You are on page 1of 3

Usaha Memartabatkan Kembali Genre Sastera Melayu

Era globalisasi yang mencetuskan pelbagai revolusi dalam bidang sains


dan teknologi menjadi tunjang pembangunan sesebuah negara pada masa kini .
Kemajuan dunia kini menggambarkan bahawa manusia sudah mampu menghasilkan sesuatu
yang baru dengan ilmu yang telah dipelajari. Kepetahan dan kelancaran manusia
dalam berkomunikasi menggunakan bahasa asing seperti bahasa inggeris,bahasa
mandarin dan bahasa jepun malahan mampu mendalami serta mentelaah karya –karya
tradisional bahasa tersebut seperti The Monsoon History merupakan karya bahasa
inggeris hasil karya cendekiawan terkenal William Shakespears telah membuktikan
betapa manusia sudah berjaya dimata dunia dalam menguasai pelbagai bahasa.Namun
tatkala memikirkan nasib bahasa ibunda kita yang unik dan kaya dengan pelbagai
nilai-nilai murni semakin hari semakin luput ditelan zaman amat menyedihkan.Apatah
lagi elemen yang terdapat didalam bahasa ibunda kita ini iaitu genre sastera
melayu seperti syair,pantun dan gurindam yang suatu masa duhulu merupakan asas
perpaduan masyarakat kini diketepikan begitu sahaja ibarat “habis madu sepah
dbuang”. Maka prakarsa yang pragmatik perlu diambil untuk memastikan genre sastera
melayu tradisional ini berkembang semula ibarat “bunga seri pagi kembang di
tengahari” dengan menarik minat masyarakat semula terhadap warisan pujangga nenek
moyang kita supaya tidak terus hanyut dimamah usia.

Peranan kerajaan dalam memartabatkan semula genre sastera melayu ibarat


serampang dua mata. Hal ini kerana inisentif yang diambil oleh kerajaan adalah
untuk mengekalkan khazanah seni warisan budaya sejak turun temurun lagi.Disamping
itu juga komitmen kerajaan dalam menjayakan usaha ini adalah untuk mendidik
masyarakat pada masa kini agar tidak lupa akan asal usul mereka tatkala menjadi
panduan hidup.Unsur-unsur nasihat yang terkandung didalam sastera ini mampu
menjadi batasan dalam setiap perlakuan atau perbuatan setiap manusia. Pembentukan
akhlak dan jati diri yang baik merupakan syarat penting kepada kejayaan seseorang
itu didalam hidupnya. Kerajaan merupakan peneraju sesebuah negara, oleh itu
sebarang keputusan atau tindakan yang diambil oleh kerajaan akan menjadi titik
tolakkepada kejayaan sesuatu projek, dalam erti kata lain pihak kerajaan akan
mempengaruhi sebarang keputusan untuk menarik minat masyarakat terhadap genre
sastera melayu ini sama ada mencapai kejayaan ataupun tidak. Izharnya, dasar
kerajaan yang mewajibkan semua sekolah harus mempunyai matapelajaran bahasa melayu
dan mengajar matapelajaran ini amatlah wajar kerana didalam sukatan pelajaran
matapelajaran ini mengandungi sastera melayu tradisional seperti syair, pantun,
gurindam dan seloka. Sebagai contoh Hikayat Pak Pandir dan pantun mengenang budi
yang mempunyai pelbagai unsur nasihat pasti mampu menarik minat para pelajar untuk
mendalami nukilan zaman- berzaman warisan tradisional ini. Sebagai contoh lain
Sejah Melayu hasil karya, cendekiawan terkemuka tanah air kita suatu ketika dulu
Tun Sri Lanang membuktikan genre satera melayu tradisional ini masih wajar
digunakan. Kepadatan nilai estetika yang terkandung di dalam genre sastera melayu
ini wajar sekali diamati dan bukannya ditinggalkan begitu sahaja ibarat ”habis
madu sepah dibuang”. Kementerian harus melihat fenomena yang berlaku sekarang ini
sebagai pencetus kepada kebangkitan semula kedaulatan genre sastera melayu sebagai
pembentuk jati diri masyarakatdari segi lahiriah mahupun rohaniah. Tidak
semestinya di sekolah sahaja genre sastera melayu ini diajar malahan di institusi
pengajian tinggi awam
mahupun swasta wajar diperkenalkan. Pendekatan yang diambil oleh kementerian
pelajaran ini akan mampu memartabatkan kembali genre sastera melayu tradisional
ini di mata dunia sebagai warisan bangsa turun-temurun.

Antara usaha lain yang perlu diambil untuk menarik minat masyarakat
terhadap genre sastera melayu tradisional ialah dengan mengadakan kempen-kempen
yang terselit di dalamnya nilai –nilai murni seperti yang terkandung dalam genre
sastera melayu tradisional. Melalui kempen inilah genre sastera melayu tradisional
dapat diperkenalkan dengan lebih dekat dan dapat diperjelaskan dengan lebih terang
kepada masyarakat tentang kepentingan genre sastera melayu tradisional dalam
kehidupann seharian kita. Sebagai contoh, pantun ,gurindam dan syair dapat menarik
minat masyarakat berdasarkan maksud tersirat dan tersurat yang terkandung didalam
setiap genre sastera melayu ini seperti seloka pak pandir yang mempunyai pelbagai
unsur nasihat kepada masyarakat supaya tidak mudah percaya kepada janji-janji
manis orang asing sehingga keluarga sanggup dikorbankan, akhirnya hidup merana
ibarat”menyusukan kera di hutan,anak sendiri dirumah mati kelaparan”. Antara
kempen yang sering kita dengar dan telah pun dilancarkan ialah kempen bulan bahasa
melayu dan kempen bulan membaca. Seperti yang kita sedia maklum kempen bulan
bahasa dijalankan pada setiap bulan ogos setiap tahun bagi menarik minat
masyarakat terhadap bahasa ibunda kita disamping menyelitkan genre sastera melayu
didalamnya.”Bagai pucuk dicita ulam mendatang”, bulan ini juga mampu
menyemarakakan lagi semangat cinta akan tanah air dlam dira rakyat negara kita
bersempena besempena bulan kemerdekaan negara kita.

Selain itu antara usaha drastik lain yang perlu diambil sama ada oleh
pihak kerajaan mahupun swasta ialah dengan mengadakan pertandingan-pertandingan
untuk menarik minat masyarakat terhadap genre sastera melayu tradisional sekaligus
memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda kita. Kerjasama yang erat antara
pihak kerajaan iaitu kementerian pelajaran dengan badan bukan kerajaan seperti
Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memastikan genre sastera melayu terus dimartabat
amatlah wajar. ”Seperti isi dengan kuku” merupakan peribahasa yang dapat
menggambarkan perhubungan erat pihak kerajaan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam menjalankan pertandingan-pertandingan seperti pertandingan bersyair dan
menulis puisi. Tambahan pula dengan mengadakan pertandingan-pertandingan seperti
ini sudah pasti mampu menarik minat masyarakat terhadap genre sastera melayu.
Disamping itu juga, pantun merupakan elemen genre sastera melayu tradisional
paling popular dan terkenal sehinggakan menjadi salah satu adat orang tua-tua
untuk masuk meminang dan masih lagi digunakan sehingga hari ini lagi. Pesta pantun
yang danjurkan sering kali mendapat sambutan yang mengalakkan. Insentif-insentif
yang lumayan diberikan kepada juara dan tidak lupa kepada setiap peserta kerana
telah mengambil bahagian dalam pertandingan mampu menarik minat masyarakat ntuk
mengambil bahagian dalam setiap pertandingan yang bakal dijalankan kelak.
Tuntasnya, pertandingan-pertandingan yang dijalankan mampu menarik minat
masyarakat terhadap genre sastera melayu tradisional ini.

Pengeluaran buku-buku genre sastera melayu di pasaran merupakan usaha


lain untuk menarik minat masyarakat terhadap warisan pujangga turun-temurun ini.
Kesenambungan sastera melayu ini telah merangkumi semua aspek kehidupan samada di
dunia mahupun di akhirat.Misalnya, cerita Pak Pandir yang kurang ilmu agama dan
ilmu pengetahuan lalu terlalu mudah ditipu akibat kejahilan dirinya sendiri.
Prosa-prosa klasik yang mempunyai pelbagai unsur nasihat mampu membentuk
masyarakat yang tinggi budi pekerti dan tatasusilanya. Tambahan pula, isi-isi
tersirat di dalam sesebuah genre itu sendiri membuatkan pembaca menghayati
nukilan-nukilan ini untuk mengetahui nasihat-nasihat yang terkandung didalamnya.
Ini menunjukkan minat terhadap genre sastera melayu tradisional kian berkembang
ibarat ”cendawan tumbuh selepas hujan”. Sekali lagi kerjasama antara Kementerian
Pelajaran dengan pihak swasta penting untuk memartabatkan kembali genre
tradisional ini. Sebagai contoh yang mudah difahami, sekiranya genre sastera
melayu tradisional di ajar di semua sekolah kebangsaan dan jika terdapat
permintaan dari sekolah bukan kebangsaan sekurang-kurangnya lima belas orang
pelajar,maka wajib sekolah tersebut menyediakan kelas bagi para pelajar tersebut
untuk mereka mempelajari matapelajaran tersebut.Konkritnya disini kita dapat lihat
buku yang telah disediakan oleh pihak kerajaan mengikut sukatan yang telah
ditetapkan seperti petikan Hikayat Hang Tuah yang terkandung didalam buku Anak
Laut mampu menarik minat para pelajar untuk mendalami prosa klasik ini di sekolah
bukan jenis kebangsaan tersebut tadi. Iltihannya, dengan adanya buku-buku genre
sastera ini dipasaran dapat memudahkan penyebaran propaganda tentang keagungan
prosa klasik untuk menarik minat masyarakat terhadap genre sastera melayu
tradisional.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu memikul beban ini


untuk memartabatkan genre sastera melayu tradisional tatkala memikirkan karya
pujangga nenek moyang kita ini semakin hari semakin ditelan zaman. Sewajarnya kita
mengorak langkah dari sekarang dengan bersama-sama memartabatkan semula karya seni
ini seperti kata pepatah melayu” yang berat sam adipikul,yang ringan sama
dijinjing” dan tidak menunggu sehingga bahasa ibunda kita ini pupus dengan karya-
karya seninya sekali luput ditelan usia seperti kata pepatah”sudah hujan baru
hendak mencari payung” ketika inilah tiada apa-apa yang berguna lagi.

You might also like