You are on page 1of 2

Nisfu Syaaban, hari yang ditunggu-tunngu umat Islam. Nisfu Syaaban, malam pengampunan dan banyak kelebihan.

Malam nisfu Syaaban disunatkan untuk kita membaca surah Yasin sebanyak 3 kali. InsyaAllah, rasa macam nak buat hari ini. Jakun, tak pernah join orang baca Yasin 3 Kali dekat surau sempena meraikan malam Nisfu Syaaban memang camni. hehehehehe!!! InsyaAllah lah, kalau panjang umur petang ni akan ke surau. Join my mom sekali. Nasib dapat mak yang tak pernah penat ajak anak tak berapa nak betul macam saya ni. kahkahkahkah. Rasanya, bro Denaihati pun dah banyak tulis artikel berkenaan Nisfu Syaaban ni kan? Antaranya Nisfu Syaaban malam pengampunan, Syaaban dan kelebihannya, Nisfu Syaaban untuk peringatan dan Nisfu Syaaban antara yang dilarang. Korang boleh refer ok kalau nak informasi lebih. *aku ni kurengssss nak lelebih pun.tak pandai.kuikuikui* Saya jumpa doa yang kita boleh baca tiap kali selepas bacaan Yasin, kiranya each time habis baca Yasin pertama, korang baca doa dekat bawah ni. Then, sambung baca Yasin balik dan baca doa ini lagi. Selepas yasin ketiga pun sama. Doa Nisfu Syaaban ni saya jumpa di sini. Thanks for sharing! Erti Doa Nisfu Syaaban: Ya Allah Yang Maha Pengurniatanpa dikuniai Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian Tiada Tuhan melainkan Engkau Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu Sebagai penjahat lagi terkutuk Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu Sebagai orang yang berbahagia .sentiasa beroleh rezeki Menerima aneka kurnia dan kebajikan Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah Titahmu adalah Hak dan Benar Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan

Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus Yang bermaksud Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara Hindarkanlah dariku segala petaka Yang aku ketahuinya ataupun tidak Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih Dari sekalian Yang Mengasihani Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu alaihi wasallam Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya

You might also like