You are on page 1of 7

NAMA : CHE MOHD ROZAIRI BIN CHE MOHD NOR UNIT : 6 PISMP RBT 3 KEBERKESANAN AMALAN PENGURUSAN BENGKEL

KEMAHIRAN HIDUP DARI PERSEPSI PELAJAR DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ( UPSI ) Siti Fairus Binti Mohd Rashid Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, UPSI, Tg. Malim, Perak. e-meil : ct-frzcute@.com
1)

Supli Effendi Rahim Profesor pada Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim, Perak. e-meil : sup_effendi@yahoo.com ABSTRAK Penyelidikan ini bertajuk Kajian Terhadap Tahap Keberkesanan Amalan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Dari Persepsi Pelajar Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau apakah faktor - faktor yang mempengaruhi tahap keberkesanan amalan pengurusan bengkel kemahiran hidup antara aspek-aspek yang ditinjau ialah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi sikap pelajar semasa berada di dalam bengkel serta faktor pengetahuan dalam pengurusan bengkel dan penyelenggaraan bengkel. Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai sampel. Responden terdiri daripada pelajar-pelajar dari Program Pendidikan Kemahiran Hidup yang telah mengikuti Jurusan dalam Program Pendidikan Kemahiran Hidup. Walaupun kajian ini melibatkan satu tempat kajian, namun ia banyak memberi kebaikannya. Sampel kajian terdiri dari 30 orang pelajar dari program Pendidikan Kemahiran Hidup dari semester 5, 6 dan semester 7 .Maklum balas yang diperolehi dari borang soal selidik dianalisis. Pengkaji telah menggunakan Statistical Package For Social Version 10.5 for Window (SPSS) untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Pendekatan yang digunakan dalam analisis data adalah pendekatan statistik deskriptif di mana maklumat yang diperolehi dibentangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan bilangan dan peratusan min, sisihan piawai serta taburan kekerapan. Penganalisisan data merupakan bahagian terpenting dalam penyelidikan. Pengkaji telah menentukan bagaimana data yang telah dikumpulkan dianalisiskan. Kaedah soal selidik akan dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai sejauh mana perlaksanaan pengurusan makmal Kemahiran Hidup dari segi pengurusan, pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci : Keberkesanan Amalan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Dari Persepsi Pelajar.

2)

NAMA : CHE MOHD ROZAIRI BIN CHE MOHD NOR UNIT : 6 PISMP RBT 3

ABSTRACT This research study entitled Effective Management Practices Towards Kemahiran Hidup Workshop-The Perspective of students from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). This study aims to determine the factors that influence the effectiveness of management practices in Kemahiran Hidup workshops. The aspects considered in this study are the factors that may affect attitudes of students while in the workshop as well as the knowledge of the maintenance of workshop. The study was conducted in Universiti Pendidikan Sultan Idris. The participants were students from the Kemahiran Hidup Program. Eventhough this study involved in only one area, but it has its own advantages. The sample consisted of 30 students from the Kemahiran Hidup Program from semester 5, 6 and 7. Researchers have been using the Statistical Package For Social Version 10.5 for Windows (SPSS) to analyze the data collected. The approach used in data analysis is a descriptive statistical approach in which the information obtained is presented in a table showing the number and percentage, mean, standard deviation and frequency distribution. The data is a crucial part in the investigation. Researchers have determined how the data collected are analyzed. A questionnaire has been conducted to gather feedback on the extent of implementation of Kemahiran Hidup lab management in terms of management, teaching and learning. The feedback obtained from questionnaires will be analyzed. Key words: Effectiveness of Management Practices Workshop on Student Perceptions of Life Skills. PENDAHULUAN Makmal Kemahiran Hidup adalah pusat operasi pengajaran dan pembelajaran . Walau apapun bentuk struktur organisasi dan fizikal, program pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup tetap berjalan. Impak serta produk yang dihasilkan daripada perlaksanaan aktiviti-aktiviti di tempat-tempat yang tertentu itu merupakan refleksi suasana makmal yang dibina. Penyusunan, penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan, serta langkah-langkah mengelak kemalangan yang dijalankan dengan teratur melahirkan produk yang positif. Pengurusan bengkel yang berkesan merupakan antara komponen penting bagi pendidikan dalam bidang pekerjaan yang merangkumi latihan bengkel. Pengurusan secara sistematik di dalam bengkel amat penting untuk memperolehi keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Yahya, 1989). Sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri yang mana disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel merupakan komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Newable dan Canon, 1989). Mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran secara teori sahaja malahan juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali. Pembelajaran

NAMA : CHE MOHD ROZAIRI BIN CHE MOHD NOR UNIT : 6 PISMP RBT 3 amali dijalankan di dalam bengkel - bengkel kerana kelengkapan dan kemudahan yang ada dapat membantu pembelajaran secara amali. Oleh itu kajian tinjauan daripada aspek tahap pengetahuan dan peraturan keselamatan bengkel dalam kalangan bakal guru Kemahiran Hidup di UPSI akan memberikan maklumat-maklumat penting dan tepat Di samping mengenalpasti masalah dan kelemahan yang wujud. METODOLOGI Kajian ini dijalankan di kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai sampel. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji dan mengumpul maklumat yang terperinci. Para responden adalah terdiri daripada pelajar dari program Pendidikan Kemahiran Hidup dari semester 5, 6 dan semester 7 . Seramai 30 orang telah dijadikan responden dalam populasi kajian ini. Masa kajian yang diperlukan untuk membuat penyelidikan hanya beberapa minggu sahaja. Kaedah di dalam kajian ini adalah amat penting untuk memastikan keputusan yang dikehendaki diperoleh penyelidik. Kaedah ini dapat menentukan keberkesanan sesuatu kajian dan mempengaruhi hasil dapatan yang akan diperoleh nanti. Kaedah yang digunakan dalam Kajian tentang keberkesanan amalan pengurusan bengkel kemahiran hidup dari persepsi pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) ini ialah menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan ini. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta fakta, kepercayaan , perasaan, kehendak dan sebagainya. REKA BENTUK KAJIAN Kajian yang dijalankan ini melibatkan pelajar Program Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai sampel. Sebelum membuat kajian penyelidik perlu meminta kebenaran daripada pihak yang berkaitan. Kajian berbentuk soal selidik ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan menggunakan kaedah tinjauan seramai 30 orang pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih secara rawak yang belajar .Sampel yang terlibat adalah telah dipilih oleh penyelidik yang mengambil bidang Pendidikan Kemahiran Hidup. Penyelidikan ini juga dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini diedarkan kepada setiap orang pelajar. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian . Pada bahagian A hanya terdapat tiga item iaitu jantina, bangsa dan semester responden . Pada bahagian B dan C pula adalah instrumen yang terdiri daripada 22 dan 15 soalan. Semua soal selidik akan disemak terlebih dahulu untuk memastikan responden telah mengikut arahan yang betul agar dapat memberikan maklumat seperti yang dikehendaki. Setelah berpuas hati dengan item soal selidik, penyelidik menjalankan ujian terhadap responden kajian (sampel). PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA Dapatan data yang diperolehi dari kerja lapangan akan dianalisis oleh penyelidik bagi menjawab soalan kajian ini. Daripada data yang diperolehi tersebut adalah diharapkan agar penyelidik dapat mengetahui tahap pengetahuan dan kepatuhan peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup dalam kalangan bakal guru Kemahiran Hidup

NAMA : CHE MOHD ROZAIRI BIN CHE MOHD NOR UNIT : 6 PISMP RBT 3 di UPSI. Kajian ini meggunakan beberapa kaedah yang bersesuaian bagi menganalisis keseluruhan data yang diperolehi. Pendekatan yang digunakan dalam analisis data adalah pendekatan statistik deskriptif di mana yang diperolehi dibentangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan bilangan dan peratusa min, sisihan piawai serta taburan kekerapan. Penganalisisan data merupakan bahagian terpenting dalam penyelidikan. Pengkaji telah menentukan bagaimana data yang telah dikumpulkan dianalisiskan. Data-data yang diperolehi dari soal selidik akan dikumpulkan dalam bentuk kualitatif. Maklumat dan data-data yang dianalisis akan ditukar dalam bentuk peratusan dengan menggunakan formula berikut : Peratus Di mana : = X / N x 100 X = bilangan maklumbalas responden N = bilangan responden atau sampel yang terlibat.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini meliputi soalan-soalan mengenai maklumat latar belakang responden. Jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Kekerapan (N) 5 25 30 Peratus (%) 16. 7 83.3 100

Jadual : Taburan responden mengikut jantina. Jadual di atas menunjukkan bilangan responden lelaki adalah seramai 5 orang yang mewakili seramai 16.7 peratus dan responden perempuan seramai 25 orang yang mewakili seramai 83.3 peratus. Ini menunjukkan responden perempuan lebih 20 orang berbanding responden lelaki. Bangsa Bangsa Melayu Cina India Lain-lain Kekerapan (N) 27 1 2 0 Peratus (%) 90 3.3 6. 7 0

NAMA : CHE MOHD ROZAIRI BIN CHE MOHD NOR UNIT : 6 PISMP RBT 3 Jumlah 30 100

Jadual : Taburan responden mengikut bangsa. Jadual di atas menunjukkan responden mengikut kategori bangsa. Seramai 27 orang responden berbangsa Melayu yang mewakili 90 peratus. Manakala responden berbangsa Cina hanya seorang responden meakili 3.3 peratus, India seramai 2 orang responden mewakili 6. 7 peratus. Ini menunjukkan responden berbangsa Melayu lebih ramai berbanding dengan bangsa bangsa yang lain. Semester Semester Kekerapan Peratus (N) (%) Semester 5 1 3.3 Semester 6 5 16. 7 Semester 7 24 80 Jumlah 30 100 Jadual: Taburan responden mengikut semester. Jadual di atas menunjukkan bilangan responden mengikut semester. Hanya seorang sahaja responden dari semester 5 mewakili 3.3 peratus, seramai 5 orang responden dari semester 6 mewakili 16. 7 peratus dan dari semester 7 seramai 24 orang responden mewakili 80 peratus. Responden dari semester 7 yang paling ramai. Hasil pengumpulan dan analisis data tentang Sikap Pelajar Terhadap Pengurusan Organisasi ,Keselamatan dan Amalan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup.

bil 1 2

perkara Sikap Pelajar Amalan Pengurusan

Sangat setuju 31.1 37.6

% 30.4 37.3

setuju 45 42 87

% 44 41.7

Tidak pasti 13.3 12

% 13 11.9

Kurang setuju 11 8 19

% 11 7.9

Tidak % setuju 2 2 1.11 13.1 1.1

Purata

68.7

25.3

Jadual: Sikap Pelajar Terhadap Pengurusan Organisasi ,Keselamatan dan Amalan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup. Jadual di atas menunjukkan sikap pelajar dan amalan pengurusan yang dilakukan di dalam bengkel. Sikap pelajar bagi sangat setuju puratanya sebanyak 31.1(30.4%) manakala amalan pengurusan yang dilakukan sebanyak 37.6 (37.3%). Bagi purata setuju pula purata bagi sikap pelajar sebanyak 45 (44%) manaka bagi amalan pengurusan sebanyak 42 (41.7%). Bagi purata tidak pasti sikap pelajar sebanyak 13.3 (13%)

NAMA : CHE MOHD ROZAIRI BIN CHE MOHD NOR UNIT : 6 PISMP RBT 3 manakala bagi amalan pengurusan pula sebanyak 12 (11.9%). Purata kurang setuju bagi sikap pelajar sebanyak 11 (11%) manakala amalan pengurusan pula 8 (7.9%) dan purata sikap pelajar dalam bengkel bagi tidak setuju sebanyak 2 (2%) dan bagi amalan pengurusan pula sebanyak 1.11 (1.1%). Purata sangat setuju bagi pendapat responden sangat ramai iaitu sebanyak 68.7 bagi sikap dan amalan pengurusan yang dilakukan di dalam bengkel. PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keberkesanan amalan pengurusan bengkel kemahiran hidup dari persepsi pelajar di UPSI . Kajian ini dijalankan terhadap sikap pelajar semasa berada di dalam bengkel dan amalan pengurusan yang dilakukan di dalam bengkel. Terdapat banyak faktor - faktor yang mempengaruhi tahap keberkesanan pengurusan bengkel kepada pelajar. Antaranya ialah sikap pelajar, persekitaran, tenaga pengajar, kemudahan bengkel yang disediakan dan sebagainya. CADANGAN Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi dalam kajian ini, permasalahan yang timbul dalam mengkaji tahap keberkesanan amalan pengurusan bengkel mengikut persepsi pelajar telah dikenal pasti. Masalah yang dikenal pasti boleh di atasi dan dibaiki jika sesuatu tindakan yang sewajarnya dapat dilakukan oleh pihak yang berkenaan di atas beberapa cadangan. Di sini pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai garis panduan kepada pihak pihak yang berkenaan. KEPADA PELAJAR MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP Pelajar perlu mempunyai minat terhadap kerja-kerja amali semasa berada dibengkel serta sentiasa menunjukkan sikap yang baik supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini berlaku semasa berada di dalam bengkel. Hal ini kerana bengkel merupakan tempat untuk melakukan kerja amali jika tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan ini akan membahayakan diri sendiri dan orang lain. Selain itu juga mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran yang menarik kerana mempunyai dua kaedah pembelajaran iaitu kaedah teori dan amali. Pembelajaran secara amali akan dapat meningkatkan kemahiran seseorang pelajar. Pelajar yang dapat menguasai kemahiran yang telah diajar oleh guru atau pensyarah , maka mereka dapat mengaplikasikannya selepas tamat zaman persekolahan. Dan ini akan membolehkan mereka mendapat pekerjaan dalam bidang yang memerlukan kemahiran. KESIMPULAN Hasil daripada perbincangan keseluruhan kajian di atas, dapat dirumuskan bahawa tahap keberkesanan amalan pengurusan bengkel kepada pelajar dapat ditentukan melalui sikap pelajar dan pengurusan yang dilaksanakan di dalam bengkel . Selain itu, kemudahan bengkel yang disediakan dan masalah pengajaran guru juga memberi kesan kepada tahap keberkesanan amalan pengurusan bengkel kepada pelajar di UPSI.

NAMA : CHE MOHD ROZAIRI BIN CHE MOHD NOR UNIT : 6 PISMP RBT 3 Dapatan kajian, pengkaji telah dapat mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi tahap keberkesanan amalan pengurusan kepada pelajar. Antaranya ialah : Melakukan pemantauan yang berterusan. Pensyarah atau tenaga pengajar perlu melakukan pemantauan dari pelbagai aspek seperti memastikan kemudahan yang disediakan di bengkel lengkap untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya pemantauan ini dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam amali. Memastikan peralatan sentiasa mencukupi dan diselenggarakan dengan baik dan sistematik. melaksanakan pengurusan makmal samada menyediakan keperluan fizikal ataupun keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Matapelajaran kemahiran harus dinamik dan bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang perkembangan pendidikan semasa. Guru juga perlu lebih kreatif dan mempelbagaikan kaedah penyampaian mata pelajaran kepada pelajar melalui kaedah amali. Ini dapat membantu untuk meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang disampaikan. Hala tuju dan kemudahan bengkel seperti peralatan perlu selaras dengan keperluan dan keadaan semasa. Mata pelajaran kemahiran yang ditawarkan perlu melihat kepada kesempurnaan yang harus diperolehi oleh pelajar bagi persediaan untuk menghadapi cabaran kerjaya dan pasaran pekerjaan akan datang. Ini kerana persaingan pada masa kini bukan lagi di kalangan rakan senegara. BIBLIOGRAFI Ahmad Athory Hussin (1991), Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ary, D., Jacobs, L.C., Razavieh, A. (2002). Introduction to research in education. 6th Ed. Belmont: Wadsworth. Cates, Ward M (1990) Panduan Untuk Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Chua, Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill Education. Crow and Crow (1980), Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hassan Salim (1997), Panduan Keselamatan Bengkel Di Sekolah. Edisi Pertama. Kuala Lumpur. Hussein Hj. Ahmad (1993). Pendidikan Dan Masyarakat : Antara Dasar, Reformasi Dan Wawasan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sanusi Mohd. Sidin, Rohana Hamzah(2001). Organisasi Dan Pengurusan Bengkel. Monograf. Johor Bahru: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Yahya Abd. Hamid (1989). Pengurusan Workshop. Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd.

You might also like