You are on page 1of 8

SCE3109

TENAGA DALAM KIMIA

PCK 1:

PERUBAHAN TENAGA

TUJUAN

: Untuk menyiasat perubahan tenaga

AKTIVITI: Jalankan aktiviti-aktiviti di bawah: a) Pasangkan lampu meja b) Menyalakan lilin c) Menghidupkan kalkulator kuasa solar d) Masukkan dua bateri ke dalam kereta permainan dan hidupkan e) Meregangkan gelang getah f) Memerhatikan telefon berbunyi

SCE3109

TENAGA DALAM KIMIA

PEMERHATIAN

Aktiviti a) Lampu meja dipasangkan

Perubahan tenaga

Tenaga cahaya

elektrik

tenaga

b) Lilin dinyalakan

Tenaga kimia tenaga haba + tenaga cahaya

c) Kalkulator kuasa solar dihidupkan

Tenaga

solar

tenaga

elektrik tenaga cahaya

SCE3109

TENAGA DALAM KIMIA

d) Dua bateri dimasukkan ke dalam kereta permainan dan dihidupkan

Tenaga kinetik

elektrik

tenaga

e) Gelang getah diregangkan

Tenaga

kinetik

tenaga

keupayaan

f) Telefon berbunyi diperhatikan

Tenaga

elektrik

tenaga

bunyi + tenaga kinetik

SCE3109

TENAGA DALAM KIMIA

PENGETAHUAN MASTERI DAN SOALAN BERKEMAHIRAN a) Apakah yang anda dapati daripada aktiviti ini? Melalui aktiviti yang telah dijalankan, saya telah mengetahui bahawa tenaga adalah satu keupayaan untuk melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Apabila kita menggunakan tenaga, ia tidak hilang tetapi menukarkan dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Dalam aktiviti harian, pertukaran tenaga berlaku dari satu bentuk ke bentuk yang lain akan melibatkan kehilangan tenaga. Sebahagian daripada tenaga akan hilang menjadi tenaga haba. Perubahan tenaga ini dikenali sebagai Hukum Termodinamik. Tenaga didapati bertukar dalam pelbagai bentuk seperti tenaga kinetik, tenaga keupayaan, tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga bunyi, tenaga kimia, tenaga elektrik, tenaga nuklear dan tenaga mekanikal. Tenaga bermula dengan satu bentuk dan bertukar kepada bentuk yang lain. Tetapi, terdapat juga tenaga bertukar kepada lebih daripada satu bentuk sebelum terhasil bentuk tenaga paling akhir. b) Bahagian yang manakah kurikulum sains sekolah rendah boleh anda ajar bagi tajuk seperti ini? Bagi Kurikulum Sains Sekolah Rendah, bahagian yang sesuai untuk mengajar topik seperti ini ialah mengikut sukatan Tahun 5 iaitu bahagian menyiasat alam fizikal. Dalam bidang pembelajaran Tenaga, antara hasil pembelajarannya ialah: (i) Memahami tenaga Aras 1 Menyatakan pelbagai sumber tenaga Aras 2 Mengenal pasti pelbagai bentuk tenaga Aras 3 Menerangkan konsep tenaga

SCE3109

TENAGA DALAM KIMIA

(ii)

Memahami tenaga elektrik Aras 1 Memberi contoh pelbagai alat yang menghasilkan tenaga elektrik Aras 2 Memerihalkan tenaga elektrik boleh diubah kepada bentuk tenaga lain Aras 3 Menerangkan penjimatan penggunaan tenaga elektrik Menghargai sumbangan sains dan teknologi dalam penciptaan alat yang boleh mengubah bentuk tenaga. Mewajarkan kepentingan penciptaan alat elektrik yang boleh mengubah tenaga elektrik kepada bentuk tenaga yang diperlukan untuk keselesaan hidup.

(iii)

c) Bincangkan bagaimanakah anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Untuk mengaplikasikan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran, model 5 Fasa Needham boleh digunakan. Fasa yang pertama dalam model ini ialah fasa orientasi iaitu bertujuan untuk menimbulkan minat murid-murid pada awal waktu kelas diadakan. Aktiviti yang boleh digunakan adalah membawa alatan dan bahan seperti lampu suluh/meja, kereta mainan, lilin, getah, kalkulator solar dan telefon bimbit ke kelas dan menjalankan demonstrasi di hadapan murid-murid. Kemudian menjalankan aktiviti seperti di atas dan bertanyakan soalan apakah yang berlaku pada bahan-bahan tersebut. Guru juga boleh mengeluarkan bateri daripada kereta dan bertanyakan pada murid jika kereta tersebut boleh bergerak atau tidak. Fasa yang kedua pula ialah pencetusan idea. Fasa ini adalah bertujuan supaya guru mengetahui pengetahuan sedia ada murid. Daripada aktiviti sebelumnya, guru akan bertanya dengan murid-murid beberapa soalan seperti: (i) (ii) (iii) (iv) Apakah yang menyebabkan bahan-bahan tersebut dapat berfungsi? Apakah maksud tenaga? Berikan contoh-contoh jenis tenaga yang diketahui? Berikan contoh-contoh sumber tenaga?

SCE3109

TENAGA DALAM KIMIA

Seterusnya, fasa penstrukturan semula idea iaitu mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Dalam fasa ini, murid-murid akan menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai dan diperkembangkan lagi atau diganti dengan idea yang lebih saintifik. Di sini, guru akan menerangkan konsep tenaga dan peranan tenaga agar bahan-bahan tersebut dapat berfungsi, kemudian guru menerangkan konsep tenaga yang boleh diubah ke bentuk tenaga yang lain dengan menggunakan contoh-contoh bahan demonstrasi sebelumnya sebagai bahan bantu mengajar. Fasa yang keempat ialah pengaplikasikan idea iaitu dengan pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa. Guru seterusnya akan membentuk kumpulan perbincangan dan memberikan lembaran kerja kepada setiap kumpulan. Murid-murid dikehendaki untuk berbincang soalan lembaran kerja iaitu menyatakan jenis tenaga dan perubahan tenaga menurut soalan, kemudian menyenaraikan 5 contoh peralatan lain dalam kehidupan seharian yang menggunakan tenaga dan mengalami perubahan tenaga. Ini boleh menguji tahap kefahaman muridmurid tentang topik ini. Contoh-contoh lain: i) Seterika elektrik: tenaga elektrik tenaga haba ii) Radio menggunakan sumber tenaga: tenaga elektrik tenaga bunyi iii) Televisyen : tenaga elektrik tenaga bunyi + tenaga cahaya iv) Alat pengering rambut: tenaga elektrik tenaga kinetik tenaga haba + tenaga bunyi Fasa yang terakhir ialah refleksi. Tujuan fasa ini adalah menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah dan cuba membetulkan pengetahuan sedia ada mereka. Dalam fasa ini, guru akan menyemak jawapan perbincangan lembaran kerja. Kemudian merumuskan semua penerangan yang telah dijelaskan kepada murid-murid pada akhir kelas menggunakan peta minda.

SCE3109

TENAGA DALAM KIMIA

d) Apakah peranan guru dalam aktiviti ini? Seorang guru telah memainkan peranan yang sangat penting dalam mengendalikan aktiviti ini. Guru memainkan peranan sebagai seorang penyampai maklumat. Guru menerangkan tentang konsep tenaga dan perubahan tenaga supaya memberi satu pendedahan awal kepada murid dan memberi pengenalan tentang konsep ini sebelum menyatakan maklumat yang selanjutnya. Selain itu juga, guru juga dikenali sebagai fasilitator yang akan membimbing anak murid supaya berupaya untuk mengenalpasti bentuk-bentuk tenaga yang dalam soalan lembaran kerja. Daripada situ, guru bertugas sebagai pembimbing yang akan mendorong murid dan memberi penerangan seterusnya untuk mengukuhkan lagi pengetahuan murid. Guru juga dikenali sebagai pemberi masalah yang memberi banyak persoalan kepada murid bagi menguji kefahaman seorang murid itu tentang topik yang diajar pada waktu itu. Guru turut berperanan sebagai pembantu penyelesaian masalah yang bertanggungjawab untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah kurang memahami akan yang telah disampaikan oleh guru dan cuba untuk menjelaskan lagi topik tersebut secara ringkas dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh murid tentang topik ini.

SCE3109

TENAGA DALAM KIMIA

SUMBER RUJUKAN BUKU Chang See Leong, Chia Song Choy (2004) Fokus e-masteri SPM Fizik. Penerbitan Pelangi Sdn Bhd, Selangor Darul Ehsan.

LAMAN WEB Perubahan bentuk-bentuk tenaga (transformation of energy) http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/05/perubahan-bentuk-bentuk-tenaga.html

Nota Sains 1 2 3 (tenaga) http://www.sains123.cikgunaza.com/2012/06/tenaga.html

Tenaga kinetik http://www.sains123.cikgunaza.com/2012/06/tenaga-kinetik.html

You might also like