You are on page 1of 26

Teknik Penyelesaian Masalah

Bahari Idrus Jabatan Komputeran Industri FTSM

Masalah

Masalah merupakan perkara yang belum diselesaikan yang memerlukan penyelesaian atau keputusan dan selalunya memerlukan pertimbangan fikiran atau kemahiran untuk mendapatkan penyelesaian.(A.Z.Talib et al)

Penyelesaian

Penyelesaian ialah proses menyelesaikan masalah melibatkan satu jujukan tindakan yang jelas tertakrif. Jujukan-jujukan ini adalah satu set tatacara tindakan yang perlu dilakukan mengikut susunan logik yg betul. (A.Z.Talib et al)

Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah ditakrifkan sebagai satu proses untuk menukar masalah kepada satu penyelesaian dengan menggunakan pengetahuan bergantung kepada keupayaan untuk memilih & menggunakan strategi, teknik & alat untuk menyelesaikan masalah yg akhirnya menghasilkan suatu penyelesaian yang jelas & tertakrif dengan baik.

Masalah Aturcara

Oleh itu sama juga utk masalah aturcara komputer, perlu ada langkah-langkah penyelesaian bagi menyelesaikan masalah tersebut. Langkah-langkah tersebut dikenali sebagai Kitar/Kaedah Pembangunan Aturcara

Contoh Masalah Mudah


Menambah 2 nombor Mengeluarkan wang melalui mesin ATM Mendaftar kursus Bakar kek

Contoh Masalah Pembinaan Sistem


Sistem Maklumat Pelajar Sistem Penempahan Tiket Kapalterbang Sistem Inventori

Teknik Membangunkan Aturcara


Fasa Perancangan Fasa Pengekodan

Fasa Perancangan

Fasa perancangan ialah fasa yang juru aturcara akan menggariskan semua langkah-langkah penyelesaian mengikut kefahamannya terhadap sesuatu masalah. Terdapat 2 cara iaitu algoritma dan carta alir.

Algoritma

Algoritma ialah suatu tatacara langkah demi langkah untuk menyelesaikan suatu masalah dalam masa yang terhingga. Langkah terhingga maksudnya ialah mempunyai kesudahan atau akan berakhir.

Carta Alir

Merupakan perwakilan dalam bentuk rajah yang menunjukkan aliran data dan langkah demi langkah penyelesaian masalah tersebut. Rajah diwakilkan dengan menggunakan simbolsimbol tertentu untuk menunjukkan keadaan komputer seperti membaca, mencetak, mengulang tindakan dan memilih pernyataan atau operasi.

Carta Alir

Perwakilan algoritma secara bergrafik.


Mula/Tamat Proses

Input/Output
Syarat

Sambungan di m/s lain


Sambungan di m/s sama Aliran Kawalan

Contoh Algoritma Tambah 2 Nombor


1. Input 2 nombor. 2. Lakukan Pengiraan 2.1 Jumlahkan kedua-dua nombor 3. Paparkan hasil pengiraan iaitu jumlah.

Contoh Carta Alir


Mula

Input 2 Nombor

Jumlah =No1 + No2

Cetak Jumlah

Tamat

Contoh Algoritma Pilihan


Input nombor 2. Jika (nombor % 2 == 0) 2.1 Cetak Nombor Genap 3. Sebaliknya 3.1 Cetak Nombor Ganjil 4. Tamat
1.

Carta Alir Pilihan


Mula Input nombor
Y Nombor % 2 == 0? T Tamat Nombor Ganjil

Nombor Genap

Contoh Algoritma Ulangan


Mula 2. Umpukkan I = 0 3. Selagi I < 5 3.1 mula_selagi 3.1.1 cetak I 3.1.2 I = I + 1 3.2 tamat_selagi 4. Tamat
1.

Contoh Carta Alir Ulangan


Mula I=0

T
I < 5? Y Cetak I I=I+1 Tamat

Pembangunan Aturcara Menggunakan VB6

Pembangunan a/c dengan VB6 agak berbeza dengan a/c lain kerana VB juga dikenali sebagai pengaturcaraan Visual atau pengaturcaraan berasaskan acara/event

Pembangunan Aturcara VB
Kenal pasti masalah Sedia Antara muka
Kenal pasti Objek-Objek

Setkan Properties setiap objek Pilih acara/event

Tulis Aturcara
Uji Aturcara

Kenal pasti masalah/Analisis

Tujuannya adalah untuk kenal pasti masalah iaitu:

Kenal pasti data atau input Tentukan output yg diperlukan Tentukan b/mana untuk proses input menghasilkan output.
Proses Output

Input

Pemilihan Antara Muka/GUI

Antara isu yang perlu difikirkan:


Rekabentuk skrin/tetingkap Bagaimana utk masukkan data iaitu sama ada dlm btk teks, baca fail atau ??? Bagaimana utk paparkan output. Berapa besar saiz tetingkap yg perlu dibina. Di mana perlu diletakkan butang kawalan.

Aturcara Berasaskan Acara/Peristiwa

Contoh-Contoh Acara
FormLoad Change Click DblClick DragDrop DragOver GotFocus LostFocus KeyDown KeyPress KeyUp MouseDown dan

lagi dan lagi dan lagi .

Pengkodan

Menterjemah algoritma kepada bentuk bahasa pengaturcaraan. Bahasa pengaturcara yg digunakan adalah Visual Basic 6.0

Contoh Pembinaan A/C VB


1. Bina satu a/c VB untuk tambah 2 nombor.

You might also like