You are on page 1of 54

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

TAJUK 1

PEMILIHAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT BIDANG.

SINOPSIS Bahagian ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk pertama mendedahkan Kategori Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam . Tajuk kedua memberi fokus kepada Keberkesanan Bahan Sumber Pendidikan Islam Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI) 1. memahami dan menghuraikan kategori bahan sumber. 2. mengolah keberkesanan bahan sumber.

24

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

KERANGKA TAJUK

1.1

KATEGORI BAHAN SUMBER

1.1.1: PENGENALAN Pelajar-pelajar yang dirahmati Allah sekalian ! Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu

25

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

dalam pengajaran guru. Jenis- jenis alat tersebut ialah bahan bercetak,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan selain daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah untuk merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media, peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor. Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian murid-murid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini adalah bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan.

Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau media yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya. Dale (1974) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang mana disebut sebagai Cone of Experience, Dale memperjelaskan 26

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Konsep ini disokong oleh Heinich, Molenda dan Russel, 1989. Teori Dale ini telah mengubah persepsi ahli pendidikan seluruh dunia tentang pentingnya penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.1.2: KATEGORI BAHAN SUMBER

Terdapat beberapa kategori sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direkacipta mengikut kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang hendak digunakan dalam proses pembelajaran. Terdapat banyak sumbersumber yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar. Antara bahanbahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah. Untuk memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada proses P&P, guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta, komputer, gambar rajah dan televisyen. Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Dengan cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.

27

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

1.1.2.1:

BAHAN BERCETAK

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan. Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.

Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan.

28

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.

1.1.2.2:

BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan

Bahan

pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu. Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh

menggunakan portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Pada masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisianperisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung. Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak 29

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

langsung telah menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan bimbingan daripada guru. Walaubagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan.

1.1.2.3:

BAHAN MAUJUD

Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains. Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen. Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu 30

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi atau penggunaan kenyataan bahan maujud Murid boleh akan menggunakan situasi, gambaran sebenar.

didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid

1.1.3: BAHAN MEDIA Bahan media juga termasuk sebahagian daripada kategori bahan sumber dan ianya boleh dirumuskan seperti gambar rajah di bawah :

Bil 1. 2. 3. 4. 5 6.

Jenis Media/ Bahan Media/ bahan tayang kaku Media / bahantayang bergerak Bahan grafik Gambar Kaku Bahan pameran 3 dimensi Papan pameran

Contoh Transparensi, slaid, mikrofilem Pita video, CD dan filem Lukisan, poster, kartun, carta dan graf Gambar foto, kad imbasan dan poskad Model, boneka, diorama dan pupet Papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin Pita kaset, CD dan komputer Modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah. Papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin

7. 8.

Media audio Media cetak

6.

Papan pameran

31

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

1.1.4: PROSES PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau media yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerjakerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya. Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Proses penyedian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran itu, secara ringkas Seperti gambarajah berikut:

1.1.5: PRINSIP-PRINSIP PEMILIHAN BAHAN 1.1.5.1: Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif

pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.

32

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

1.1.5.2

Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan

dengan Falsafah Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.

1.1.5.3:

Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-

bahan pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main

33

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

peranan di satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi. Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.

1.1.5.4: pelajar.

Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para

Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu. Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek

34

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.

1.1.5.5:

Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek

bahasa, proses pembelajaran dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari semasa ke semasa. Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkaraperkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka. 35

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

1.1.5.6:

Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk

memudahkan pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.

Bincang dengan rakan anda tentang kategori bahan . Buat catatan isi secara grafik peta minda

Dapatkan maklumat tambahan ulasan tentang Media Tayang Kaku, Media Tayang Bergerak, Bahan Grafik, Gambar Kaku, Bahan Pameran 3 Dimensi, Papan Pameran, Media Audio dan Media Cetak

Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum Selepas ini bolehlah anda meneruskan pembacaan untuk tajuk berikutnya

1.2 :

KEBERKESANAN BAHAN

1.2.1: PENDAHULUAN

36

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Bahan sumber merupakan salah satu komponen pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja dapat memberi suatu pengalaman yang konkrit malahan dapat membantu murid menyatukan pengalaman yang ada pada mereka. Bahan sumber yang baik akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Justeru bahan sumber menjadi elimen perantaraan dan pemindah maklumat kepada pelajar dan pengguna, seseorang pengajar perlu peka kepada faktor objektif, faktor pelajar faktor kaedah dan faktor praktikal semasa membuat, menyediakan bahan dan mengaplikasi bahan. 1.2.2: KERANGKA TAJUK

1.2.3: KEBERKESANAN BAHAN Penggunaan bahan akan menjadi lebih berkesan apabila aplikasi penggunaannya terlebih dahulu mengambil kira beberapa elimen berikut : 1.2.3.1: KRITERIA PEMILIHAN BAHAN SUMBER - selaras dengan falsafah pendidikan negara - tidak bercanggah dengan nilai masyarakat

37

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

- releven dengan kurikulum - selaras dengan prinsip pedagogi - memberi maklumat terkini - cost effective - mudah diperolehi - mudah digunakan - mudah alih - mudah senggara - pelbagai rangsangan - dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan - fleksibel 1.2.3.2: PEMBINAAN BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN a) Ketahanan Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri. b) Kos Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai. c) Aspek-aspek Teknikal Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya

38

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

d) Ketepatan Maklumat Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain. e) Mudah Alih Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan tertentu. f) Saiz/Pengelolaan Kelas Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu g) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara.

39

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.

1.2.3.3: CIRI-CIRI BAHAN SUMBER Tidak ada satu bahan sumber yang unggul dan sesuai untuk digunakan dalam semua keadaan dan semua bidang mata pelajaran. Untuk mempastikan keberkesanan bahan sumber yang digunakan seseorang guru perlu mengetahui cirinya seperti berikut : a) Menjelaskan idea yang kabur

Adanya bahan sumber, fakta atau idea yang kabur dapat disampaikan dan dijelaskan dengan lebih efisyen dan terperinci. Di samping itu bahan sumber juga dapat menerangkan hubungan antara idea dengan isi pelajaran. b) Menjelaskan bahagian yang sukar difahami Dalam setiap pelajaran, tedapat bahagian yang senang dan sukar difahami oleh pelajar (Wifa al-Tajl dan Rana al-Fauri, 2006). Pengunaan bahan sumber dapat membantu proses pembelajaran dan kelas dengan tumpuan diberikan kepada bahagian yang sukar difahami. Contohnya penggunaan grafik banding beza. c) Besar dan jelas Bahan sumber yang digunakan dalam proses P&P mestilah besar dan jelas mengikut keadaan kelas jumlah pelajar. Sekurang-kurang kadar bahan sumber mestilah boleh dilihat dengan jelas oleh pelajar yang berada dalam pandangan yang paling jauh daripada bahan sumber. d) Warna yang menarik dan saiz yang tepat Pelajar lebih suka kepada bahan (objek, teks dan lain-lain) berwarna berbanding dengan hitam putih. Bagi kalangan pelajar sekolah rendah warna menarik minat mereka dan sekaligus menggalakan pembelajaran. Selain itu, warna juga dapat menonjolkan fakta penting. Manakala saiz

40

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

sesuatu bahan sumber juga penting semasa proses pembelajaran. Sebagai contohnya saiz tajuk hendaklah lebih besar daripada isi kandungan, dihitamkan (gelap) dan kedudukannya hendaklah di tengahtengah. e) Tahan lama Bahan sumber yang hendak dipilih juga hendaklah jenis yang tidak membebankan guru, tahan lama dan mudah dibawa ke mana-mana saja sama ada dari bilik guru ke dalam kelas, dari kelas ke perpustakaan dan sebagainya (Ahmad, 1997). Contohnya slaid. f) Paling memberi kesan

Pelajar biasanya suka kepada permainan. Oleh itu, kalau boleh pilih bahan sumber yang berbentuk permainan tetapi pada masa yang sama pelajar mendapat input yang berfaedah hasil daripada permainan tersebut. Contohnya permainan berbentuk teka silang kata, kuiz dan sebagainya. g) Murah tinggi dan seelok-eloknya boleh dibuat sendirisupaya tidak

Bahan yang digunakan hendaklah tidak memerlukan kos perbelanjaan yang membebankan guru dan juga pihak sekolah

1.2.3.4: KEUPAYAAN PEMILIHAN BAHAN SUMBER Tujuan pemilihan bahan sumber adalah agar objektif P&P dalam satu-satu sesi dapat dicapai dengan maksimum. Oleh itu, guru perlu mengikut prinsip asas pemilihan bahan sumber dalam pengajaran mereka (Wifa al-Tajl dan Rana al-Fauri, 2006). Antara asas pemilihan ialah :

a) Besesuaian dengan tajuk

41

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Guru perlu menentukan tajuk dan isi kandungan yang akan diajar. Langkah seterusnya ialah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai pada akhir proses P&P menggunakan bahan sumber. Ini bermaksud, alat dan bahan yang hendak digunakan mestilah sesuai dengan tajuk, isi kandungan dan objektif pembelajaran pelajar.

b) Bersesuaian dengan latar belakan pelajar Guru perlu membuat analisis mengenai sifat pelajar seperti umur murid, gaya pembelajaran murid, tahap pencapaian murid dan pengalaman murid belajar berbantukan bahan sumber. Bahan yang dipilih itu mestilah sesuai dengan tahap kebolehan dan perkembangan murid dalam penguasaan bahasa, tahap kefahaman serta pendengaran. Contohnya sumber visual seharusnya tidak digunakan apabila pelajar mempunyai latar belakang pengalaman yang cukup untuk menginterpretasikan dengan dan mengimaginasikan (Kamarudin, 2003). c) Bersesuaian dengan tempat digunakan. Guru perlu memastikan keadaan fizikal di mana bahan sumber yang akan digunakan boleh memberi kesan sampingan kepada matlamat yang hendak dicapai. Oleh sebab itu, guru juga patut memberi perhatian mengenai tempat bahan yang bakal digunakan. d) Berteknologi rendah dan sederhana Bahan yang dipili h mestilah mudah dan tidak melibatkan kemahiran teknikal yang terlalu tinggi. Sebaik-baiknya guru perlu belajar untuk menggunakan alat dan bahan serta membuat latihan yang sewajarnya sebelum sesi pengajaran yang sebenar. Bagi seseorang guru, mereka tidak boleh mengambil sikap ambil mudah dengan mengangap pelajar akan memahami apa yang dipaparkan pada kali pertama (Kamarudin, 42 sesuatu yang berkaitan pembelajaran

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

2003). Ini sekaligus bertujuan untuk mengelakkan kesilapan atau kelamahan semasa persembahan. e) Tidak berbahaya Sesuatu bahan yang digunakan hendaklah tidak berbahaya dan

menggunakan kuasa tenaga elektrik yang tidak terlalu tinggi. Bahan tersebut seelok-eloknya mudah disimpan dan tidak mudah rosak, terutama jika alat itu melibatkan penggunaan oleh murid. Bahan tidak memerlukan kelengkapan tambahan yang banyal apabila hendak digunakan dan tidak mudah ketinggalan zaman.

f) Bersesuaian dengan jumlah pelajar Pemilihan bahan hanya akan lengkap sekiranya jumlah murid yang diajar dapat diaturkan dengan jenis bahan yang sesuai.

g) Sesuai dengan tahap IQ Apabila sesuatu bahan itu hendak digunakan dalam sesuatu pengajaran, peluang harus diberi kepada pelajar bagi menentukan sendiri kadar kelajuan peembelajarannya. Mereka yang kurang berkebolehan mempunyai peluang merujuk kembali kepada bahan yang digunakan dengan mengikut kadar keupayaannya sendiri tanpa melibatkan kemajuan murid lain yang lebih cekap.

Sila rujuk ; Kamarudin Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran , Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2007. 43

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Layari internet ........ http://www.sumber pengajaran an pembelajaran

LATIHAN

i. Berpandukan kepada modul yang diberi dan tambahan bacaan dan setelah melayari laman web, lengkapkan grafik di bawah.

Kategori Bahan Sumber

44

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

ii. Janakan idea anda, apakah elimen-elimen yang perlu diambil kira bagi mempastikan satu-satu bahan itu cukup berkesan apabila ia di guna pakai dalam orientasi pengajaran dan pembelajaran.

Tajuk 2

Pengajaran Mikro Dalam Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Islam

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam unit ini menjelaskan tentang konsep pengajaran mikro / makro, dan kemahiran Asas Pengajaran Mikro / Makro. pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. pelajar Tajuk-tajuk ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam Selain daripada itu Para anda juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan. yang terdapat di dalam unit ini. Hasil Pembelajaran 1. Menerangkan konsep dan kemahiran dalam pengajaran mikro. 2. Dapat menganalisis konsep dan kemahiran dalam pengajaran mikro. 3. Dapat membezakan antara pengajaran mikro dan pengajaran makro Kerangka Konsep Tajuk

diharap dapat berusaha untuk menguasai semua kemahiran

45

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Pengajaran Mikro Dalam Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Islam

Konsep pengajaran mikro dan makro

Kemahiran Mikro

Perbezaan pengajaran mikro dan makro

1.1

Konsep Pengajaran Mikro

i. Konsep Pengajaran Mikro Pelajar-pelajar sekelian ! Tahukah anda apa itu pengajaran mikro? Pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam masa di antara lima hinggga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran sahaja. bagi sekumpulan pelajar. Jumlah pelajar biasanya antara sepuluh hingga lima belas orang Pengajaran mikro bertujuan membina kemahiran guru berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran mikro memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar dapat menyampaikan satusatu kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasainya secara praktik. Ia melibatkan teknikteknik penggunaan set induksi, penyoalan, variasi rangsangan, penerangan dengan contoh-contoh, ilustrasi atau alat bantu mengajar, pengurusan kelas, penggunaan papan kapor, pengukuhan dan penutup.

46

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam Melalui pengajaran mikro, anda berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam

sesuatu situasi yang terkawal. Anda perlulah tahu, kebiasaannya pengajaran ini hanya menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja. Untuk memerhati dan menilai aktiviti pengajaran yang dilaksanakan, anda digalakkan membuat rakaman video. Setelah aktiviti pengajaran ini selesai anda perlu berbincang dengan rakan-rakan tentang kekuatan dan kelemahan bagi aktiviti pengajaran yang telah anda laksanakan. Hasil perbincangan tadi bolehlah digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kemahiran yang telah dilaksanakan. Bincangkan dengan rakan anda tentang faedah pengajaran mikro. Buat catatan isi-isi penting , kemudian bandingkan dengan bahan yang disediakan berikut

Antara faedah yang dapat disenaraikan ialah:

Mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi pembelajaran yang terancang dan dipermudahkan.

Boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang, mudah dan kurang kompleks.

Pengajaran mikro membolehkan anda mengamalkan teori pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah di dalam bilik kuliah.

Pengajaran mikro juga dapat mengurangkan berbagai-bagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah.

Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri kesalahankesalahan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro.

Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran anda akan dapat memahami kesalahan / kelemahan dan seterusnya berusaha untuk mengatasi kelemahankelemahan tersebut.

Sekarang cuba kita lihat bagaimana cara sesi pengajaran mikro dilaksanakan.

47

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam (Model D.Allen dan K. Kyan)

Merancang

Mengajar

Mengulas

Merancang Semula

Mengajar Semula

Merancang

Mengulas Semula

Anda perlu membuat persediaan mengajar yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dengan memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran seperti bilangan murid, alat bantu mengajar dan aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran mikro dalam tempoh masa yang terhad berjalan dengan lancar. disediakan. Mengajar Anda hendaklah menjalankan sesi pengajaran seperti yang dirancang. Semua prinsip dan garis panduan berkenaan sesuatu kemahiran yang menjadi fokus perlu dihayati dan dipraktikkan. Contohnya kemahiran penyoalan. Anda perlulah mengaplikasi semua prinsip penggunaan dan komponen kemahiran penyoalan dalam sesi pengajaran itu. Adalah lebih baik anda merakamkan sesi pengajaran tersebut. Mengulas / Menilai Latihan akan menjadi bertambah baik jika peserta menerima maklum balas tentang sesi pengajaran mikronya. Sekiranya ada rakaman, anda bolehlah menonton semula dan membuat penilaian kendiri. Rakan-rakan pemerhati menilai melalui borang penilaian yang telah diedarkan sebelum sesi perlaksanaan mikro Merancang semula Borang-borang yang berkaitan dengan penilaian perlulah

48

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam Hasil daripada komen-komen yang diterima dalam peringkat penilaian, anda hendaklah membuat perancangan kali kedua untuk menjalankan pengajaran semula yang juga akan dirakamkan. Pengajaran semula ini mungkin melibatkan pindaan kepada persediaan mengajar yang disediakan. Pengajaran Semula Selepas selesai selesai membuat perancangan, pengajaran semula akan dibuat dan dirakamkan. Seharusnya pengajaran semula ini berbeza dengan pengajaran pertama kerana anda telah mengambil kira komen dan teguran. Mengulas Semula Selepas pengajaran semula, perbincangan berkenaan pengajaran tersebut akan dibuat di bawah penyeliaan bagi mengukuh dan meneguhkan kemahiran mengajar yang telah dipraktikkan itu. Konsep Pengajaran makro Pelajar-pelajar, Pengajaran makro adalah satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi, pengenalan, perkembangan p&p hingga penutup. Perlaksanaannya perlulah : Kelas besar Perlu murid sebenar Guru mengajar sepenuh waktu Tumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar Situasi sebenar

Buat perbincangan bersama rakan anda tentang perbezaan antara pengajaran mikro dan makro. Lakarkan hasil perbincangan dalam grafik banding beza

49

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

1.2

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

Kemahiran-Kemahiran Pengajaran Mikro Pengajaran mikro merupakan suatu teknik simulasi yang bertujuan untuk memberikan anda pengalaman mengajar serta menguasai kemahiran-kemahiran mengajar dalam satu situasi yang hampir sama dengan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Kemahiran mengajar yang dipilih ialah merupakan kemahiran-kemahiran mengajar yang penting dan kerap digunakan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. yang biasanya dipilih untuk sesi pengajaran mikro ialah : Kemahiran penyampaian set induksi Kemahiran Menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Penggunaan penyoalan Kemahiran Pengelolaan variasi rangsangan Kemahiran Penggunaan papan kapor Kemahiran Pengurusan aktiviti pengukuhan Kemahiran Perlaksanaan penutup Di antara kemahiran-kemahiran

50

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam Pelajar-pelajar sekelian ! Untuk melaksanakan sesuatu sesi pengajaran mikro anda hendaklah memilih salah satu daripada kemahiran mengajar tersebut di atas dan merancang satu persediaan mengajar berdasarkan prinsip, objektif dan komponen-komponen kemahirannya. Kemahiran mengajar yang dipraktikkan dalam pengajaran mikro hanya merupakan sebahagian kecil daripada satu waktu pelajaran yang sebenar. Masa penyampaian kemahiran mengajar ini dalam sesuatu sesi pengajaran mikro akan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit sahaja, bergantung kepada keperluan sesuatu jenis kemahiran mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran.

Kemahiran Penyampaian Set Induksi Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Ia bertujuan membina aliran pemikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan set induksi . Antaranya penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mengulangkaji topik yang berkaitan, membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan sebagainya. Oeh kerana set induksi cuma bertujuan membina aliran pemikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa diperuntukkan tidak seharusnya melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran. yang

Sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid

Tujuan tercapai dalam masa yang singkat

Prinsip Set Induksi

Berkait dengan isi pelajaran

Menarik minat dan perhatian murid

51

Berkait dengan pengetahuan murid

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Objektif Set Induksi: Menarik perhatian murid Membina aliran pemikiran murid Memotivsikan murid Mengaitkan pengetahuan yang lepas dengan yang baru Mencadangkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti Menyatakan had tugas dalam aktiviti pembelajaran Membantu murid belajar dengan lebih mudah

Komponen Set Induksi


Menggunakan nada suara Menggunakan alat Bantu mengajar Menggunakan gerakan,isyarat,kontak mata Menunjukkan satu aktiviti yang luar biasa

Menarik perhatian

Mewujudkan motivasi

Bangkitkan rasa ingin tahu Guna teknik cerita Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna Menggunakan soalan yang mencabar

Membuat perkaitan

Mengaitkan: pengetahuan lepas murid isi pelajaran baru peristiwa semasa minat dan pengalaman murid

Menstruktur
Menyatakan had tugas yang akan dijalankan Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan Menyatakan cara-cara

52

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Fikirkan kesan penggunaan kemahiran set induksi dalam pengajaran dan pembelajaran . Buat catatan

Tugasan tutorial Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Set Induksi. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

Kemahiran Menerang Digunakan untuk menyampaikan maklumat, kepada murid. kemahiran menerang konsep atau isi kandungan pelajaran

Biasanya pada peringkat perkembangan . Semasa menggunakan guru memberi penerangan kepada murid tentang sesuatu isi

pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran. Ketika memberi penerangan guru boleh menggunakan kapor untuk menulis isi-isi penting pada papan tulis/kapur supaya membantu murid memahami dan merekodkan dalam buku nota. Prinsip-Prisip Penggunaan Kemahiran Menerang Rancang aktiviti pengajaran Tentukan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran yang akan digunakan Masa hendaklah sesuai Kekalkan minat murid terhadap penerangan guru Perkataan dan istilah hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid Penerangan berdasarkan pengetahuan lepas murid Alat Bantu mengajar sesuai dengan isi pelajaran, diuruskan dengan teknik yang Galakkan murid bertanya

berkesan

Komponen-Komponen Kemahiran Menerang

53

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam Arah Permulaan Penerangan guru: Menarik dan mengekalkan perhatian murid Membangkit kesediaan murid untuk belajar Jelas, ringkas, tepat

Kemahiran Ilustrasi Pengunaan contoh / sumber pelajaran Contoh / sumber yang cukup Contoh / sumber yang sesuai Contoh / Sumber jelas dan menarik Kecekapan mengurus contoh / sumber Penyusunan Idea Pengurusan kemahiran menerang: Idea dikembang secara teratur Variasi rangsangan berjaya digunakan Penerangan lisan jelas dan tepat

Penutup Rumusan dan kesimpulan: Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis Isi-isi penting disusun secara teratur Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Menerang. Aplikasikan semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

54

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

KEMAHIRAN PENYOALAN Teknik penyoalan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat permulaan kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali pelajaran lepas. Peringkat perkembangan ianya digunakan untuk mencungkil pemikiran murid. Peringkat penutup ianya digunakan untuk menilai pencapaian objektif.

Prinsip Penggunaan Kemahiran Penyoalan:

Pembentukan Soalan

Aras soalan sesuai dengan murid Rancang jenis-jenis soalan Mudah difahami Ubah bentuk soalan dari masa ke semasa Mendorong murid berfikir

Teknik kemukakan soalan jelas

Kemukakan soalan , berhenti sekejap, baru sebut nama Soalan dituju kepada semua murid Suruh murid ulang jawapan Sebut soalan sekali sahaja dengan

Penerimaan Jawapan

Beri pujian bagi jawapan murid Guru ulang jawapan murid Minta murid lain ulang Lengkapkan jawapan yang kurang lengkap Bantu murid beri jawapan yang lengkap Elak jawapan beramai-ramai Elak ejek jawapan murid

55

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Objektif Penyoalan Uji pengetahuan murid Rangsang pemikiran Menarik perhahtian Menilai keberkesanan Membantu mengulangkaji pelajran Menjalin hubungan guru murid Memperkukuhkan kefahaman baru Menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu Memperkembangkan daya pemikiran Melibatkan keaktiufafan dalam P & P Menggalak murid berani menyoal

Komponen-Komponen Kemahiran Penyoalan

Pembentukan soalan : Jelas, ringkas dan tepat Fokus tunggal : Soalan ditumpukan kepada satu idea dan konvergen Fokus pelbagaian : Soalan ditumpukan lebih daripada satu idea dan divergen Sebaran : Soalan disebarkan kepada seluruh kelas. Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum Sekarang bolehlah anda fikirkan apakah kesan kemahiran penyoalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Buat catatan . Kemudian bolehlah anda meneruskan bacaan tajuk ini

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Penyoalan. Pastikan soalan-soalan yang disediakan mengikut disiplin yang dterangkan. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.

56

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Kemahiran Pengukuhan Digunakan apabila murid memberi jawapan / reaksi yang betul dalam satu-satu aktiviti . Pujian merupakan satu teknik pengukuhan tingkahlaku Prinsip Pengukuhan Berubah dari masa ke semasa Diberi sebaik sahaja selesai menjawab Elak komen negatif Teknik pengukuhan sesuai dengan tahap pelajar Diberi dengan ikhlas

Memberi galakan dalam aktiviti P & P Memperkukuhkan konsep dalam ingatan Menggalakkan murid tunjuk tingkah laku positif Memupuk semangat keyakinan diri Memperbaiki disiplin kelas

Objektif Pengukuhan

Kesan Kemahiran Pengukuhan Membawa semangat ingin belajar Meningkatkan murid bersifat cubajaya Murid akan berubah kearah tingkah laku positif Usaha murid dihargai Wujudnya hubungan yang baik guru dan murid
Lisan Positif: Guru gunakan sebutan: Bagus / baik / ya / betul Guru mengulang jawapan murid Gerak Isyarat positif : Guru menunjukkan Senyuman Anggukan kepala Tepuk tangan Angkat ibu jari Komponen Kemahiran Pengukuhan

57

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Dampingan Mendampingi murid Berdiri disebelah murid Duduk disisi murid Lisan negatif Bukan, Salah, Tidak Kurang lengkap, jawapan buruk Menyindir Gerakan isyarat negatif Menggeleng-gelengkan kepala Menunjukkan muka marah Menggoyangkan tangan Sentuhan Menyentuh kepala Menyentuh bahu Menyentuh bahagian belakang badan Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Pengukuhan yang mengambilkira komponen-komponen di atas. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.

VARIASI RANGSANGAN Teknik mempelbagaikan kaedah penyampaian guru bertujuan menarik perhatian dan minat murid. Meliputi kemahiran mengubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti, menukar corak interaksi dan mempelbagaikan kaedah pengajaran

Prinsip Perubahan kaedah dan teknik penyampaian dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran Perubahan aktiviti dikaitkan dengan langkah penyampaian Penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai Setiap langkah pengajaran mengandungi aktiviti yang berbeza Hendaklah mengubah rangsangan berdasarkan maklumbalas murid

58

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Objektif

Memusatkan perhatian murid dan mengekalkan minat Melibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran Mempelbagaikan saluran deria murid Memotivasikan murid Memberi peluang murid menikmati kepelbagaian aktiviti Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif

59

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Perubahan Pergerakan langkah guru Kiri kanan, depan belakang

Perubahan Pergerakan anggota guru tangan - kepala, tangan -hentian

Komponen Variasi Rangsangan

Perubahan nada suara Mendatar lantang Lantang - senyap

Perubahan deria murid Mendengar menonton Melihat - merasa

Perubahan bentuk lisan murid Menyoal menjawab Menulis membaca Bercerita - berbincang

Perubahan bentuk fizikal murid Menulis melukis Duduk - berdiri

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Variasi Rangsangan. Sila pastikan sebahagian besar komponen di atas digunakan. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

60

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Kemahiran Penggunaan Papan Kapur


Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam bilik darjah. Ia memerlukan kemahiran guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah. Guru yang menguasai kemahiran ini dengan baik, memudahkan murid membaca dan memahami dan dapat menarik minat pelajar.

Prinsip

Guru harus merancang penggunaannya lebih awal Cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambar rajah Tulisan hendaklah jelas Penggunaan kapur warna Penggunaan aktiviti hendaklah dipelbagaikan Penglibatan murid dalam penggunaan papan kapur Masa yang sesuai

Objektif

Menjelas sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak Menarik perhatian murid di setiap peringkat pengajaran Memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan Mendemontrasikan langkah penyelesaian masalah Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran Memberi peluang kepada murid mencatat nota

61

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Kejelasan : Tulisan - saiz sesuai dan kemas Gambarajah jelas dan ringkas Susunan (layout) ; Penggunaan ruang seimbang Susunan jelas Nota disusun bersistematik Penonjolan / Penekanan: Penggunaan kapur warna yang sesuai dan menarik

Komponen Penggunaan Papan kapur

Teknik Persembahan berjaya : membentuk konsep jelas dan tepat memudahkan konsep yang susah melibatkan murid dlaam aktiviti pembelajaran menggunakan masa yang sesuai

Syabas sekiranya anda telah mempraktikkannya. Sekarang anda boleh rehat! Masa untuk minum Kemudian bolehlah anda meneruskan bacaan tajuk ini seterusnya.

Kemahiran Penutup Penutup adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian ini. Guru menggunakan bahagian ini untuk membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran baru yang dipelajari aktiviti dengan merumuskan isi-isi penting atau memberi aktiviti susulan. Guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian ini akan

digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran berikutnya.

62

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Terdapat dua jenis penutup Kognitif - bertujuan mengukuhkan isi dan kemahiran yang dipelajari Caranya:- buat rumusan / kesimpulan Beri kerja bertulis/ latihan / lembaran kerja Beri aktiviti pengayaan Penyoalan isi-isi penting Sosial - bertujuan memberi satu perasaan pencapaian supaya mereka ingin terus belajar atau aplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan harian. Caranya - menggunakan teknik peneguhan atau tugas lanjutan. Pelajar-pelajar ! Sekarang kita lihat pula apakah prinsip-prinsip penggunaan kemahiran penutup Prinsip-prinsip Pastikan sesuai dengan objektif, isi dan kemahiran yang baru dipelajari Aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan perlu dirancang dengan teliti Sediakan juga penutup sosial di samping penutup kognitif Aktiviti penilaian juga boleh diadakan di peringkat penutup

Perkaitan kognitif Komponenkomponen Kemahiran Penutup

Membuat rumusan Mengulangi isi-isi penting Menjalankan aktiviti penilaian Mencadangkan aktiviti susulan Menjalankan aktiviti pengukuhan

Perkaitan Sosial

Menimbulkan perasaan ingin melaksanakan Memberi peneguhan positif Mewujudkan perasaan ingin tahu Memotivasikan perasaan ingin belajar Mengaitkan dengan pelajaran akan

63

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Penutup yang meliputi kedua-dua aspek kognitif dan sosial. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

Bincangkan dengan rakan anda kepentingan Guru Pendidikan Islam menguasai dan mengaplikasi kemahirankemahiran dalam pengajaran mikro / makro serta mengikut peringkat perancangan pengajaran mikro

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran tajuk ini dengan jayanya! .

64

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Tajuk 3

Perancangan Pengajaran Mikro

Sinopsis Tajuk ini akan membincangkan tentang Perancangan Pengajaran Mikro Pendidikan Islam dan contoh perancangan pengajaran mikro untuk diaplikasikan dalam pengajaran mikro. Hasil Pembelajaran

1. Merancang pengajaran mikro untuk asuhan Tilawah al-Qur'an, Ulum Syariah


dan Akhlak dengan menggunakan kemahiran mikro yang telah dipelajari.

2. Mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas dalam pengajaran mikro.

Tajuk 3.1

Perancangan Pengajaran Mikro

Pelajar-pelajar sekelian setelah kita mengetahui konsep pengajaran mikro dan perbezaannya dengan pengajaran makro, mari kita ccba merancang pengajaran mikro ! Tahukah anda apa itu perancangan pengajaran mikro? Dalam tajuk konsep pengajaran mikro anda telah didedahkan dengan carta alir perlaksanaan pengajaran mikro, kini anda akan cuba merancang pengajaran mikro mengikut format yang telah ditetapkan. CONTOH PERANCANGAN PENGAJARAN MIKRO.

1. Persediaan Mengajar Mikro Set Induksi


Nama Kemahiran Mata pelajaran Tajuk Hasil pembelajaran : : Set Induksi : Pendidikan Islam - Hadis : Iman yang sempurna :

I. Murid dapat membaca petikan hadis dengan betul

II. Murid dapat menjelaskan siapakah mukmin yang sebenar


III. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya tiga peranan mukmin kepada saudaranya BBM : Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal

65

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Isi pelajaran I. II.

: Konsep iman: Satu kepercayaan teguh yang terjalin di dalam hati, seperti percaya adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah Persaudaraan Islam AKTIVITI MURID

AKTIVITI GURU SET INDUKSI 1. Guru membentangkan gambar seorang budak jatuh basikal 2. Apakah yang murid-murid dapat faham daripada gambar ini?

1. Guru berbincang dengan murid

2. Murid menjawab 3. Bolehkan kita hidup bersendirian tanpa bergantung kepada orang lain?

4. Bagaimana sikap kamu sekiranya


melihat malapetaka / bencana menimpa rakan kamu? 5. Guru meminta seorang murid menyebut Rukun Iman 6. Guru menegaskan bahawa kita semua orang beriman 7. Tajuk kita pada hari ini ialah Iman Yang Sempurna

3. Murid menjawab

4. Murid menjawab

5. Murid menjawab

Pengajaran Di peringkat ini anda dikehendaki melaksanakan pengajaran mengikut perancangan. Semua prinsip dan garis panduan sesuatu kemahiran yang difokuskan perlu dikuasai dan diaplikasi. pengajaran. Penilaian Selepas rakaman pengajaran, video tersebut dipertontonkan semula . Anda perlu membuat penilaian kendiri ke atas pengajaran. Rakan penilai akan membuat penilaian ke atas pengajaran tersebut dengan mengisi borang-borang penilaian kemahiran yang Contohnya kemahiran menyoal. Rakaman video perlu dibuat semasa

66

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam telah diedarkan sebelum pengajaran. Borang-borang praktik bermula. Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Set Induksi. Ada (Sesuai) Ada (Tidak Sesuai) Tidak Kelihatan tersebut diedar sebelum sesi

Komponen Kemahiran Set Induksi Dan Cara Melaksanakannya Menarik Perhatian: Menggunakan nada suara Menggunakan alat Bantu mengajar Menggunakan gerakan, isyarat, Kontak mata Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa Mewujudkan motivasi Membangkitkan rasa ingin tahu Menggunakan teknik bercerita Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna Menggunakan soalan yang mencabar Membuat perkaitan Pengetahuan lepas murid Isi pelaajran baru Peristiwa semasa Minat dan pengalaman murid Menstruktur Menyatakan had tugas yang akan dijalankan Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas Menyatakan aktiviti, tugas atau projek Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

2. Persediaan Mengajar Mikro Penutup


Nama Kemahiran Mata pelajaran Tajuk Hasil pembelajaran : : Penutup : Pendidikan Islam - Hadis : Iman yang sempurna :

I. Murid dapat membaca petikan hadis dengan betul

67

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

II. Murid dapat menjelaskan siapakah mukmin yang sebenar


III. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya tiga peranan mukmin kepada saudaranya BBM : Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal : percaya adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah II. Persaudaraan Islam AKTIVITI GURU PENUTUP 1. Membuat rumusan kognitif tentang pelajaran yang telah diajar. 2. Menggalakkan pelajar agar sentiasa membantu satu sama lain untuk mengukuhkan persaudaraan sebagai penutup sosial. 3. Guru memberi kerja sebagai pengayaan. lanjutan 1. Murid mendengar guru membuat rumusan kognitif 2. Murid mendengar guru membuat rumusan sosial AKTIVITI MURID

Isi pelajaran

I. Konsep iman: Satu kepercayaan teguh yang terjalin di dalam hati, seperti

3. Murid melaksanakan pengayaan di rumah.

kerja

Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Penutup Komponen Kemahiran Penutup Perkaitan kognitif Membuat rumusan Mengulangi isi-isi penting Menjalankan aktiviti penilaian Mencadangkan aktiviti susulan Ada (Sesuai) Ada (Tidak Sesuai) Tidak Kelihatan

Perkaitan sosial Menimbulkan perasaan pencapaian murid Memberi peneguhan positif Mewujudkan perasaan ingin tahu Memotivasikan perasaan ingin belajar

68

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam Mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan Sila dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan tentang borang-borang bimbingan penilaian bagi setiapKemahiran pengajaran mikro / makro

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Ooookkkkkk boleh berhenti rehat!!!!

69

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Tajuk 4

Perancangan Dan Bidang Pengajaran Makro Pendidikan Islam

Sinopsis Tajuk ini akan membincangkan tentang Perancangan Dan Bidang Pengajaran Makro Pendidikan Islam. Perancangan pengajaran makro terkandung di dalamnya konsep pengajaran makro dan perancangan pengajaran makro. Bidang pengajaran makro menyediakan contoh rancangan mengajar untuk diaplikasikan dalam pengajaran makro. Hasil Pembelajaran 3. Menjelaskan konsep pengajaran makro. 4. Membina rancangan pengajaran harian dalam bidang Ulum syariah Kerangka Tajuk

Perancangan Dan Bidang Pengajaran Makro Pendidikan Islam

Konsep Pengajaran Makro

Perancangan Pengajaran Makro Pendidikan Islam

Bidang Asuhan Tilawah Al Quran

Bidang Ulum Syariah

Bidang Akhlak

Bidang Jawi

70

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Tajuk 4.1

Konsep Pengajaran Makro Pendidikan Islam

Pelajar sekalian ! Pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran Makro, anda perlulah merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik . Perancangan yang lengkap dan baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang berkesan. akademik murid dan Pengajaran yang berkesan akan meningkatkan pencapaian mengurangkan masalah-masalah disiplin. Proses pengajaran makro yang lengkap boleh disimpulkan dalam carta alir berikut :

Perancangan

Pengajaran

Penilaian

Perancangan semula

Penilaian semula

Pengajaran Semula

Aspek yang penting dalam persediaan mengajar : Perancangan Pendahuluan Penentuan topik Kebolehan sedia ada murid-murid Ojektif/ hasil pembelajaran Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran Penentuan masa Pemeringkatan isi Pemilihan sumber Pencapaian

Perancangan penyampaian

Perancangan Penilaian

71

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam Penganalisisan maklumbalas Pengubahsuaian

Buat refleksi kendiri tentang konsep pengajaran makro. Sila berbincang dengan rakan sekerja berkenaan bidang-bidang dalam Sukatan Pendidikan Islam Sekolah Rendah kemudian buat catatan dalam bentuk grafik sebagai persediaan untuk membuat perancangan pengajaran makro

Tajuk 4.2

Perancangan Pengajaran Makro Pendidikan Islam

72

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam Pelajar-pelajar sekelian! Dalam melaksanakan pengajaran makro, anda perlulah merancang set induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit. Perkembangan pengajaran merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang disusun berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Anda juga perlu yang berurutan, disusun dengan baik dan merancang langkah-langkah pengajaran

mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan. Anda juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ia perlulah sesuai dengan kebolehan serta minat murid. Isi pelajaran perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan teliti supaya situasi pembelajaran yang unggul dapat diwujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan isi, anda hendaklah menyenaraikan semua topik yang hendak diajar, kemudian fikirkan sub- topik atau isi yang manakah yang perlu diawalkan dan yang boleh diajar kemudiannya. Untuk ini anda perlulah melihat prinsipprinsip berikut: dari yang sudah diketahui kepada belum diketahui dari mudah kepada kompleks dari konkrit kepada abstrak dari dekat kepada jauh dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, anda patutlah memikirkan tentang strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian malahan ia akan menjadikan satu-satu pelajaran itu lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid. Guru juga harus menjalankan aktiviti untuk mengukur sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan secara pemerhatian terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja murid atau melalui ujian lisan atau tulisan.

73

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam Maklumat-maklumat yang didapati dari pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas

untuk membuat pengubahsuaian terhadap pengajaran seterusnya. Penutup merupakan bahagian terakhir satu-satu pengajaran dan pembelajaran Dalam bahagian penutup, guru membantu murid menyimpul dan membuat rumusan yang berkaitan isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada pelajar. Guru juga perlu memberi rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-murid supaya bersedia untuk pelajaran akan datang.

Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

FORMAT UMUM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran Kelas/ tingkatan Tarikh Masa Bilangan Pelajar Bidang Tajuk Pengetahuan Sedia Ada : : : : : : : :

74

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam Hasil pembelajaran Aras 1: Aras 2: Aras 3: Kemahiran berfikir Penerapan Nilai Penggabungjalinan Penerapan/ Rentasan/ PAS/ KMD Bahan Bantu Mengajar : : : : : :

Langkah Muqaddimah (1 minit) Set Induksi (3-5 minit)

Isi Pelajaran Doa Syahadatain Isi Soalan Tajuk

Aktiviti P&P Murid Guru Guru Murid Guru

Catatan

Langkah 1 (5-7 minit)

Isi Soalan Isi

Guru

GJ P GJ

Langkah 2 (10 -15 minit)

Gabungjalin Penyerapan Soalan

Guru Murid

P KMD

Langkah 3 (12-15 minit) Penutup (5 minit)

Soalan

Murid Guru

KMD / PAS PN

Isi Kerja lanjutan

Guru Murid

Catatan refleksi:

75

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam Catatan bimbingan:

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi. Serahkan satu salinan rancangan pengajaran kepada pensyarah

Sedialan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap untuk tempuh satu masa pengajaran (30 minit). Laksanakan pengajaran tersebut dalam sesi perjumpaan tutorial / intraksi bersama pensyarah. Perancangan anda juga perlu mengandungi bahan bantu seperti yang dibincangkan dalam modul ini.

Rumusan

Guru

yang

kreatif

dan

inovatif

sentiasa

mempertingkatkan

kemahiran

profesionalisme . Antara kemahiran yang

perlu dikuasai ialah kemahiran-

kemahiran dalam pengajaran mikro / makro. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajarannya . Justeru itu anda perlulah sentiasa berusaha supaya pengajaran yang bermakna dapat diwujudkan melalui kreativiti dan inovasi anda. Anda juga perlulah melibatkan murid secara aktif dalam Insya Allah pengajaran anda akan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. akan melahirkan murid yang berkualiti.

menyeronokkan dan bermakna bagi pelajar-pelajar. Ingat ! guru yang berkualiti

Fikirkan : Kejayaan anda merancang perlu disertai dengan kejayaan dalam perlaksanaan. Guru yang berkualiti akan melahirkan murid yang berkualiti

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran tajuk ini dengan jayanya! .

76

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

77

You might also like