You are on page 1of 3

5.

PERLAKSANAAN PROJEK Kajian Promosi Kesihatan dan Pendidikan ini melibatkan seramai 50

orang responden iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 SM Teknik Likas, Program ini dilakukan berpandukan Borang Soal Selidik berkaitan dengan rokok dan HIV/AIDS ( PRE-KAP). Tujuannya adalah untuk menentukan pencapaian projek, objekif tingkahlaku dan objektif pembelajaran. Program ini dijalankan pada 12 Oktober 2012.

5.1

Rasional Pemilihan Program 5.1.1 Ceramah dan sesi soal jawab Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan tahap

pengetahuan dan kesedaran kepada responden terhadap bahaya daripada rokok dan juga HIV/AIDS. Ini adalah kerana hasil daripada analisis borang soal selidik yang diedarkan menunjukkan tahap pengetahuan mereka terhadap rokok dan HIV/AIDS adalah masih rendah. Disamping itu, sesi soal jawab yang dilakukan pada setiap sesi ceramah juga menggalakkan interaksi dua hala di antara peserta dan juga penceramah.

5.1.2 Kuiz Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk menguji kefahaman responden tentang topik ceramah yang disampaikan oleh penceramah. Selain daripada itu, aktiviti ini menjadi satu bahan penarik kepada mereka supaya memberi tumpuan untuk mendengar sepanjang ceramah disampaikan. Hadiah diberikan kepada pemenang yang menjawab dengan tepat terhadap soalan kuiz yang diberikan.

5.1.3 Pameran Poster Aktivit ini dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan para responden tentang rokok dan HIV/AIDS. Inin adalah kerana secara keseluruhannya poster yang dipamerkan adalah berkaitan dengan rokok dan HIV/AIDS. Selain daripada itu, mereka dapat memahami dan mengingat fakta mengenai rokok dan HIV/AIDS apabila melihat poster-poster yang dipamerkan.

5.2

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan

5.2.1 Ceramah, sesi soal jawab dan kuiz pada setiap ceramah Sesi Ceramah Pertama Tarikh Masa Tempat Penceramah Topik Ceramah : : : : : 12 Oktober 2012 8 pagi 8.45 ( 45 minit ) Dewan serbaguna SM Teknik Likas Pelatih PPKP Nurlizah binti Tubin

Peratus kehadiran :

90 %

Sesi Ceramah Kedua

Tarikh Masa Tempat Penceramah Topik Ceramah : : : :

12 Oktober 2012

9.30 pagi 10.15 pagi ( 45 minit ) Dewan serbaguna SM Teknik Likas Pelatih PPKP Ervina Ernie Dalinsip

Peratus kehadiran :

90 %

You might also like