P. 1
Modul 3110-Nota Sintaksis

Modul 3110-Nota Sintaksis

|Views: 483|Likes:
Published by Cahaya Sakinah
education
education

More info:

Published by: Cahaya Sakinah on Feb 20, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/17/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.0 KANDUNGAN ISI
  • 1.1 Definisi Ayat (Sintaksis)
  • 1.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat
  • 1.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
  • 2.0 KANDUNGAN ISI
  • 2.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat
  • 2.2.1 Ayat aktif
  • 2.2.2 Ayat Pasif
  • 3.0 KANDUNGAN ISI
  • 3.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu
  • 3.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu
  • 4.0 Konstituen Frasa Nama
  • 4.1 Peraturan D – M (Hukum D - M)
  • 4.2 Kekecualian Hukum D - M
  • 4.3 Bilangan dan Panggilan
  • 4.4 Panggilan / Kata Panggilan
  • 5.0 KANDUNGAN ISI
  • 5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu
  • 5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek
  • 5.3 Frasa Kerja Dengan Objek
  • 6.0 Kandungan Isi
  • 6.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek
  • 6.2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam
  • 6.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen
  • 6.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
  • 6.5 Kesimpulan
  • 7.0 Kandungan Isi
  • 7.1.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan
  • 7.1.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan
  • 7.2 Penguat
  • 7.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif
  • 8.0 Kandungan Isi
  • 8.1.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat
  • 8.1.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan
  • 8.1.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama
  • 8.2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
  • 9.0 Kandungan Isi
  • 9.1.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama
  • 9.1.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama
  • 9.1.3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)
  • 9.2.1 Predikat Frasa sendi Nama
  • 9.2.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan
  • 9.3 Penggunaan Kata Sendi Nama
  • 10.0 Kandungan Isi
  • 10.1 Ayat
  • 10.2 Klausa
  • 10.3 Frasa
  • 10.4 Perkataan
  • 10.5 Ayat Dasar
  • 10.6 Ayat Tunggal

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 1

Sintaksis

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:     Struktur binaan ayat Pembahagian subjek dan predikat; Ayat dasar dan ayat terbitan ; Susunan dalam ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Selain itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Hasil dari binaan perkataan, frasa. klausa, ialah satu ayat.

1

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menjelaskan definisi ayat, ayat dasar, ayat terbitan, struktur binaan ayat, binaan subjek dan predikat

2.

Menganalisis binaan ayat, binaan ayat dasar, binaan ayat terbitan dan struktur subjek dan predikat dalam ayat.

KERANGKA TAJUK-TAJUK => => Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain. => Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi. => Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat.

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya. Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat.

1.1 Definisi Ayat (Sintaksis) Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang

2

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006). Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008). Contoh binaan ayat: Subjek (1). Ali (FN) (2). Pemburu itu (FN) (3). Bajunya (FN) (4). Rumah itu (FN) Predikat peniaga (FN) melontar lembing (FK) cantik sekali (FA) di tepi sawah (FS)

1.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Contoh: Subjek (5). Amin (6). Abang kandungku (7). Pegawai kastam itu Predikat guru besar di sekolah baru itu. sedang berehat di bilik sebelah. amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang. Subjek (8). Guru besar di sekolah baru itu (9). Sedang berehat di bilik sebelah (10). Amat cekap Predikat Amin. abang kandungku. pegawai kastam itu.

3

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 1. Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran. Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi. AKTIVITI (i). LATIHAN (i). (14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti . Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu 4 . penyusunan semula atau peluasan. Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan.Sabran. (ii).1987). iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj. => Ah Meng berlari dengan pantas. (15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi. Contoh : Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan) (11) Faridah guru (FN+FN) (12) Ah Meng berlari (FN+FK) => Faridah guru yang sabar. Rahim Syam . (13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Pak Cik membaca surat khabar. Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru bahasa.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Siti Hajar Abdul Aziz Sdn. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Petaling Jaya: Oxford Fajar Nik Safiah Karim et. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.Rahim Syam (1987). 5 . Tatabahasa Dewan.Sabran.al (2006). Bahasa Melayu II. (2008).Bhd.

Perpindahan Ayat Ragam Ayat. 2.1997). yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 2 Sintaksis:   Urutan Kata. Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang. Menjelaskan jenis-jenis ayat. Selain itu. (Marzukhi Nyak Abdullah. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam binaan ayat. Jenis Ayat SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. anda seharusnya dapat: 1. Ragam ayat . konsep ragam ayat. 6 . jenis ayat Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat. jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini.

kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat. (3). jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain. (2).adjektif atau kata sendi nama.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat.0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda. Maniam itu baik sungguh. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa. Jenis Ayat Aspek Tatabahasa 2. terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut: (1). Sebagai contoh. kata kerja. ragam ayat. Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. (Lutfi Abas . 2. Ramli sangat pandai bermain skuasy. Kek lapis itu enak sekali.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK Sintaksis Konsep kata dan perpindahan ayat Ragam Ayat. 7 .1975). Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama.

Sebaliknya. Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.al 2008). perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah: a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) Paulus = Paul Mariam =Mary vidit = melihat Dalam hubungan tersebut. akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et. Oleh itu. ayat Melihat Paul. Sebagai contoh. dalam bahasa Melayu. kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? Oleh itu . b) Min aina anta ? (bahasa Arab) Min = daripada / dari aina = mana anta = kamu (lelaki) Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu.perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. 8 .

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan. Seterusnya. 9 . Ayat pasif pula mengutamakan Contoh: (4) Amar menendang bola itu.2 Ragam Ayat Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. (ayat pasif) (8) Saya tendang bola itu. (ayat aktif) (5) Bola itu ditendang oleh Amar. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. subjek terbitan sebagai judul. Dengan perkataan lain.1 Ayat aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif.2. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat) 2. (ayat pasif) (6) Saya menendang bola itu. ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut polapola yang tertentu. (ayat aktif) (7) Bola itu saya tendang.

Pekerja (10).2. Budin (11). 2. buah durian. Keterangan 10 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : a) Ayat Aktif Transitif Subjek Kata Kerja Transitif (9).Semak samun sudah dibeli dibersihkan Oleh + Frasa Nama oleh Amin oleh pekerja minggu lepas setiap bulan.2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Kereta itu (16). di pantai Damai. pipinya. membaiki membeli membasahi Predikat Objek jalan itu. Kanak-kanak (13). Diana sedang mandi memutih menangis Objek di kolam itu. i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Subjek Kata Kerja Pasif (15). Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Ombak (14). sepanjang malam. Air mata b) Ayat Aktif Tak Transitif Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif (12).

Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Budak itu kena kena tembak kejar oleh pemburu. Jenis Ayat Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis. i) Ayat penyata ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan a) Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Kuih itu pagi tadi. oleh anjing. iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa Nama (19). Contoh: (21). (22). Dia pandai mengawal emosinya. Kereta itu (18). Dunia ini penuh dengan dugaan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua sudah saya bersihkan belum awak makan Keterangan (17). Rusa itu (20). 11 . 3. lagi. Saya sudah memiliki kereta baru. (23).

Contoh kata seru ialah oh.gembira. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu 12 . LATIHAN 1. cis. terkejut. duka . c) Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.takut. engkau dan sebagainya. Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh- contoh yang sesuai.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU b) Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih. 2. aduh dan sebagainya. d) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah. Menurut Abdullah Hassan (2005). marah. hairan dan lain-lain. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya. gembira. kamu. wah. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak. amboi. suka.sedih dan sebagainya. anda. AKTIVITI 1.

Marzukhi Nyak Abdullah. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 13 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.Sabran. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Nik Safiah Karim et.Bhd.Rahim Syam (1987). Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Raminah Hj. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.al (2006).

Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 3 Frasa Nama Bahasa Melayu SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   Konsep Frasa Nama. Tanpa unsur frasa. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. terdapat unsur frasa nama yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna. Malah. iaitu frasa nama (FN). 14 . Sehubungan itu. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. frasa kerja (FK). manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. Binaan Frasa Nama bahasa Melayu. ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu.

perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Seterusnya. menjelaskan binaan frasa nama. 15 . KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Nama inti 3.0 KANDUNGAN ISI + inti inti + penerang Anda perlu mengetahui bahawa. 2. menjelaskan definisi frasa nama dan. anda seharusnya dapat: 1.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.

(2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. bandar selamat. Ibu (6). Keluar Inti bapa masuk Predikat saling bantu-membantu. Anak (11). Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama. Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Inti (7). atau sebelum dan sesudah frasa nama. menggigit makanan. Atlet (8). Kucing Penerang paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu 16 Predikat meraih pingat emas. .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 3.al. Putrajaya (4).1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et. untuk pekerja sahaja. disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj. Emak Wan Seng (3). baik akhlaknya. menduduki ujian. Emak (2). Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama Inti (5).Omar. Pegawai (10). Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya. peniaga sayur. bandar selamat. Pelajar (9). Bandar Putrajaya Predikat Frasa Nama peniaga. memberi ceramah. 1986) Contoh : Subjek Frasa Nama (1).

2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 3. Dalam struktur binaan ayat. Frasa digunakan bagi membina ayat. frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. wanita. mawar. 2006). (Abdullah menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan Hassan. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. parsi. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu. Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut: Binaan Nama Penerang keturunan Suku bangsa Penerang Inti + Penerang Nama jenis bunga nama kucing nama askar Frasa Penerang Inti Penerang British. pantai Penerang penyambut nama pemutar penjaga Penerang kelamin Penerang tempat nama pelakon guru nama pinggiran 17 .1983). Penerang kegunaan nama serbuk minyak kari pelincir skru pintu lelaki. Jawa.al. namun perbincangan dalam topik 3 ini frasa nama.

kedua ketiga badan bukau puan bawah mati 18 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Penerang (Penentu Binaan Frasa Nama Hadapan) Inti Penerang (Bilangan+penjodoh (Inti) bilangan) tiga orang lima buah tujuh dulang guru kereta nasi minyak. Penerang Penerang (Penentu belakang) Inti orang rumah Penerang kata kerja Penerang kata adjektif Penerang frasa sendi nama Penerang bilangan ordinal Inti + inti dengan maksud Inti + inti sama erti Inti + inti dengan maksud berlawanan tuan atas hidup mesin bilik pengemis kereta baju banglo tempat tingkat tubuh bukit itu ini kira menunggu muda antik di jemuran di desa.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat? BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur. Abdullah Hassan et. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.al (2006) Sintaksis. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. LATIHAN 1.Omar (1986) Nahu Melayu Mutakhir. Asmah Hj.Bhd.Bhd. Nik Safiah Karim et. PTS Professional Publishing Sdn. 19 . 2.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1.al (2008). Tatabahasa Dewan. atau akhbar tempatan.

unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M).M) 4.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan 4. Dalam peraturan ini. Contoh : Frasa Nama Diterangkan (Inti) Askar Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor Menerangkan (Penerang) Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar 20 .0 Konstituen Frasa Nama Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspekaspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :    Peraturan D-M (Hukum D-M) Kekecualian Hukum D-M Bilangan dan panggilan Peraturan D – M (Hukum D .1 Dalam tatabahasa bahasa Melayu.

Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa.kentang goreng ( bukan goreng kentang) .Restoran Ali ( bukan Ali Restoran) . seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa.nasi goreng (bukan goreng nasi) 4.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh-contoh lain: . kekecualian hukum D .sup kambing ( bukan kambing sup) . keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D . 21 . Selain itu.pisang goreng (bukan goreng pisang) . Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri .M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan.M Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa.Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) .2 Kekecualian Hukum D . Lama-kelamaan. terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan.sos cili (bukan cili sos) .cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) .M.

Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman. (16). Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. 22 . Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria. hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar. Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. (18). Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian. Mohd. menteri pengangkutan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh: Penerang (M) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras Diterangkan (D) Namun.Ali. menteri kanan. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. (17). (14). (15). (13). Contoh penggunaan dalam ayat: (12). imam besar. dan seumpamanya. Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 4.3 Bilangan dan Panggilan Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa.

Contoh

:

lima ekor kuda segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang sebilangan besar pekerja Contoh ayat: (19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. (20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. (21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan. (22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas. (23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. (24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. (25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.

Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993); i. Kata bilangan tentu ii.Kata bilangan tak tentu iii.Kata bilangan himpunan iv.Kata bilangan pisahan v.Kata bilangan pecahan; dan vi.Kata bilangan tingkatan 23

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Kata Bilangan Tentu Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad. Contoh: satu = 1 dua = 2 Contoh ayat: (26). Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam. (27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia. (28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian. (29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing. (30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . empat = IV sepuluh = X

Kata Bilangan Tak Tentu

Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . Contoh: Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok. Contoh ayat: (31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. (32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. (33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai.

Kata Bilangan Himpunan Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul. Contoh: berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelimalima, kesemua. 24

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh ayat: (34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. (35). Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan. (36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat. Kata Bilangan Pisahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing. Contoh: masing-masing, setiap, tiap-tiap Contoh ayat: (37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan. (38). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah. (39). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan. Kata Bilangan Pecahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya. Contoh: setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian Contoh ayat: (40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. (41). Sabar itu adalah separuh daripada iman. (42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir. Kata Bilangan Tingkatan Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan. contoh: pertama, kedua, ketiga , keseribu. 25

Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas. (45). Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU contoh ayat: (43). Puan .Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia. Tun. konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan. (48). Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. 4. 2008). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak. Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. Contoh: Datuk Maharaja Lela Datuk Sagor Haji Abdul Rahman Limbong Tuan Adam Puan Mastura Chong Contoh ayat : (46).4 Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu. (47). Haji. Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. (44). Tunku. Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan. Profesor Ungku Aziz Tunku Kamalia Syed Zain Barakbah Sharifah Mona Alsagoff Tan Sri Malik Kamal 26 .

anda boleh bayar bil awal. Kuala Lumpur. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan. a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Bahasa Melayu II.M. Tatabahasa Dewan. LATIHAN 1. Tulis semula ayat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd.al (2006) Sintaksis. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Apakah maksud hukum D-M? 2.ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D. g) Sport rim kereta itu milik Romli. Hashim Hj. e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari. PTS Professional Publishing Sdn. f) Lain masa. Nik Safiah Karim et.al (2008). Abdullah Hassan et. b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market.Bhd.Bhd. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M. 27 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

frasa kerja (FK). HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Sehubungan itu. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa.6) 28 . binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Malah. terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1. ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1.1) Menganalisis binaan frasa kerja.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu    Binaan Frasa Kerja Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek Binaan Frasa Kerja Dengan Objek SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja Menganalisis binaan frasa kerja. iaitu frasa nama (FN).

(2008) ialah frasa yang terdiri Frasa Kerja daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya.al (2006).1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu menurut Siti Hajar Abdul Aziz. 5. frasa kerja berfungsi sebagai predikat. Dalam susunan ayat biasa. Menurut Abdullah Hassan et. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja(Predikat) Frasa kerja (tanpa objek) Frasa Kerja (dengan objek) 5. 29 . frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : Ayat Subjek (1). Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. (9).2 Binaan Frasa Kerja Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Berdasarkan contoh ayat di atas. Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang. ayat (91) . Contoh: (8). 5. Contoh : (5). 30 . 5.2.Ramlee Predikat Frasa Kerja menjemur kain. (10). Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. mencipta lagu itu. P. (6). Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya. Dia selalu bergaduh. Emak (2). Pemuzik itu (4).1 Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat. meniup saksofon. terjatuh dan bergaduh. (7). Emak Ahmad (3). Budak nakal itu terjatuh lagi. menjual sayur di pasar. (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur. Faisal tidur lena. Faisal tidur lena di bilik tidur. Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang.

Ibu menganyam tikar setiap hari. (13). frasa adjektif dan frasa sendi nama.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam ayat (94). Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. Dalam konteks ini . Dalam ayat (11). (95). Biarpun begitu. (12) dan (13). kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. dan (96). Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama. frasa kerja. frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Hal yang demikian berlaku dalam proses membina sesuatu ayat.3 Frasa Kerja Dengan Objek Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Mahmud membaiki radio yang telah rosak. 5. Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. 31 . (12). Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Contoh: Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Menaikkan menganyam membaiki Penyambut bendera tikar radio Contoh ayat lengkap: (11). ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek.

Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan. ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif. ‘produk ’. (16). 32 . (24). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat. (18). Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif. (23). Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24) (20). (19). Catatan: kejadian’. ‘tangan’.Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba. Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19).Halijah menggenggam erat tangan suaminya. Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba. Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang. (17). (15). Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama (21). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu. Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring. (22).

Petaling Jaya: Oxford Fajar 33 . BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. (2008). Abdullah Hassan et. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd. PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur.al (2006) Sintaksis. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz Sdn. Bahasa Melayu II. atau akhbar tempatan. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek LATIHAN 1.

Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. anda seharusnya dapat:  Menghurai frasa kerja dengan kata bantu. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 6 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  frasa kerja dengan kata bantu. aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu. Dalam perbincangan ini.1) 34 . Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat. Selain itu. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1. kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja (Predikat) Frasa kerja (didahului kata bantu aspek. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa. Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah . (2). (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. diberikan contoh ayat berkaitan. 35 .1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah. 6.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek. dan kata bantu ragam) Frasa kerja (dengan ayat komplemen) 6. Dalam susunan ayat biasa.pernah) (1). Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini. frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau. telah . frasa kerja berfungsi sebagai predikat. Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. ini atau masa hadapan.

Menurut Nik Safiah Karim et. Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. boleh. akan. (10). boleh menerima ayat komplemen. (9). Contoh: hendak. (11). Contoh : telah. Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur. Dia harus pulang ke kampung segera.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3). belum 6. dan dapat Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota. (5). sudah. sedang. Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan belum) (4). mahu. 6. (8). Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. (7). Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru.al (2008).3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. Contoh ayat: (6). Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif.2 Kata Bantu Ragam Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. masih. Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara. Wan Malini akan memetik bunga di taman. kini. Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang. Kata Bantu Kata Bantu Aspek Memerihalkan masa lampau. mesti. atau masa hadapan. 36 . harus.

maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk Contoh : (i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen (12). Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi. Biarpun begitu. Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda. demi.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. dan frasa nama. supaya. (14). Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar. Berdasarkan contoh ayat di atas. Bagi kata kerja transitif. Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando. (17). Yang pasti. Dalam ayat (15). unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut). (13). 6. unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas 37 . (16).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam binaan predikat. Apabila keadaan sedemikian berlaku. ayat (12) . frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa. (16). (ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen (15). ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk. Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja. (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur. Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama. semoga dan untuk. dan (17). frasa adjektif. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung. Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. terjatuh dan bergaduh. frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk.

ke. Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja. (24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. dalam .kepada . unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis: (i) Keterangan tempat atau arah (ii) Keterangan waktu (iii) Keterangan cara (iv) Keterangan tujuan atau harapan (v) Keterangan alat (vi) Keterangan penyertaan (vii) Keterangan hal (viii) Keterangan bagai Huraian: (i) Keterangan tempat atau arah Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa. Penggunaan kata sendi nama di. sejak dan hingga bentuk frasa nama seperti semalam. (20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa. (23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam. (ii) Keterangan waktu Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu   Contoh : (22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. Contoh: (18) Dia belajar di universiti. 38 bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada.pada jelas terdapat dalam unsur keterangan ini. .dari. (19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah. (21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar.daripada. tahun lepas.

Contoh: (31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api (32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau. (27) Menteri berjalan megah. Contoh : (25) Air sungai mengalir deras. untuk dan bagi. perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. (iv) Keterangan tujuan atau harapan   Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian. (27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya. Contoh : (28) (29) (30) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. (26) (a) Azman berlari dengan pantasnya.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (iii) Keterangan cara   Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif. (26) Azman berlari pantas. Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya. (v) Keterangan alat  Unsur yang menerangkan peralatan. Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. 39 . Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup. (25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. (33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki.

6. bagai. (43) Hidungnya mancung bak seludang. (35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau. Contoh : (40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi . Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap. (viii) Keterangan bagai   Unsur yang menerangkan keserupaan. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. ikut bersama-sama atau melibatkan diri. (42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. (39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut. (vii) Keterangan hal   keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan kata sendi nama yang digunakan ialah tentang. Contoh: (34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya. mengenai. sebagai. Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti. bak. (41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . terhadap. (38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu. 40 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (vi) Keterangan penyertaan   Unsur yang menerangkan maksud ikut serta. Contoh: (37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu. (36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya.kesamaan atau hampir sama.5 Kesimpulan Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya.

berjumpa x. bina ayat yang menggunakan predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek. Nik Safiah Karim et. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. melagukan v.Musa (1993). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. i. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Abdullah Hassan et. mendirikan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. bersedia vii. Hashim Hj.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. berupaya vi. bertolak iii. LATIHAN 1.al (2008) Tatabahasa Dewan.Bhd. Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. mengalami ix. Berdasarkan perkataan di bawah. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). memancing iv. 41 . memikirkan ii.Bhd. PTS Professional Publishing Sdn. memutuskan viii. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd.

Dalam perbincangan ini. unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini.Penguat . Selain itu. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. 42 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu . kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. Sementara.Kata Bantu dalam Frasa Adjektif SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif Penguat Kata bantu dalam frasa adjektif Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif . kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa. kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang.

frasa adjektif berfungsi sebagai predikat. (1. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa adjektif. penguat dan kata bantu.2) KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif Penguat Kata Bantu dalam Frasa Adjektif 7.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Dalam susunan ayat biasa. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. (1. 43 .1) Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa.

frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. 44 . Namun. Dalam binaan predikat. kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Dalam hal ini.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur Frasa adjektif intinya. penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif. Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Bentuk sedemikian boleh berubahubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan. [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + penguat + kata adjektif] Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: Kata Bantu sudah belum masih Penguat terlalu sangat terlalu amat Kata Adjektif tua prihatin masak awal baik Penguat benar - Dalam contoh-contoh di atas. Wak Samad sudah terlalu tua Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. Contoh : (1) .

2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut: (i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) contoh : letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah (i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) contoh: jatuh bangun hidup mati baik buruk susah senang pahit maung 45 . Guru pelatih itu cergas (4) . Penglihatannya kabur. (5) . Contoh: (2) . 7. (3) . Tanamannya subur. Dia kelihatan ceria. Salim sangat rajin. (6) .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7.1.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat.1.

Lukisan itu paling cantik. nian (9) . Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. Terdapat tiga jenis penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas  Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif. iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Pakaian puteri itu cantik sekali. (11) . Perangai anaknya terlalu amat sopan. Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar . benar.  Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali. Taman Bunga di istana itu indah nian.  Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas. Contoh : sungguh amat. 46 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. (13) . Contoh: amat dan sungguh. Kubah masjid itu amat besar. Contoh: (7) . Kereta lembu itu lambat benar. (8) . Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh. (12) . (10) . Rumahnya terlalu besar. Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling.2 Penguat  Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya. (15). terlalu amat. seperti dalam ayatayat berikut: (14).

Kedudukan khemah itu masih amat jauh. 47 . belum. misalnya: masih amat jauh. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif. (18). sungguh masih muda. (20). masih. Contoh: (16). (23).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. Pekerja baru itu belum sangat cekap. harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah. Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat. Anaknya sudah besar. Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. sungguh telah pandai Contoh: (19). AKTIVITI 1. Pekerja yang berkualiti harus cekap. belum sangat cekap. Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur. (22).3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. (21). (17). Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai. Anak sulungnya itu sungguh masih muda. belum terlalu lewat.

jatuh bangunnya. 48 . hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas. bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhana kautidur berselimutkan langit gelap impianmu sangat suram. sepak.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU LATIHAN 1. SAJAK : SEBUAH PERSOALAN Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? yang hanya semalam belajar bertatih dan jatuh kembali. injak. Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimu hingga kau mudah keliru antara langkah. dan pijak lantaran amarah yang membakar hati lantas kau tegar menyusun langkah pantas. penat lelahnya dihiasi air matanya berderai tangisnya mohon belas kasihan sedu-sedannya tanda kesedihan wajahnya pucat. untuk memijak sesiapa jua dengan mata yang merah menyinga. di bumi Gaza ini. hingga akhirnya kau terpijak kakimu sendiri dan jatuh tersungkur menyembah bumi. Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah. Oleh: ESA ALHAJ Johor Bahru. letih lesunya. menampar muka mendabik dada langkahmu pantas sungguh. Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis.

PTS Professional Publishing Sdn.al (2006) Sintaksis.Musa (1993). Abdullah Hassan et. Nik Safiah Karim et. Bahasa Melayu II.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Kuala Lumpur. 49 .Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Hashim Hj. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu.

boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang. boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan. Hal yang kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. 50 . unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk. kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen. Dalam perbincangan ini.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu   Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Adjektif Bahasa Melayu   Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu demikian membuktikan bahawa dalam binaan frasa dan ayat. Selain itu. Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. anda seharusnya dapat:   Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi.(1. 51 . penguat dan kata bantu.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Dalam susunan ayat biasa. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa serta ayat komplemen. frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.2) KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen 8.(1.2) Menghuraikan ayat komplemen.

Frasa melengkapkan sesuatu ayat. Contoh-contoh lain: (2). (susunan songsang) [predikat + subjek] 52 . Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Contoh : 8. [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + kata adjektif] Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut: (1) (a) Sudah usang stadium itu. Stadium itu sudah usang. frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. Kulitnya putih bersih. Contoh: (1) .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 8. Dalam hal ini.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini.1. Warna bola itu merah tua. (susunan biasa ) (3) (a) Merah tua warna bola itu.1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur adjektif merupakan komponen penting dalam proses Frasa adjektif intinya. [predikat + subjek] Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan. (susunan biasa) (2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek] (3). Dalam binaan predikat. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.

Frasa Nama Kata Nama kereta warna baju madu pangkat kain benang kelapa pinang besar merah kelabu asli tinggi licin kasar muda masak 53 Kata Adjektif . hebat sekali. deras sekali. lancar sekali. Air sungai itu (7).1. Contoh: Subjek Predikat Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) (4). laju. 8. Pemuzik (8). Kucing itu berenang berpidato mengalir beraksi berlari sangat pantas.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 8. Amira (5). Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Pelajar itu (6).1. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja.

Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat. (11). Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya. ayat komplemen. Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu. Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara. Predikat Subjek Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) 54 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU kitab tebal 8. Kesannya. LATIHAN 1. (12). AKTIVITI 1. Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini. Contoh: tersebut akan menjadi ayat (9). (10).2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling.

Abdullah Hassan et.Bhd.Bhd. Bahasa Melayu II.al (2008) Tatabahasa Dewan. PTS Professional Publishing Sdn. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.al (2006) Sintaksis.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. 55 . Nik Safiah Karim et. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Kuala Lumpur.Bhd.

Dalam perbincangan ini. kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat . Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama). Selain itu. 56 . Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 9 Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu  Binaan Frasa Sendi Nama  Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat  Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Sendi Nama    Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini.

Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu daripada terdiri beberapa perkataan yang mewakili kata sendi atau kata adjektif sebagai unsur binaan frasanya. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa sendi nama dalam ayat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.6) KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Sendi Nama Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama 9.(1.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. anda seharusnya dapat: Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1. 57 .1) Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat.

tentang. dan sebagainya. sampai. Contoh: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di ke dari daripada kepada untuk dengan sejak tentang Frasa Nama gimnasium sekolah pusat tuisyen aluminium Tuan Jana Khatib ibu kemewahan semalam klorofil 58 .1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). dengan. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di. Contoh : 9.al.1. hingga. akan bagi. kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek. daripada .oleh. pada.al 2006). (Abdullah Hassan et.2008) Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama. Dalam hal ini.1 Binaan Frasa Sendi Nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang Frasa sendi nama boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. Frasa sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu.kepada . dari. (Nik Safiah Karim et. untuk.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 9. ke.

frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah.1. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU sampai bagi siang ayah 9. dengan bergaya dengan kayu - . Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama (i) di (i) di (ii) ke (ii) ke (iii) dari (iii) dari dalam dalam belakang - takungan takungan kolam kolam pentas pentas 9.1. Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah (i) di di (ii) ke ke (iii) dari dari atas luar bawah 59 Frasa Nama pentas pentas garisan garisan rumah rumah Keterangan pada saat itu. Selain itu.3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan) Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan.

(2). Contoh: (i) Keterangan bagi frasa kerja Contoh: (7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. Bahaman daripada keluarga seni.(keterangan penyertaan) (12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 9. Kolam ikan di tepi taman. 9.2. Namun. Kerusi itu daripada kayu jati.(keterangan tujuan) (13). frasa sendi nama hadir selepas subjek.(keterangan cara) 60 .2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat.(keterangan hal) (11). Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja. (keterangan masa) (9) Marini berehat di tepi pantai. 9. (3). (5).2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama.2. Hadiah ini untuk ibu Zarina.1 Predikat Frasa sendi Nama Dalam susunan ayat biasa. frasa adjektif dan frasa nama.Ayah berbincang tentang hal pertunangan.Hang Tuah menikam lanun dengan keris. Contoh: (1). (6). Dalam sesetengah ayat lain. unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa.(keterangan tempat) (10).Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya. Ahmad ke sekolah setiap hari. (keterangan bandingan) (8) Dahlan memasak pada waktu petang. (4). Yushiro dari bandar raya Tokyo. frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan.

(keterangan sumber) (22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. atau.3 Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat. Contoh: (23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (ii) Keterangan bagi frasa adjektif Contoh : (14) John segak seperti model.mandir di dalam dan luar bangunan.(keterangan tujuan) (21) Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan pembuat) 9. frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua. tetapi. (keterangan hal) (16) Dia rabun pada waktu malam. (keterangan masa) (17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. Dalam ayat (23). (keterangan tujuan) (iii) Keterangan bagi frasa nama Contoh: (18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah: (27) Dia mundar. (28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya? 61 . (26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria. (keterangan bandingan) (15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya? (25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam. terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan. (keterangan tempat) (19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal) (20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. (akan sebagai kata sendi) Namun. terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. (30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria. AKTIVITI (Aktiviti kumpulan) 1. Namun dalam beberapa keadaan. Pada asasnya. frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat. dalam perbincangan ini. (akan sebagai kata bantu aspek) (32) Diana sayang akan kucingnya. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama. Ini berlaku pada perkataan ’akan’. Contoh : (31) Diana akan ke Kuala Lumpur. 62 . perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi.

Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan 63 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU LATIHAN (Aktiviti individu) 1. Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan jadual di bawah.

PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.al (2006) Sintaksis. Abdullah Hassan et. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. 64 . Bahasa Melayu II.

Klausa. 65 . frasa.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Ayat Bahasa Melayu  Ayat.al. Ayat terdiri daripada binaan klausa. Frasa. 2008). Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya. ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat penyata. kita akan melihat pola-pola ayat dasar. Klausa. Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal Ayat Bahasa Melayu Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. frasa dan perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat. (Nik Safiah Karim et. Dalam perbincangan ini. dan perkataan dalam ayat . frasa . Perkataan  Ayat Dasar  Ayat Tunggal TAJUK 10 SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Ayat. Frasa.dan perkataan. Selain itu. ayat tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa. serta mengandungi intonasi yang sempurna. perintah dan seruan dan sebagainya.

frasa. serta mengandungi intonasi yang sempurna. 2008).al. Klausa. (Nik Safiah Karim et.6) KERANGKA TAJUK-TAJUK Ayat Bahasa Melayu Ayat. 10. ayat dasar dan ayat tunggal (1.1) Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.(1.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. Frasa. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi klausa. 66 . Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal 10. frasa dan perkataan. klausa.1 Ayat Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat. Perbincangan juga akan berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal.

67 . Contoh : (1). ayat terdiri daripada perkataaanperkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. seperti rumah.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et. Sementara.al 2006).al. Dalam kumpulan perkataan kedua. Sekolah di tepi laut. kereta dan seumpamanya. langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut. Malah sebenarnya. (Nik Safiah Karim et.2 Klausa Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat . 10. Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan. sekolah ialah komponen subjek ayat.al (2006). kereta dan seumpamanya. (2) Rumah langsir biru. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu: (i) Klausa bebas (ii) Klausa tak bebas Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. baju. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Menurut Abdullah Hassan et. di tepi laut.menceritakan tentang subjek ayat. yang menjadi konstituen dalam ayat. Subjek menyebut sesuatu perkara. Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. baju. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah.

pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. et. Frasa digunakan bagi membina ayat. (2006).3 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. Dalam struktur binaan ayat. Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. kerana cekap menguruskan perniagaan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas) Ayat sempurna: klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan. Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama. (Nik Safiah karim.al. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa. [ klausa tak bebas] 10. Frasa baju sehelai baju baju kurung sehelai baju kurung 68 . Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Berdasarkan contoh : Majid kaya [klausa bebas] [klausa utama] Oleh itu. frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

pucat. kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. sehelai baju kurung. kata sendi nama.5 Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayatayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat. daripada besi kata adjektif. baju. kata tugas dan sebagainya. 10. tampan kata sendi nama : di rumah. 2008) Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah. dan sebagainya.4 Perkataan Perkataan ialah konstituen kepada frasa. baju kurung. Contoh: kata nama: pelajar. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. hubung. kata 10. Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu: Pola 1 : FN + FN Pola 2 : FN + FK Pola 3 : FN + FA Pola 4 : FN + FS 69 . menendang Kata adjektif : kurus. orang. Jadi. Seremban. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari.al . Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et. frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung. gempal. dari Johor. tidur. taman kata kerja : makan. ayah. melukis. kata kerja. ke kedai.

Contoh: Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Adik Marlina Muzium warisan Predikat pesilat amatur negara. 10. sedang berehat di bilik sungguh pandai di Pusat Islam Kuala Lumpur. Contoh: Subjek (1). (2) (3) (4) Bapa saudara Ali Peninju itu Darwis Wahab pensyarah. Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. 70 Predikat . sedang berehat. Sementara. Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat.6 Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Marlina Muzium Predikat pesilat amatur. sungguh pandai di Pusat Islam. binaanbinaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa. yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya. membaca kitab jawi. ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. ke kedai runcit. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. sangat tangkas. Namun. Namun.

(6) (a) Baju itu di dalam almari. Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. Contoh: (5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini. terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. 2. AKTIVITI 1. (b) Dimakannya kuih itu. (7) (a) Kuih itu dimakannya. Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif LATIHAN 1. Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal. (b) Ke pasar raya Mariam hari ini. (b) Ditebangnya pokok kayu itu. 71 . Jelas. (8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya. (b) Di dalam almari baju itu. Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam proses binaan ayat tunggal ini . proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa.

al (2006) Sintaksis. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd. 72 .Bhd.al (2008) Tatabahasa Dewan. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. PTS Professional Publishing Sdn. Nik Safiah Karim et. Abdullah Hassan et. Kuala Lumpur.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->