Professional Documents
Culture Documents
Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut. Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram.
Tujuan ekonomi ini dijalankan: Pelbagai tujuan dan kepentingan produk telah saya dapati setelah mengkaji tajuk ini. Antara kepentingannya ialah Labu Sayong sering digunakan sebagai bekas menyimpan air sewaktu menziarahi tanah perkuburan. Selain itu, produk ini juga digunakan sebagai perhiasan di dalam dan luar rumah. Dengan ini, rumah akan kelihatan lebih cantik. Hal ini juga dapat menarik perhatian tetamu yang hadir ke rumah. Akhir sekali , produk ini dapat menjadi tempat penyimpanan air. Air yang telah dimasukkan ke dalam Labu Sayong ini akan berasa sejuk dan segar untuk diminum. Proses pembuatan Labu sayong: