P. 1
Ciri - ciri Guru Psv

Ciri - ciri Guru Psv

|Views: 142|Likes:
Published by Fahrini MarsyaLey
pendidikan seni
pendidikan seni

More info:

Published by: Fahrini MarsyaLey on Feb 23, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/06/2013

pdf

text

original

Ciri-ciri Guru Pendidikan Seni Cemerlang

oleh: Hassan Mohd Ghazali ABSTRAK: Seringkali ungkapan kecemerlangan diperkatakan kepada guru-guru pendidikan seni. Indikator kecemerlangan kebanyakannya tertumpu pada sifat umum, Tulisan ini memberi fokus indikator guru pendidikan seni yang cemerlang. Kecemerlangan dalam konteks pengajaran-pembelajaran, Keilmuan, kualiti peribadi, pengurusan ko-kurikulum, sumbangan dan hasil karya dan perhubungan sejawatan. Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada secara tersurat dan tersirat iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Justru itu guru sebagai 'imput' seharuslah 'cemerlang' terlabih dahulu sebelum menentukan 'output' yakni murid yang cemerlang seperti dikehendaki oleh FPN. Jika kita amati matlamat keseluruhan FPN dan Wawasan Pendidikan yang diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan, budaya kerja cemerlang adalah menjadi agenda utama. Penegasan wawasan pendidikan ialah budaya kerja cemerlang perlu dibina berlandaskan sikap amanah, bertanggungjawab dan akauntabiliti terhadap tugas. " Satu konsep utama yang menjadi landasan untuk membangunkan budaya cemerlang ialah amanah. Amanah ialah tanggungjawab dan juga penaggungjawab (akauntabiliti) terhadap sesuatu yang telah ditugaskan atau diberi keparcayaan. Menurut Islam seluruh diri dan hidup manusia adalah amanah" (Wan Zahid.13) Peranan guru amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah. Bagi guru mata pelajaran pendidikan seni peranan mereka amat penting bagi menentukan mata pelajaran pendidikan seni boleh di manfaatkan. Dua peranan penting bagi seseorang guru pendidikan seni disekolah; pertama menentukan mata pelajaran pendidikan seni di ajar kepada murid-murid dengan sempurna dan berkesan dan kedua menggunakan kemahiran pendidikan seni berguna kepada kemajuan sekolah dari segi fizikal dan kemudahan. Ciri-ciri Cemerlang Indikator cemerlang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan, terutama untuk menentukan prestasi guru. Indikator tersebut lebih menekankan penilaian prestasi seseorang guru biasa bagi menentukan pergerakan gaji. Walau bagaimanapun indikator ini boleh diambil kira awal untuk menentukan kecemerlangan seeorang guru terutama guru mata pelajaran pendidikan seni. Indikator tersebut mengambilkira : 1. Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi. 2. Penghasilan kerja dari segi kualiti, mutu kerja, keberkesanan kos, ketepatan masa dan pelaksanaan peraturan dan arahan pentadbiran. 3. Pengetahuan dan kemahiran yakni meliputi pengetahuan dalam bidang kerja, kebolehan mengelola, kebolehan membuat keputusan, keberkesanan komunikasi dan kebolehan menyelesaikan

4.bakat/kebolehan murid untuk belajar.19) . Amalan budaya kerja cemerlang memerlukan amalan yang berterusan. 5. simpatik dan empatik serta menjadi contoh kepada guru-guru lain dan pelajar. 2. 3. (Wan Fatimah . Menepati temujanji yang dibuat dengan pelanggan. 3. pegawai bawahan dan pelanggang( murid-murid). daya kreatif dan inovasi. Yang dimaksudkan pelakuan guru ialah cara-cara guru menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya.210) Indikator-indikator di atas merupakan indikator secara menyeluruh bagi menentukan kecemerlangan bagi seseorang guru. kecindan dan peka terhadap perkembangan individu. peningkatan keilmuannya. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran. Bagi guru pendidikan seni. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Berbagai-bagai teori dan model pengajaran yang berkesan.kesanggupan murid secara aktif terlibat dalam pembelajaran. 6.dari segi integriti (jujur. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan. serta kebolehan menghadapi cabaran. iaitu: 1. kreatif. Ketepatan fakta dan maklumat yang diberikan kepada pelanggan. Potensi: adakah guru itu ada wawasan. 5.masalah. 2.keberkesanan sesuatu pelajaran itu diajar. Pengurusan Ko-kurikulum. rakan sekerja. proaktif. ikram. Faktor ini ditentukan oleh motivasi/kemahuan dalam diri murid untuk belajar. penggunaan masa dan sebagainya yang berkaitan dengan P&P. Satu faktor yang penting ialah sikap guru itu penentu utama bagi kecemerlangan dalam P&P. Ketepatan masa dalam memberikan perkhidmatan. 6. 3. kesedaran kepada kenyataan. Kemampuan murid me. Seseorang guru yang cemerlang sewajarnya sentiasa cemerlang dari segi indikator-indikator di atas. adil dan saksama. Jalinan hubungan dan kerjasama samada dengan pegawai atasan. amanah dan berakhlak) komitmen. Kemampuan murid ini bergantung kepada pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada pada murid.masa yang diperuntukan kepada murid untuk belajar atau masa yang digunakan oleh guru untuk mengajar sesuatu kemahiran dan konsep. 5. berdisiplin dan kepimpinan. 7. dan beberapa variabel yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran P&P. Namun demikian guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah seorang guru yang berwibawa tinggi. Kualiti diri dari segi kepimpinan. kreatif dan wawasan. (Ahmad Sarji. Menyempurnakan tugas dengan cara yang adil dan jujur. misalnya hubungan dengan pengetua/gurubesar dan dan faktor persekitaran . 6. 5. rakan sejawat dan pelajar. kecemerlangan pengajaran adalah melibatkan perlakuan guru. 4.mahami arahan/ pengajaran guru atau kesediaan murid belajar sesuatu tajuk pelajaran. Bersopan santun ketika berurusan dengan pelanggan. 4. menghuraikan lima elemen yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Dalam model yang dikemukan oleh John Carroll (1963) iaitu "A Model of Scholl Learning'.rance) murid . Kualiti Peribadi . Daya tahan (persever. 2. Peluang . penganalisisan. 'Aptitude' . Perkhidmatan awam menyenaraikan ciri-ciri budaya kerja cemerlang yang perlu diamalkan pekerja kerajaan. faktorfaktor tersebut boleh dipecahkan dalam huraian selanjutnya: 1. Mengikut Borich & Fenton (1977). Kualiti pengajaran . Sentiasa responsif kepada kehendak pelanggan. indikator kecemerlangan akan berpusat kepada enam faktor utama. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Tidak melakukan pembaziran sumber. perspktif menyeluruh. antaranya: 1. Ini termasuklah bagaimana guru interaksi dengan murid. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni. pengurusan kelas. 4.

Bagi guru pendidikan seni cemerlang perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam pendidikan seni. • guru pandai menyesuaikan pengajaran pendidikan seni mengikut keupayaan kebolehan murid. Misalnya mengajar anyaman guru harus menerangkan jenis-jenis kelerai terlebih dahulu sebelum pergi kepada teknik mengayam. Pengetahuan dan Kemahiran Pendidikan Seni Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam kerja-kerja amali. Sebagai contoh sekarang pendidikan seni diperkenalkan bidang rekacipta. Contohnya guru-guru pendidikan seni perempuan boleh menjadi contoh dan kosaltan dari segi memilih warna dan fesyen baju untuk guru wanita lain. Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan amali. Guru yang cemerlang berjaya menentukan corak pengajaran yang berkesan dan menyesuaikan situasi pengajaran dengan situasi semasa. • Guru pendidikan seni yang baik sentiasa mengadakan penilaian secara formal atau tidak format kepada murid dan membuat penilaian keberkesanan pengajaran. • pengajaran pendidikan seni dapat menarik minat murid. • guru sentiasa menunjukkan minat dan ghairah semasa pengajaran pendidikan seni. walaupun belum disediakan dalam kurikulum. Ia sentiasa menjadi model kepada guru-guru lain dari segi kemasan diri. • guru pendidikan seni yang baik sentiasa memberi motivasi dan insentif kepada murid semasa pengajaran berlaku. Seseorang guru pendidikan seni cemerlang tentunya kualiti pribadi yang konsisten. Misalnya perisian Grafik seperti PageMaker. Kelab seni dan kreatif merupakan kelab yang membantu mengembangkan mata pelajaran pendidikan seni di sekolah. Perisian ini dapat membantu guru dari segi alat bantu mengajar penggunaan dalam mata pelajaran. Menunjukkan akhlak mulia dengan rakan sejawat dan murid-muridnya. Misalnya penggunaan komputer dalam pengajaran pendidikan seni. Lantaran itu guru pendidikan seni kurang mendalami pengetahuannya melalui banhan-bahan bacaan ilmiah. Kualiti Peribadi Penekanan kuliti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni. • guru menggunakan contoh-contoh yang mudah. • guru pendidikan seni perlu membetulkan segera kesilapan yang dilakukan oleh murid. mudah diingat dan digunakan oleh murid. tetapi sekarang banyak perisian komputer yang boleh digunakan dalam pendidikan seni. Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan menentukan mutu pengajaran yang berkesan. Justru itu guru pendidikan seni haruslah seorang kreatif dan inovatif. Berbagai kaedah dan strategi pengajaran dimanipulasikan agar murid menikmati pengajaran dengan sempurna dan berkesan. Pelengkap . Melalui kelab tersebut dapat menentukan daya minat yang lebih dari murid yang diajar semasa pendidikan seni. Guru pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kreativiti. Pengurusan Ko-kurikulum Seorang guru yang cemerlang tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat dalam organisasi kelab dan persatuan. Guru pendidikan seni lebih berminat sekiranya diadakan latihan berbentuk bengkel. CorelDraw. • guru bersifat humor dan penyayang. CAD dan sebagainya. maka guru pendidikan seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut hingga boleh menguasainya. Berikut adalah kuliti pengajaran pendidikan seni yang berkesan: • pengajaran/maklumat pendidikan seni secara tersusun. • guru menggunakan kaedah-kaedah dan bahan-bahan pengajaran tertentu sesuai dengan pelajaran pendidikan seni berjalan. mudah difahami serta bermakna kepada murid.Kualiti pengajaran merupakan perkara penting kepada seseorang guru pendidikan seni untuk menentukan keberkesanan pengajaran. • berkesan. Ini merupakan fenomena yang negatif. • pengajaran yang berkesan dibantu dengan suasana bilik seni yang bersih dan kemas. unit beruniform dan sukan di bawah ko-kurikulum. • pengajaran pendidikan seni dikaitkan dengan maklumat/pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada murid.

Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata pelajaran pendidikan seni (sekolah menengah). Tidak dinafikan tanggungjawab utama untuk keceriaan sekolah kebiasaannya terpikul pada guru pendidikan seni. Sesungguhnya guru yang cemerlang itu sentiasa menjadi guru 'popular' disekolah. berfikiran secara fleksibel. Tahap kesempurnaan tugas datang dari diri yang ikhlas dan sentiasa mahu mengingkatkan pengetahuan.dari pengajaran pendidikan seni boleh di salurkan dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif. kreatif dan inovatif. Hubungan ini penting. Subangan kreatif itu akan menambahkan lagi kesuburan kemahiran bidang kerja. Stakeholders dan juga pelanggan pendidikan pasti akan membuat tuntutan peningkatan mutu pendidikan. Kerja-kerja yang ada kaitan dengan tugas dan dan ada kaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi guru pendidikan seni yang cemerlang. Subangan dan Hasil Kerja Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan orang terpenting untuk mencantikkan sekolah. Indikator utama guru pendidikan seni yang cemerlang ialah sikap amanah dan bertanggungjawaban. Melalui kelab pendidikan seni guru boleh membina kepimpinan murid dalam bidang kesenian disamping melahirkan senimanseniman kecil melalui penghasilan karya seni. Sumbangan guru pendidikan seni tidak tertumpu kepada sekolah sahaja. cabaran dan rintangan yang berat dapat dipikul dengan mudah. Menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion keguruan pada abad ke -21 merupakan satu cabaran. ms 121). guru pendidikan seni sewajarnya mempunyai tingkahlaku yang baik terutama dari segi hubungan dengan pengetua/gurubesar. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan dalam kertas kerjanya bertajuk Keguruan menjelang abad ke-21: Cabaran dan Harapan. Komunikasi dan hubungan Melalui sumbagan yang diberikan kepada pihak sekolah. ( Wan Zahid. Banyak aktiviti-aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab. Misalnya lawatan ke pusat-pusat yang berkaitan dengan seni tampak. Penutup Sebenarnya tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin mencabar. rakan sejawat dan pelajar. sikap terbuka. Guru pendidikan seni boleh memberi khidmat kepada projek-projek diperingkat daerah misalnya hiasan pentas dan sebagainya. Seni dan Persekitaran boleh dipraktikkan melalui kerja-kerja keceriaan sekolah. Balai senilukis dan Pusat kraftangan. menguasai kemahiran. Kebiasaannya guru cemerlang ini mahukan setiap kerjanya dilakukan dengan kualiti yang tinggi. . Namun demikian bagi guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang. Sejauh mana sesorang guru atau kakitangan pendidikan dapat memuaskan tuntutan dan keperluan stakeholders dan pelanggan bergantung kepada sejauh mana tingginya kualiti perkhidmatan yang dicurahkan. kerana prestasi guru yang baik adalah melalui imej hubungan yang berkesan dan baik. Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung kepada keupayaan guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi keyakinan kepada mereka.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->