You are on page 1of 13

Gaya dan Aliran Mohd Hoessin Enas

Beliau berbakat semula jadi dan dikenali sebagai pelukis realistik dan naturalistik dengan menonjolkan figura dan potret yang berlatarkan budaya tempatan. Karya beliau banyak menunjukkan wajah-wajah yang membawa mesej budaya melalui penampilan pakaian dan kegiatan sosial masyarakat Malaysia pada waktu itu dengan menggunakan media pastel dan minyak. Karya Mohammad Hossein Enas dan rakan-rakan sezamannya dalam persatuan Angkatan Pelukis Semenanjung telah meletakkan seni figuratif dalam signifikan semangat nasionalisme. Gaya catan Mohammad Hoessin Enas banyak dipengaruhi oleh pelukis-pelukis Indonesia seperti Basoeki Abdullah dan Hassan Jaafar. Beliau turut menguasai gaya Eropah karya potret realis, dan lukisan potret beberapa Sultan dan ahli-ahli kerabat diraja Malaysia. Karya beliau menggambarkan ideal Melayu kecantikan dan perwatakan.Menghasilkan karya yang menampilkan imej figurative melayu.

Abdul Latif Maulan.

Abdul latif maulan dilahirkan di Pahang di perkampungan Lebu pada tahun 1974. Beliau memulakan pendidikan awal di sekolah rendah pada

t a h u n 1 9 8 1 d a n kemudiaanya meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong di Benus. Beliau belajar dalam aliran sains tulen tetapi lebih berminat kepada seni dan akhirnya menukarkan alirannya kepada seni tulen dan tamat persekolahan pada 1991. Beliau dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tetapi terpaksa melupakan hasratnya kerana menghadapi masalah kewangan. Beliau pernah belajar tentang dunia seni

dan mendapatnasihat daripada pelukis terkenal tanah air seperti Khalil Ibrahim, Ismail Latif dan Yusuf Ghani dan beberapa orang pelukis lagi

Dilahirkan pada tahun 1974, di kampung yang dipanggil Kampung Lebu, Bentung, Malaysia. 1991-1999 : Tamat sekolah menengah pada tahun 1991, bekerja sebagai designer pengiklanan di kompleks membeli-belah dalam pecan kecil di Bentung. Ditawarkan sebagai pelukis bermastautin dan telah menerimanya. Selain itu, belajar secara tidak formal berkaitan seni dan artis. Seterusnya, pernah bekerja separuh masa di Galeri dan bekerja sepenuh masa sebagai Designer Pengiklanan. Banyak belajar berkaitan dunia seni dengan berjumpa dengan artis Malaysia yang menarik dan terkenal. Mereka banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar dan telah memberikan Abdul Latiff Maulan keyakinan untuk menjadi artis sepenuh masa. Selain itu, telah mengambil bahagian dalam beberapa pameran kumpulan yang terbukti sangat berjaya.

Aliran

Jika kita menatap karya-karya Abd Latif Maulan, ianya memberikan kesan tampak yang memberangsangkan, terutama untuk memberikan tanggapan apakah karya yang terbentang merupakan sebuah hasil lukisan atau suatu rakaman foto yang dicetak pada kanvas. Malah usikan bahawa lukisan beliau merupakan hasil daripada cetakan foto sentiasa dinafikan dengan menyatakan ia adalah hasil kreativiti, kehalusan serta penguasaan teknik menggunakan cat minyak dan berus padakanvas.

Sememangnya karya-karya Abdul Latif Maulan yang berkonsepkan realisme foto dan realisme kontemporari cuba memberikan suatu kesan tampak setepat keadaan asal subjek atau objek yang dipilih, sama ada dalam bentuk rakaman fotografi atau seperti dalam penglihatan mata. Tiada manipulasi teknik cetakan sebaliknya, ia menuntut kesabaran seniman untuk menekuni kerjanya sehingga memberikan kesan dan hasil yang diingini.

Pointilisme

Pointilisme adalah satu bentuk asal seni yang direka oleh George Seurat. Pointillis adalah teknik melukis yang terdiri dari sekumpulan tiik-titik kecil yang terbentuk hasil gabungan titik-titik dalam proses menghasilkan gambar.

Georges Seurat mengembangkan teknik ini pada tahun 1886. Teknik ini bergantung pada kemampuan mata dan pemikiran penonton untuk berbaur titik warna ke yang lebih luas dalam menimbulkan nada. Hal ini berkait dengan

divisionisme, varian yang lebih teknis metode ini.Divisionisme berkaitan dengan teori warna,sedangkan pointilisme lebih terfokus pada gaya tertentu dari sapuan kuas digunakan untuk menerapkan cat.

Pointilisme adalah teknik lukisan dengan menggunakan titik-titik kecil berwarna ke atas media gambar. Istilah Pointillismsebenarnya diciptakan oleh para pengkritik untuk gaya lukisan ini pada tahun 1880-an.

Mungkin contoh yang paling terkenal dari Pointillism dapat ditemukan dalam lukisanSunday Afternoon on the Island of La Grande Jatte, dilukis oleh Georges Seurat di akhir 1880-an.

Teori Seurat dapat diringkas sebagai berikut: Emosi keceriaan dapat dicapai dengan dominasi warna bercahaya, dengan dominasi warna-warna hangat, dan dengan menggunakan garis diarahkan ke atas. Tenang dicapai melalui

keseimbangan /kesetaraan penggunaan cahaya dan gelap, dengan keseimbangan warna hangat dan dingin, dan dengan garis-garis yang horisontal. Kesedihan dicapai dengan menggunakan warna-warna gelap dan dingin dan oleh garis menunjuk ke bawah.

Lukisan Teknik Titik

Berdasarkan kajian yang telah dibuat. Teknik ini bergantung kepada keupayaan mata dan minda seseorang pemerhati untuk mencampurkan warna tompok ke dalam tona julat penuh. Ia berkait dengan Divisionism iaitu kaedah variasi yang lebih teknikal. Divisionism adalah berkaitan dengan teori warna, manakala pointillism pula lebih tertumpu kepada gaya brushwork yang digunakan untuk mengaplikasikan cat. Karya yang boleh dilihat ialah seperti hasil kerja Seurat, Signac dan Cross. Walaubagaimanapun kita juga boleh melihat kepada kerja-kerja awal Andy Warhol dan seni pop. Bagi menghasilkan lukisan teknik titik ini, alat yang diperlukan adalah sejenis pen yang dipanggil pen teknikal atau pen yang menggunakan dakwat basah. Penggunaan pen mata bola akan memberi hasil yang kurang memuaskan. Karya Pointilisme memerlukan ketelitian dalam pengerjaannya, selain mementingkan besar titik yang dibuat juga pembuatan keserasian warna harus tepat sehingga bentuknya menjadi sempurna. Selain itu, media yang lebih diguna pakai untuk menghasilkan teknik titikan ini merupakan media cat minyak berikutan kerana sifat minyak yang dikenali kerana ketebalan, dan kelebihannya untuk tidak mudah mengalir ke bahagian lain semasa proses menghasilkan sesuatu catan.

Kesabaran amatlah diperlukan dalam menghasilkan karya jenis ini kerana jika tidak sabar titik yang terhasil akan menjadi kurang baik dan terbentuk seperti garisan seperti berekor. Bagi menghasilan lukisan jenis ini, anda perlu menghasilkan struktur rangka objek terlebih dahulu dan mengenalpasti garisan-garisan pemisah antara ton cerah, sederhana dan gelap. Mulakan titikan dengan ton yang cerah dan tambahkan titik-titik sedikit demi sedikit bagi mendapatkan ton yang gelap

PENGENALAN SENI VISUAL Pengertian Seni Visual Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan .Selain itu, seni juga membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka. Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran. Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan. Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi. Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka. Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999). Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407).Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya. Proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan & kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

ISI KANDUNGAN

1. Penghargaan

2. Pengenalan Seni Visual

3. Tokoh Tempatan

4. Pointilisme

24

5. Olahan Karya

28

6. Karya Pilihan

37

7. Dokumentasi Penghasilan Karya

38

8. Bibliografi

PROSES MENGHASILKAN KARYA POINTILISME

Proses pertama :

Proses pertama dimulakan dengan proses membersihkan papan dengan kertas pasir.

Proses kedua :

Proses kedua adalah melakar lakaran pilihan ke atas papan.

Proses ketiga :

Setelah siap melakar, titikan-titikan kecil dibuat untuk mengahsilkan tona.

Proses keempat :

Setelah siap membuat titikan ke atas lakaran, proses memaku paku ke atas papan pula dilakukan.

Proses kelima :

Proses memaku diteruskan sehingga seluruh lakaran dipakukan.

Hasilan terakhir :

Proses penghasilan karya berakhir

15

16

25

26

35

36

48

14

17

24

27

34

37

47

13

18

23

28

33

38

45

46

12

19

22

29

32

39

44

43

10

11

20

21

30

31

40

41

42

You might also like