You are on page 1of 2

Minggu Tarikh Isu / Masalah

: Kelapan : 24 Ogos 28 Ogos 2008

Pada minggu yang kelapan ini,masalah yang dihadapi ialah murid kerap meminta kebenaran untuk keluar kelas pergi ke tandas. Dalam satu-satu waktu P&P mesti ada saja murid yang ingin keluar untuk pergi tandas malah seorang murid akan meinta kebenaran keluar lebih dari sekali. Masalah ini berlaku sejak dua minggu saya berpraktikal di sekolah ini. Namun begitu saya tidak memandang serius akan perkara ini sehinggalah pada minggu kelapan saya merasakan ia perlu dikaji perkara ini. Pada pandangan mata saya masalah ini berlaku dari tahun satu hingga tahun enam. Analisis Masalah Masalah ini bukan baru berlaku tetapi telah lama berlaku sejak zaman-berzaman. Adakah murid-murid ini benar-benar ingin membuang air atau tidak suka akan apa yang diajar guru atau bosan dengan pengajaran yang diajar oleh guru. Apabila ditanya kepada murid mereka akan menjawab ingin membuang air. Ketika saya mengajar di tahap satu, saya melihat ada saja alasan diberikan oleh murid untuk keluar kelas dengan alasan ingin pergi ke tandas dengan berdua-duaan dengan rakan-rakan kelas mereka. Cadangan/ Tindakan Jadi untuk mengurangkan murid daripada meminta kebenaran keluar kelas ke tandas dengan membuat kad keluar kelas dan kad tersebut hendaklah disimpan oleh guru mata pelajaran yang mengajar murid tersebut. Apabila murid ingin keluar dia mestilah menunggu guru setiap matapelajaran mengikut jadual waktu kelas. Ini akan membuatkan ia lebih sistematik.

Saya juga dapati murid-murid lebih bekerjasama dalam P&P yang melibatkan permainan ataupun kuiz. Oleh yang demikian, saya memperbanyakkan aktiviti-aktiviti seperti berikut berdasarkan topik yang di ajar dalam menarik minat mereka terhadap pengajaran yang dijalankan. Lantas murid lebih berminat untuk belajar dan kurang untuk meminta kebenaran keluar kelas ke tandas.

You might also like