You are on page 1of 10

AIR BAWAH TANAH

Disediakan oleh: Siti Nadjwa Mohamad Munirah Mustafa

APAKAH AIR BAWAH TANAH?


Air bawah tanah merupakan air yang terdapat dalam tanah dalam ke dalam 1 meter dan seterusnya.

Namun, ada juga sesetengah pakar yang berpendapat bahawa air bawah tanah wujud dalam ke dalaman lebih kurang lebih daripada 20 atau 30 kaki dari permukaan bumi dan seterusnya.

DIMANAKAH IA TERHASIL?
Air bawah tanah umumnya terdapat dalam liang-liang pori atau celahan tanah atau batuan (yang retak atau ada sesetengah batuan yang boleh menyerap air dengan banyak) yang tersimpan dan mengalir dalam medium kawasan tersebut (sama ada tanah, pasir atau batuan).

DIMANAKAH IA TERHASIL?
Air bawah tanah yang mengalir dikenali sebagai akuifer (aquifer) dan ia wujud dalam pelbagai saiz.

INFO!!
Air bawah tanah adalah sumber yang masih belum diterokai sepenuhnya khususnya di Malaysia kerana negara ini masih memiliki banyak lagi sumber air permukaan untuk menampung keperluan masyarakatnya. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini banyak pihak telah menyedari tentang kepentingan air bawah tanah ini sebagai salah satu daripada sumber alam yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menampung keperluan manusia yang semakin bertambah ini.

INFO!!
Misalnya, ada di sesetengah kawasan seperti di Kelantan, air bawah tanah banyak digunakan untuk kegiatan domestik dan pertanian secara kecil-kecilan. Beberapa negara-negara lain seperti Bangladesh, Korea, China, Dubai dan Denmark turut menggunakan air bawah tanah bagi memenuhi keperluan masyarakat mereka.

MATAIR
Merupakan suatu jalan keluar bagi air dalam tanah yang tersimpan di dalam batu batan. Air tersebut akan merembes keluar secara perlahan-lahan ataupun keluar sebagai pancuran.

JENIS-JENIS MATAIR
1. Di kawasan berlapisan condong,tempat batu batan telap air berselang dengan batu batan tak telap air.

2. Pada batu batan yang bersendi teratur.


Air mungkin menyerap ke bawah dan akan keluar dari batu batan yang bersendi

3. Di cerun curam batu kapur


Air akan keluar dari kaki cerun curam itu

CABARAN AIR BAWAH TANAH


PENCEMARAN/AKTIVITI MANUSIA
aktiviti pembajaan dalam pertanian boleh menyebabkan sumber air bawah tanah mengandungi kandungan sulfat yang tinggi, kandungan klorida pula disumbangkan oleh sisa buangan perindustrian salur buangan (kumbahan) dan pelbagai lagi aktiviti yang mampu mencemarkan air bawah tanah ini sama ada melalui kaedah penyusutan dan larut resap serta pemindahan terus.

CABARAN AIR BAWAH TANAH


Aktiviti perbandaran, perindustrian, pertanian yang semakin pesat atau aktiviti guna tanah yang melampau adalah antara faktor yang dikenalpasti mampu mencemarkan sumber air bawah tanah

You might also like