P. 1
bahanseni

bahanseni

|Views: 69|Likes:
Published by GLAFT
oum
oum

More info:

Published by: GLAFT on Feb 22, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/20/2015

pdf

text

original

Sections

MENGGAMBAR

• Definisi menggambar ialah membuat atau menghasilkan gambar • Salah satu bidang daripada 4 kegiatan yang terdapat dalam silibus PSV • Alat media dan bahan untuk menggambar ASAS-ASAS MENGGAMBAR • Kandungan sesuatu objek atau hal benda dkenali • Di sesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak2 untuk merangsang & meningkatkan pnp. • Kanak-kanak guna pelbagai alat & bahan untuk hasilkan gambar mngikut ekspresi sendiri~bantu perkembangan JERI kanak-kanak. • Kanak-kanak mengalami pengalaman langsung dengan deria ketika menggambar~bantu memahami idea & mengkonstruk idea baru~menghubungkait dengan subjek-subjek lain • Mengembangkan imiginasi, fantasi, kreativiti & ekspresi kanak-kanak ( JERI ) Antara teknik-teknik menggambar adalah 1. LUKISAN • Antara teknik yang sering digunakan ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silang-menyilang, gurisan, sgrafito, gosokan, campuran dan sebagainya. 2. CATAN • Cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi • Menggunakan berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain • Sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar 3. KOLAJ • Menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih • Bahan yang berlaian sifat atau jalinan dapat memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar 4. CETAKAN • Cara menghasilkan karya dengan mencetak. • Terdapat pelbagai jenis cara cetakan • Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. • Untuk cetakan jenis blok, imej pada blok disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak di atas permukaan kertas • Contoh bahan cetakan lain ialah cetakan lino, strawboard dan poliform

5. RESIS • Menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain contohnya warna air dan warna lilin atau warna air atau cow gum • Cara dengan menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. • Warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna air akan diserap manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap. Lilin akan menolak warna air maka terdapat 2 kawasan dengan 2 jenis kesan • Peringkat sek rendah guna krayon • Proses batik - teknik resis 6. GOSOKAN • Menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu yang kasar. Contohnya duit syiling • Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan 7. STENSILAN • Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. • Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. • Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan 8. PERCIKAN • Menggunakan alat yang boleh memercikkan bahan warna seperti berus (jalinan bertitik) • percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas. • Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlakuy apabila warna kedua dipercikkan 9. GURISAN • Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. • Cara melakukannya- permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil • Kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan 10. CAPAN • Ia boleh digolongkan dalam kategori cetakan • Ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. • Ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang. • jalinan berbagai bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan.

11. MOZEK • Cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. • Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan • Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan. 12. MONTAJ • Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita. • Bahan- bahan yang digunakan adalah kertas warna, gambar, majalah, surat khabar.

Ong Kim Seng Goa Lawah Bali 43 ¾ X 62 in

Siew Young beauty 480 X 630

Yeong Seak ling My country, my love 1218 X 1253

Kedai Runcit Mansor Ghani 375 X 326

Zulkifli buyong kebahagiaan hidup

A Ghafar Bahari Coral Fish 400 X 284

Ibrahim

\

APRESIASI SENI
DEFINISI Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspekaspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation such as defining, valuing and explaining” Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Menurut Chapman (1978) “if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character” Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajarpelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee (1961) menegaskan bahawa “…every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration…” Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

OBJEKTIF APRESIASI a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan c) Menghasilkan karya (produk seni) d) Memahami seni dan hubungannya e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni Pendekatan apresiasi dan kritikan seni: Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu: a) Pendekatan secara logik b) Pendekatan secara psiklogi

PENDEKATAN SECARA LOGIK Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut: Cadangan aktiviti pendekatan secara logik: Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai- nilai estetika dan pengaruh

Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambargambar

Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran

Secara penghasilan - Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan. Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: 1. Secara perbincangan dan perbandingan 2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery) 3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni 4. Secara menyediakansetting/set induksi 5. Secara membesarkan gambar 6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar 7. Secara aktiviti permainan seni 8. Secara lawatan/pameran 9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

KAEDAH MELIHAT SENI Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah: a) Hedonistic b) Kontekstualistik c) Organistik d) Normistik e) Elektik a. KAEDAH HEDONISTIC Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: • Suka/tidak • Tertarik/tidak • Pernyataan spontan Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

c. KAEDAH ORGANISTIK Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. d. KAEDAH NORMISTIK Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. e. KAEDAH ELEKTIK Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik. PROSES APRESIASI SENI Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: a) Menggambarkan b) Menganalisa

c) Tafsiran d) Penilaian A. MENGGAMBARKAN Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur B. MENGANALISA i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana iii. Menghauraikan stail sesuatu karya

C. TAFSIRAN i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. D. PENILAIAN i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

APRESIASI Apresiasi dan kritikan Seni 1. Definisi – kajian mengenai pelukis mengenai hasil seni mereka berkait dgn aspek pemahaman dan kognitif. Smith – pendidikan seni harus dilihat dlm skop yg lebih luas. Chapman – pelajar dpt memahami adat,tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Macfee – Apreasiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. 2. Tujuan apresiasi seni a) memahami dan betindak terhadap aspek seni b) mtahui pentingnya nilai seni dlm kehidupan c) mhasilkan karya d) memahami seni dan hubungannya e) membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti seni. 3. Pendekatan Apresiasi seni a) Pendekatan secara logik – tradisional – penerangan (membaca,mengkaji dll), pemerhatian (pameran,filem,gambar), perbandingan (analisa, perbandingan) ,penghasilan ( membuat mengikut saya rtis) b) Pendekatan secara psikologi – menjurus kpd perasaan peribadi, bersifat emosi, kepada sesuatu karya seni. Aktiviti spt perbincangan, proses inkuiri, kritikan, mengolah bahan dll 4) Kaedah melihat seni ( Kritik ) a) Hedonistik – luahan spontan s/ada suka @ tidak, tertarik, pernyataan spontan. b) Kontekstualistik – pemerhatian dibuat secara ilmiah, sistematik serta kejelasan. c) Organistik – melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsure unsure seni, imbangan, perulangan,kesinambungan. d) Normistik – kriteria sesuatu karya dr aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. e) Elektik – gabungan persepsi penilai seni ttg tangganpan positif dan negatif. Wajaran secara baik, sederhana dan kurang baik. 5) Proses Apresiasi a) menggambarkan sifat tampak b) menganalisa hubungan unsure seni, prinsip dan struktur c) tafsiran yg terdapat pada sifat-sifat tampak d)penilaian terhadap keaslian, gubahan, teknik dan fungsi

6) Aspek nilai melalui aspresiasi seni - Seni dlm kehidupan - seni dlm komunikasi ( seni halus ) - R/bentuk rumah tradisional - Perkembangan seni dlm budaya kebangsaan - Hasil seni rakyat – perlatan,tekat,tenunan,bangunan - Perkembangan seni lukis moden Malaysia. - Seni dlm budaya lain : kraf dan seni halus.

1.4.1.1 Menggambar Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Sub tajuk ini juga disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik menggambar. a) Definisi Menggambar Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek b) Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah 3.
Menggambar Lukisan Catan Kolaj MontMozek

Teknik Catan Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Teknik Kolaj Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau

jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Teknik Cetakan Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, ‘strawboard’ dan ‘polyfoam’. Polyfoam adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan. Teknik Resis Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah.. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. Teknik Gosokan Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik. lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Teknik Stensilan Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Teknik Percikan Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan

kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan. Teknik Gurisan Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Teknik Mozek Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan. Jenis Aktiviti Kenyataan sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan ‘strawboard’ atau ‘polyfoam’. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi

warna air boleh dipercik dari berus anda menggunakan warna air bersama warna lilin Kepingan gambar-gambar disusun dan digam 1.4.2.4 Apresiasi Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan "subject matter" serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Sila senaraikan beberapa definisi lain berkenaan dengan Apresiasi. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan. Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:  aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;  aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;  aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;  penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;  perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan  penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan. Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Mengikut John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu: (a) Pendekatan secara logik (b) Pendekatan secara psikologi Pendekatan Secara Logik Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. .

Secara Penerangan Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh. . Secara Pemerhatian Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar Secara Perbandingan Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. Secara Penghasilan Membuat mengikut gaya artis/pelukis/stail. menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang, gaya konsep dan zaman. Cuba anda jalankan satu aktiviti membuat apresiasi dengan menggunakan pendekatan secara logik berdasarkan satu contoh karya seni murid anda. Pendekatan Secara Psikologi Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima 'response' dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan. Kaedah Apresiasi Seni Kaedah-kaedah apresiasi seni terdiri daripada kaedah: (a) Hedonistik (c) Organistik (e) Elektik (b) Kontekstualistik (d) Normistik Kaedah Hedonistik Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: suka,tidak suka, cantik,tidak cantik dll secara spontan. Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa. Kaedah Konstekstualistik Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan. Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.

Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati. Kaedah Organistik Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang teratur dan terancang. Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. Kaedah Normistik Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi. Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. Kaedah Elektik Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik. Proses Apresiasi Seni Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktivitiaktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: (a) Menggambarkan ( Description ) (b) Menganalisa ( Analysis ) (c) Tafsiran ( Intrepetation ) (d) Penilaian ( evaluation ) Menggambarkan Mengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifat-sifat tampak/objek pada karya.Sebagai contoh :
Karya Latif Maulan Karya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok dan dilapik dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterika itu terdapat juga pelita minyak tanah.Terdapat kesan cahaya yang terpancar dari atas.

Menganalisa (i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur. (ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. (iii) Menghuraikan stail, aliran dan gaya sesuatu karya. (iv) Melihat teknik, alat dan bahan yang digunakan.
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

23 Tafsiran (i) Mencari makna-makna yangtersurat dan tersirat pada karya tersebut. Begitu juga makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. (ii) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. (iii) Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara hidup dan budaya masyarakat setempat. Penilaian Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ('significance') dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya. Dengan itu proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam. Apakah pengetahuan seni yang diperlukan? (a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni. (b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan. (c) Sejarah seni. (d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu. (e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang. 1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan 1.4.3.1 Tema Walau apapun yang anda hasilkan dalam perkaryaan, perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting. a. Alam semulajadi dan objek persekitaran
http://www.anthonydelia.com/images/unfettered.jpg

Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan ilham untuk menghasil produk seni. Daripada objek persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya. Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek dimana peringkat seterusnya akan melihat dinamik bentuk ('form'), kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna,

jalinan, rupa dan bentu b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis
http://www.sell-arts.com/images/items/10012/1012058_0.jpg

Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran statusquo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya. c. Aliran dan tema sejagat
http://elliottback.com/wp/wp-content/moma-starry-night.jpg

Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art' misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan. d. Keperluan dan pengalaman hidup harian
http://www.gourmetcookshop.com.au/shop/images/uploads/japanese

Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya. Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran. e. Peristiwa sebenar atau realism dan romanticism
http://www.digitalart.ab.ca/art/romanticism/images/sabine-women.jpg

Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia dan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yang berlaku, kesan kemiskinan, atau sebagainya. Berdasarkan tema di atas sila anda berkongsi pengalaman dengan rakan anda untuk mencari beberapa contoh karya yang sesuai dengan tema yang tersenarai di atas dengan melayari internet. Serahkan tugasan ini kepada Pensyarah anda sewaktu sesi bersemuka/kuliah.

APRESIASI SENI DEFINISI Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspekaspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadapsesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dankebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation such as defining, valuing and explaining” Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Menurut Chapman (1978) “if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character” Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajarpelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Macfee (1961) menegaskan bahawa “…every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration…” Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan. OBJEKTIF APRESIASI a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan

c) Menghasilkan karya (produk seni) d) Memahami seni dan hubungannya e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni Pendekatan apresiasi dan kritikan seni: Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu: a) Pendekatan secara logik b) Pendekatan secara psiklogi PENDEKATAN SECARA LOGIK Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut: Cadangan aktiviti pendekatan secara logik: Secara penerangan Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilainilai estetika dan pengaruh Secara pemerhatian Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar Secara perbandingan Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkankesedaran Secara penghasilan Membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman masalah nilainilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan. Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: 1. Secara perbincangan dan perbandingan 2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery) 3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni 4. Secara menyediakansetting/set induksi 5. Secara membesarkan gambar 6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar 7. Secara aktiviti permainan seni 8. Secara lawatan/pameran 9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran KAEDAH MELIHAT SENI Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah: a) Hedonistic b) Kontekstualistik c) Organistik d) Normistik e) Elektik a. KAEDAH HEDONISTIC Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: • Suka/tidak • Tertarik/tidak • Pernyataan spontan Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa. b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK

Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan. Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahamankonsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yangmenarik oleh pemerhati. c. KAEDAH ORGANISTIK Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. d. KAEDAH NORMISTIK Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. e. KAEDAH ELEKTIK Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik. PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: a) Menggambarkan b) Menganalisa c) Tafsiran d) Penilaian A. MENGGAMBARKAN Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur B. MENGANALISA i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana iii. Menghauraikan stail sesuatu karya C. TAFSIRAN i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut D. PENILAIAN i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya. ASPEK NILAI MELALUI APRESIASI SENI Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham memahami, ramah mesra, menghargai hasilan seni, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada Negara, kebersihan dan kesabaran, tekun, kesungguhan, berterima kasih, boleh membuat pertimbangan, peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat,

bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif. BUTIRAN BIDANG Bidang Objektif Seni Dalam Kehidupan a) Memahami tentang kepelbagaian kegunaan dan kesan seni dalam kegiatan ekonomi, pendidikan dan budaya b) Membincangkan isu berhubung dengan pengaruh teknologi dalam penghasilan barangan seni c) Memahami peranan seni dalam mempertingkatkan aspek estetik dalam persekitaran dan kehidupan serta kerjaya d) Mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek budaya dan nilai dalam hasil seni Seni Dalam Komunikasi (Seni Halus) a) Mengenalpasti cara mesej disampaikan melalui lukisan, catan, arca, cetakan dan sebagainya Reka Bentuk Rumah Tradisional a) Memahami beberapa cirri yang mencerminkan budaya tempatan pada reka bentuk rumah di Negara ini. Perkembangan Seni a) Menambah pengetahuan dan penghargaan tentang: Dalam Budaya Kebangsaan i. Sejarah perkembangan seni dalam Negara ii. Keistimewaan ciri-ciri estetik dan fungsi iii. Sumbangan dalam konteks warisan dan budaya dan iv. Sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni serta budaya b) Membolehkan pelajar mempunyai daya tkritikan yang lebih rasional tentang seni budaya kebangsaan Hasil Seni Rakyat • Peralatan • Kraf tekat • Tenunan • Bangunan • Alat permainan a) Mengetahui keistimewaan keris dari sudut estetik dan fungsi b) Mengetahui peranan keris dalam konteks budaya melayu c) Memahami jenis seni tekat dari aspek estetiknya dalam konteks budaya kebangsaan d) Memahai jenis seni tenunan dari aspek estetiknya dalam konteks budaya kebangsaan dan e) Memahami reka bentuk, fungsi dan makna rumah tradisional dan alat permainan

Perkembangan Seni Lukis Moden Malaysia a) Meningkatkan pengetahuan daya kritikan dan penghargaan tentang: I. Sejarah perkembangan seni lukis dan perkembangan seni dalam Negara II. Keistimewaan ciri estetik dan fungsi III. Sumbangan dalam konteks warisan budaya dan IV. Sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni dan budaya a) Menyedari beberapa aspek persamaan dan kelainan kraf tanah air Seni Dalam Budaya Lain: Kraf Dan Seni Halus dengan krafluar Negara b) Memperkembangkan pengetahuan dan penghargaan tentang: i. Hasil katya seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya dan ii. Garakan seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya dengan seni halus tempatan

Hasil karya Tajuk Saiz

: Yeong Seak Ling : My Country, My Love : 1218 X 1253

APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1. MENGGAMBAR ( ‘DESCRIPTION’ ) Hasil karya Yeong Seak Ling yang bertajuk “ My Country, My Love “ ini adalah menggambarkan tentang keadaan penduduk Malaysia yang berbilang kaum bekerjasama dan bersatu-padu menjalankan pekerjaan demi untuk kesejahteraan bersama. Di dalam hasil lukisannya, beliau menunjukkan gambar buaian yang ditampal dengan bendera Malaysia yang membawa maksud kesepaduan penduduk di dalam satu rumpun.

Beliau menggunakan pelbagai jenis warna bagi menunjukkan perbezaan antara subjek dalam

hasil karyanya. Penggunaan warna yang cerah pada kain batik buaian dapat menambahkan lagi nilai estetika karyanya. Semangat kaum petani diperkuatkan lagi dengan penggunaan warna hijau dan jingga.

Objek yang dilukis adalah berfokus kepada buaian dengan bendera Malaysia yang menunjukkan simbol kesepakatan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Latar yang digunakan adalah aktiviti pertanian yang sedang dijalankan yang membawa maksud rakyat Malaysia menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonominya.

2. MENGANALISIS ( ‘ANALYSE’ ) Unsur seni merupakan elemen asas dalam penghasilan sesebuah karya seni. Mengenali dan memahami unsur seni itu sangat penting dalam penghasilan sesebuah karya seni. Setiap karya perlulah mempunyai sekurang-kurangnya satu elemen dalam unsur seni seperti garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang.

2.1 UNSUR SENI 2.1.1 UNSUR GARISAN Garisan merupakan unsur terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. Setiap lukisan yang dihasilkan pastinya bermula dengan satu garisan. Garisan terbentuk dalam pelbagai bentuk seperti tebal dan nipis. Keadaan ini bertujuan memberikanpenegasan terhadap lukisan. Dalam karya senia ini pelukisnya menggunakan garisan sebagi lakaran. Beliau telah

menggunakan pelbagai bentuk garisan seperti bentuk tebal, nipis, beralun bergerigi dan sebagainya.

2.1.2 UNSUR WARNA Unsur warna juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Dalam karya catan ini, dapat dilihat pelukisnya menggunakan warna-warna panas yang memberikan kesan semangat dan harapan. Pelukisnya bnayak menggunakan warna campuran dan bukan menggunakan warna terus dari tiub.

2.1.3 UNSUR RUPA Dalam menhgasilkan karyanya, pelukis menggunakan dua jenis rupa iaitu rupa dan corak yang dapat dilihat dari permukaan kain batik dan juga rupa dan lambang iaitu bendera Malaysia yang ada pada buaian.

2.1.4 UNSUR RUANG Pelukis juga berjaya mewujudkan unsur ruang yang baik. Dapat dilihat adanya ruang hadapan dan ruang belakang. Pelukis dapat membezakan antara objek utama dan latar. Objek utama iaitu buaian dilukis dengan skala lebih besar, manakala latarnya iaitu petani yang sedang bekerja dilukis kecil sahaja. Ianya dapat menimbulkan situasi dekat dan jauh dalam karya beliau.

2.2 PRINSIP REKAAN Walaupun dalam sesebuah karya tersebut telah mempunyai unsur-unsur seni yang baik, namun masih gagal menghasilkan sesebuah karya yang baik tanpa prinsip-prinsip rekaan. Antaranya ialah harmoni, keseimbangan, pergerakan, kesatuan, kepelbagaian. kontra dan penegasan.

2.2.1 HARMONI Dalam karya ini dapat dilihat prinsip harmoni dari segi bentukKebanyakan objek semula jadi atau objek buatan manusia mempunyai unsur-unsur harmoni. Pelukis juga dapat menonjolkan harmoni daripada segi rupa dan jalinan. Hal ini dapat dilihat daripada rupa dan jalinan yang berulang yang dapat dilihat pada corak kain batik.

2.2.2 KESEIMBANGAN Dalam karya ini, pelukis banyak menggunakan imbangan tidak simetri. Namun begitu , pelukis Berjaya menghasilkan satu gubahan yang spontan dan bersahaja.

2.2.3 PERGERAKAN Irama dan pergerakan yang ditonjolkan oleh pelukis adalah berubah-ubah. Hal ini membuatkan pelukis mampu menghasilkan gubahan yang hidup serta tidak membosankan. Jika dilihat pada corak yang ada pada kain batik, pelukis membuat pergerakan dengan irama berselang-seli.

2.2.4 PENEGASAN Prinsip penegasan juga dapat dilihat daripada objek yang membetuk buaian yang besar ditonjolkan dengan menimbulkan ruang hadapan dan ruang belakang sebagai tarikan dalam karya beliau. Pelukis mampu mengaplikasikan objek utama untuk menyampaikan mesej.

2.2.5 KONTRA Dalam karyanya ini, pelukis dapat mewujudkan prinsip kontra dari segi warna dan saiz. Pelukis dapat membezakan objek utama dengan latar belakang dengan penggunaan warna yang berbeza.

2.3 KUALITI EKSPRESIF Dalam hasil karya ini, pelukis dapat menonjolkan mood yang mana memperlihatkan tentang masyarakat yang tolong-menolong untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Di samping itu, pelukis juga mampu memperlihatkan suasana yang harmoni dan aman.

3. TAFSIRAN ( INTERPRETATION ) Pelukis mempunyai mesej dan makna yang ingin dan cuba disampaikan. Karya mereka adalah medium untuk mereka meluahkan atau menyampaikan sesuatu mesej yang bermakna. Hanya mereka yang tahu menilai sahaja yang dapat memahami dan menghayati setiap mesej dan makna yang cuba disampaikan oleh pelukis itu. Berdasarkan kepada karya ini, pelukis mampu mempamerka mesej masyarakat yang berbilang bangsa dan agama yang dapat hidup dalam satu kawasan secara harmoni dan bersatu padu. Mereka mampu menjalankan aktiviti bersama-sama tanpa berlaku sebarang percanggahan.

4. PENILAIAN Hasil karya ini seakan-akan sebuah catatan kehidupan seharian yang pelbagai ragam dan dirakamkan melalui karya bagi menggambarkan ilham sebenar yang cuba ditonjolkan oleh pelukis. Pelukis meluahkan perasaan nalurinya secara peribadi atau gambaran hidup reality sebenar.

Pelukis dilihat Berjaya menggubah hasil seninya berdasarkan kepada alam dan budaya masyarakat setempat di dalam kehidupan seharian mereka. Hasil karya ini dilihat mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat dengan budaya hidup yang harus ada bagi mewujudkan suasana yang harmoni.

Hasil karya : Zilkifli Buyong Tajuk : Kebahagiaan hidup

APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1. MENGGAMBAR ( ‘DESCRIPTION’ ) Hasil karya Zulkifli Buyong yang bertajuk “ Kebahagiaan Hidup “ ini adalah menggambarkan tentang keadaan adik-beradik dalam sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Keluarga ini dilihat hidup dalam kawasan kampung dan masih lagi mengekalkan cara hidup masyarakat kampung. Keadaan ini dapat dilihat daripada penggunaan kelambu yang biasanya digunakan oleh masyarakat kampung. Selain itu keluarga harmoni ini diperlihatkan tinggal di dalam rumah kayu. Suasana kampung itu masih jelas kelihatan di mana pelukis menggambarkan seorang tua yang masih menggunakan ubat nyamuk lingkar.

Beliau menggunakan pelbagai jenis warna bagi menunjukkan perbezaan antara subjek dalam hasil karyanya. Penggunaan warna yang pada corak baju dan kain dapat menambahkan lagi nilai estetika karyanya. Penggunaan warna yang pudar dan kusam dapat memperlihatkan dengan jelas tentang kehidupan masyarakat kampung. Objek yang dilukis adalah berfokus kepada kelambu yang biasa digunakan oleh masyarakat dikampung. Selain itu, pelukis juga memperlihatkan beberapa objek manusia yang menunjukkan kebahagiaan mereka melayari kehidupan dalam sebuah keluarga yang harmoni. Objek pelita minyak tanah dan ubat nyamuk lingkar memperlihatkan dengan jelas tentang cara hidup masyarakat kampung.

2. MENGANALISIS ( ‘ANALYSE’ ) Unsur seni merupakan elemen asas dalam penghasilan sesebuah karya seni. Mengenali dan memahami unsur seni itu sangat penting dalam penghasilan sesebuah karya seni. Setiap karya perlulah mempunyai sekurang-kurangnya satu elemen dalam unsur seni seperti garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang.

2.1 UNSUR SENI 2.1.1 UNSUR GARISAN Garisan merupakan unsur terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. Setiap lukisan yang dihasilkan pastinya bermula dengan satu garisan. Garisan terbentuk dalam pelbagai bentuk seperti tebal dan nipis. Keadaan ini bertujuan memberikan penegasan terhadap lukisan. Dalam karya senia ini pelukisnya menggunakan garisan sebagi lakaran. Beliau telah menggunakan pelbagai bentuk garisan seperti bentuk tebal, nipis, beralun bergerigi dan sebagainya.

Dapat dilihat bahawa dengan menggunakan garisan, pelukis dapat membuat rupa figura manusia.. Selain itu, garisan juga digunakan untuk menunjukkan pergerakan melalui aksi-aksi yang ditunjukka oleh figura manusia.

2.1.2 UNSUR WARNA Unsur warna juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Dalam karya catan ini, dapat dilihat pelukisnya menggunakan warna-warna sejuk yang memberikan kesan untuk menunjukkan keadaan yang mendamaikan. Penggunaan warna yang suram dapat menyampaikan mesej kehidupan di kampung yang masih tiada bekalan elektrik dan masih menggunakan pelita sahaja sebagai sumber cahaya. . Pelukisnya banyak menggunakan warna campuran dan bukan menggunakan warna terus dari tiub.

2.1.3 UNSUR RUPA Dalam menghasilkan karyanya, pelukis menggunakan dua jenis rupa iaitu rupa dan corak yang dapat dilihat dari permukaan kain batik dan baju dan juga rupa dan geometrik iaitu corak yang ada pada kain pelikat.

2.1.4 UNSUR RUANG Pelukis juga berjaya mewujudkan unsur ruang yang baik. Dapat dilihat adanya ruang hadapan dan ruang belakang. Pelukis dapat membezakan antara objek utama dan latar. Objek utama ialah kelambu dan aksi tiga orang budak perempuan yang sedang menggantung kelambu dan dua orang lagi yang sedang bermain di kelambu , manakala latarnya iaitu keadaan seorang tua yang sedang membetulkan ubat nyamuk lingkaran dan kakak-kanak yang sedang melihat keindahan malam menerusi tingkap. Pelukis Berjaya memperlihatkan suasan amalam di mana beliau menunjukkan kehadiran bintang melalui tingkap. Selain itu, pelukis juga menggunakan latar

rumah kayu dan juga menyelitkan objek kain batik yang digantungkan di dinding. Keadaan ini jelas menunjukkan cara hidup masyarakat kampung.

2.2 PRINSIP REKAAN Walaupun dalam sesebuah karya tersebut telah mempunyai unsur-unsur seni yang baik, namun masih gagal menghasilkan sesebuah karya yang baik tanpa prinsip-prinsip rekaan. Antaranya ialah harmoni, keseimbangan, pergerakan, kesatuan, kepelbagaian. kontra dan penegasan.

2.2.1 HARMONI Dalam karya ini dapat dilihat prinsip harmoni dari segi bentuk.Kebanyakan objek semula jadi atau objek buatan manusia mempunyai unsur-unsur harmoni. Pelukis juga dapat menonjolkan harmoni daripada segi rupa dan jalinan. Hal ini dapat dilihat daripada rupa dan jalinan yang berulang yang dapat dilihat pada corak kain batik dan baju serta kalin pelikat.

2.2.2 KESEIMBANGAN Dalam karya ini, pelukis banyak menggunakan imbangan simetri. Pelukis berjaya menghasilkan satu gubahan yang spontan dan bersahaja.

2.2.3 PERGERAKAN Irama dan pergerakan yang ditonjolkan oleh pelukis adalah berubah-ubah. Hal ini membuatkan pelukis mampu menghasilkan gubahan yang hidup serta tidak membosankan. Jika dilihat pada corak yang ada pada kain batik, pelukis membuat pergerakan dengan irama berselang-seli.

2.2.4 PENEGASAN Prinsip penegasan juga dapat dilihat daripada objek kelambu yang besar dengan aksi-aksi yang ditunjukkan oleh figura manusia ditonjolkan dengan menimbulkan ruang hadapan dan ruang belakang sebagai tarikan dalam karya beliau. Pelukis mampu mengaplikasikan objek utama untuk menyampaikan mesej. 2.2.5 KONTRA Dalam karyanya ini, pelukis dapat mewujudkan prinsip kontra dari segi warna dan saiz. Pelukis dapat membezakan objek utama dengan latar belakang dengan penggunaan warna yang berbeza.

2.3 KUALITI EKSPRESIF Dalam hasil karya ini, pelukis dapat menonjolkan mood yang mana memperlihatkan tentang masyarakat yang tolong-menolong untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Di samping itu, pelukis juga mampu memperlihatkan suasana yang harmoni dan aman serta nilai kekeluargaan yang cuba titonjolkan oleh pelukis..

3. TAFSIRAN ( INTERPRETATION ) Pelukis mempunyai mesej dan makna yang ingin dan cuba disampaikan. Karya mereka adalah medium untuk mereka meluahkan atau menyampaikan sesuatu mesej yang bermakna. Hanya mereka yang tahu menilai sahaja yang dapat memahami dan menghayati setiap mesej dan makna yang cuba disampaikan oleh pelukis itu. Berdasarkan kepada karya ini, pelukis mampu mempamerka mesej sebuah keluarga yang hidup bahagia dan harmoni. Mereka mampu hidup dalam keadaan yang bahagia dan bekerjasama walaupun hidup dalam kekurangan. Segala kekurangan yang ditempuh bukan menjadi penghalang untuk mereka mengecapi kebahagiaan. Walaupun dengan hanya menggunakan pelita yang hanya mampu menghasilkan cahaya yang suram, namun mereka masih lagi dapat menjalankan aktiviti harian mereka dengan perasaan gembira.

4. PENILAIAN Hasil karya ini seakan-akan sebuah catatan kehidupan seharian yang pelbagai ragam dan dirakamkan melalui karya bagi menggambarkan ilham sebenar yang cuba ditonjolkan oleh pelukis. Pelukis meluahkan perasaan nalurinya secara peribadi atau gambaran hidup realiti sebenar.

Pelukis dilihat berjaya menggubah hasil seninya berdasarkan kepada alam dan budaya masyarakat setempat di dalam kehidupan seharian mereka. Hasil karya ini dilihat mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat dengan budaya hidup yang harus ada bagi mewujudkan suasana yang harmoni.

DEFINISI APRESIASI SENI Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka. Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek- aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation such as defining, valuing and explaining” Menurut Chapman (1978) “if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character” Macfee (1961) menegaskan bahawa “…every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration…” Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

OBJEKTIF APRESIASI a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan c) Menghasilkan karya (produk seni) d) Memahami seni dan hubungannya e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:

Hasil karya Tajuk Saiz

: Yeong Seak Ling : My Country, My Love : 1218 X 1253

Hasil karya : Zilkifli Buyong Tajuk : Kebahagiaan hidup

Bagi memastikan karya yang saya hasilkan ini lebih menarik, saya telah membuat aplikasi terhadap unsur seni dan prinsip rekaan. Penggunaan unsur seni adalah perlu sebagai elemen asas yang wajib bagi sesebuah karya. Penerapan prinsip rekaan adalah sebagai pelengkap kepada cara pengolahan karya saya ini. Antara unsur seni yang terdapat dalam karya saya ini ialah: a) Garisan. Terdapat beberapa jenis garisan yang saya gunakan untuk menunjukkan kesan-kesan tertentu. Garisan yang terbentuk dapat dilihat secara fizikal melalui ciri-ciri seperti panjang. pendek, tebal, nipis dan halus. Garisan yang terbentuk adalah seperti jenis garisan berpancar, garisan beralun, garisan berpusar dan lain-lain.

Garisan beralun

Garisan berpancar

Garisan berpusar

b) Rupa Rupa yang saya gunakan kebanyakannya adalah rupa organik. Antaranya ialah rupa ikan, obor-obor, ketam dan sebagainya.

c) Bentuk Kebanyakan bentuk yang ditunjukkan dalam karya saya ini adalah bentuk ilusi yang bersifat dua dimensi yang dihasilkan melalui berbagai teknik seperti catan, kolajdan sebagainya.

d) Jalinan Jalinan yang saya gunakan dalam penghasilan karya saya iani adalah jalinan tampak iaitu jalinan yang hanya boleh dirasai melalui ilusi tetapi tidak dapat dirasai melalui deria sentuh. Jalinan dalam karya saya ini terhasil daripada teknik seperti lukisan, dan catan, Walaubagaimanapun, bagi subjek metter, saya menggunakan jalinan sentuh melalui teknik kolaj.Jalinan sentuh ialah jalinan yang boleh dirasai melalui deria sentuh.

e) Ruang Ruang yang digunakan adalah ruang ilusi. Ruang dapat dibezakan di antara dua objek melalui kedudukannya sama ada dekat, jauh, cetek dan sebagainya. Objek yang dekan menggunakan ruang yang lebih besar berbanding objek yang jauh.

f) Warna Kebanyakan penggunaan warna dihasilkan melalui campuran warna sama ada sekunder ataupun warna tertier. Hal ini kerana saya ingin mewujudkan kesan warna yang berbeza antara sesuatu objek. Saya tidak menggunakan warna terus dari tiub. Warna-warna sejuk menjadi pilihan saya untuk menunjukkan keadaan di dalam dasar laut yang penuh dengan hidupan. Walaupun begitu, saya juga menggabingkan warna-warna padas pada kebanyakan rumpai bagi menunjukkankesan keindahan dasar laut yang mengandungi pelbagai hidupan.

Prinsip rekaan adalah elemen yang digunakan bagi tujuan mengolah dan menyusun unsur-unsur seni bagi menghasilkan sesuatu gubahan seni yang lebih menarik. Oleh itu, saya cuba menggabungkan beberapa prinsip rekaan dalam karya saya ini iaitu: a) Harmoni Saya membuat susunan objek dengan teliti supaya susunan yang saya gubah dapat menampilkan kesan tenang, seragam, teratur dan aman. Warna dan rupa yang saya gunakan dapat memberikan penampilan harmoni pada alam sekeliling.

b) Kontra Penampilan kontra berfungsi untuk menarik perhatian serta memberikan daya tarikan. Kebanyakan warna yang saya pilih untuk objek adalah bertentangan dengan warna latar belakang.

c) Penegasan Dalam karya saya ini saya memberikan penegasan dari segi penampilan. Objek ikan diberikan penegasan berbanding hidupan air yang lain. Penegasan di sini adalah bertujuan untuk menampilkan penumpuan yang lebih fokus. Oleh itu sengaja saya gunakan teknik yang berbeza dengan yang lainnya iaitu dengan menggunakan teknik kolaj. Di samping itu, saya sengaja memilih warna yang berbeza sedikit daripada yang lainnya untuk menunjukkan penegasan. Saya sengaja memilih warna floresant untuk ikan tersebut.

d) Imbangan Kebanyakan objek seperti ikan, ketam, obor-obor yang saya tonjolkan adalah dalam bentuk imbangan simetri. Walaubagaimanapun bagi latar belakangnya pula, saya menggunakan imbangan tidak simetri.

e) Irama dan pergerakan Kesan pergerakan dapat dilihat dengan jelas pada rumpai air yang pelbagai. Arah pergerakannya hampir menunjukkan pada arah yang sama yang bermaksud pergerakannya disebabkan oleh arah arus air.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->