You are on page 1of 6

IMPLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU

Herdawatie Nordin Razipah Yasat Siti Maysara Musanif

KEPENTINGAN PSIKOLOGI KEPADA GURU

Memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada guru. Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu / muridmuridnya. Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkah laku murid dan cara menangani masalah yang timbul berkaitan dengannya. Memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid.

Psikologi membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan.
Dapat memperbaiki kualiti dan hasil dalam proses pendidikan. Membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya. Dapat membantu guru merancang peneguhan yang sesuai untuk mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar.

Guru cenderung mempunyai sifat Empati (daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain). Minat dan bakat murid dapat dikesan. Meningkatkan kualiti pendekatan dan teknik P&P guru di kelas. Membantu guru bimbingan memahami masalah peribadi serta masalah pembelajaran murid-murid.

IMPLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM BILIK


DARJAH

Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Berfaedah kepada pendidik untuk membolehkan mereka memahami tingkah laku pelajar. Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu bidang pendidikan.

Guru akan lebih prihatin kepada murid yang mempunyai masalah dalam pembelajarannya dan akan lebih sabar membimbing mereka. Melalui kajian pertumbuhan dan perkembangan manusia, pendidik dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal,kognitif, sosial dan emosi.

You might also like