You are on page 1of 7

REJAM LEMBING 1 CARA ATAU TEKNIK MELAKUKAN REJAMAN

Merejam lembing merupakan satu-satunya acara lontaran yang di lakukan dalam kawasan bukan berbentuk bulatan seperti dalam acara lontaran lain. Sebaliknya, rejaman dilakukan daripada lorong larian yang lurus yang memerlukan peserta membuat larian pada jarak lebih kurang antara 30 meter hingga 35 meter. Teknik rejaman antara seorang peserta dengan peserta lain dibezakan menerusi cara membawa lembing, jumlah langkah atau larian yang dibuat dan cara membuat pelepasan lembing. Selain daripada itu, peringkat atau aturan dalam melakukan rejaman umumnya adalah sama, sama ada lembing itu di rejam o;eh peserta lelaki ataupun wanita.

Ada beberapa peringkat yang terdapat pada perlakuan rejaman lembing ini. Setiap peserta sama ada yang baru menceburi diri dalam acaraini ataupun mereka yang sudah berpengalaman, harus dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat dengan penekanan perhatian diberikan kepada kelicinan perlakuan serta keberkesanan rejaman supaya mendapat jarak sejauh mungkin. Peringkat-peringkat itu adalah seperti berikut:

1.Cara memegang lembing. 2.Larian awal. 3.Peringkat rejaman lembing. 4.Peringkat pendaratan lembing dan ikut lajak. 5.Peringkat mengundurkan diri

CARA MEMEGANG LEMBING

Oleh sebab ini memerlukan setiap peserta menggunakan sesuatu alat khusus, iaitu lembing untuk menyertai pertandingan, maka peserta pertama yang harus dilakukan oleh peserta itu ialah mendapatkan lemning dan mengetahui cara memegang lembing. Menerusi latihan dan perlakuan yang

berulang-ulang, peserta harus dapat memahirkan diri dengan pegangan yang dianggap paling selesa dan sesuai supaya mereka dapat melakukan rejaman dengan baik dan berkesan. Pegangan lembing penting dari dua aspek, iaitu aspek keselesaan untuk mendapatkan jarak yang sejauh mungkin dan aspek keselamatan yang juga berpunca atau ditentukan oleh cara peserta memegang lembing. Jurulatih atau guru pengawas hendaklah menekankan kedua-dua aspek ini semasa mejalankan latihan kepada peserta-peserta mereka. Dengan menguasai aspek-aspek ini, maka peserta itu kini sudah bersedia untuk melakukan rejaman. Umumnya, terdapat tiga cara atau kaedah memegang lembing yang biasa dan sering digunakan oleh hamper semuapeserta acara ini, termasuk peserta wanita. Sebelum peserta dapat memilih cara pegangan yang sesuai, adalah perlu dia didedahkan kepada ketiga-tiga cara pegangan ini supaya dia dapat membezakan cara pegangan menerusi pengalaman iaitu dengan melakukan sendiri perlakuan itu. Perkara ini penting didedahkan kepada mereka yang baru menceburkan diri dalam acara ini kerana jika seseorang itu sudah biasa dengan sesuatu cara dia akan terus menggunakan cara atau kaedah itu.

CARA PEGANGAN 1 Dalam kaedah pegangan lembing pertama ini peserta akan memegang lembing di antara ibu jari dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari lain. Tangan peserta hendaklah berada pada tempat pegangan dengan menadahkan tapak tangan ke atas untuk mendapatkan lembing. Kemudian ibu jari akan memegang sambil menggenggam lembing, manakala tiga jari lain turut memegang sambil memberikan sokongan kepada pegangan itu. CARA PEGANGAN 2 Dalam kaedah pegangan lembing ini peserta memegang lembing di antara jari hantu dan disokong oleh jari manis serta jari kelengkeng. Untuk melakukan pegangan peserta meletakkan lembing di atas tapak tangan pada kedudukan di antara jari hantu dan jari manis. Manakala jari kelengkeng bertindak memberi sokongan bagi mengemaskan pegangan. Cra ini mungkin kurang sesuai bagi sesetengah peserta, tetapi boleh dicuba sekiranya cara ini memberi keberkesanan kepada peserta.

CARA PEGANGAN 3 Dalam kaedah ini, lembing dipegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu dengan dibantu jari-jari lain. Untuk melakukan pegangan ini, peserta memegang lembing pada tampat pegangan yang ditetapkan iaitu pada tapak tangan. Lembing diletak di antara jari telunjuk dengan jari hantu, sambil dibentuk oleh ibu jari pada sebelah lembing dan dua jari lain di seblah lain. Cara pegangan ini boleh digunakan oleh semua peserta.

Cara pegangan lembing adalah mengikut kesesuaian dan keselesaan peserta itu sendiri. Terserahlah kepada peserta untuk mendapatkan kedudukan lembing sama ada di bawah atau di atas bahu. Jika lembing dipegang dan dibawa dari bawah bahu, ini bermakna peserta akan melakukan rejaman menggunakan teknik bawah bahu, dan jika lembing dipegang pada atas aras bahu, ini bermakna peserta akan membuat rejaman menggunakan teknik atas bahu. Pegangan ini hendaklah disesuaikan dengan larian yang bakal dilakukan peserta.

http://smksbpjpk.blogspot.com/2011/01/rejam-lembing-1.html

SANG MEMERANG.

FRIDAY, MARCH 07, 2008

Merejam Lembing
Sejarah

Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah. Prinsip asas merejam lembing Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis. Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah

dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih. Keselamatan para pelatih Semasa membawa lembing
Mata lembing biarlah menghadap ke bawah Jangan berlari

Semasa

latihan

Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh jurulatih

Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan setiap pelajar secara maksimum

BAHAGIAN

BAHAGIAN

LEMBING

Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor. Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam amatur mahupun professional. Gaya rejaman tersebut ialah Gaya Rejaman Dari Atas Bahu dan Gaya Rejaman Dari Bawah Bahu.

Gaya memegang lembing

Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu; Gaya Amerika Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

Gaya Finnish

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

Gaya Pegangan U Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

Kawasan rejaman lembing

Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

Teknik rejaman lembing

Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut: Fasa persediaan Fasa lari landas Fasa rejaman Fasa ikut lajak 1.Fasa persediaan Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman Pandang kearah kawasan rejaman

2.Fasa lari landas Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman 3. Fasa rejaman

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman 4. Fasa ikut lajak

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

http://maswafi.blogspot.com/2008/03/sejarah-rejam-lembing-javelin-adalah.html

You might also like