KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DUNIA MUZIK
TAHUN SATU

2010

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU DUNIA MUZIK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2010 .

.

KANDUNGAN RUKUNEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH FOKUS MATA PELAJARAN ORGANISASI KANDUNGAN iii iii iv iv v v vi KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1 Objektif Dunia Muzik Tahun 1 Modul 1 : Pengalaman Muzikal Modul 2 : Penghasilan Muzik Modul 3 : Apresiasi Muzik Glosari 2 3 7 9 13 .

.

berikrar akan Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. rakyat Malaysia. berketerampilan. berakhlak mulia. mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. MAKA KAMI. masyarakat dan negara. demokratik. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak.RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya. rohani. membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN iii . memelihara satu cara hidup FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip berikut :- kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga.

PENDAHULUAN Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan MATLAMAT Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal. program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Kurikulum ini digubal dengan memberi tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Bagi mencapai tujuan tersebut. iv . kurikulum ini dibina dengan memberi tumpuan kepada empat modul utama iaitu Pengalaman Muzikal. Apresiasi Muzik serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik. Penghasilan Muzik.

menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal. FOKUS MATA PELAJARAN Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum dengan peratus pengagihan kandungan seperti berikut. Modul Apresiasi Muzik (10%) v. Modul Penghasilan Muzik (20%) iii. menghargai pelbagai jenis muzik dengan Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya. dan Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10% bermula di Tahun 4) vi. iv. membaca dan menulis notasi muzik. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian. menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik yang didengar. gerakan dan permainan alat muzik. ii. i. gerakan dan bermain alat muzik. gerakan dan permainan alat muzik. Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran. v .OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut. Modul Pengalaman Muzikal (60%) Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian. Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik.

Tema-tema ini dirancang sebagai platform awal kepada murid untuk mengenali dan menguasai kemahiran muzikal. Lajur Standard Pembelajaran menunjukkan kemahiran yang harus dikuasai murid. Kandungan dokumen ini disusun berasaskan modul kurikulum berikut: i. Susunan ini bertujuan memudahkan kandungan kurikulum diorganisasikan. Mulanya Di Sini dan Alunan Muzik Ku.ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan iaitu dari tahun satu hingga tahun enam. iii. Murid berpeluang berkarya secara kreatif dan seterusnya menghargai nilai estetik muzik. Tema-tema tersebut ialah Aku dan Muzik. Muzik diajar dengan pendekatan bertema yang menitik beratkan elemen-elemen kreativiti. Setiap modul kurikulum dinyatakan dalam dua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. vi . Dari tahun tiga hingga enam. fokus pengajaran dan pembelajaran murid akan diperluas kepada permainan alat muzik berpic iaitu rekorder dan xylofon serta pengenalan Susunan modul kurikulum ini tidak mengikut hierarki tetap. ii. kepada penggunaan perisian notasi muzik. iv. Lajur Standard Kandungan mengandungi ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Pengalaman Muzikal Penghasilan Muzik Apresiasi Muzik Membaca dan Menulis Notasi Muzik Dari tahun satu hingga tiga.

KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1 .

iii.OBJEKTIF DUNIA MUZIK TAHUN 1 Kurikulum Dunia Muzik Tahun 1 bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut. 2 . iv. mud serta lirik. memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo. dan vi. menghasilkan pelbagai bunyi. tempo. i. mengenal pasti mud. memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik. tempo. v. corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal. mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar. menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo. ii. tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar. bunyi panjang dan pendek. pic.

KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1 MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL Murid menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo.suara memanggil .suara berbisik . Murid memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik.suara menyanyi .1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul. pic. Murid memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo.suara lelaki dan perempuan 3 . bunyi panjang dan pendek. tempo. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1. 1.1. mud serta lirik. .suara bercakap .1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan.

2 Menyanyi dengan postur yang betul.5 Menyanyi dengan dinamik. .1.3 Mengajuk pic dengan tepat.lembut ( p ) .4 Menyanyi mengikut tempo.cepat .pic rendah 1.STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1. . .1.1.1.pic tinggi .postur berdiri 1.lambat 1.postur duduk .kuat ( f ) 4 . .

cara memainkan 1. 1. . .STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Memainkan perkusi mengikut detik.2.2.2.kuat ( f ) 5 .3 Memainkan perkusi dengan dinamik.1.2 Memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada pelbagai repertoir. 1.lembut ( p ) .cepat . .u yang betul.2 Memainkan perkusi mengikut tempo.o.lambat 1.6 Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a.postur .e.i.

1.3.2 Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud muzik.tempo cepat/ lambat . .3.permainan nyanyian (singing games) 6 .lagu aksi (action song) .bunyi panjang/ pendek 1.STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1. .dinamik kuat/ lembut .3 Membuat pergerakan mengikut muzik.pic tinggi/ rendah .1 Membuat pergerakan berdasarkan dinamik. pic. tempo dan bunyi.

meniru suara haiwan . corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal.klik lidah 7 . perkusi badan dan perkusi mulut.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif 2.meniru bunyi kenderaan dan alam semula jadi Aktiviti perkusi badan: .1. Aktiviti penerokaan suara: .menepuk peha .bertepuk tangan . STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK Murid menghasilkan pelbagai bunyi.memetik jari Aktiviti perkusi mulut: .

1.mencipta „jawapan‟ kepada „soalan„ irama yang diberikan 2. . .STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.mengajuk corak irama .3 Mencipta melodi mudah menggunakan vokal sepanjang 1 frasa.1.2 Mencipta corak irama mudah.mengajuk melodi .mengimprovisasi „jawapan‟ kepada „soalan‟ melodi yang diberikan 8 .

3. tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.1 Mengenal pasti warna ton suara manusia yang didengar. . sedih. marah dan takut) . tempo. suara kanak-kanak.1 Menghayati muzik daripada pelbagai repertoir.suara lelaki.mud (riang. tempo.2 Mengenal pasti mud.1.tekstur (solo-kumpulan dan nipis-tebal) . STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.tempo (cepat-lambat) .1.MODUL 3 : APRESIASI MUZIK Murid mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar. suara perempuan. suara dewasa. . tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.dinamik (kuat-lembut) 9 . Murid mengenal pasti mud. - Muzik Popular Muzik Tradisional Malaysia Muzik Klasik Barat Muzik Asia 3.

.

GLOSARI .

.

GLOSARI KURIKULUM DUNIA MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 1 PERKATAAN PENERANGAN Dinamik (Dynamic) Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Contoh Melodi: 13 . Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur. Antara istilah yang digunakan ialah : Istilah Piano Forte Simbol Makna Bunyi lembut Bunyi kuat p f Lagu aksi (Action song) Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.

14 . duet. ensembel muzik. Muzik instrumental (Instrumental Music ) Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal.PERKATAAN PENERANGAN Mud (Mood) Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: kompang.5 oleh Beethoven. Muzik Tradisional Malaysia (Malaysian Traditional Music) Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia. Muzik instrumental boleh dipersembahkan secara solo. Muzik Popular (Popular Music ) Muzik semasa yang dikenali ramai. Ghazal dari Malaysia b. Contoh: Symphony No. Gamelan Bali dari Indonesia. Muzik Klasik Barat (Western Classical Music) Muzik klasik yang berasal dari negara Barat. Contoh: mud riang atau mud sedih. rebana ubi. Muzik Asia (Asian Music) Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah: a. wayang kulit. muzik kamar atau orkestra. dan dikir barat.

15 . Contoh: Tempo cepat atau lambat. Teknik konvensional Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik. Repertoir (Repertoire) Koleksi lagu. Lagu khusus untuk permainan tertentu. Postur (Posture) Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat muzik. Contoh : Lagu “Nenek Si Bongkok Tiga” Permainan Nyanyian (Singing Games) Pic (Pitch) Bunyi tinggi. Tempo (Tempo) Kelajuan sesuatu karya muzik.PERKATAAN PENERANGAN Muzik Vokal (Vocal Music ) Muzik yang mengandungi nyanyian. rendah dan sederhana.

16 . Warna ton (Colour Tone ) Kualiti sesuatu bunyi yang dihasilkan. Contoh: Warna ton suara lelaki berbeza dengan warna ton suara perempuan.PERKATAAN PENERANGAN Tekstur (Texture) Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik.

.

my/bpk . BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA Tel 03 8884 2000 Fax 03 8888 9917 http://www.KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUUM ARAS 4 – 8.moe.gov.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.