P. 1
Kejadian Manusia (Pp)

Kejadian Manusia (Pp)

|Views: 1|Likes:
Published by Gabienadia Nafira

More info:

Published by: Gabienadia Nafira on Feb 20, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/25/2014

pdf

text

original

KONSEP KEJADIAN MANUSIA

1

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU PENGETAHUAN – ILMU BIOLOGI
Secara biologi, manusia diklasifikasikan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia), sebuah spesies primate dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Spesies primate ini terdiri dari seluruh lemur, monyet dan manusia. Primate berasal dari kata Latin Primates, yang berarti "salah satu yang pertama, terbaik, noble".

LEMUR

2

3 . Kelebihan manusia berbanding binatang-binatang lain adalah kebolehannya berkata-kata dan berfikir.MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU PENGETAHUAN – ILMU LOGIK Manusia adalah binatang.

Dalam erti kata sama keinginan mahu makan.MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU PENGETAHUAN – ILMU JIWA Manusia adalah sama sifat hidupnya dengan haiwan. sihat. berketurunan. merasai sakit. merasai tua dan mati dan sebagainya. Ngantuk Seronok Marah Beranak Makan Sakit 4 .

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT TEORI EVOLUSI 5 .

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT TEORI EVOLUSI Darwin berpendapat bahwa manusia berasal dari perkembangan makhluk sejenis kera yang sederhana kemudian berkembang menjadi hewan kera tingkat tinggi sampai akhirnya menjadi manusia.1. Teori ini tidak mengemukakan alasannya. Tetapi anehnya perkembangan dari Neandertal ke manusia modern sekarang ini selama ± 100. Makhluk yang tertua yang ditemukan dengan bentuk mirip manusia adalah Australopithecus yang diperkirakan umurnya antara 350.000 tahun dengan ukuran otak sekitar 450 . Perkembangan dengan perubahan volume otak ini besar pengaruhnya bagi kecerdasan otak manusia.000 tahun volume otaknya tidak berkembang. Australopithecus yang mempunyai volume otak rata-rata 450 cm3 berevolusi menjadi manusia kera (Neandertal) yang mempunyai volume otak 1450 cm3.000 tahun volume otak itu bertambah 1000 cm3. Dari penelitian ini diperkirakan dalam waktu antara 400. 6 .000-500.000 .000.1450 cm3.

tidak sampai berabad-abad lagi.. kera-kera antropomorfus (menyerupai manusia). sedangkan ras-ras lain masih memiliki ciri-ciri "kera". dan berkesimpulan bahwa mereka lambat laun akan "disingkirkan" oleh "ras-ras beradab".KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT Darwin berpendapat bahwa orang-orang kulit hitam dan orang Aborigin Australia sama dengan gorila. dan ras-ras Eropa adalah yang paling "maju" di antara semua ras. Pada saat yang sama.. tak diragukan lagi akan musnah. TEORI EVOLUSI 7 . Ia berkata: Di masa mendatang. Darwinisme Sosial berpendapat bahwa ras-ras manusia berada pada tingkatan berbeda-beda pada "tangga evolusi". ras-ras manusia beradab hampir dipastikan akan memusnahkan dan menggantikan ras-ras biadab di seluruh dunia.

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT GOLONGAN MATERIALIS 8 .

Manusia hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan ini adalah peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Bila ini semua luput. perasaan dan kewujudan.”. Firman Allah SWT: “Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja. Dengan masa. minum dan tidur. Segala sentimen. Sesungguhnya dunia ini untuk makan. Tiada apa-apa lagi selepas itu. kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa. tulang.Surah al-Jaathiyah: ayat 24. darah. Kehidupan hanyalah pusingan hari-hari tertentu yang dapat diambil kesempatan untuk merasai kenikmatan sepenuhnya sebelum mati. kelenjar dan tisu-tisu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh. fikiran dan kudrat. urat. lama kelamaan manusia akan luput dan fana.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT GOLONGAN MATERIALIS Manusia hanyalah secebis daging. sistem saraf. 9 . maka selamat tinggallah dunia. keazaman dan kemahuan hanyalah kesan daripada adunan unsur-unsur bumi dan natijah daripada percampuran tanah dan air.

Tipitaka. dan timbullah matahari. semuanya memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa. Sutta Pitaka. Digha Nikaya. Segala makhluk tidak dapat dibezakan jantan betinanya.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA ASAL PENCIPTAAN MANUSIA Dalam Aganna Sutta. Setelah melalui proses dalam jangka waktu yang sangat lama. bulan dan bintang. tubuh para makhluk menjadi padat dan bentuknya ada yang indah dan ada yang hodoh sesuai dengan acuan sari tanah yang mereka makan. dapat dibaca bahawa bumi ini terdiri dari air dan gelap gelita. Akibat kelakuan para makhluk tersebut. Setelah sekian masa yang sangat lama. dan semuanya tergiur kepada sari tersebut. Segala makhluk yang tamak dan serakah mula menduduki bumi. maka cahaya tubuh mereka telah lenyap dan terus menghilang. namun. 10 . tanah dengan sarinya telah muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu.

Setelah waktu yang lama. keinginan pancaindera telah membakar mereka dan seterusnya. 11 . Setelah tumbuhan ini lenyap. maka muncullah tumbuhan dari tanah. Yang lelaki jelas kelihatan kelelakiannya dan yang wanita jelas kelihatan kewanitaannya. sesuai dengan acuan mereka makan. Lama-kelamaan sari tanah telah menghilang dan lenyap. muncul tumbuhan menjalar.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…) Mereka yang indah memandang rendah mereka yang hodoh. muncullah tanaman padi. maka tubuh mereka telah menjadi padat dan perbezaan bentuknya kelihatan lebih jelas. Kemudian mereka saling memperhatikan keadaan diri antara satu sama lain. dan kerana tumpuan perhatian yang semakin mendalam. setelah tumbuhan menjalar lenyap.

Tidak ada lagi karma yang menyebabkan kelahiran kembali setelah tercapai nirwana. 12 . tidak memperolehi yang dikehendaki dan lainlain. mati. Tujuan hidup adalah berjuang dan beramal untuk mencapai nirwana iaitu musnahnya semua nafsu dan kehendak.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA AJARAN BUDDHA MENGENAI MANUSIA 1. menjadi tua. 2. penyakit. Memusnahkan penderitaan adalah dengan melenyapkan perasaan dan menghilangkan nafsu serta kemahuan. 4. perpisahan.Kelahiran. Kehidupan ini adalah suatu penderitaan . 5. melemparkannya jauh-jauh dan mengikisnya dari kita. kehadiran yang dibenci. Penderitaan berpunca kemahuan dan hawa nafsu manusia 3. perpisahan. Hukum Karma: Nasib manusia sekarang ini ditentukan oleh perbuatan-perbuatannya dimasa kehidupan yang lalu.

iaitu roh sebagai asas yang menghidupkan segala makhluk. teja – cahaya. Lima jasad maujud atau panca maha bhuta. 13 . Pada mulanya alam ini kosong. alam semesta dicipta dalam suatu proses yang sangat panjang. iaitu akasa – angkasa. sama ada makhluk yang maujud mahupun yang mujarad. apah zat cair dan pretiwi . sering disebut sebagai zaman: “duk tan hana paran-paran an rawang an ruwung” yang bermaksud: “ketika itu belum ada apa-apa dan semuanya belum menentu.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU ASAL PENCIPTAAN MANUSIA Menurut paradigma Hindu. bayu – angin.zat padat . yang ada hanyalah Tuhan.” Dengan kuasa Tuhan telah mencipta unsur utama yang disebut Purusa.

seperti manis. Gabungan kelima-lima unsur ini telah menghasilkan wujud baru yang disebut Brahmanda. iaitu sukla . Semua unsur ini telah berpadu dengan unsur lain. maka terciptalah manusia. masin. pedas dan kelat. panca tanmatra dan panca maha bhuta.Proses penciptaan manusia adalah sari dari panca maha bhuta.benih lelaki dan swanita .benih perempuan.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…) Kelima-lima unsur alam ini pada mulanya masih dalam bentuk Paramanu atom. dasendria. pahit. Setelah alam semesta tercipta barulah Tuhan mencipta isinya. seperti haiwan. iaitu segala planet dan bintang sebagai sebahagian dari isi alam semesta. ahangkara. Sebatian kesemua unsur ini telah menghasilkan dua unsur benih kehidupan. masam. iaitu cita. budi. 14 . tumbuhan dan manusia. Yang demikian. iaitu enam jenis rasa. Brahmanda maknanya benda bulat berbentuk telur ciptaan Brahman.

yang bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan dirinya sendiri.” (Bhagavad-Gita iii Sloka 10). 15 . Dari akar kata Manu timbul kata manusia yang bermaksud keturunan Manu.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…) Manusia pertama ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah Syayambhumanu. maka manusia itu sendirilah yang berkembang. Selanjutnya. “Dahulu kala Prajapati mencipta manusia bersama Bhakti persembahannya dan berkata dengan ini engkau akan berkembang biak dan biarlah dunia ini menjadi sapi perahanmu. Manu maknanya berfikir. setelah manusia pertama tercipta atas kehendak Tuhan.

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU AJARAN HINDU MENGENAI MANUSIA 1. Cita-cita tertinggi manusia adalah berpisah selama-lamanya dari benda (material). Vasya dan Syudra). Kasta adalah berkaitan dengan Hukum Karma dan Kelahiran Semula. Manusia dibahagikan mengikut kasta (Brahmin. 4. Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai malapetaka dan penderitaan. Ksyatria. Falsafah Sangkya: Manusia akan terlepas dari penderitaan apabila insaf bahawa jiwanya tidak bersangkut-paut dengan benda. 3. 2. Falsafah Wedata: Manusia akan terlepas dari penderitaan ini apabila insaf sedalam-dalamnya bahawa jiwanya sebahagian dari Tuhan dan akhirnya jiwa manusia itu akan mati. rohnya tidak lagi dilahirkan semula bahkan bersatu dengan Tuhan. 5. 16 .

Pada hari ketujuh Tuhan berhenti mencipta dan beristirehat serta disucikannya hari itu. Dari tulang rusuk Adam diciptakan pula isterinya. Adam dijadikanNya dari tanah dan ditempatkan dalam Taman Eden. haiwan dan manusia dalam enam hari. 17 . Seekor ular (iblis) telah menipu Adam dan Hawa untuk memakan buah larangan. Mereka berdualah menjadi nenek moyang kepada segala manusia di muka bumi ini. Manusia pertama. Hawa.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA YAHUDI ASAL PENCIPTAAN MANUSIA Kitab Kejadian (Genesis) – Tuhan menciptakan alam dengan segala isi-isinya termasuk tumbuhan. Ini mengakibatkan kemurkaan Tuhan lalu dikeluarkan keduanya dari Taman Eden dan hiduplah mereka menempuh kesengsaraan hidup dunia biasa.

Manusia dianggap kotor atau bernajis apabila melakukan perkara-perkara tertentu seperti menjamah mayat (najis selama tujuh hari). Orang Yahudi menganggap mereka keturunan Nabi Yaaqub adalah puteraputera terpilih yang dimuliakan Tuhan berbannding bangsa-bangsa lain.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA YAHUDI AJARAN YAHUDI MENGENAI MANUSIA 1. melahirkan anak maka si ibu dianggap kotor (jika anak lelaki selama 40 hari dan jika anak perempuan selama 80 hari) dan sebagainya. 4. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati. 5. 18 . Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad 2. 3.

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN ASAL PENCIPTAAN MANUSIA Penciptaan alam dan manusia (Adam dan Hawa) pada perspektif agama Kristian sama dengan agama Yahudi kerana kedua-duanya merujuk kepada kitab Genesis dalam Perjanjian Lama. “seperti ada tertulis: manusia pertama. Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir. Adam menjadi mahluk yang hidup. demikianlah manusia itu menjadi mahluk yang hidup.” (1 korintus 15:45) 19 . Ia adalah manusia pertama.” (ge 2:7) Adam tidak dilahirkan oleh seorang perempuan. ADAM PERTAMA disebutkan sebagai berikut: “Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya.

Sejak itu. “sebab itu. tidak ada lagi manusia yang sempurna dalam dunia sepanjang zaman. bahkan semua manusia memiliki dosa dalam gen mereka yang boleh bermutasi atau diwariskan dalam keturunan manusia. demikianlah maut telah menjalar kepada semua orang. sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang dan oleh dosa itu juga maut.” (Roma 5:12) 20 . kerana semua orang telah berbuat dosa.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…) Namun Adam sebagai manusia pertama melakukan dosa dengan melanggar perintah Tuhan.

Adam sempurna yang boleh dikorbankan untuk menebus dosa. namun Jesus juga adalah manusia biasa seperti yang Tuhan maksudkan. Jesus adalah Tuhan yang maha agung itu. Jesus. sebagai peribadi Tuhan yang maha agung yang kedua dalam Tritunggal telah dilahirkan dari perut seorang perempuan untuk menjadi manusia biasa agar dapat dikorbankan dengan sempurna. Tuhan yang maha agung itu sendiri yang turun ke bumi dan hidup seperti manusia biasa. iaitu manusia ciptaan Tuhan yang sewajarnya tanpa dosa. Tuhan sendiri yang menumpahkan darah-Nya bagi menebus dosa Adam. Tuhan yang maha agung dan maha pencipta alam semesta ini akhirnya mati disalib di Kalvari. 21 .KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…) Menurut paradigma Kristian. Jesus adalah Tuhan yang maha pencipta itu. Tuhan telah menyediakan ADAM KEDUA.

Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad 2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati. Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderipaderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan dihadapannya. Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut. 3. 4. Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan. 5. 6. Dosa ini dikenali sebagai dosa warisan iaitu dosa yang dolakukan oleh Adam.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN AJARAN KRISTIAN MENGENAI MANUSIA 1. 22 .

Dari tanah yang panas dan berbau (hama’in masnun) . Islam juga menjelaskan bahawa manusia pertama adalah Adam a.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM ASAL PENCIPTAAN MANUSIA Sebagaimana Yahudi dan Kristian.Dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal kalfakkhar) . Al-Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang proses penciptaan Adam a.Dari tanah (at-turab) .s.Dari air .Dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib) .Dari pati tanah (at-tin) . Daripada Adam Allah menciptakan Hawa dan dari kedua-duanyalah berkembang biak zuriat keturunan manusia hingga ke hari ini. iaitu: .Meniupkan roh 23 .s.

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM ASAL PENCIPTAAN MANUSIA Zuriat keturunan Adam pula dijelaskan oleh Allah melalui proses berikut: .Meniupkan roh 24 .Menjadikan rupa bentuk manusia .Membalut tulang dengan daging .‘Alaqah .Nutfah .Tulang .Mudghah .

Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih (fitrah). 5. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad 2. Allah SWT. Menyediakan ganjaran pahala dan dosa atas setiap perbuatan manusia. 4. 3.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM AJARAN ISLAM MENGENAI MANUSIA 1. Perlakuan dosa manusia adalah tanggunggannya sendiri dan hak untuk mengampunkannya adalah hak mutlak Allah SWT. Manusia akan dibangkitkan di alam akhirat selepas mati. 25 .

Kenikmatan dunia adalah untuk digunakan oleh manusia dan menjadi bahan ujian untuk menentukan siapakah yang paling tinggi takwanya kepada Allah SWT. 8. 7. Sebaliknya manusia juga boleh turun darjatnya sama bahkan lebih rendah dari haiwan. 9. Allah SWT menyediakan potensi dan kelengkapan material dan spiritual kepada manusia untuk mencapai tingkat insan kamil. Manusia memikul dua tanggungjawab iaitu sebagai hamba Allah dan Khalifah Allah.KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM AJARAN ISLAM MENGENAI MANUSIA (samb…) 6. Manusia yang terbaik adalah yang paling tinggi takwanya kepada Allah. 26 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->