You are on page 1of 8

1.

1 Peraturan dan Keselamatan

1. Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam

persekitaran serta suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa

berlakunya kemalangan ataupun kecederaan.

2. Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut:-

(i) Keselamatan am

(ii) Keselamatan diri dan rakan

(iii) Keselamatan alatan dan bahan

1.2 Keselamatan Am

1. Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan

kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid.

2. Rambut mestilah pendek dan kemas.

3. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam

apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas.

4. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah

pengawasan guru sepenuhnya.

5. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan

teratur.

6. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di

bengkel.
7. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH.

8. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.

1.3 Keselamatan Diri dan Rakan

1. Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan.

2. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel,

3. Pakai apron dan kasut getah yang bertutup.

4. Bagi murid yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika

berkerja.

5. Bagi murid-murid perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi

yang bertudung, pastikan tundung dipakai dengan kemas.

6. Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel KH.

7. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan.

8. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel KH.

Rajah dibawah menunjukkan etika pemakaian yang sesuai semasa berada

di dalam bengkel.
1.4 Keselamatan Alatan dan Bahan

1. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru

sebelum murid boleh menggunakannya.

2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara

peralatan daripada cepat rosak.

3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum

memulakan sesuatu projek.

4. Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai

penggunaannya.

5. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu

menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru.

6. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel

KH.

Rajah dibawah menunjukkan susunan peralatan pertukangan pada kedudukan

asalnya di dalam bengkel.


1.5 Rutin dan Organsasi Bengkel Kemahiran Hidup

Organisasi Bengkel adalah perkara utama yang perlu diwujudkan diawal

permulaan sesi mengajar guru bagi memastikan bengkel dapat diuruskan

dengan lebih lancar dan teratur. Kerja-kerja rutin dibengkel akan berjadual

secara teratur dan lebih sistematik.

Aspek kebersihan dan keselamatan mesti diutamakan dalam setiap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di bengkel KH. Melalui organisasi bengkel murid

berpeluang mempelajari aspek kerjasama dalam kumpulan serta mempraktikkan

amalan kerja yang teratur serta selamat.

Murid dapat bersama menglibatkan diri dalam aspek teknikal

penyelenggaraan alatan dan bagunan sepanjang pembelajaran matapelajaran

Kemahiran Hidup. Murid dapat menimba pengalaman baru yang boleh

diaplikasikan dirumah bagi membantu ibubapa masing-masing.


Carta organisasi yang baik adalah seperti berikut :-

Guru

Formen

Penolong Formen

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D


Ketua Kumpulan i) Ketua Kumpulan Ketua Kumpulan i) Ketua Kumpulan
Ahli - ahli Ahli - ahli Ahli - ahli Ahli - ahli

Contoh Jadual Tugasan

MINGGU
TUGASAN 1 2 3 4
a) Menyapu lantai A B C D
b) Menutup tingkap dan menyusun kerusi D C B A
c) Menyimpan alatan dan bahan C D A B
d) Menutup suis dan menutup pintu bengkel B A D C

Pengurusan bengkel bertujuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan

tugasan, peraturan, kebersihan dan mengelakkan kemalangan.

1.6 Perlupusan Sisa Buangan Dari Bengkel KH

1. Bahan-bahan lebihan daripada aktiviti kerja murid seperti kayu, plastik,

kertas, kaca dan sisa logam perlu diuruskan dengan baik.


2. Pengurusan sisa buangan yang baik mampu mengelakkan berlakunya

pencemaran alam sekitar.

3. Amalan terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tong sampah yang

berasingan untuk jenis bahan sisa buangan mengikut kategori masing-

masing seperti kayu, kaca dan plastik.

4. Bahan buangan tersebut perlu diangkut oleh pihak berkuasa berkaitan untuk

urusan pelupusan ataupun projek kitar semula bahan.

5. Jangan sesekali melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sisa

buangan.

1.7 AMALAN 4M

1. Membersih

- Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat

-Menitikberatkan kebersihan diri dan mental

-Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek

-Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas

yang diberi.

-Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu :

-Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)

- Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering

- Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair

- Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara

semburan tekanan udara tinggi.


2. Menyusun Atur

-Guna alat mengikut kegunaannya

-Simpan alat di tempat yang betul

-Menilai Diri dan Tempat Kerja

-Pencahayaan yang cukup

-Peredaran udara yang baik

-Lantai kering dan tak berminyak

-Mendisiplin

-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri

3. Menilai Diri dan Tempat Kerja

-Pencahayaan yang cukup

-Peredaran udara yang baik

-Lantai kering dan tak berminyak

4. Mendisiplin

-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri


1.8 Alat Bantuan Kebakaran

1. Alat pemadam api yang barfungsi dengan baik perlu sebagi persediaan

sekiranya terjadi kebakaran yang kecil di bengkel.

2. Terdapat perbezaan bagi bahan alat pemadan api bagi memadam punca

kebakaran yang berlainan.

3. Terdapat label pada alat pemadam api bagi menentukan jenis bahannya.

Bahan & Punca


Label Alat Pemadam Api
Kebakaran
Air / bagi punca

A kebakaran kayu, sampah

dan plastik
debu kering / bagi semua
ABC
jenis kebakaran

Gambar Alat Pemadam Api

You might also like