You are on page 1of 24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

SJH 3102 PENSEJARAHAN MALAYSIA


Nama Pensyarah : Dr. Mohd Azhar bin Bahari
Nama Ahli Kumpulan : Chu Lee Ming Teoh Jing Shan Yap Tsin Huey

Membentangkan sinopsis setiap karya pensejarahan Malaysia (Hikayat Abdullah & Tuhfat Al-Nafis) dalam Bahasa Melayu abad ke 14 sehingga abad ke 18.

HIKAYAT ABDULLAH

PENGENALAN
Hikayat Abdullah yang ditulis oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi pada pertengahan abad ke -19 merupakan sebuah bentuk penulisan autobiografi.Karya yang istimewa dalam Khazanah Sastera Melayu ini menceritakan peristiwa-peristiwa menarik antaranya mengenai kehidupan harian penduduk Kota Melaka dan Singapura serta tokoh-tokoh berbangsa Barat seperti Faraquhar, Tuan Milne, Stamford Raffles dan lain-lain.

Latar Belakang Penulis


Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih
dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'. Abdullah Munsyi dilahirkan di Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia di Mekah pada 1854. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.

Karya-karya :
Syair Singapura Terbakar 1843 Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835) Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837) Dawai-Kulub (1838) Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838) Hikayat Abdullah (1843) Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854). Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Kelantan (1838) Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Mekkah (1858-9). Syair Singapura Terbakar (1843) Syair Kampung Gelam Terbakar (1847?) Malay Poem on New Years Day (1848) Ceretera Kapal Asap (1843) Ceretera Haji Sabar Ali (1851)

LATAR BELAKANG
Hikayat Abdullah atau juga dikenali sebagai Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir 1849, Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi 1880 merupakan kisah pengembaraan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Ia selesai dikarang pada tahun 1845 dan pertama kali diterbitkan pada tahun 1849. Terbitan rumi diterbitkan oleh Pustaka Antara pada tahun 1907 bagi kegunaan teks di sekolah-sekolah Melayu. Ia merupakan antara teks sastera Melayu yang pertama diterbitkan secara komersial.

GAYA PENULISAN
Gaya penulisan Abdullah yang unik dipaparkan secara jelas dalam teks ini dan isinya disampaikan dalam bahasa Melayu yang sederhana dan kontemporari. Tidak seperti karya-karya klasik sastera Melayu yang kebiasaannya mengandungi fantasi dan cerita legenda, karya Abdullah berkisarkan tentang realisme

SINOPSIS
Karya ini diklasifikasikan autobiografi Abdullah dan mengandungi pandangan peribadi tetapi perseptif tentang masyarakat Singapura dan Melaka pada awal abad ke-19.

Ia menceritakan sekilas tentang zaman kanak-kanaknya di Melaka, pengalamannya sendiri seperti pembedahan yang dilakukan kepadanya oleh seorang ahli bedah Inggeris atau kunjungannya ke kem puak Tiandihui, satu kumpulan kongsi gelap Cina di pedalaman Singapura , dan tentang acara seperti pengasasan Institusi Raffles, perobohan kota A Famosa di Melaka, dan lawatan Lord Minto, Gabenor-Jeneral India ke Melaka.

Sebahagian besar karyanya juga mengandungi pengamatan peribadi tentang personaliti-personaliti pada zamannya, para pegawai dari Syarikat Hindia Timur Inggeris seperti Sir Stamford Raffles, Kolonel Farquhar dan John Crawfurd, Sultan Hussein Shah dari Kesultanan Johor, mubaligh dan pedagang Amerika dan Eropah, dan pedagang dari China

Didalam buku ini, beliau menceritakan bahawa orang melayu pada zamannya langsung tidak mengambil berat soal pendidikan untuk anak-anak mereka. Dimana masalah itu masih lagi wujud di segelintir orang melayu sekarang.

Beliau melahirkan rasa hairan mengapa orang melayu itu enggan belajar bahasanya sendiri dan begitu mudah mempercayai sesuatu yang ghaib dan tahyol daripada berfikir menggunakan akal. Dan kerana itulah orang melayu ketinggalan berbanding bangsa lain seperti india dan cina di masa dulu.

Didalam buku ini juga, Munsyi Abdullah menceritakan asal usulnya, bagaimana dia gigih mempelajari bahasa melayu, cina, tamil, arab dan inggeris.

Selain itu ia juga menceritakan bagaimana Singapura dibuka oleh British dan bagaimana hubungannya dengan beberapa tokoh sejarah seperti Raffles, Farquhar, Sultan Husin Syah, Crawfurd dan ramai lagi.

Beliau juga mengkritik perangai Sultan dan anak anak raja.

Dimasa dahulu, rakyat adalah hamba raja.

Apabila seseorang sultan mahukan sesuatu seperti hasil tanaman, kerbau kambing hatta isteri dan anak orang sekalipun, tiada siapa yang boleh membantah.

Malah sultan dan anak raja boleh membuat sesuka hati tanpa rasa bersalah.

Tuhfat Al-Nafis

PENGENALAN
Tuhfat al-Nafis (Hadiah Berharga) merupakan sebuah karangan sejarah, karya Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau pada 1885. Secara ringkasnya, ia menceritakan bagaimana pembabitan orangorang Bugis bermula dan cemerlang di Tanah Melayu.

LATAR BELAKANG PENULIS


Raja Ali Al-Haji Ibn Raja Haji Ahmad (1809-1870) dilahirkan di Pulau Penyegat, Riau, merupakan penulis pertama yang menyusun tata bahasa Melayu menerusi bukunya Bustan al-Katibin (1850). Beliau layak digelar Sejarawan Melayu pertama berdasarkan sumbangannya kepada penulisan Melayu pada pertengahan abad ke-19.

Karya-karya :

Salasilah Melayu dan Bugis 1890 Tuhfat al-Nafis 1865 Bustanul-Katibin Kitab Pengetahuan Bahasa Gurindam Dua Belas Syair Siti Shianah Syair Suluh Pegawai Syair Hukum Nikah Syair Sultan Abdul Muluk

LATAR BELAKANG
Buku ini dimulai dengan puji-pujian kepada Allah swt dan salawat kepada Nabi Muhammad saw. Sesudah itu memaparkan maksud penulisan karyanya. Iaitu menghuraikan peristiwaperistiwa penting yang dialami raja-raja Melayu dan Bugis selama lebih dua kurun sejak pertengahan abad ke-17 hingga awal abad ke-19.

Peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dijadikan cermin untuk menyampaikan falsafah hidup pengarang. Semua itu adalah penting untuk memelihara negara dan masyarakat .

SINOPSIS
Dalam buku ini pengarang mengingatkan raja-raja yang gemar mengumbar hawa nafsu dan mementingkan diri seperti Sultan Mahmud dari Johor, yang mengakibatnya timbulnya bencana yang merugikan negara dan rakyat. Sebagai seorang sultan dia lebih suka menghabiskan waktunya untuk bermain-main dan berfoya-foya, khususnya ke Singapura dan tidak menghiraukan keadaan negeri dan rakyat yang diperintahnya. Dia membangun istana megah bergaya Eropah sementara rakyat hidup sengsara dilanda kemiskinan. Pembangunan istana megah gaya Eropah juga mencerminkan betapa sultan ini tidak mempedulikan kebudayaan bangsanya.

Sultan Mahmud juga digambarkan orang yang lemah dalam menggunakan ikhtiar dan akal budi.

Hal ini digambarkan misalnya oleh Raja Ali Haji melalui peristiwa ketika Residen Riau meminta pendapat Sultan Mahmud tentang pengganti Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman yang sudah wafat.

Sultan Mahmud baru dapat memberi jawaban beberapa hari kemudian. Tiadanya jawaban yang jelas dari Sultan Mahmud menumbuhkan krisis yang merugikan jalannya pemerintahan di lingkungan kerajaan Riau Lingga.

Raja Melayu lain yang perangainya buruk dan membawa bencana bagi negeri dan rakyat, dicontohkan oleh Raja Ali Haji ialah Raja Kecik Siak dan Raja Kecik Terengganu.

Raja Kecik Siak digambarkan sebagai tokoh yang gemar memperlihatkan kekuasaan dengan segala tipu muslihat. Dia ingin merebut kekuasaan dari tangan Raja Abdul Jalil kerana merasa bahawa dialah satusatunya anak Sultan Mahmud.

Siasat yang dilakukan ialah menakut-nakuti dan memecah belah rakyat. Raja Kecik juga dilukiskan sebagai orang bengis dan kasar, serta mencemarkan nama baik keluarga.

Lebih dari itu Raja Ali Haji menggambarkan dengan cermat dalam bukunya itu betapa dahsyatnya proses demoralisasi yang melanda kehidupan raja-raja dan bangsawan Melayu selama penjajahan British dan Belanda di kepulauan Melayu.

Hanya melalui proses demoralisasi itu mereka menguasai Nusantara. Hal itu ditambah lagi dengan pertikaian dan perpecahan yang sering terjadi di kalangan pemimpin Melayu sendiri.

Perpecahan semakin parah kerana kelobaan dan saling mendengki antara para pemimpin dari masing-masing kaum dalam masyarakat Melayu.

Sebagai karya adab, Tuhfat alNafis juga memperbicarakan masalah raja yang baik dan yang buruk, yang adil dan yang zalim. Kaum ulama, cendekiawan dan budayawan dipinggirkan.

Dalam karya ini, tarikh peristiwaperistiwa juga dinyatakan dengan jelas. Kedaulatan seorang raja, menurut penulis buku ini, tidak dapat diukur hanya berdasarkan garis keturunan.

Seorang raja memiliki kedaulatan apabila beliau memiliki kemampuan memimpin dan pengetahuan yang luas dalam bidang yang diperlukan seperti hukum, politik, agama, sejarah, bahasa dan kebudayaan.

Kesimpulannya, Raja Ali Haji memang percaya bahawa takdir menentukan kehidupan manusia, namun yang lebih menentukan lagi runtuhnya suatu kaum ialah kelalaian kaum itu sendiri dan pembangkangannya terhadap hukum Tuhan.

Pembangkangan terhadap ajaran agama dan moral merupakan sebab utama dari berbagai konflik dan malapetaka yang menimpa masyarakat.

RUJUKAN
Ali Ahmad, (1987). Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Drs. Liaw Yock Fang, (1975). Sejarah Kesusastraan Melayu Klasik, Singapura : Pustaka Nasional Singapura. Muhammad Yusoff Hashim, (1988). Persejarahan Melayu Nusantara, Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd. Munsyi Abdullah, (1997). Hikayat Abdullah, Kuala Lumpur : Pustaka Antara Sdn. Bhd. Laman Web http://ms.wikipedia.org/wiki/Ali_Haji_bin_Raja_Haji_Ahmad http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi http://mdshah.wordpress.com/category/tuhfat-al-nafis/

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like