P. 1
Toleransi Islam Dalam Masyarakat Berbilang Agama

Toleransi Islam Dalam Masyarakat Berbilang Agama

5.0

|Views: 985|Likes:
Published by Hanis08
Islam merupakan agama keamanan dan kesejahteraan. Islam menjamin kebebasan agama dan keadilan kepada masyarakat sejagat. Sejarah menyaksikan Islam membawa kemakmuran dan ketamadunan yang tiada tandingan.
Islam merupakan agama keamanan dan kesejahteraan. Islam menjamin kebebasan agama dan keadilan kepada masyarakat sejagat. Sejarah menyaksikan Islam membawa kemakmuran dan ketamadunan yang tiada tandingan.

More info:

Categories:Types, Brochures
Published by: Hanis08 on Feb 20, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX or read online from Scribd
See more
See less

08/04/2009

Toleransi Islam dalam masyarakat berbilang agama Harakahdaily Mon | Jan 05, 09 | 12:36:30 pm MYT Dalam sejarah panjang peradabannya, Islam

adalah agama yang paling terkehadapan memprojekkan faham toleransi dan hubungan simbiosis rakyat berbilang kaum dan agama. Iklan

Ketika negara Islam pertama diwujudkan di Madinah, perlembagaan negaranya menggariskan peruntukan-peruntukan yang cukup jelas tentang hak-hak warga negara termasuk kumpulankumpulan minoriti. Allah berfirman: "Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang yang zalim di antara mereka dan katakanlah: 'Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah satu; dan hanya kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri.'" (Surah al-Ankabut: 46) Hak-hak asasi rakyat bukan Islam di negara Islam dibahagikan kepada dua iaitu hak dilindungi daripada segala ancaman luar dan hak dilindungi daripada segala penganiayaan dan pencerobohan dari dalam negara. Hak paling utama yang diberikan kepada orang bukan Islam adalah perlindungan daripada kekejaman, penindasan dan ketidakadilan yang berlaku dalam negara. Dalam erti kata lain, rakyat beragama Islam mestilah menjaga diri dan lidah mereka daripada menyakiti rakyat bukan Islam. Mereka tidak seharusnya mempunyai perasaan bermusuhan, dendam dan benci kepada orang bukan Islam. Seriusnya Islam dalam menjaga adab dan tuntutan ini digambarkan oleh sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang menyakiti zimmi (rakyat bukan Islam), maka dia telah menyakiti aku; dan sesiapa yang menyakiti aku, dia telah menyakiti Allah." (At-Tabrani) Ketika Khalifah Umar r.a. melawat Baitul Maqdis di awal pemerintahannya, beliau terus ke tempat ibadah Nabi Daud lalu mendirikan solat di bawah pintu gerbang Nabi Daud. Umar kemudiannya melawat gereja Kristian yang terbesar di Jerusalem dengan diiringi paderinya. Ketika sampai waktu solat, paderi yang mengiringinya menjemput beliau menunaikan solat di

dalam gereja tetapi pelawaan itu ditolak oleh Umar. Umar sebaliknya berkata: "Sekiranya aku bersembahyang di gereja ini, aku khuatir suatu hari nanti orang-orang Islam akan menjadikannya helah untuk mengambilalih gereja ini dari kamu." Itulah sekelumit kisah daripada ribuan kisah sejarah yang menjelaskan tentang toleransi Islam terhadap perbezaan agama.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->