P. 1
Contoh Kertas Kerja - Rancangan Perniagaan Projek Tanaman Cili Secara Fertgasi

Contoh Kertas Kerja - Rancangan Perniagaan Projek Tanaman Cili Secara Fertgasi

4.86

|Views: 186,368|Likes:
Published by Dagangputra

More info:

Published by: Dagangputra on Feb 19, 2009
Copyright:Public Domain

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/11/2016

pdf

text

original

Sections

7.1 Sistem Fertigasi

Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization”

dan ”irrigation”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman

berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran

tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production

system). Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja

seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, melon dan strawberi

sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada

dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium,

Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah

oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang

pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih

dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH).

Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang

terdapat di Malaysia. Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada

bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk

mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh

sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang

disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap

berbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

13

Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga

bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada

pokok menjadi terlalu cair (terkena air hujan) dan membuatkan

pemberian baja tidak berkesan.

Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir

dust’ atau yang dikenali sebagai ’coco peat’. Dalam bahasa mudah ia

ialah habuk sabut kelapa. ’Coco peat’ mudah diperolehi jika

dibandingkan dengan meduim tanaman komersil lain seperti ’perlite’ ,

’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah lain yang

boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu

kerikil granit (bukan batu kapur).

Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia

diminati ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara

dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan

cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga

rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin

keberkesanannya.

7.1.1 Kelebihan Sistem Fertigasi

Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding kaedah

konvensional lain. Di antara kelebihannya ialah :

1. Nutrient lengkap yang diberi, boleh dikawal dari segi jumlah dan

kehendak tanaman mengikut peringkat umur pertumbuhan.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

14

2. Media dan persekitaran yang bersih, menjamin dan menghindarkan

masalah penyakit.

3. Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan

perosak.

4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima

nutrient yang secukupnya.

5. Tiada masalah merumpai/ merumput.

6. Kualiti yang lebih baik.

7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi.

8. Penjimatan tenaga buruh dengan sistem automatik.

9. Kurang penggunaan racun.

10.Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik.

11.Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok.

7.1.2 Kelemahan Sistem Fertigasi

Kaedah fertigasi juga mempunyai kelemahan tersendiri, antaranya

ialah :

1. Kos permulaan yang tinggi kerana 70% daripada kos adalah

pembinaan Rumah Pelindung Tanaman (Struktur Pelindung Hujan

+ Kalis Serangga).

2. Perlu pengetahuan mendalam tentang teknologi ini.

3. Perlu pengurusan dan pemeriksaan yang berterusan.

4. Kerosakan pada sistem boleh mengakibat kerugian yang besar.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

15

Perbandingan Antara Sistem Fertigasi Dan Konvensional

Perbandingan

Fertigasi

Tanah

Jenis Tanaman

Tanaman jenis sayur
dan buah

Semua jenis tanaman

Struktur Pelindung Hujan Wajib ada

Tidak perlu

Jaring Kalis Serangga Wajib ada

Tidak perlu

Sistem Pengairan

Titis dan baja

Bebas

Varieti Tanaman

Jenis hybrid

Sebarang jenis

Air

Air bersih

Bebas

Modal

Tinggi

Rendah

Tapak Tanah

Mesti rata

Tidak perlu rata

Elektrik

Mesti ada

Tidak perlu

Pengetahuan Teknikal Sangat perlu

Perlu

Keadaan Tanah

Tidak penting

Perlu subur

Kos Operasi

Rendah kerana sistem
automatik

Tinggi untuk baja,
racun, merumput dsb.

Risiko Penyakit

Rendah

Tinggi

Risiko Kekeringan

Sederhana

Tinggi

Keseragaman Pokok

Seragam

Tidak seragam

7.1.2 Tanaman Cili

Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk

Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan,

tetapi sekarang ditanam di semua negara beriklim tropika. Nama

saintifik bagi cili ialah ’capsicum annum’.

Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai,

kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah. Di Semenanjung

Malaysia, kawasan-kawasan utama pengeluar cili adalah Perak, Johor

dan Kelantan. Keluasan tanaman di semua negeri adalah seperti

tercatat di Jadual 1.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

16

Cili mengandungi zat pemakanan seperti dalam jadual 2. Di antara zat

pemakanan yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5

gram).

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

17

Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau

telah diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili

dan sos cili.

Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’ ,

sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas

dalam kebanyakkan jenis makanan terutama ’sambal belacan’.

Terdapat beberapa jenis kultivar cili yang disyorkan iaitu MC 4, MC 5,

MC 11, MC 12 dan Kulai. Ciri-ciri kultivar tersebut adalah seperti dalam

jadual 4.

7.2 KEPERLUAN OPERASI

7.2.1 Pembangunan Infrastruktur

Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluaan infrastruktur kawasan

perlu dibangunkan terlebih dahulu.

1) Penyediaan Kawasan

Kerja-kerja awalan melibatkan permbersihan kawasan dari

tumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal

perlu dibuang dan dibersihkan.

Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Pelindungan

Tanaman perlu diratakan terlebih dahulu.

Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk

mengelakkan kawasan tapak projek ditenggelami air apabila

hujan.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

18

Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan

perosak tanaman dan mengelakkan kecurian.

Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk

tujuan penyelenggaraan dan sebagainya.

2) Sumber Air dan Elektrik

Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah

penting dalam operasi sistem fertigasi ini.

3) Bangunan

Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan

tanaman.

Teduhan tempat meletak tangki nutrient.

Stor simpanan baja fertigasi dan perlatan ladang.

Pusat pengumpulan hasil ladang.

Pejabat pengurusan projek.

7.2.2 Penyediaan Sistem Fertigasi

Untuk membina sistem fertigasi, terdapat beberapa komponen yang

diperlukan untuk menjayakan sistem ini.

a) Rumah Pelindung Tanaman

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

19

Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah :

1. Besi G.I. ½ ”

Besi ini yang panjang 20 kaki, digunakan untuk

membentuk asas struktur.

Besi ini digunakan sebagai sokongan kepada struktur

Rumah Lindungan Tanaman.

Setiap sokongan adalah berukuran 4 kaki panjang

dan ditebuk di tengah dengan skru untuk memegang

struktur utama.

2. Besi G.I. 1”

Besi ini digunakan sebagai kaki pada tiang yang

menyokong struktur yang diperbuat dari besi GI ½ ”

tadi.

Biasanya, panjang adalah 4 kaki.

3. Klip Besi ½ ” (Long Hook)

Klip besi ini digunakan untuk memegang / mengikat

tiang besi.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

20

4. Klip PVC Hitam

Klip ini digunakan untuk memegang plastik lut sinar.

5. Plastik UV Lut Sinar

Plastik UV lut sinar ini digunakan sebagai bumbung

pada struktur rumah pelindung tanaman.

6. Jaring Kalis Serangga

Jaring kalis serangga bersaiz 32 mesh dipasang

disekeliling struktur pelindung tanaman sebagai

penghalang kemasukan serangga perosak .

Ada juga yang menggunakan plastik UV lut sinar

menggantikankan jaring kalis serangga.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

21

b) Sistem Pengairan

Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini

adalah dari jenis titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat

pemasa yang akan berfungsi secara automatik mengikut sela

masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem

pengairan ini adalah :

1. Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm)

2. Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm)

3. Paip Tertier (Microtubing 6mm)

4. Penitis (Pen Dripper 6mm)

5. Elbow PVC 1”

6. Socket Valve 1 ½ ”

7. Socket Valve 16mm

8. Ball Valve 1 ½ ”

9. Ball Valve 1”

10.Nripper / Adapter

11.Rubber Gromet Set 16mm

12.Tangki Nutrient 200/600 gelen

13.Pam Air 1.5 HP

14.Timer (Pemasa)

15.PH Meter

16.EC Meter

17.Penapis Air

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

22

c) Bahan Input

Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman

dan keperluan ini berulang setiap musim. Berikut adalah senarai

keperluan bahan input :

1. Benih Tanaman – Cili

2. Tray Semaian ’Plug’

3. Polibeg 14” x 16”

4. Media Semaian

5. Media Tanaman

6. Plastik ’Silver Shine”

7. Baja Fertigasi (set A & B )

8. Racun Serangga

9. Racun Kulat

10.Kayu Penyokong

11.Dawai

12.Batu Simen / Bata

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

23

7.2.3 Tenaga Buruh

Memandangkan operasi sistem fertigasi ini dilaksanakan secara

automatik menggunakan alat pemasa maka keperluan bagi kerja-kerja

penyelenggaraan dan pengurusan projek adalah minimum. Bagi

melancarkan operasi projek ini, tenaga kerja yang diperlukan adalah

seperti berikut :

BIL TENAGA KERJA JUMLAH

FUNGSI

1. Penyelia

1 Orang Bertanggunjawab melaksana dan
menyelia kerja-kerja harian dan
jadual tanaman

2. Buruh Am

4 Orang Melaksana kerja-kerja mengikut
arahan penyelia.

7.3 PERLAKSANAAN

Untuk melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi ini,

pengurusan segala gerak kerja perlu dilakukan secara teratur dan

sistematik. Langkah perlaksanaan projek ini adalah seperti beikut :

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

24

1) Penyediaan biji benih

2) Semaian Anak Benih

3) Membuat Larutan Stok

4) Penyediaan Beg Tanaman

5) Penanaman

6) Pembajaan

7) Pengurusan Sistem Pengairan

8) Kawalan serangga perosak dan penyakit

9) Penyelenggaraan tanaman

10)Penuaian

11)Pengendalian Lepas Tuai

7.3.1 Penyediaan Biji Benih

Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan biji benih yang

digunakan bebas dari sebarang penyakit dan tiada kesan serangan

serangga. Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang

dari 90%.

Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan

lama di dalam stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahap

yang sepatutnya, biji benih perlu diganti dengan benih baru. Dalam

keadaan tertentu, rawatan biji benih perlu dibuat.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

25

7.3.2 Semaian Anak Benih

Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benih

tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50%

kejayaan. Peat moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikan

medium percambahan. Dengan menggunakan biji benih yang

diperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai, peat

moss pasti dapat memberi pertumbuhan anak benih yang baik.

Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plug

polistirena boleh digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa

menjejaskan akar pokok. Dulang semaian diisi dengan peat moss dan

pastikannya tidak padat atau terlalu longgar. Buatkan lubang dengan

mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 cm.

Masukkan biji benih yang telah dirawat denga racun kulat thiram atau

captan ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu

plug. Siram biji-biji benih ini dengan air bersih menggunakan

penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan

dapat bercambah. Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambus

terlalu padat.

Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan

diletakkan di bawah teduhan. Biarkan beberapa hari untuk biji benih

bercambah, biasanya 4 – 6 hari . Plastik hitam dibuka selepas 4 hari

dan dedahka dulang semaian pada cahaya matahari di dalam takung

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

26

pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok

tumbuh tegap dan tidak kurus.

Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT dengan

larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32 – 40

watt). Anak-anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan

EC=1.6 μS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu kemudian

sehingga EC = 2.5 μS. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini sedia

untuk diubah ke beg-beg tanaman.

7.3.3 Membuat Larutan Stok

Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yang

diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x

ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok.

Kalsium Nitrat, Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara berasingan

daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk

mengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya

pemendakan.

Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan

berasingan daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 dan

zat ferum dilabelkan dengan LARUTAN ’A’ manakala larutan yang

mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4,

MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natrium

molibdat dilabelkan dengan LARUTAN ’B’. Perlu diingat bahawa

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

27

semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh

dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituang satu persatu

bagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang

mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.

7.3.4 Penyediaan Beg Tanaman

Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 30 cm panjang dan 45

cm lebar. Sebaiknya plastik putih bagi mengurangkan peningkatan

suhu di dalam coco peat. Beg-beg tanaman ini setelah diisi dengan

coco peat, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baring

bagi membentuk bantal-bantal kecil. Untuk memudahkan kerja-kerja

pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun), gunakan

satu bantal untuk satu pokok.

Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum

dimasukkan ke dalam bantal-bantal plastik untuk mengelakkan

masalah hidung atau mata berair. Sebanyak 2 – 2.5 kg coco peat

lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3 – 4

lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan beg-

beg tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5 – 5 cm dari

aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas

menanam.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

28

7.3.5 Penanaman

Anak benih yang berumur 10 – 16 hari selepas cambah sedia untuk

diubah ke atas bantal-bantal berisi coco peat. Pada peringkat ini

ketinggian pokok 10 – 12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih

awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Beg-beg tanaman

ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentuk X.

Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan ke dalam

lubang yang dikorek pada-pada bantal-bantal tanaman dan dipadatkan

pangkalnya. Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit ke

atas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok. Dawai

penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau

melintangi struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari.

Dawai ini mestilah cukup tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan

pengudaraan yang baik.

Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan

ke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat

bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan. Pemriksaan seniasa

dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan kesemuanya

menerima titisan larutan baja.

7.3.6 Pembajaan

Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi yang dikenali

sebagai ’Glasshouse Grade’ . Baja-baja yang digunakan mengandungi

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

29

unsur-unsur atau nutrient mikro dan makro. Sebanyak 14 jenis unsur

dalam bentuk sebatian (nitrogen, phosphorus, kalium, kalsium, sulfat,

magnesium, mangan, ferumi, kuprum, zink, boron, ammonium,

molibdenum dan natrium) diperlukan sebagai asas bagi memdapatkan

satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik

(unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada

udara). Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu

formulasi Larutan Wyne dan formulasi Larutan Cooper.

Larutan Wyne :

Larutan Cooper :

SET A

SET B

1. Kalsium Nitrat
2. Ferum

1. Kalium Nitrat
2. Mono Kalium Fosfat
3. Magnesium Sulfat
4. Mangan Sulfat
5. Kuprum Sulfat
6. Zink Sulfat
7. Asid Borik
8. Natrium Molibdat

SET A

SET B

1. Kalsium Nitrat

1. Kalium Nitrat
2. Mono Kalium Fosfat
3. Magnesium Sulfat
4. Ferum EDTA
5. Mangan Sulfat
6. Kuprum Sulfat
7. Zink Sulfat
8. Asid Borik
9. Natrium Molibdat

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

30

Formulasi baja tersebut kemudiannya dilarutkan mengikut

kuantiti/kadar yang diperlukan oleh tanaman.

Kadar Baja Fertgasi Bagi Tanaman Cili

Bagi bancuhan larutan 100 liter air :

BAJA

KADAR (GRAM)

SET A

1. Kalsium Nitrat
2. Ferum EDTA

11,300
164

SET B

1. Kalium Nitrat
2. Mono Kalium Fosfat
3. Magnesium Sulfat
4. Mangan Sulfat
5. Kuprum Sulfat
6. Zink Sulfat
7. Asid Borik
8. Natrium Molibdat

11,100
1,750
5,640
15.4
0.78
2.2
30
0.18

7.3.7 Pengurusan Sistem Pengairan

Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan

dengan bantuan alat pengatur masa (timer). Kekerapan dan tempoh

masa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan peringkat

umur tanaman.

Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang

pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang,

jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi

coco peat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama 5 – 6

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

31

minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk

tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini, tiap-tiap

pokok menerima lebih kurang 100 – 150 ml larutan baja. Sistem

pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam

galian dan juga lumut. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk

mengesan mana-mana penitis yang tersumbat.

Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi

hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu

lewat untuk memulihkan mana-mana pokok yang telah layu akibat

tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akan

layu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut

penitis dari tiub dan bersihkan.

Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangka masalah ini.

Walaubagaimana pun perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa

bersih dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya.

Kejadian penimbunan sisa garam galian di dalam medium tanaman

sering berlaku di kawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan

kejadian ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air

bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja

dilakukan.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

32

7.3.8 Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit

1) Kawalan Serangga Perosak

Oleh kerana sistem fertigasi ini menggunakan jaring kawalan

serangga, maka kawalan adalah dilakukan apabila perlu sahaja.

Maksudnya, apabila terdapat kebocoran pada jaring kalis serangga

dan membolehkan serangga menyerang tanaman maka kawalan

dilaksanakan mengikut pengesyoran seperti di dalam jadual di

bawah. Serangga yang biasa menyerang pokok cili adalah :

Nama
Perosak

Bahagian
Diserang

Peringkat
Pokok
Diserang

Simptom

Kawalan

Kutu Daun

(Aphis spp.)

Daun, bunga
dan buah
muda

Semua
peringkat

Daun menjadi
kerekot,
bunga gugur
dan buah
terbantut.

Sembur dengan
racun chlorphyrifos
atau imidachloprid
pada peringkat
awal selepas
menanam.
Sembur racun

permethrin,
cypermethrin atau
dimethoate jika
serangan pada
pokok berumur
lebih 60 hari.

Kutu Thrips

(Thrips spp.)

Daun dan
bunga

Semua
peringkat

Daun menjadi
kerekot dan
bunga gugur.

Sembur dengan
racun chlorphyrifos
atau imidachloprid
pada peringkat
awal selepas
menanam.
Sembur racun
chlorphyrifos atau
malathion jika
serangan pada
pokok berumur
lebih 60 hari.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

33

Ulat
Pengorek
Buah

(Helionthis
armigera
spp.)

Daun dan
buah

Peringkat
berbuah

Daun dan
buah
berlubang-
lubang

Sembur dengan
racun chlorphyrifos
jika serangan
melebihi tahap 5%

Lalat Buah

(Bactocera)

Buah

Peringkat
berbuah

Terdapat
lorong-lorong
kecil di dalam
buah dan
buah gugur.

Sembur dengan
racun chlorphyrifos
apabila pokok mula
berbuah.

Hamama
Merah

(Tetranychus
spp.)

Daun dan
bunga

Pokok
Matang

Daun
berkerekot,
bunga gugur
dan pokok
terbantut.

Sembur dengan
racun amitraz,
dicofol, malathion
atau prothiofos

2) Kawalan Penyakit

Kawalan penyakit adalah elemen kawalan yang paling utama dalam

penanaman cili kerana cili bersifat amat sensitif dan mudah terkena

serangan penyakit.

Walaupun kaedah penanaman menggunakan sistem fertigasi yang

bebas tanah untuk mengelakkan ’soil borne pathogen’ tetapi ia

mudah dijangkiti dari tanah di persekitaran tapak projek. Penyakit

yang biasa menyerang tanaman cili adalah :

Penyakit Penyebab

Bahagian
Diserang

Cara
Merebak Simptom

Kawalan

Antraknos
Buah

Colletotrichum
capsici

Buah

Biji benih,
angin

Bintik-bintik lekok
dan berpusar,
berwarna
keperangan
terdapat di luar
kulit buah. Lekok-
lekok ini akan
membesar,

Rawatan biji
benih denga
racun kulat
captan atau
thiram.

Musnahkan
pokok yang
diserang.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

34

menjadi
kehitaman dan
akhirnya buah
busuk dan gugur.

Sembur
dengan racun
kulat mancozeb

Bintik Daun Cercospora
capsici

Daun dan
tangkai
daun.

Angin

Terdapat bintik-
bintik kecil bulat
berwarna perang
pada daun.

Musnahkan
bahagian yang
kena serang.
Sembur racun

benomyl

Hawar
Pucuk

Choanephora
cucurbitarum

Pucuk

Angin

Terdapat spora-
spora hitam pada
pucuk yang kena
penyakit. Pucuk
menjadi layu dan
berwarna hitam

Rawatan awal
diperingkat biji
benih.
Musnahkan
pokok yang
diserang.

Reput
Pangkal

Sclerotium
rolfsii

Pangkal
pokok

Tanah

Daun layu,
terdapat maisilia
putih dan
skelerotia seperti
biji sawi pada
pangkal pokok.
Pangkal pokok
menjadi hitam
dan mereput.

Cabut, bakar
dan
musnahkan
keseluruhan
pokok yang
kena penyakit.

Lecuh Anak
Benih

Pythium sp.,
Rhizoctonia sp.

Batang
anak benih

Tanah dan
air

Di pangkal anak
benih seakan-
akan lecuh.
Serangan yang
teruk
menyebabkan
anak benih
tumbang.

Rawatan benih
di peringkat
awal.
Elak siraman
berlebihan
Pastikan tapak
semaian
mempunyai
saliran yang
baik.

Layu
Bakteria

Pseudomonas
solanacearum

Daun dan
batang

Tanah, air
dan
sentuhan
akar

Daun layu dan
kuning. Empulur
berwarna perang
kehitaman dan
berair. Jika akar
atau batang
direndam dalam
air, ianya
mengeluarkan

Cabut dan
bakar pokok
berpenyakit.
Tentukan
saliran baik di
kawasan tapak
projek.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

35

cecair jaluran
putih.

Mozek
Daun

Mosaic virus Semua
bahagian
pokok

Biji benih,
kutu daun
sebagai
pembawa
penyakit.

Daun berbintik-
bintik dan
berkerekot. Urat
daun
membengkak .
Pokok bantut dan
kurang berbuah.
Buah menjadi
kecil dan berubah
bentuk.

Cabut dan
bakar pokok
berpenyakit.
Tentukan
saliran baik di
kawasan tapak
projek.
Elak guna biji
benih yang
berpenyakit.
Kawal
serangga
pembawa virus
iaitu kutu daun
dan thrips
dengan
menyembur
racun
chlorpyrifos.
Kawal rumpai
yang menjadi
perumah
serangga
pembawa virus.

7.3.9 Penyelenggaraan Tanaman

Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakan

sepanjang masa proses penanaman cili secara fertigasi. Kerja-kerja ini

dijadualkan secara teratur mengikut perkembangan tanaman. Berikut

adalah kerja-kerja penyelenggaraan tanaman yang perlu dilakukan :

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

36

GERAK KERJA

HARI /
MASA

AKTIVITI

PERSEDIAAN AWAL

25 Hari
Sebelum
Tanam

Mengira keperluan baja dan
coco peat.
Membuat pesanan pembelian
baja mengikut keperluan.
Membuat pesanan pembelian
coco peat.
Membuat pesanan pembelian
beg tanaman berwarna putih
bersaiz 45 cm x 15 cm
bertebuk di tepi sahaja.
Membuat pesanan pembelian
keperluan lain seperti biji
benih, medium semaian peat
moss, dulang semaian ’plug’,
kayu pancang, tali rafia, bilah
buluh, dawai bersalut, hand
sprayer, racun serangga dan
kulat yang biasa digunakan
dan keperluan lain.

PENYEMAIAN BENIH

20 Hari
Sebelum
Tanam

Menyediakan dulang
semaian.
Mengisi dulang semaian
dengan medium
percambahan peat moss.
Melembapkan medium
percambahan.
Merawat anak benih dengan
racun kulat ’Thiram’.
Membuat lubang kecil 1 – 2
cm dalam (1 lubang 1 plug).
Menyemai biji benih (1 biji
dalam 1 lubang).
Menutup lubang berisi biji
benih.
Menyembur dulang semaian
berisi biji benih dengan air
bersih menggunakan hand
sprayer.
Menutup dulang semaian
dengan helaian plastik hitam
untuk memberi haba dan
mengawal lembapan medium
percambahan supaya tidak

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

37

kering.

PENYEDIAAN TAKUNG
PEMBESARAN

19 Hari
Sebelum
Tanam

Membersihkan takung
pembesaran.
Mengisi tangki pengumpul
dengan air bersih.
Memastikan pam kecil
akuarium berfungsi dengan
baik.
Menetukan alat pengatur
masa pam akuarium boleh
dihidupkan dengan
menjadualkan 4 – 6 kali
sehari (boleh berubah
mengikut keadaan, jenis dan
umur tanaman).

PENIMBANGAN BAJA

18 Hari
Sebelum
Tanam

Menimbangkan baja
menggunakan formulasi yang
betul.
Membancuh baja stok.
Gunakan tong biru (tebus
guna) muatan 100 liter.

PEMBESARAN ANAK
BENIH

16 Hari Hingga
1 Hari
Sebelum
Tanam

Membuka plastik yang
menutup dulang semaian.
Memindahkan dulang
semaian ke dalam takung
pembesaran.
Memasang alat pengatur
masa dan pam akuarium
dihidupkan.
Melarutkan baja pada bacaan
EC 2.5
Memerhatikan pertumbuhan
anak pokok.
Memeriksa sebarang tanda
jangkitan penyakit atau
serangga perosak.
Membuat kawalan segera
sekiranya terdapat tanda-
tanda kerosakan.

PENYEDIAAN BEG
TANAMAN

20 Hari Hingga
5 Hari
Sebelum
Tanam

Membilas coco peat.
Mengetoskan coco peat.
Menimbangkan coco peat 2 –
2.5 kg untuk setiap beg (
basah dan telah ditoskan).

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

38

Mengisi coco peat ke dalam
beg tanaman.
Mengangkut beg-beg berisi
coco peat ke dalam rumah
tanaman.
Menyusun beg-beg tanaman
mengikut baris yang telah
ditentukan. Satu baris bagi
setiap paip tertier. Jarak
tanaman untuk cili ialah 75
cm dalam baris dan 150 cm
antara baris.
Mencucuk alat penitis ke
dalam setiap beg.
Menghidupkan pam dan
memeriksa semua paip
pengagihan termasuk alat
penitis untuk memastikan
tidak ada mana-mana paip
tertier yang bocor atau alat
penitis tersumbat.
Menghidupkan pam untuk
membasahkan medium
tanaman di dalam beg-beg
tanaman.

PENANAMAN

0 Hari

Mengangkut dulang-dulang
semaian ke dalam rumah
tanaman.
Mengorek lubang 4 cm x 4
cm x 4 cm untuk dimasukkan
anak benih.
Mencabut anak benih dengan
cermat dengan memicit
bahagian bawah plug dahulu
sebelum mencabut anak
benih. Dengan cara ini
ketulan tanah yang dipegang
akar tidak tertinggal di dalam
lubang plug.
Memasukkan ketulan tanah
bersama akar ke dalam
lubang tanaman yang telah
disediakan.
Kemaskan lubang bersama
akar anak benih supaya tidak
longgar.
Mencucuk penitis

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

39

berhampiran dengan pangkal
anak pokok.
Mencucuk bilah-bilah buluh
hampir kepada anak benih.
Mengikat anak benih pada
bilah buluh bagi memastikan
pokok tumbuh tegak.

1 Hari Dan 2
Hari Selepas
Tanam

Memeriksa semua pokok.
Memerhatikan tanda-tanda
jangkitan penyakit atau
serangan perosak seperti
belalang, cengkerik atau
siput. Jika terjumpa,
musnahkan.
Memastikan tidak ada pokok
yang tercabut disebabkan
oleh binatang.
Memastikan tidak ada penitis
yang tercabut atau tidak
dicucukkan berhampiran
pangkal pokok.
Menghidupkan pam sekali
pada awal pagi.
Pastikan bahawa medium
tanaman tidak terlalu basah
sehingga air bertakung di
dalam beg-beg tanaman.
Sekiranya ini berlaku, tebuk
beberapa lubang di sisi beg
(bukan di bawah beg
tanaman) menggunakan
pisau kecil untuk mengalirkan
air keluar dengan segera.
Jika air bertakung, pokok
akan mati.

PENYELIAAN SELEPAS
MENANAM

3 Hari Selepas
Tanam

Memeriksa setiap pokok
pada awal pagi. Mana-mana
pokok yang masih layu atau
mati perlu diganti. Sebaiknya
diganti dengan beg tanaman
yang baru keran ditakuti
pokok yang mati tersebut
telah dihinggapi penyakit.
Melarutkan baja stok ke
dalam tangki larutan baja.
Bacaan EC ialah 2.5
Menghidupkan pam,

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

40

memberi baja kali pertama
kepada pokok. Masih
diberikan sekali sehari.

4 Hari Hingga
7 Hari Selepas
Tanam

Menghidupkan pam pada
awal pagi. Pemberian larutan
baja masih 1 kali sehari.
Memeriksa setiap pokok
pada awal pagi.
Memerhatikan tanda-tanda
jangkitan penyakit atau
serangan serangga perosak.
Sekiranya terdapat pokok
yang layu pada awal pagi,
periksa medium tanamannya.
Sekiranya kering,
kemungkinan alat penitisnya
telah tercabut atau
tersumbat. Jika tersumbat,
cabut alat penitisnya dan cuci
saambil mengetukkannya
pada benda keras agar
bahan-bahan yang menyekat
pengaliran larutan baja akan
terkeluar.

7 Hari Selepas
Tanam

Menambah kekerapan
pemberian larutan baja
kepada 2 kali sehari, pada
awal pagi dan lewat petang.
Tetapi sekiranya keadaan
cuaca sepanjang minggu
redup atau berjerebu,
penambahan kekerapan
pemberian baja ini boleh
ditangguhkan.

10 Hari Hingga
35 Hari
Selepas
Tanam

Membuang tunas air atau
tunas ketiak supaya pokok
kekal mengeluarkan satu
batang utama sahaj sehingga
cabang utama keluar.

PENGURUSAN
PENYAKIT DAN
SERANGGA PEROSAK 7 Hari Dan 17
Hari Selepas
Tanam

Membuat rawatan
pencegahan penyakit akar
’Pythium’.
Larutkan racun kulat Previcur
N sebanyak 10 ml atau Foli-
R-Fos sebanyak 13 ml ke

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

41

dalam 10 liter air. Siram 100
ml bancuhan ini ke pangkal
tiap-tiap pokok.
Pastikan bahawa pam tidak
dihidupkan sebelum rawatan
ini. Larutan baja boleh
diberikan 2 jam selepas
rawatan ini dilakukan.

8 Hari Hingga
180 Hari
Selepas
Tanam

Memeriksa setiap pokok
pada awal pagi.
Memerhatikan tanda-tanda
serangan penyakit atau
serangga perosak.
Memeriksa pucuk-pucuk
pokok untuk mengesan
serangan hama dan juga
kutu trips. Lihat di bawah
daun-daun di bahagian
pertengahan ( 2

/3 bahagian
pokok) untuk mengesan
kehadiran afid, dan lalat putih
(white fly). Serangan ulat
pelombong daun jelas
nampak serangannya pada
daun-daun separa tua.
Memeriksa sistem fertigasi
agar sentiasa berfungsi
dengan baik.

20 Hari
Selepas
Tanam

Memacak dua batang
panjang, 180 cm kayu (2.5cm
x 2.5cm) atau besi galvani
1.25 cm, di sepanjang baris
paip pembahagi (membentuk
X) bagi mengikat dawai atau
tali penyokong pokok cili.

MENGIKAT POKOK

30 Hari
Selepas
Tanam Hingga
150 Hari

Mengikat dahan-dahan pokok
cili pada tali atau dawai
penyokong bagi
mengelakkan dahan-dahan
daripada patah disebabkan
berat buah (dilakukan
mengikut keperluan). Ia
dilakukan berterusan apabila
perlu.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

42

25 Hari
Selepas
Tanam Dan
Seminggu
Sekali

Membilas medium tanaman
dengan air bersih iaitu
dengan memberikan air
tanpa baja kepada semua
pokok mengikut kekerapan
yang sedia ada.
Ini bertujuan untuk
membersihkan timbunan
garam-garam galian dan
meningkatkan pH medium
tanaman bagi mengelakkan
proses air keluar dari pokok
(deplasmolisis) yang boleh
menyebabkan pokok mati.

MEMBILAS MEDIUM
TANAMAN

28 Hari
Selepas
Tanam

Menambahkan kekerapan
penitis larutan baja kepada 4
kemudian menjadi 5
seterusnya menjadi 6 kali
sehari mengikut
pertumbesaran pokok.

MEMBANTU
PENDEBUNGAAN

25 Hari
Selepas
Tanam Hingga
Tamat Projek

Bunga-bunga cili mesti
menjalani proses
pendebungaan sebelum
menjadi buah.
Pendebungaan sendiri sukar
berlaku kerana ketiadaan
agen pendebungaan seperti
seranggan atau angin jika
menggunakan Rumah
Tanaman dengan dinding
kalis seranggan ini.
Pendebungan berbantu boleh
dilakukan dengan menepuk
perlahan dahan-dahan pokok
cili yang telah berbunga. Ia
dilakukan sekurang-kurannya
sekali bagi setiap 2 hari. Cara
ini terbukti berkesan dapat
meningkatkan pengeluaran
hasil cili.
Alat penggetar bunga (pollen
vibrator) yang digerakkan
menggunkan bateri juga
boleh digunakan.
Penggetaran tangkai-tangkai
bunga hanya akan berkesan
sekiranya dilakukan antara

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

43

pukul 10.00 pagi hingga 2.00
petang.

MEMETIK BUAH

55 Hari
Selepas
Tanam Dan
Selang 3 Hari

Memetik buah cili masak.
Membuat penggredan buah
cili
Memasarkan buah cili

MENAMATKAN
TANAMAN

150 Hari
Selepas
Tanam Atau
Apabila Sesuai

Memetik buah cili yang
masak termasuk juga yang
hijau.
Mengasingkan yang masak
dengan yang hijau.
Mencabut semua pokok
bersama akar dan
memusnahkan semuanya.

7.3.10Penuaian

Cili boleh dipetik 60 – 70 hari selepas menanam. Buah akan masak 30

– 35 hari selepas berbunga. Buah yang masak akan berwarna merah

dan biasanya dipungut secara manual setiap empat hari sekali.

Tempoh pengeluaran hasil adalah 3 – 6 bulan. Hasil cili bergantung

kepada jenis kultivar yang ditanam.

Peringkat yang sesuai untuk memungut hasil cili untuk kegunaan segar

ialah bila buah berwarna hijau tua kemerahan. Manakala bagi cili untuk

diproses atau cili kering, peringkat yang sesuai untuk dipetik ialah

apabila buah berwarna merah sepenuhnya. Cili dipetik dengan tangan

bersama tangkainya sekali. Sebaik-baiknya kerja-kerja mengutip hasil

dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

44

7.3.11Pengendalian Lepas Tuai

Selepas memetik, operasi pengendalian pasca tuai cili dilakukan

termasuklah pemilihan, pembersihan, pengeringan, penggredan dan

pembungkusan. Disamping itu, operasi tambahan yang mungkin perlu

dilakukan adalah penyahhijauan dan perawatan air panas.

Penyahhijauan

Penyahhijauan dilakukan pada cili yang cukup matang dengan cara

mendedahkannya kepada gas etilina (500 bpi) selama 24 jam pada

suhu 20º – 25º celicius dengan kelembapan relatif di antara 80 – 95 %.

Cara ini akan menghasilkan warna merah cili yang seragam.

Penggredan

Penggredan cili dilakukan secara subjektif berdasarkan warna, saiz,

tahap kesegaran, tahap kecederaan mekanik dan seranga penyakit

atau perosak.

Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh pihak FAMA, penggredan

berdasarkan warna kulit cili untuk menggambarkan tahap kematangan

ini boleh dilakukan menggunakan 6 Indeks Kematangan, iaitu :

INDEKS
KEMATANGAN

KETERANGAN

GAMBARAN

Indeks 1
(Tidak Matang)

Kulit berwarna hijau
muda.
Dipasarkan sebagai
cili hijau

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

45

Indeks 2
(Matang)

Kulit berwarna hijau
tua.
Keadaannya berkilat
Dipasarkan sebagai
cili merah.

Indeks 3
(Cukup Matang)

Kulit kelihatan
berwarna hijau dan
merah ataupun hijau
merah.
Dipasarkan sebagai
cili merah.

Indeks 4
(Cukup Matang)

Kulit berwarna
merah kehitaman
(hampir masak).
Keadaan ini masih
boleh diterima oleh
pasaran pada
peringkat runcit.

Indeks 5
(Cukup Matang)

Kulit cili berwarna
merah sepenuhnya.

Indeks 6
(Cukup Matang)

Kulit cili berwarna
merah kehitaman.

Pembungkusan

Bagi pembungkusan pukal, bahan yang kukuh seperti bakul plastik

yang muatannya tidak melebihi 20 kg boleh digunakan. Sementara

bagi pembungkusan runcit, bahan pembungkus seperti beg politilin

(plastik) , jaring plastik, beg kertas dan dulang polistirifom berbalut

filem polivinil klorid adalah sesuai.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

46

Penyimpanan

Pra-penyejukan dengan udara dingin pada suhu 10º C boleh

menurunkan suhu asal cili ke suhu penyimpanan dalam masa 1.5 – 2.5

jam. Cili segar dapat disimpan selama 3 – 6 minggu pada suhu 5º - 8º

Celcius dengan kelembapan relatif 90 – 95 % .

7.4 CARTA ALIRAN PERLAKSANAAN

Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

47

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->