Professional Documents
Culture Documents
Panduan pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) ini adalah untuk meningkatkan kesedaran Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), dan sekolah tentang pentingnya melindungi waktu pembelajaran murid dalam bilik darjah di semua sekolah. Panduan ini diharapkan dapat membantu Bahagian, JPN, PPD, pemimpin sekolah, dan guru untuk memberi perhatian terhadap usaha melindungi masa instruksional di sekolah supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Amalan MMI akan dapat memastikan peningkatan
keberhasilan pembelajaran murid di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional perlu memberi tumpuan dan tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas (basics), memanfaat dan mengoptimumkan masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan sentiasa tampak di sekolah.
Rasional
MMI
Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu, KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. MMI sangat penting dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Hal ini perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif. Mesyuarat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) (TKPPM SOP) bersama Pengarah Bahagian-bahagian, Sektor Operasi Pendidikan (SOP) telah memutuskan untuk mencadangkan supaya MMI dilaksanakan bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid melalui keberadaan guru (guru mata pelajaran atau guru ganti) yang berfungsi sewajarnya dalam bilik darjah.
Kerangka Konsep
MMI
Objektif Pelaksanaan
MMI
akademik
Memastikan sekolah.
peningkatan
masa
pembelajaran
Memastikan guru berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau guru ganti) dan berfungsi sewajarnya bagi memastikan PdP dilaksanakan. Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan
Peranan Sekolah
Merancang dan melaksanakan program/aktiviti yang tidak menjejaskan PdP murid. Mengenal pasti keperluan guru keluar (urusan rasmi dan bukan rasmi). Memastikan guru ganti memaksimumkan PdP dalam bilik darjah. Memastikan PdP dilaksanakan secara seperti di LAMPIRAN E. Memastikan program dan aktiviti sekolah tidak menjejaskan PdP. Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta menghantar kepada urus setia MMI PPD atau JPN (yang tiada PPD) pada setiap 2hb. Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari) pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN D setiap 2hb kepada urus setia MMI PPD. Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian. optimum dengan menyediakan Laporan Keberadaan Guru Dalam Bilik Darjah
Peranan PPD
Urus setia MMI peringkat PPD. Pemantauan terhadap semua sekolah. Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah. Berusaha meningkatkan PdP di sekolah. Semua pelaporan pelaksanaan MMI perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Bulanan PPD yang dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan
dengan program yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta menghantar kepada urus setia MMI JPN pada setiap 5hb. Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari) pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN C dihantar setiap 5hb kepada urus setia JPN. Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.
Peranan
JPN
Urus setia MMI peringkat negeri. Pemantauan terhadap semua PPD (kecuali Perlis, Labuan dan Putrajaya pemantauan terus ke semua sekolah). Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah. Berusaha meningkatkan PdP di sekolah. Semua pelaporan pelaksanaan MMI perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Bulanan Jabatan yang dipengerusikan oleh Pengarah JPN. Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan
dengan program yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta menghantar kepada urus setia MMI SOP pada setiap 7hb. Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari) pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN B dihantar setiap 7hb. kepada urus setia SOP. Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.
Pemimpin Sekolah Mengenal pasti kaedah pembinaan jadual waktu yang sesuai dan memastikan semua kelas sentiasa ada guru dan PdP dilaksanakan dengan berkesan. Memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah mematuhi ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia dan meminimum kekerapan guru keluar meninggalkan bilik darjah (PdP). Memastikan murid dapat ditaksir berdasarkan Dokumen Standard Prestasi. Memastikan pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) secara school based bagi melindungi masa instruksional di sekolah. Kepimpinan Instruksional Meningkatkan potensi kepimpinan dan amalan kepimpinan instruksional di sekolah. Memastikan kualiti PdP di dalam bilik darjah berkesan.
Guru: Keberkesanan Guru Mengajar Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah. Memastikan PdP berkesan berasaskan teknologi dan inovasi.
Meningkatkan kompetensi guru. Murid Belajar Memastikan guru berada di sekolah dan melaksanakan PdP dengan berkesan di dalam bilik darjah. Memastikan guru berupaya membangun kemajuan murid mengikut potensi. Meningkatkan keberhasilan murid.
Peranan Bahagian-bahagian
KPM
Mesyuarat/Kursus/Bengkel/Latihan yang dilaksanakan perlu mengambil kira kepentingan MMI dan memastikan pergerakan guru keluar dari sekolah dapat diminimumkan. Menyediakan laporan bulanan berkaitan dengan program yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A dan menghantarnya kepada urus setia MMI SOP pada setiap 7hb. Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.