You are on page 1of 27

PROTOKOL DALAM PENGURUSAN MAJLIS

PENDAHULUAN Aspek protocol dalam pengurusan pelbagai majlis rasmi atau formal akan meliputi perkara-perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 1. Jawatankuasa Tempat Majlis Penyediaan Senarai Jemputan Aturcara Majlis Kesesuaian Pakaian Dalam Majlis Penulisan Dan Pengedaran Kad Jemputan Pemilihan Menu Susunan Keutamaan Panggilan Hormat Susunan Tempat Duduk Pengacaraan Majlis Formal Penyediaan Aturcara Pentadbiran Peranan Penyambut Tetamu Raptai Nilai-Nilai Islam Post-Mortem JAWATANKUASA Dalam perlaksanaan sesuatu majlis, jawatankuasa adalah penting. Jawatankuasa yang dimaksudkan di sini bukanlah jawatankuasa yang ditubuhkan khas untuk sesuatu majlis atau jawatankuasa yang ditubuhkan secara `adhoc, tetapi satu jawatankuasa tetap yang mempunyai ahli yang terhad bilangannya dan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan. Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi atau `Official Functions Committee. Jawatankuasa ini mempunyai ahli-ahli seperti berikut: Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Ahli-Ahli -i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri. Ketua Protokol, Kementerian Luar Negeri Setiausaha Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri. Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Perdana Menteri. Pengarah Belanjawan, Kementerian Kewangan. Pengarah Jabatan Kerja Raya, Wilayah Persekutuan. Ketua Pengarah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pengarah Pengurusan, Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman. Ketua Staff Jawatan Anggota, Kementerian Pertahanan. Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan.

Bahagian Istiadat di Jabatan Perdana Menteri menjadi urusetia kepada Jawatankuasa ini. Bagi melicinkan pelaksanaan perjalanan sesuatu majlis di peringkat agensi maka adalah perlu setiap agensi mempunyai satu jawatankuasa majlis rasmi yang tetap yang akan merancang dan

melaksanakan semua majlis rasmi bagi agensi berkenaan. Bilangan ahlinya terhad, jika boleh tidak melebihi dari tujuh orang, dan terdiri daripada pegawai agensi yang berkenaan sahaja. Majlis Rasmi boleh dibahagikan kepada 5 peringkat iaitu: a. b. c. d. e. 2. Peringkat Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Peringkat Negeri Peringkat Daerah Peringkat Agensi (Kementerian, Jabatan, Universiti, Maktab, Pusat Latihan, Swasta dan Sebagainya).

TEMPAT MAJLIS Penentuan tempat majlis adalah perlu dibuat awal kerana tempat majlis ada kaitannya dengan bilangan tetamu dan anggaran perbelanjaan. Perkara-perkara penting yang mesti diambilkira dalam penentuan tempat majlis adalah seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) Diketahui umum dan mudah dituju Mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi Mempunyai ruang legar yang luas Mempunyai kemudahan asas yang mencukupi Sesuai dengan jenis majlis yang hendak diadakan.

Ada majlis yang diadakan di dalam dewan dan ada majlis yang diadakan di luar dewan seperti di stadium terbuka, di padang atau di khemah khas atau di dalam masjid. Penggunaan protokol adalah tertakluk kepada jenis majlis dan juga tempat majlis itu diadakan. Biasanya majlis yang diadakan di tempat yang terbuka dan juga di tempat ibadat penggunaan protokol adalah terhad dan adakalanya terpaksa diubahsuai. 3. PENYEDIAAN SENARAI JEMPUTAN Bagi setiap majlis, hendaklah disediakan dalam 5 bentuk iaitu: i) ii) iii) iv) v) Ringkasan senarai Senarai nama Senarai mengikut keutamaan Senarai jawapan kehadiran Senarai hadir

Senarai pertama ialah Ringkasan Senarai. Ia merupakan senarai kategori dan bilangan tetamu. Misalnya bagi Peringkat Persekutuan: a. b. c. d. e. Menteri-Menteri Timbalan Menteri Ketua Setiausaha Kementerian Pengarah di Kementerian-Kementerian Ketua-Ketua Jabatan JUMLAH 4 2 4 50 40 100

Di peringkat Agensi seperti di Universiti: a. b. c. d. e. f. Naib Cansselor Timbalan Naib Canselor Dekan Timbalan Dekan Ketua Jabatan Pensyarah JUMLAH 1 3 10 6 30 50 100

Tujuan mengadakan senarai ringkas ini adalah supaya secara selayang pandang dapat diketahui kategori tetamu, bilangannya, kombinasi dan peringkat tetamu. Senarai kedua ialah Senarai Nama yang akan menyenaraikan nama-nama tetamu mengikut kategori. Jika dalam kategori menteri ada senarai 4 orang menteri maka nama 4 orang menteri yang akan dijemput hendaklah ditulis. Senarai nama ini bukanlah setakat nama sahaja tetapi hendaklah mengandungi butir lain yang lengkap seperti:

i) ii)
iii)

iv)
v)

vi)
vii)

viii)

Nama penuh dengan gelaran dan Darjah Kebesaran yang disandang (jika ada) Nama isteri (jika diketahui) Jawatan atau pangkat Alamat pejabat (lengkap dengan poskod) Nombor telefon pejabat Alamat rumah (lengkad dengan poskod) Nombor telefon rumah Nama setiausaha Sulit dan nombor telefon (jika ada)

Senarai ketiga ialah Senarai Mengikut Susunan Keutamaan iaitu senarai tetamu dari senarai kedua tadi disusun mengikut susunan keutamaan. Senarai ini hendaklah mengikut panduan dari Susunan Keutamaan Persekutuan atau negeri, atau agensi mana yang berkenaan. Dalam menyediakan senarai ini tidak perlu ditulis secara terperinci dan memadai namanya sahaja serta ringkasan jawatan. Misalnya: i) Dato Ali bin Mohamad (KP) ii) Datuk Mohd Nor bin Hasyim (KPP) iii) Encik Mohd Alias bin Harun (PP) dan seterusnya. Senarai keempat ialah Senarai Jawapan Kehadiran. Senarai ini adalah sama dengan senarai ketiga tetapi ditambah dengan dua ruangan di sebelah kanan untuk ditandakan hadir dan tidak hadir. Ruang ini hendaklah serta-merta ditandakan, sebaik sahaja menerima jawapan hadir atau tidak hadir. Dengan ini senarai ini dapat diketahui pada sebarang masa tetamu yang menjawab hadir atau tidak hadir, ataupun yang belum memberi jawapan. Senarai kelima ialah senarai yang terakhir dan mengandungi Senarai Tetamu Yang Menjawab Hadir Sahaja. Senarai ini adalah diambil dari senarai keempat dengan mengeluarkan nama-nama tetamu yang telah menjawab tidak hadir. Penyambut tetamu dalam sesuatu majlis akan menggunakan senarai ini untuk menjalankan tugasnya. Nombor kerusi tetamu biasanya tercatit dalam senarai ini.

4.

ATURCARA MAJLIS Aturcara majlis ialah urutan cara dalam sesuatu majlis dari mula hingga akhir. Majlis rasmi kerajaan yang diadakan pada sebelah malam hendaklah dimulakan selepas 8.00 malam dan ditamatkan selewat-lewatnya jam 11.30 malam. Majlis yang diadakan pada sebelah siang jika hari Jumaat hendaklah ditamatkan sebelum 12.15 tengahari dan jika dimulakan pada sebelah petang hendaklah tidak lebih awal daripada 2.45 petang. Cara membuat aturcara majlis ialah dengan menyenaraikan dahulu acaranya mengikut urutannya. Lepas itu letak masa akhirnya dan kemudian dari waktu akhir membawa ke waktu permulaan. Sebelum itu hendaklah ditentukan jangka masa bagi setiap acara.

5.

KESESUAIAN PAKAIAN DALAM MAJLIS Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis tersebut. Tahap atau kategori majlis adalah seperti berikut: i) ii) iii) iv) Majlis penuh istiadat Majlis formal Majlis separuh formal Majlis tidak formal

Kesesuaian pakaian bagi pelbagai majlis adalah seperti berikut: a) MAJLIS Bankuet Negara atau Negeri PEREMPUAN Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon i) Baju Kurung berselendang ii) Baju Kebaya Labuh Berselendang i) Baju Kurung ii) Baju Kebaya Labuh Baju Melayu Moden i) Baju Kebaya ii) Baju Kurung LELAKI Mess Kit/White Tie/ Baju Kebangsaan Rasmi dengan Darjah Kebesaran i) Baju Kebangsaan Hitam ii) Black Tie i) Baju Kebangsaan ii) Lounge Suit Baju Batik Lengan Panjang i) Baju Batik Lengan Panjang ii) Lounge Suit iii)Pakaian Kerja Baju Batik Lengan Panjang i) Baju Batik Lengan Panjang ii) Lounge Suit iii)Pakaian Kerja

b)

Jamuan Makan Malam Rasmi oleh Ketua Negara Atau Ketua Kerajaan Jamuan Makan Malam Formal Jamuan Makan Malam Tidak Formal Jamuan Makan Tengahari Rasmi

c) d) e)

f) g)

Jamuan Makan Tengahari Tidak Rasmi Jamuan Teh Rasmi

Baju Melayu Moden i) Baju Kurung ii) Baju Kebaya Labuh

h)

Pengurnian Darjah Kebesaran

Baju Kurung atau Kebaya labuh, berselendang dan tidak sedondon

i) Pakaian Istiadat ii) Baju Kebangsaan Rasmi iii)Baju Kebangsaan Hitam i) Pakaian Istiadat ii) Baju Kebangsaan Rasmi i) Baju Batik Lengan Panjang ii) Bush-jacket iii)Pakaian Kerja i) Pakaian Istiadat ii) Baju Kebangsaan Rasmi i) Lounge Suit gelap dan bersongkok ii) Baju Kebangsaan i) Baju Batik Lengan Panjang ii) Lounge Suit i) Baju Kebangsaan ii) Baju Batik Lengan Panjang iii)Lain-lain pakaian yang sesuai Baju Kebangsaan

i)

Istiadat Pertabalan

Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon i) Baju Kebaya ii) Baju Kurung

j)

Hari Ulang Tahun Kemerdekaan

k)

Pembukaan Persidangan Parlimen Mengadap Tuanku

Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon i) Baju Kebaya ii) Baju Kurung Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon

l)

m)

Cocktail dan Reception

n)

Tilawah Al-Quran

o)

Pengebumian

Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon Pakaian Kerja Baju Kurung Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon Wanita Islam dikehendaki berbaju Kurung atau Kebaya Labuh dan berselendang putih atau bertudung putih manakala

p) q) r)

Majlis anjuran agensi (siang) Majlis di luar dewan seperti Perasmian Sukan Anugerah Sastera Negara dan Anugerah Seni Negara Kemangkatan

Pakaian Kerja Baju Batik Lengan Panjang i) Baju Kebangsaan Hitam ii) Lounge Suit warna Gelap Bagi orang Islam hendaklah berpakaian baju Kebangsaan Hitam bersamping dan bersongkok hitam dililit

s)

wanita bukan Islam hendaklah berpakaian sempurna dan sopan serta bertudung hitam.

kain putih selebar 3.8 4.0 sentimeter manakala bukan Islam berpakaian kot gelap dan bertali leher hitam dengan lilitan hitam 8.5 8.9 sentimeter dipakai di sebelah atas lengan kiri.

6.

PENULISAN DAN PENGEDARAN KAD JEMPUTAN Kad Jemputan hendaklah mengandungi butir-butir berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Nama majlis Penganjur atau yang menjemput Logo agensi Tempat majlis Ruang nama jemputan Tarikh majlis diadakan Masa majlis bermula dan masa majlis berakhir Masa ketibaan tetamu Panduan pakaian Nama dan nombor telefon rujukan Aturcara majlis (mengikut keperluan) Plan tempat majlis (mengikut keperluan) Kad jawapan (mengikut keperluan)

xi. xii. xiii.

Nama tetamu di kad jemputan hendaklah ditulis dengan tangan manakala sampulnya ditaip dan diedarkan 4 minggu sebelum majlis diadakan dan tarikh jawapan diterima ialah seminggu sebelum majlis diadakan. Jika masa lewat iaitu kurang dari dua minggu kad-kad jemputan hendaklah dihantar dengan tangan. Kad jemputan hendaklah mengandungi kad jawapan dan pelekat kereta serta plan lokasi (jika perlu). Sampul surat jemputan, kad jemputan dan kad jawapan hendaklah mempunyai bilangan mengikut Susunan Keutamaan. 7. PEMILIHAN MENU Terdapat tiga kategori jamuan iaitu: a) b) c) Jamuan ringan dalam sesuatu majlis Majlis khas jamuan ringan Jamuan makan

Jamuan ringan dalam sesuatu majlis ialah jamuan yang diadakan di pertengahan majllis ataupun di penghujung majlis. Biasanya diadakan di penghujung majlis. Jika majlis mengambil masa yang lama maka diadakan jamuan ringan di pertengahan majlis iaitu masa rehat. Menu bagi jamuan ini tidak perlu berat dan jenisnya pula mengikut cara jamuan itu diadakan samada:

i. ii. iii.

Buffet berdiri Buffet duduk Duduk

Buffet berdiri ialah majlis yang tiada langsung kerusi disediakan. Tetamu akan mengambil hidangan secara bergilir dan beredar untuk menikmati makanan. Menu yang disediakan

hendaklah yang senang dimakan. Makan yang berbungkus tidak sesuai. Cara buffet duduk adalah tetamu mengambil hidangan secara bergilir dan kemudian duduk di kerusi yang telah disediakan. Kadangkala meja ada disediakan. Menu bagi majlis ini boleh terdiri daripada jenis makanan yang susah sedikit untuk dimakan dan berasa sedikit. Bagi jamuan cara duduk bolehlah disediakan menu yang berat kerana tetamu senang untuk makan dan berasa selesa. Majlis khas jamuan ringan biasanya diadakan secara duduk dan dengan ini boleh disediakan menu yang lebih berat dari jenis buffet. Walau bagaimanapun kombinasi kuih muih hendaklah mengikut prinsip, manis-pedas, berbungkus-terbuka, warna-warni, keras-lembut dan sebagainya. Menu bagi majlis jamuan makan pula terbahagi kepada dua iaitu: a. b. Menu biasa Menu barat

Makanan Cina atau `Chinese Food tidak sesuai bagi majlis rasmi dan formal sebab cara penghidangannya sukar mengikut amalan protokol di Malaysia. Menu Biasa yang mengandungi nasi dan lauk pauk adalah sesuai untuk majlis yang tetamunya ialah orang-orang tempatan manakala Menu Barat hanya digunakan apabila terdapat ramai tetamu luar negera atau majlis tersebut khas diadakan untuk tetamu luar negera. 8. SUSUNAN KEUTAMAAN Dari segi protokol, keutamaan yang perlu diikuti dalam majlis rasmi dan formal ialah keutamaan yang diwartakan sebagai Susunan Keutamaan Persekutuan dengan pindaan-pindaan yang telah diluluskan dari semasa ke semasa. Di peringkat negeri pula hendaklah mematuhi Susunan Keutamaan Negeri yang berkenaan. Susunan Keutamaan Persekutuan yang diterima-pakai sekarang ialah Susunan Keutamaan Persekutuan yang diwartakan sebagai P.U.(B) 456 bertarikh 3 Oktober 1985 dan pindaan-pindaan yang diluluskan selepas tarikh tersebut manakala susunan keutamaan negeri ialah Susunan Keutamaan Negeri yang diluluskan oleh pihak negeri. Susunan ini hendaklah diamalkan di semua majlis formal seperti aturan ketibaan dan balik, tempat duduk, teks juruacara, teks ucapan dan lain-lainnya. Susunan Keutamaan Persekutuan yang dipakai sekarang bertarikh 22 Januari 1998 adalah sepertimana Senarai Susunan Keutamaan Persekutuan 1 70. 9. PANGGILAN HORMAT Panggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap tetamu kehormat dan para jemputan. Panggilan ini juga hendaklah diamalkan dalam teks juruacara dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Panggilan Hormat yang menjadi amalan sekarang ialah seperti di bawah ini: Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. Jawatan Yang Di Pertuan Agung Raja Permaisuri Agung Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri/Timbalan Menteri/ Setiausaha Parlimen Yang di-Pertua Dewan Panggilan Hormat untuk penyandang Seri Paduka Baginda Seri Paduka Baginda Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Berhormat Panggilah Hormat untuk pasangan

Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Berbahagia

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23.

24. 25. 10.

Negara/Dewan Rakyat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara/Rakyat Ahli Parlimen Tun dan Toh Puan Tan Sri dan Puan Sri Dato, Datuk dan Datin (Kecuali Negeri Johor) Ketua Hakim Negara Hakim Besar Malaya/ Borneo Hakim Mahkamah Agung/ Tinggi Ketua Setiausaha Negara Panglima Angkatan Tentera Ketua Polis Negara Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ketua-Ketua Setiausaha Speaker Dewan Undangan Negeri Menteri Besar/Ketua Menteri Ahli Dewan Undangan Negeri Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Kewangan Negeri Dan Penasihat UndangUndang Negeri Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri Raja/Tengku SUSUNAN TEMPAT DUDUK

Yang Berhormat Yang Berhormat Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Amat Arif Yang Arif Yang Arif Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Berhormat Yang Berhormat

Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Amat Berbahagia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia

Yang Berbahagia Yang Mulia

Yang Berbahagia Yang Mulia

Dalam majlis rasmi dan formal susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan keutamaan yang diwartakan. Jika majlis diadakan di negeri dan tetamu pula terdiri daripada tetamu persekutuan dan negeri maka satu persetujuan hendaklah dicapai antara Protokol Persekutuan dan Protokol Negeri mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan. Dalam apa jua majlis kecuali Majlis Konvokesyen Universiti dan jamuan makan, tetamu yang duduk di pentas atau meja khas hendaklah dihadkan. Contoh-contoh susunan tempat duduk adalah seperti dalam rajah-rajah berikut: (1)
Kanan Tetamu Kehormat Kiri Tetamu Kehormat

Rajah 1 merupakan bentuk susunan tempat duduk secara sebaris di mana tetamu kehormat bersebelahan dengan tetamu lain. Bilangan (1) iaitu tetamu kehormat manakala bilangan (2) hingga (5) ialah tetamu lain. Tetamu yang paling hampir ialah tetamu yang duduk di bilangan (2) dan (3). Dalam keadaan ini tetamu yang duduk di sebelah kanan tetamu kehormat merupakan tetamu yang paling kanan sekali selepas tetamu kehormat. (2)
2 Kanan Tetamu Kehormat 1 3 Kiri Tetamu Kehormat

Rajah 2 menunjukkan bahawa bilangan (1) ialah tetamu kehormat manakala bilangan (4) hingga seterusnya merupakan tetamu lain. Tetamu di bilangan (4) dan (5) adalah merupakan tetamu yang terkanan yang duduk bersetentangan dengan tetamu kehormat kerana kedudukan yang paling hampir dengan tetamu kehormat selepas bilangan (2) dan (3). Dalam keadaan ini bilangan (4) adalah lebih kanan daripada bilangan (5) kerana bilangan (4) ialah di sebelah kanan tetamu kehormat. (3)
4 2 1 3 5 Kiri Tetamu Kehormat 7 9 11

Kanan Tetamu Kehormat 6 8 10

Rajah 3 menunjukkan bahawa bilangan (1) ialah tetamu kehormat dan bilangan (2) hingga (5) ialah tetamu yang duduk di pentas khas manakala bilangan (6) hingga (11) ialah tetamu yang lain. Kedudukan ini secara seiring. Dalam situasi ini tetamu di bilangan (6) dan (7) ialah tetamu yang terkanan selepas tetamu bilangan (4) dan (5) kerana mereka duduk berhampiran dengan tetamu kehormat walaupun secara mengiring. Di antara bilangan (6) dan (7), bilangan 6 ialah lebih kanan kerana ia di sebelah kanan tetamu kehormat. Kekananan bermula dari sebelah tetamu kehormat hanya terpakai bagi bilangan angka ganjil (3), (5), (7) dan seterusnya. Bagi bilangan angka genap pula, kekananan bermula dari sebelah kiri tetamu kehormat.

(4)
3 Kanan Tetamu Kehormat 1 2 4 Kiri Tetamu Kehormat

Rajah 4 menunjukkan bahawa kekananan bermula dari kiri tetamu kehormat kerana jumlah bilangan tetamu di pentas ialah angka genap. (5)
Suami 3 Pasangan 3
Pasangan 1

Suami 2

Suami 1

Isteri 1

Isteri 2

Isteri 3

Pasangan 2

Rajah 5 menunjukkan semua isteri duduk dalam deretan sebelah kiri manakala semua suami duduk dalam deretan sebelah kanan. Jika jemputan tersebut atas nama isteri dan suami hadir kerana mengikut jemputan isteri, maka kedudukannya berlainan sedikit iaitu suami akan mengambil tempat duduk dalam deretan isteri. (6)
Suami 3 Isteri 2 Suami 1 Pasangan 1 Pasangan 2 Pasangan 3 Isteri 1 Suami 2 Isteri 3

Rajah 6 menunjukkan keadaan di mana tetamu nombor (2) ialah perempuan dan kerana jemputan di atas namanya, maka suaminya duduk di deretan isteri tetamu lain. Ini menunjukkan bahawa status isterinya pada masa itu lebih tinggi dari suaminya. Bagi tetamu yang tidak di pentas khas, kekananan bermula dari sebelah kanan tetamu kehormat.

(7)

Pasangan 3 Pasangan 2

Pasangan 1

3 (S) 6 5 4

2 (S) Suami 3 2

1 (S) 1

1 (I) 1 2

2 (I)

3 (I) Isteri 3 4

12 18

11 17

10 16 A

9 15

8 14

7 13

7 13

8 14

9 15 B

10 16

11 17

12 18

Rajah 7 menunjukkan bahawa semua suami atau yang dijemput duduk di sebelah Blok A manakala isterinya (atau pasangan hidupnya, jika jemputan nama isteri) duduk di Blok B pada umumnya semua suami duduk di Blok A dan semua isteri duduk di Blok B mengikut susunan keutamaan masing-masing. Susunan keutamaan suami mengikut susunan keutamaan isteri dan susunan keutamaan isteri mengikut susunan keutamaan suami. (8)
3 (5) I S I (3) S (9) I S (1) I (7) I S S S S (8) I 2 1 (2) I S (10) S I 4 (4) I S (6) I

(11) I S

(12) S I

(17) I S

(15) I S A

(13) I S

(14) S I

(16) S I B

(18) S I

Rajah 8 menunjukkan kedudukan suami isteri dalam majlis di mana susunan tempat duduk diatur suami duduk bersama isteri. Biasanya tidak semua tempat duduk ditentukan, oleh itu mereka yang tidak ditentukan tempatnya duduk secara bebas tetapi mengikut siapa yang tiba dahulu dan cara suami bersama isteri. (9)

Isteri Tuan Rumah

Tetamu Kehormat

Tuan Rumah

Isteri Tetamu Kehormat

MEJA KHAS

Rajah 9 menunjukkan kedudukan tetamu kehormat dan tuan rumah serta isteri masing-masing. Dalam keadaan demikian, tetamu kehormat akan berpeluang untuk bercakap dengan orang lain iaitu di sebelah kanannya isteri tuan rumah manakala di sebelah kirinya tuan rumah. Bagi tuan rumah pula, kanannya ialah tetamu kehormat manakala di sebelah kirinya ialah isteri tetamu kehormat. ( 10 )
Suami Isteri Suami Isteri Suami Suami Isteri Isteri Isteri Suami

10

MEJA KHAS

Suami Isteri Duduk Berjauhan dan Berselang Rajah 10 menunjukkan kedudukan bagi tetamu lain yang duduk di meja khas, suami isteri hendaklah duduk berjauahan dan berselang seperti dalam rajah.

( 11 )

11 (I)

9 (S)

7 (I)

5 (S)

3 (I)

1 (S)

2 (S)

4 (I)

6 (S)

8 (I)

10 (S)

12 (I)

MEJA KHAS

Rajah 11 menunjukkan kedudukan suami isteri bersebelahan di mana kedudukan tetamu kehormat dan tuan rumah tidak berubah. ( 12 )

11 (S)

9 (I)

7 (S)

5 (I)

3 (S)

1 (S)

2 (I)

4 (I)

6 (S)

8 (I)

10 (S)

12 (I)

MEJA KHAS

Wanita Tidak Duduk di Hujung Meja Khas Rajah 12 menunjukkan bahawa bilangan (10) ialah lelaki dan bilangan (12) ialah perempuan dan ini boleh ditukar iaitu bilangan (10) berpindah ke bilangan (12) dan bilangan (12) berpindah ke bilangan (10). Andainya perbezaan status mereka terlampau jauh, maka hendaklah dibiarkan. Pertukaran hanya dibuat apabila status mereka lebih kurang sama.

( 13 )
4 2 1 3 5

MEJA KHAS

S 1 I

S 2 I 4

S I

S 3 I

S 5 I MEJA PANJANG S 9 I

S 6 I 8

S I MEJA PANJANG

S 7 I

S 10 I 12

S I

S 11 I

S 13 I

S 14 I 16

S 15

S 17 I

S 18 I 20

S 19

Suami Isteri Bersebelahan

Rajah 13 menunjukkan susunan suami isteri secara bersebelahan. S (Suami) dan I (Isteri). Angka menunjukkan susunan keutamaan. ( 14 )

9 (S)

7 (I)

5 (S)

3 (I)

1 (S)

2 (S)

4 (I)

6 (I)

8 (S)

10 (I)

MEJA KHAS

10

12

11

13

14

16

15

17

18

20

19

21

22

24

24

25

26

28

27

29

30

32

31

33 37

S I

S I

34 38

36 40

S I

S I

35 39

Suami Isteri Berhadapan Berselang

Rajah 14 menunjukkan susunan tempat duduk diatur suami isteri berhadapan berselang. S (Suami) dan I (Isteri). Angka menunjukkan Susunan Keutamaan. Di meja khas elakkan wanita duduk di hujung meja. ( 15 )
ISTERI BERSEBELAHAN DENGAN SUAMI 1 Tetamu Utama 2 Tuan Rumah

3 Isteri Tetamu Utama

4 Isteri Tuan Rumah

5 Suami

6 Suami

Isteri

Isteri

Isteri Bersebelahan Dengan Suami Rajah 15, Jika tetamu utama dan tuan rumah duduk bersebelahan dengan isteri masing-masing maka tetamu-tetamu yang lain pun duduk sedemikian seperti dalam rajah. Ini adalah bagi meja utama. ( 16 )
ISTERI DUDUK BERSILANG 1 Tetamu Utama 3 Tuan Rumah

2 Isteri Tuan Rumah

4 Isteri Tetamu Utama

5 Suami

6 Suami

7 Isteri

8 Isteri

Isteri Duduk Bersilang

Rajah 16, Jika di meja utama tetamu utama dan tuan rumah duduk bersilang dengan isteri masing-masing maka tetamu yang lain juga mengikut cara demikian seperti dalam rajah. ( 17 )
SUSUNAN MEJA BULAT BAGI MAJLIS DIRAJA PENTAS

22 12 20 8 18 4 16

14 10 6 2 PENTAS TARIAN BUDAYA

13 11 9 7 5 3 1

21 19 17 15

MEJA UTAMA

Susunan Meja Bulat Bagi Majlis DiRaja Rajah 17 menunjukkan jika majlis yang berkenaan majlis rasmi yang dihadiri oleh DiRaja, meja hendaklah tinggi sedikit dari meja-meja tetamu yang lain. Meja (1), (2), (3), (4), (15) dan (16) tidak boleh dipenuhkan. ( 18 )
SUSUNAN MEJA TANPA PENTAS KEBUDAYAAN PENTAS 22 12 20 8 18 4 16 2 MEJA UTAMA 6 10 14 P E R H I A S A N 13 11 9 7 5 3 1 15 17 19 21

Susunan Meja Tanpa Pentas Kebudayaan

Rajah 18 menunjukkan jika sekiranya tidak ada pentas kebudayaan maka tempatnya hendaklah digantikan dengan perhiasan seperti bunga atau lain-lain. Jika majlis rasmi tanpa tetamu Diraja di meja utama maka meja (1), (2), (3), (4), (15) dan (16) boleh dipenuhkan. 11. PENGACARAAN MAJLIS FORMAL Juruacara dalam sesuatu majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam bidang ini. Tidak semua orang boleh menjadi juruacara yang baik. Tujuan utama juruacara ialah memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan acara majlis. Juruacara tidak boleh menjadi Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh menjadi juruacara. Teks ucapan hendaklah ditaip dengan menggunakan kertas separuh A4 dan satu muka surat hanya dimuatkan satu pengumuman sahaja. Setiap pengumuman pula mengandungi butir-butir berikut:* * * MASA CUE ANN : : : (anggaran) (panduan bagi juruacara) (teks pengumuman)

Gaya dan isi teks juruacara adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis yang berkenaan iaitu:* * * * * Majlis Penuh Istiadat Majlis Rasmi Dan Formal Majlis Rasmi Tetapi Tidak Formal Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal Majlis Tidak Rasmi Dan Tidak Formal

Setiap majlis mesti disediakan dua juruacara (seorang sebagai simpanan). Teks juruacara hendaklah disediakan oleh pihak penganjur. Juruacara mestilah boleh mengawl majlis, membuat pengumuman dan memberi panduan. Ia tidak seharusnya gemuruh, mesti yakin, sebutan yang jelas, kawalan suara yang mantap, pandangan jelas dan pergerakan pantas. 12. PENYEDIAAN ATURCARA PENTADBIRAN Aturcara pentadbiran adalah merupakan aturcara majlis yang ditulis secara terperinci dengan tujuan: sebagai panduan untuk pegawai yang mengendalikan majlis tersebut. sebagai panduan kepada semua pegawai dan pekerja yang terlibat dalam majlis tersebut. Untuk menentukan majlis berjalan dengan licin dan mengikut lunas-lunas protokol yang diterima. untuk mengawal masa. untuk menjadi panduan masa akan datang. sebagai rekod.

Aturcara pentadbiran yang baik mengandungi butir-butir berikut: Masa Keterangan yang merupakan urutan acara secara terperinci. Pegawai yang bertanggungjawab.

Aturcara pentadbiran adalah dokumen yang sangat penting kerana ianya menggariskan secara terperinci semua tindakan yang perlu dilakukan oleh seseorang yang terlibat bagi sesuatu acara. Selain daripada aturcara pentadbiran, `Check List hendaklah juga disediakan bagi membantu melicinkan pengendalian majlis berkenaan.

13.

PERANAN PENYAMBUT TETAMU Berikut ialah panduan bagi penyambut tetamu dalam majlis:i) Maklumat Penyambut hendaklah mengetahui maklumat keraian yang sedang diadakan sekurangkurangnya tujuan keraian tersebut diadakan. ii) Aturcara Keraian Yang Berkenaan Penyambut mestilah mengetahui aturcara keraian yang berkenaan terutamanya waktu yang ditetapkan bagi tetamu sampai dan balik. iii) Susunan Tempat Duduk Penyambut hendaklah tahu susunan tempat duduk keseluruhannya supaya senang untuk memandu atau menunjukkan tempat duduk tetamu yang berkenaan. iv) Kawasan Yang Diuntukkan Penyambut hendaklah mahir dengan tempat dan kawasan yang diuntukkan baginya menyambut. v) Tempat-Tempat Penting Penyambut hendaklah mengetahui tempat-tempat yang penting seperti tandas, pintu masuk, tempat keluar dan lain-lain. vi) Senarai Tetamu Yang Dijemput Penyambut mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan senarai tetamu yang akan hadir dan sebaik-baiknya mengenali tetamu tersebut. vii) Senarai Tetamu Khas Selain daripada senarai kesemua tetamu yang dijemput, senarai tetamu khas yang akan disambut hendaklah juga diketahui dengan lancar. viii) Pakaian Penyambut Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sempurna dan sesuai mengikut keraian yang sedang dijalankan. Pakaian terdedah bagi perempuan adalah tidak sesuai. ix) Cara Menyambut Tetamu hendaklah disambut dengan hormat dan berikan buku aturcara jika ada tunjukkan tempat duduk secara hormat. x) Mengenali Tetamu Seboleh-bolehnya penyambut hendaklah kenal dengan tetamu yang disambut. Jika tidak kenal hendaklah bertanya dengan cara hormat. xi) Ketibaan Penyambut

Penyambut hendaklah tiba satu jam lebih awal daripada masa tetamu dijangka tiba. Penyambut hendaklah melaporkan diri kepada Pegawai Bertugas dan mengambil senarai tetamu. Ia hendaklah memeriksa semua tempat duduk dan bandingkan dengan senarai tetamu yang dikhaskan untuknya. xii) Pertanyaan Dan Teguran Jika ada apa-apa pertanyaan dimajukan, jawablah dengan sopan. Jika ada teguran dari tetamu yang kurang senang didengar, hendaklah mendiamkan diri sahaja tetapi ambil ingatan. Jangan sekali-kali bertengkar dengan tetamu atau memberi maklumat yang penyambut sendirri kurang pasti. xiii) Kesulitan Jika menghadapi kesulitan atau masalah hendaklah segera merujuk kepada Pegawai Bertugas. Dengan itu penyambut tetamu mestilah mengetahui Pegawai Bertugas pada masa itu. xiv) Mudah Senyum Penyambut hendaklah mudah senyum. 14. RAPTAI Raptai amatlah penting bagi sesuatu majlis walaupun majlis tersebut merupakan majlis ulangan (selalu diadakan) dan hendaklah diadakan beberapa kali mengikut keperluan. Tujuan Raptai ialah:

i)
ii) iii) iv) v) vi) 15.

Supaya mereka yang terlibat tahu akan tugas dan tanggungjawabnya. Untuk menentukan urutan majlis. Untuk menentukan jangka masa yang tepat. Untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Untuk Penyelarasan acara. Untuk membiasakan petugas-petugas dengan keadaan tempat.

NILAI-NILAI ISLAM Majlis yang diadakan hendaklah menggambarkan hasrat kerajaan mengenai Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam sejajar dengan Agama Islam sebagai agama rasmi negara.

16.

POS-MORTEM Post-Mortem diadakan selepas selesai sesuatu majlis bagi mengukur tahap kejayaan majlis. PostMortem juga diadakan untuk mencari punca kelemahan serta cara-cara mengatasinya bagi majlis yang akan datang. Post-Mortem tidak akan mendapat kerjasama dari pihak yang terlibat seandainya digunakan untuk mencari kesalahan seseorang.

17.

BENDERA DAN SUSUNANNYA i) Dua bendera di majlis peringkat negeri di negeri. Negeri Malaysia

Jika dua bendera dikibarkan pada peringkat negeri di negeri yang berkenaan maka susunannya adalah seperti di atas.

ii)

Dua bendera di majlis peringkat persekutuan dalam negeri. Malaysia Negeri

Jika dua bendera dikibarkan di majlis peringkat persekutuan dalam negeri. iii) Tiga bendera di majlis peringkat negeri. Malaysia Negeri Badan/Syarikat

Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat negeri misalnya bendera Malaysia, bendera Negeri dan bendera Badan/Syarikat atau lain-lainnya. iv) Tiga bendera di majlis peringkat persekutuan. Negeri Malaysia Badan/Syarikat

Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat persekutuan yang diadakan dalam negeri. v) Persidangan antarabangsa. E C A B D F

Cara dari tengah. A B C D E F

Cara dari kiri. Di dalam satu persidangan antarabangsa yang diaturkan oleh mana-mana kerajaan sekalipun, bendera-bendara boleh diatur mengikut dua cara berdasarkan susunan abjad nama-nama negara yang berkenaan. vi) Cara mengibarkan bendera Malaysia dan Negeri-Negeri. Malaysia 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Jika pengibaran bendera-bendera tersebut diadakan dengan cara sebaris, maka susunan adalah dari kiri ke kanan. 15 13 11 9 7 5 Malaysia 3 1 2 4 6 8 10 12 14

Jika cara pengibaran itu dibuat dari tengah-tengah, maka susunannya adalah seperti di atas. 15 13 11 9 7 5 Malaysia 3 1 2 4 6 8 10 12 14

Jika pengibaran bendera dibuat dengan cara dibahagi dua belah, maka susunannya adalah seperti di atas. 18. KEMAHIRAN MENGENDALIKAN PERSIAPAN DEWAN i) `Back Drop hendaklah mengandungi perkara-perkara yang perlu sahaja. Contoh nama majlis, tarikh, dan perasmi.

ii)

Tempat duduk tetamu


iii)

Atas pentas (kerusi tetamu, meja/bunga, meja hadiah/sijil, rostrum, troli, permaidani, backdrop, kipas angin, pembesar suara, lampu dan pA sistem) Bawah pentas (kerusi tetamu, pentas nasyid.koir, pentas kumpulan muzik, tempat pemberita, kipas angin, lampu, permaidani (jika perlu), rostrum juruacara, pembaca doa, pembaca sitasi dan lain-lain) Jambangan bunga `Mineral water dan gelas Alas meja dan `chair back Permaidani

Rostrum dan mikrofon untuk Tetamu khas Juruacara

iv) v) vi)

Troli hadiah dan alas Dulang hadiah dan alas Persembahan Multimedia Koir/nasyid

vii)

Hiasan bunga-bunga hidup Tangga pentas Rostrum

viii) 19.

Lain-lain

PERKARA-PERKARA LAIN YANG JUGA PENTING i) ii) iii) Merancang beberapa alternatif: Jika hujan atau terputus bekalan letrik? Memastikan disiplin terjamin: Memaklum kepada orang bawahan dan pergerakan keluar masuk dewan yang palin minimal. Memstikan khidmat seranta kemas: iv) Siaran awal untuk akhbar perlu disemak dan diluluskan Salinan teks ucapan VVIP / PPG / Pengetua hanya boleh diberi kepada pemberita selepas majlis tamat Sediakan tempat khas untuk sesi wawancara antara Tetamu Khas dengan para pemberita.

Pastikan perbelanjaan berhemat Semua urusan sewa/beli alatan ikut prosedur kewangan Pegawai Kerja diminta mengawasi segala urusan pembelian dan pembayaran dibuat dengan peruntukan yang ada

v)

Semua kutipan wang daripada para lulusan perlu ada akaun khas dan dikeluarkan resit untuk apa jua pembayaran yang dibuat.

Mengadakan post-mortem Diadakan selepas selesai sesuatu majlis untuk mengukur tahap kejayaan majlis. Untuk mencari punca kelemahan cara-cara mengatasinya bagi majlis yang akan datang. Post-mortem tidak akan mendapat kerjasama daripada pihak yang terlibat seandainya digunakan untuk mencari keslahan seseorang.

20.

TATACARA MENGHADIRI MAJLIS i) Kerosakan majlis disebabkan oleh tetamu: ii) Tidak memberi jawapan kehadiran Menjawab lambat Jawab hadir tetapi tidak hadir Jawab tidak hadir tetapi hadir Jawab hadir dengan isteri/suami tetapi tidak hadir seorang Jawab tidak hadir dengan isteri/suami tetapi hadir dengan isteri/suami Hadir tetapi lewat tiba Hadir membawa extra Hadir dengan pakaian yang tidak sesuai Hadir tidak membawa kad jemputan sebagaimana dikehendaki Tidak mengikut arahan Pegawai Lalulintas Tidak mengikut arahan Pegawai Penyambut

Tanggungjawab apabila menerima kad jemputan Baca kad jembutan Teliti tujuan Teliti tarikh, hari dan masa Teliti tempat majlis diadakan Teliti pakaian yang dikehendaki dipakai Buat keputusan kehadiran Jawapan segera

iii)

Persiapan bagi menghadiri majlis Beritahu penganjur jika ada perubahan Kelengakapan diri Kemudahan-kemudahan yang diperlukan Tinjauan tempat majlis

iv)

Ketibaan di timpat majlis Arahan lalu lintas Ikut pintu masuk yang ditetapkan Arahan penyambut Tentukan tempat duduk Minuman sebelum majlis dimulakan Pergaulan sebelum majlis dimulakan

v)

Majlis perkenalan

Dalam majlis Arahan duduk Tidak puashati dengan keadaan Tertib ketika majlis sedang berjalan Cara mula makan (dalam majlis jamuan)

vi)

Majlis tamat Ikut peraturan yang ditetapkan Berdiri mengadap tetamu kehormat Mengambil sesuatu di meja (dalam majlis jamuan) Tunggu giliran

21.

BUKU PROGRAM/CENDERAMATA/ATUR CARA i) Ia merupakan sebuah buku maklumat yang amat penting bagi satu-satu majlis rasmi. Penerbitan buku ini perlu diuruskan dengan baik dan sempurna. Segala butiran yang akan dimuatkann didalam buku ini perlu dirancang oleh sebuah jawatankuasa, disemak semual dan perlu diluluskan oleh Ketua sesuatu organisasi. Dalam majlis-majlis rasmi seperti Majlis Konvokesyen, Pertandingan Kemahiran, Perasmian Dewan dan Seminar yang dirasmikan oleh orang kenamaan peranan buku ini sangat penting. Buku ini juga digunakan pada majlis-majlis peringkat dalaman, contoh: Majlis Pengucapan Puisi Sekolah, Kursus Pengadilan Bola Sepak peringkat sekolah dan lainlain. Selalunya majlis ini orang yang merasmikan ialah orang kenamaan tempatan. Kandungan Buku Kata-kata alaun (Menteri, Ketua Pengarah, Pengarah dan Pengetua) Lagu rasmi Lagu tema Senarai jawatankuasa (induk, penglola dan kecil) Senarai peserta Aturcara majlis pembukaan dan penutup Sejarah ringkas majlis Penghargaan dan autograf

ii)

iii)

iv)

22.

CONTOH ATURCARA MAJLIS 0900 pagi 0930 pagi 1000 pagi 1015 pagi Para peserta mengambil tempat Para tetamu mengambil tempat Ketibaan Tetamu Kehormat Perakan masuk Tetamu Kehormat Doa Ucapan Pengerusi Jawatankuas Pengelola Ucapan Tetamu Kehormat (Perasmian) Penyampaian Hadiah dan Cenderamata Penyampaian Cenderahati kepada Tetamu Kehormat

1205 t/hari 1230 petang 1315 petang 1330 petang 23.

Persembahan Tetamu ke majlis jamuan Tetamu meninggalkan majlis. Bersurai

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) xiii) xiv) xv) xvi) xvii) xviii) xix) xx) xxi) Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Jemputan dan Sambutan Pendaftaran dan Penginapan Buku Cenderamata Persiapan Dewan Keceraian Jamuan Teks Ucapan dan kata-kata aluan Seranta Pengangkutan dan Lalu Lintas Persembahan Bacaan Doa dan Juruacara Pameran Siaraya Bulitin dan rakaman Sijil Urusetia

24.

CONTOH TEKS JURUACARA Nama Majlis: Tempat: Tarikh: Hari: 1. 2. 3. 4. Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Dewan Jauhar 29 Ogos 2002 Sabtu

Cue (0830) Semua hadirin duduk Pengumuman Para hadirin dipersilakan mengambil tempat. Majlis akan bermula sebentar lagi. Cue (0835) Menerima isyarat apabila VIP tiba. Pengumuman Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, diiringi oleh Pengarah Pendidikan Johor dan Timbalan Pengarah Pendidikan Johor. Cur (0840) Apabila VIP dan semua hadirin duduk. Pengumumam

5. 6.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Dato Musa Mohamad, Yang Berusaha Pengarah Pendidikan Johor, Yang Berusaha Timbalan Pengarah Pendidikan Johor, Ketua-Ketua Sektor, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru dan Tetamu yang saya hormati sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana memberikan rahmat dan hidayah kepada kita yang sama-sama dapat hadir dlam majlis yang mulia ini. Majlis akan dimulakan dengan bacaan doa. Awang Salleh untuk memimpin bacaan doa. Dipersilkan. 7. Cue (0850) Selesai bacaan doa. Ucapan Pengetua Pengumuman Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz. Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Pegarah Pendidikan Johor untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan. 9. Cue (0900) Selesai ucapan Ucapan Tetamu Kehormat Pengumuman Majlis merakamkan ucapanribuan terima kasih Majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Dato Musa Mohamad untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 11. Cue (1045) Selesai ucapan Penyampaian Hadiah dan Cenderamata\ Pengumuman Majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Tuan Pengarah Pendidikan Johor untuk mengiringi Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Dato Musa Mohamad untuk menyampaikan Hadiah Anugerah Khidmat Cemerlang kepada pemenangpemenang. Dipersilakan En.Johan Endut dan yang lain-lain Dipersilkan yang Berusaha Tuan Pengarah Pendidikan Johor untuk menyampaikan Cenderahati kepada yang Berhormat demi mengenang kesudiaan beliah menyampaikan hadiah-hadiah tadi. Untuk itu majlis mempersilakan Ustaz

8.

10.

12.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang Berhormat diatas penyampurnaan acara penyampaian hadiah-hadiah. 13. Cue (1130) Yang Berhormat duduk Persembahan Pengumuman Dipersilkan kumpulan Pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru untuk mempersempahkan permainan mereka. Cue (1200) Selesai persembahan Jamuan Pengumuman Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengarah Pendidikan Johor untuk mengiringi dan mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia ke jamuan makan tengahari. Ucapan pengharagaan dan menjemput tetamu yang hadir untuk bersama-sama menjamu selera.

14.

15.

16,

17.

You might also like