You are on page 1of 11

CARA MEREALISASIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Konsep falsafah pendidikan adalah suatu konsep penjelasan pemikiran dan

prinsip-prinsip yang memberi panduan serta masalah penjelasan halangan terhadapnya. Falsafah pendidikan menggabungkan matlamat-matlamat pendidikan, dasar-dasar dan amalan-amalan supaya menjadi sesuatu yang logis, tekal dan jelas. Falsafah pendidikan di Malaysia telah dipengaruhi unsur-unsur daripada falsafah lain dari pelbagai bidang. Antara falsafah yang mempunyai hubung kait dengan falsafah pendidikan di Malaysia adalah falsafah pendidikan Timur, Islam dan Barat. Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan di mana pernyataan diambil ini daripada pendapat tokoh Barat iaitu John Jacques Rousseau (1712-1778) yang menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses berterusan yang bermula semasa kecil. Pendidikan di Malaysia yang mengutamakan aspek JERI merupakan implikasi daripada pendidikan barat. Malaysia pernah dijajah oleh kuasa Barat iaitu British dan telah memperkenalkan sisstem pendidikan Barat suatu masa dahulu. Tenaga pengajarnya terdiri daripada pegawai British. Mereka telah membawa masuk unsur-unsur yang terdapat dalam pendidikan Barat seperti perenialisme, essensialisme, progresivisme dan rekonstruktivisme. Unsur perenialisme dapat dilihat melalui mata pelajaran kesusasteraan Melayu di mana pelajar mengkaji karya-karya yang dihasilkan oleh sasterawan negara. Oleh sebab falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan falsafah progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme. Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum bersepadu sekolah rendah dan menengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri-penemuan serta strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu. Di dalam tempat belajar, sekolah merupakan masyarakat kecil yang bercorak demokratik, membolehkan pelajar berinteraksi, bekerja dan hidup secara berkumpul. Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum sekolah pula merangkumi pendidikan teknik dan vokasionaI, iaitu mata pelajaran yang pula dititikberatkan mengikut tafsiran falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme.

Oleh sebab sistem pendidikan pula menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru, falsafah pendidikan di Malaysia boleh dikatakan pula mengandungi unsur essensialisme yang bercorak tradisional. Penerapan ini menjadikan falsafah pendidikan Islam sebagai satu panduan asas kepada pendidikan di Malaysia. Ini dapat dilihat sebahagian besar falsafah pendidikan kebangsaan menggunakan isi utama dalam falsafah pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis di samping mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan bukan sekadar duniawi tetapi turut berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan di Malaysia mencakupi aspek jasmani, emosi, intelek, rohani dan akhlak. Hal ini merupakan impikasi pendidikan Islam terhadap pendidikan di Malaysia. Pendidikan turut menyelitkan unsur kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Manusia harus menyedari bahawa mereka diwujudkan untuk memajukan alam dan dan mengikuti ajaran agama. Oleh sebab itu, mata pelajaran pendidikan Islam diwujudkan bagi mendedahkan kepda pelajar Islam tentang kewujudan Tuhan. Pelajar yang tidak beragama Islam juga didedahkan dengan kewujudan Tuhan. Hal ini menunjukkan pendidikan di Malaysia tidak mementingkan duniawi sahaja tetapi turut menyelitkan ilmu akhirat yang diambil daripada Falsafah Pendidikan Islam. Falsafah pendidikan Timur bertujuan untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak sosial dan ekonomi. Mata pelajaran yang memfokuskan pendidikan moral,l politik, ekonomi, kebudayaan, muzik, kesusasteraan dan sejarah ada terdapat di dalam pendidikan di Malaysia di mana mata pelajaran seperti ini merupakan kurikulum pendidikan di China. Pendidikan di China menyatakan bahawa guru merupakan fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. Kerajaan telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan. Pendidikan di India juga menekankan peranan guru sebagai fasilitator dan pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid serta menjadi penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, pendidikan sekarang bukan sekadar berpusatkan guru sebaliknya boleh berpusatkan

pelajar. Guru bertindak sebagai rujukan pelajar sekiranya mempunyai masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses komunikasi dua hala dan berkesan. Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia sememangnya merupakan suatu pendidikan yang berkesan dalam melahirkan banyak insan yang Berjaya walaupun kebanyakannya berpandukan daripada falsafah Barat, Timur dan Islam. Implikasi daripada falsafah tersebut masih kekal dalam sistem pendidikan di Malaysia Kepentingan FPK adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Hal ini kerana, FalsafahPendidikan Kebangsaan sentiasa berusaha mencari, membaiki, meningkat, mengamal dan menyebarkan ilmu. Selain itu juga sempurna kemahiran asas iaitu membaca dan mengira serta sentiasa berfikir kreatif dan kritis dan meyakinkan pemikiran mereka untuk menghasilkan idea-idea bernas dan menjawab pemasalahan masyarakat. Yang terakhir adalah berupaya memanfaatkan ilmu untuk kemajuan diri dan orang lain. Melihat kepada tugas penting ini, maka terdetik di fikiran kita siapa yang perlu memainkan peranan penting bagi merealisasikan segala yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Jawapannya sudah tentulah guru. Guru bertanggungjawab memikul amanah yang cukup besar ini bagi memastikan generasi kita mampu memnjadi generasi yang cemerlang bukan sahaja dari sudut intelektual bahkan akhlak mereka juga cemerlang. Peranan guru yang pertama ialah guru bukan sahaja berperanan sebagai pengajar, mereka juga adalah seorang pendakwah. Guru di samping mengajarkan ilmu

pengetahuan mereka juga perlu memastikan bahawa anak didik mereka nanti menjadi insan yang berakhlak mulia. Guru juga sebagai pendidik dan mendidik merupakan tugas hakiki seorang guru. Guru perlu memastikan anak didik mereka menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang dinyatakan dalam FPK. Walau bagaimanapun, menurut Dr Abdullah Sudin, tugas mendidik ini adalah tugas semua pihak, bukan sahaja kepada guru. Selain daripada itu, guru juga adalah pemimpin. Mereka adalah pemimpin kepada anak murid mereka. Jika guru memegang jawatan sebagai Guru Besar atau Pengetua, maka mereka adalah pemimpin kepada kakitangan sekolah dan pelajar di sekolah tersebut. Sebagai seorang pemimpin, guru perlu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya. Nabi SAW berpesan setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan bertanggungjawab di atas apa yang dipimpinnya. Peranan guru yang seterusnya ialah guru seorang pekerja yang terikat dengan peraturan dan amanah yang telah ditetapkan oleh majikan mereka. Tidak patut bagi seorang pekerja melakukan tindakan yang boleh mencemarkan nama baik diri dan majikannya. Anggaplah tugas ini merupakan amanah yang perlu dijaga dengan baik. Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Untuk menjadi pengusaha yang terbaik, mereka perlu memiliki kemahiran, berinovatif dan kreatif bagi memastikan produk yang terhasil nanti memiliki nilai yang berkualiti tinggi. Produk bagi seorang guru ialah anak didik mereka. Guru perlu memiliki sikap professional. Sikap ini boleh ditonjolkan melalui cara mereka bekerja. Seorang yang professional selalu menjaga disiplin, menepati waktu, berketerampilan menarik dan lain-lain lagi. Dengan melakukan kerja secara professional, ia mampu memartabatkan kembali kerjaya ini agar terus dipercayai dan dipandang mulia oleh masyarakat. Menurut Dr Abdullah Sudin, setiap guru perlu menjadi pengikut yang baik. Untuk menjadi pemimpin, seseorang itu perlu menjadi pengikut terlebih dahulu. Kerana dengan menjadi pengikut, seseorang itu akan lebih mengetahui perasaan dan bebanan tugas orang yang di bawahnya. Seorang pengikut perlu patuh kepada arahan daripada ketua mereka. Jika anda seorang guru, ketua anda adalah guru besar dan pengetua. Manakala ketua bagi mereka pula adalah pengarah jabatan negeri. Sebagai seorang guru, guru perlu menggunakan segala sumber tenaga dan masa dengan bekesan sama

ada di sekolah dan selepas waktu persekolahan. Tugas guru bukan hanya tertakluk kepada waktu sesi persekolahan. Mereka sebenarnya menjadu guru sepanjang masa. Seorang guru akan tetap dipanggil guru walau di mana mereka berada hatta walaupun mereka sudah bersara. Pekerti yang mulia merujuk kepada sahsiah seseorang guru. Guru yang bertindak sebagai agen perubahan pelajar perlu terlebih dahulu menunjukkan sahsiah yang baik supaya murid dapat mencontohi keperibadian guru. Antara sahsiah yang boleh ditonjolkan ialah seperti berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin dan bermoral. Sekiranya seorang guru tidak menunjukkan disiplin yang mantap misalnya merokok dalam kawasan sekolah, sudah semestinya menjadi teladan yang tidak baik untuk pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar yang baru meningkat dewasa mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Jadi sekiranya guru merokok di kawasan sekolah, pelajar akan turut sama melanggar disiplin sekolah dengan menghisap rokok. Mungkin budaya merokok dianggap mudah tetapi budaya inilah yang akan mendorong pelajar-pelajar untuk melakukan lebih banyak masalah di sekolah seperti gangsterisme dan vanderlisme. Kebelakangan ini banyak terjadi kes-kes yang melibatkan guru, contohnya guru mencabul pelajar di sekolah. Hal-hal sebegini tidak seharusnya berlaku sekiranya guru mempunyai pekerti yang baik. Guru berperanan menjadi contoh teladan kepada pelajar tetapi dalam masa yang sama telah memusnahkan kepercayaan pelajar itu terhadap guru. Justeru, bagaimanakah aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru mampu tercapai. Maka, elemen pekerti yang mulia dalam kalangan guru diterapkan dalam Falasafah Pendidikan Guru supaya aspirasi negara dapat dicapai. Selain itu juga, guru perlu berpandangan progresif dan saintifik. Progresif dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud sentiasa bergerak maju dan bertujuan untuk mencapai kemajuan, manakala saintifik pula bermaksud suatu kaedah yang teratur atau bersistem. Selaras dengan matlamat wawasan 2020 yang dihuraikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu bagi mewujudkan masyarakat saintifik yang progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Seorang guru mestilah bergerak maju dan

bersistem atau dengan kata lain seorang guru perlu berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi. Dunia tanpa sempadan memaksa guru-guru bersifat progesif tetutama untuk mendidik pelajar-pelajar di sekolah. Contohnya, jika zaman dahulu, pelajar hanya mengharapkan bimbingan dari guru dalam pelajaran tetapi dengan kemajuan teknologi masa kini, pelajar boleh belajar walaupun tidak ada guru untu memantau. Guru juga mudah untuk mencari maklumat dengan menggunakan teknologi. Sebaliknya jika seorang guru itu tidak progresif selaras dengan kemajuan negara, sudah pasti guru tersebut akan ketinggalan dalam bidang perguruan itu sendiri. Seorang guru yang progresif dan saintifik mestilah bergerak seiring dengan kamajuan dan berusaha agar tidak ketinggalan terutamanya dari segi profession keguruan. Ini bermakna guru perlu berusaha untuk berfikiran maju dan berani mencipta satu inovasi dalam pendidikan. Guru juga perlu bersedia menjunjung aspirasi negara. Aspirasi dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu. Dalam konteks menjunjung aspirasi negara, guru sebagai agen yang bertindak untuk menjayakan aspirasi negara ini. Guru berperanan untuk mendidik generasi muda supaya dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Guru perlulah benar-benar menghayati aspirasi negara yang dihasratkan supaya pembentukan modal insan kelas pertama dapat dilahirkan. Sebagai pendidik, guru perlu menerapkan kesemua aspek yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis. Sekiranya modal insan yang dilahirkan tidak berkualiti, jadi aspirasi negara sudah pasti tidak dapat dicapai. Generasi muda yang akan dilahirkan oleh para guru inilah yang akan menjadi penggerak dan bersama-sama guru untuk menjunjung aspirasi negara Malaysia. Tambahan pula, guru perlu berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Contohnya, guru perlu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan seperti mendidik pelajar dengan jujur, ikhlas dan amanah. Ada beberapa kes yang tidak sihat melibatkan guru, misalnya kes guru yang ponteng kelas, tidak berada di kelas yang sepatutnya tanpa alasan, dan ada juga guru yang menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Jika kes-kes sebegini berterusan, di mana kredibiliti seorang guru yang sepatutnya menjunjung hasrat

negara? Maka, melalui Falsafah Pendidikan Guru inilah yang bertindak untuk menjadi garis panduan dan pegangan untuk di setiap guru di Malaysia. Guru perlu bersedia menyanjung warisan kebudayaan negara. Negara kita, Malaysia kaya dengan pelbagai kebudayaan yang unik. Sebagai guru, kita perlulah menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini. Bukan sahaja dari segi adat resam, malah dari aspek kesenian, pakaian, peralatan tradisional, permainan tradisional, perubatan, sastera, seni bina dan juga seni halus. Kesemua aspek ini perlu dipelihara supaya warisan kebudayaan ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Seorang guru berperanan untuk memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar. Mereka perlu menghargai keunikan kebudayaan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Untuk menyemai perasaan bangga terhadap budaya yang pelbagai ini, guru boleh mengambil inisiatif seperti membuat aktiviti atau program yang berkaitan dengan kebudayaan. Misalnya, mewujudkan malam kebudayaan dan warisan di mana pada malam tersebut ditonjolkan budaya bagi setiap kaum yang ada di Malaysia. Secara tidak langsung, murid akan dapat mengetahui keunikan budaya kaum-kaum lain. Di sini, gurulah yang bertindak sebagai agen penggerak dalam memelihara warisan kebudayaan negara. Guru juga perlu menyemai sifat patrotisme dan cintakan negara dalam kalangan pelajar. Sifat patriotisme dan cintakan negara ini penting untuk diterapkan dalam diri pelajar supaya mereka sanggup berjuang mempertahankan negara suatu masa nanti. Sekiranya guru tidak menerapkan sifat ini sebaik mungkin, tidak mustahil penjajah akan kembali mencari ruang dan peluang untuk menjajah semula negara. Guru tidak seharusnya berasa senang hati atas kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 54 tahun ini. Anasir-anasir luar sentiasa menantikan peluang untuk menjajah semula sekiranya kita lalai dan leka. Generasi muda yang bakal dilahirkan oleh warga pendidik inilah yang akan beruang untuk mempertahankan kemerdekaan dan keamanan negara pada masa akan datang. Jadi, guru perlu peka dalam menerapkan unsur patriotisme dalam diri pelajar. Pelajar yang hanya pintar dari sudut intelek tetapi tidak punyai semangat patriotisme hanya akan merosakkan negara.

Contohnya, pelajar yang mahir dalam bidang ekonomi, seharusnya dapat menyumbang kepada kemajuan negara tetapi sekiranya mereka tidak mempunyai semangat cintakan negara, berkemungkinan besar individu-individu yang cerdik pandai inilah akan menrosakkan negara misalnya dengan berkomplot dengan negara luar dalam usaha untuk menjatuhkan negara. Jadi, di sini amat jelas peranan guru yang sangat penting untuk menerapkan semangat patriotisme supaya keadaan seperti itu tidak akan berlaku pada negara yang tercinta ini. Guru juga boleh memainkan peranan lain seperti menjamin perkembangan individu. Guru bertanggungjawab untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Golemen (1995), kecerdasan intelek semata-mata tidak menjamin kebahagaian hidup seseorang individu. Malah, dengan hanya kecerdasan intelektual yang diberi penumpuan tidak mampu untuk melahirkan insan yang matang, tabah, berani, kuat, teguh dan rendah diri. (Muhamad Mahyudin Nafis, 2007). Individu yang seimbang merangkumi empat aspek utama iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Gurulah yang berperanan untuk membentuk perkembangan murid secara menyeluruh iaitu merangkumi kesemua aspek yang telah dinyatakan. Bukan sahaja perkembangan murid perlu dtitik beratkan, sebaliknya guru itu sendiri perlu mempunyai kesemua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perkara utama yang perlu diamalkan oleh seorang guru ialah dengan sentiasa menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai guru berkualiti, kita mestilah lengkapkan diri dengan keempat-empat aspek yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Keperluan intelek yang perlu dimiliki terbahagi kepada beberapa aspek iaitu berilmu pengetahuan, mahir IT, menguasai Bahasa Inggeris dan mempunyai daya kreativiti dan inovatif. Cabaran pada hari ini memerlukan guru untuk memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kepakaran. Begitu juga dengan kemahiran dalam teknologi maklumat yang perlu dikuasai sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Guru juga perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan sistem pendidikan negara masa kini memerlukan para guru untuk menguasai bahasa bahasa inggeris dengan baik. Seterusnya mempunyai daya

kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubahsuai sesuatu idea menjadi lebih menarik. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilaitara sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan .guru juga perlu memiliki pegangan agama yang kukuh. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru itu bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Elemen yang terakhir dalam Falsafah Pendidikan Guru ialah memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru mempunyai tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Guru mestilah berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan. Untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Guru ini, guru perlu menjadikan diri mereka sebagai rol model kepada masyarakat kerana gurulah yang membentuk masyarakat itu. Guru yang berkualiti dan baik akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin selaras dengan hasrat dan aspirasi negara kita, Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru menghuraikan ciri-ciri guru yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Justeru, guru mempunyai akauntibiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Umpama pepatah Melayu, bapak borek, anak rintik. Jikalau anak meniru tingkah laku ayahnya di rumah, murid akan meniru tingkah laku guru mereka di sekolah. Tingkah laku seorang guru yang baik akan mempengaruhi tingkah laku murid yang diajar. Masalah yang menyebabkan FPK susah mencapai misinya kerana beberapa kekangan yang terdiri daripada guru, sekolah, faktor persekitaran, sosial dan ekonomi. Masalah dari segi guru ialah, sikap guru itu sendiri yang kurang mempunyai keyakinan,

malas, berkelakuan tidak sopan, merokok dan kurang bertanggungjawab terhadap bidang kerjanya sebgai seorang pendidik. Masalah yang kedua ialah faktor sesebuah sekolah itu ditadbir. Contohnya setiap sekolah mempunyai organisasi pentadbiran yang terdiri daripada guru besar, guru penolong kanan, guru pentadbiran, guru kanan dan sebagainya yang berperanan sebagai penggerak sesebuah sekolah bagi mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mencapai matlamatnya. Sikap sekolah yang kurang menitikberatkan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah akan meyebabkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak tercapai. Faktor yang seterusnya ialah masalah persekitaran disekeliling sekolah atau kedudukan sesebuah sekolah dengan kawasan penempatan juga menjadi satu sebab masalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak mencapai matlamatnya. Apabila sesebuah sekolah itu jauh dari kawasan penempatan ia menyebabkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan secara sambil lewa dan tidak serius dalam melaksanakan misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Langkah bagi mengatasi masalah dalam mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah yang pertama, Ibu bapa perlu menyedari pentingnya pendidikan pada masa kini. Ini kerana sekiranya anak mereka tidak mendapat pendidikan yang secukupnya, mereka akan ketinggalan zaman dan mengganggur kemudian hari. Ini juga menyebabkan kadar penggangguran di negara akan bertambah kerana tiada sesiapa yang mahu mengupah mereka sekiranyan mereka tidak mempunyai sebarang apa-apa pengetahuan dalam diri mereka. Malahan banyak sekolah telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang bersekolah. Banyak sekolah didirikan di luar-luar bandar. Pengajaran dan pembelajaran di luar bandar dengan di dalam bandar diseragamkan. Selain itu, sekolah juga berperanan sebagai institusi penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan sahsiah terpuji. Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada

khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh. Sekolah berperanan dalam menyedia, menyelenggara dan mengurus prasarana supaya pelajar-pelajar dapat memperolehi pengajaran dan pembelajaran secara licin, optimum dan selamat. Penyediaan papan tulis, kapur dan pemadam papan tulis adalah contoh prasarana yanh disediakan oleh sekolah. Selain itu sekolah juga perlu menyelenggara kemudahan yang telah disediakan seperti perpustakaan dan bilik media agar sentiasa berkeadaan baik. Pentadbiran yang sempurna dapat mengawal keadaan sekolah agar lebih terkawal dan berdisiplin Pengukuhan Interaksi guru dan pelajar di bilik darjah juga boleh dijadikan langkah menggalakkan semua guru menggabungjalinkan permasalah dan gejala disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Langkah ini penting kerana tidak semua guru melihat gejala-gejala diatas secara serius. Pelajar pula tidak memahami situasi yang menimpa mereka secara langsung, umpamanya tidak semua pelajar tahu bahawa mereka sedang di buli. Pandangan yang dilontarkan oleh Izzy Kalman, seorang ahli psikologi dan psikoterapis sekolah di New York, Amerika, mungkin boleh mengukuhkan pelan tindakan ini. Beliau menyatakan . Guru-guru sepatutnya mengajar murid-murid belajar bagaimana cara terbaik untuk tidak memberi peluang kepada pembuli menyakiti kita sama ada secara fizikal, mental atau emosi. Murid-murid perlu diajar bagaimana untuk melayan pembuli sebagai kawan supaya mereka benar-benar menjadi kawan dan tidak lagi membuli ( Pendidik, 2006; 60) Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.

You might also like