubasi Inkubasi adalah bahagian yang seterusnya dalam proses kreativiti semasa

fikiran mengalami tekanan. Masalah yang dihadapi akan menyebabkan fikiran dan 17

tubuh badan menjadi senyap. Ahli psikologi mengatakan bahawa kesan inkubasi adalah disebabkan oleh cara kerja yang terlalu berhati-hati dalam menyelesaikan masalah, terlalu fatik di mana seseorang usahawa tidak dapat melupakan kerjanya.

4.3

Idea Dalam peringkat ini usahawan akan mencari idea untuk menyelesaikan

masalahnya. Idea baru dan inovasi akan muncul semasa mereka sibuk bekerja bagi kerja yang tidak berkaitan dengan perniagaan seperti semasa bermain, mandi, bersukan dan sebagainya. Apabila ini berlaku, usahawan akan mula mencari penyelesaian masalah. Berikut adalah beberapa cara untuk menjana idea: Berkhayal Mengamalkan hobi Bekerja dalam persekitaran yang lapang (contohnya, bawa kerja anda ke kawasan lapang) Membawa nota catatan untuk merekod idea-idea Ambil masa rehat semasa bekerja

4.4

Pelaksanaan Dan Penilaian Peringkat ini adalah peringkat yang genting. Ia memerlukan keberanian, disiplin

diri dan ketabahan untuk melakukannya. Mereka mungkin akan gagal beberapa kali tetapi usahawan yang berjaya tidak akan berputus asa. Dari masa ke masa mereka akan meningkatkan kemahiran dan semakin bijak mengelakkan masalah. mereka akan sentiasa memperbaharui kerja dan idea. Berikut adalah beberapa cadangan untuk melepasi fasa ini: Tingkatkan kuasa tenaga dengan bersenam, diet dan rehat yang mencukupi. Didik diri anda dalam proses rancangan perniagaan dan semua segi perniagaan. 18

Kongsi idea anda dengan orang yang berpengetahuan. Didik diri anda dalam proses penjualan. Belajar polisi dan amalan organisasi. Dapatkan nasihat daripada orang lain terumanya daripada mereka yang berpengalaman.

Lihat masalah yang dihadapi sebagai cabaran dalam bekerja.

5.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, sesetengah orang percaya bahawa usahawa adalah dilahirkan dan ada juga yang berpendapat bahawa usahawa adalah wujud kerana diajar dan dilatih. Terdapat juga kepercayaan yang menganggap usahawan adalah artis. Manakala terdapat juga pendapat yang mengatakan usahawan sebagai pemimpin yang memberi fokus, disiplin, persaingan dan karismatik serta pengambil risiko. Usahawan akan melihat dunia dengan cara yang berbeza denganorang lain. Mereka mempunyai kebolehan untuk melihat dinia sebagai sebuah sistem. Mereka mempunyai kebolehan untuk melihat sesuatu secara menyeluruh dan sebagai sebuah unit integrasi dan mereka mempunyai kebolehan untuk melihat peluang di dalam gambaran yang berbentuk global. Mereka juga digelar sebagai pemikir yang bersistem.

Usahawan juga dilihat sebagai orang yang mempunyai tenaga yang lebih dan cenderung untuk bersaing. Mereka akan sentiasa berusaha yang akhirnya menjadikan diri mereka sebagai orang yang konsisten dan stabil. Usahawan adalah orang yang mempunyai kemampuan untuk mengawal keyakinan diri berdasarkan kemampuan dan sumber yang mereka ada. Mereka sering mengatakan bahawa mereka berkebolehan dan akan menyempurnakan rancangan perniagaan yang direka. Mereka adalah orang yang berobjektif dan berani mengambil risiko dalam dunia perniagaan. Mereka mempunyai 19

kebolehan yang menakjubkan untuk memulakan sesuatu yang tidak pernah berlaku sbelum ini di dalam suasana persaingan yang sengit. Usahawan ialah orang yang mempunyai gerak hati yang kuat dalam memenuhi keperluan para pelanggan dan keperluan diri sendiri. Mereka adalah orang yang penuh dengan sumber yang produktif dalam menyelesaikan masalah dan rajin bekerja walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah yang mungkin menghalang diri mereka untuk terus berusaha. Akhir sekali, usahawa adalah orang yang bijak berkomunikasi serta mampu menyampaikan maklumat ringkas yang tepat dan padat serta mudah difahami. Pengetahuan mereka dalam bidang yang diceburi adalah mendalam dan ini menjadikan diri mereka sebagai orang yang sangat produktif dalam bidang tersebut.

BIBLIOGRAFI Abd. Jumaat Mahat, Mohd. Shah Kassin, Mohd. Sobri Don, Cik Jannatul Firdaus, Ahmad Bashawir Hj. Abd. Ghani, Perniagaan Antarabangsa, Universiti Terbuka Malaysia, Kuala Lumpur, 2005

Del I. Hawkins, David L. Mothersbaugh and Roger J. Best, Consumer Behavior : Bulding Marketing Strategy, 10 Edition, McGraw Hill, New York, 2007

Harold Koontz & Heinz Weihrich, Terjemahan : Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti Nadzrah Sheikh Omar, Pengurusan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2001

Hisrich. R.D & Peter. M.P. (1998). Entreprenuership : Starting, Developing and Managing A New Enterprise, Fourth Edition, Irwin

Kuratko. D.F & Hotgetts. R.M. (2004). Entreprenuership : A Contemporary Approach, Sixth Edition, Harcourt Colledge Publisher 20

Mohammad nizam Hanafiah, Pengurusan Strategik : Kes dan Konsep, Pearson Prentice Hall, Kuala Lumpur, 2005

Scarborough. N.M & Zimmerer. T.W. (1999). Effective Small Business Management : An Entreprenuership Approach, Sixth Edition, Prentice Hall

21

You might also like