P. 1
96657373-SCE3107-Praktikal-1

96657373-SCE3107-Praktikal-1

|Views: 56|Likes:
Published by Izzul Fahmi
praktikal 1
praktikal 1

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Izzul Fahmi on Feb 26, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/11/2013

pdf

text

original

PRAKTIKAL 1 EKOSISTEM TANAH - BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

Tujuan

:

Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah yang berbeza.

Teori

:

Kehidupan terdiri daripada dua komponen iaitu komponen abiotik dan biotik. Komponen abiotik merangkumi benda-benda yang tidak hidup seperti air, tanah, kelembapan udara dan cahaya matahari manakala komponen biotik pula terdiri daripada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan dan manusia. Interaksi antara komponen biotik dengan abiotik ini membentuk satu jaringan ekosistem. Dengan adanya interaksi-interaksi tersebut, suatu ekosistem dapat mempertahankan

keseimbangannya.

Spesis ialah kumpulan organisma semula jadi yang berpotensi untuk saling membiak antara satu sama lain bagi menghasilkan zuriat yang subur. Populasi pula membawa maksud kumpulan individu daripada jenis yang sama yang menduduki sesuatu kawasan pada sesuatu ketika. Komuniti pula dua atau lebih populasi daripada dua organisma berbeza yang hidup dan mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Ekosistem ialah kitaran bahan yang menghubungkan organisma dalam satu komuniti dengan komuniti yang lain dan juga dengan persekitaran. Biosfera pula keseluruhan zon bumi, air dan atmosfera yang wujudnya hidupan. Kesemua ini saling bergantung dan bersandaran antara satu sama lain bagi memastikan ekosistem alam sentiasa seimbang dan dapat memenuhi keperluan organisma yang ada di muka bumi. Saling kebergantungan ini contohnya persaingan, pemangsaan dan hubungan parasitperumah. Selain itu, biota ini juga turut saling bertindak dengan persekitaran fizikal dan kimia di sekeliling.

Jenis tanah . Pembolehubah : Dimanipulasi Bergerak balas Dimalarkan . teknik mengumpul makrofauna Bahan dan radas : Sampel tanah Larutan formalin Corong tulgren Kaki retort Bikar Lampu Corong turas Kain kasa Piring petri Forseps Kanta pembesar Mikroskop .Hipotesis: Lapisan horizon O tanah mempunyai bilangan makrofauna yang banyak.Bilangan dan jenis makrofauna .Suhu persekitaran.

Bikar yang mengandungi etanol telah dikeluarkan dan makrofauna yang terperangkap diambil dan ciri-cirinya direkodkan dalam Jadual 3. Tanah daripada lokasi yang sama dicampur bersama sepenuhnya. 3. 8. Spesimen hidup di atas tanah turut diperhatikan dan dicatat di dalam Jadual 2. Tanah tersebut telah dibiarkan selama tiga hari. 5. Tanah telah dimasukkan ke dalam Saluran Baermann seperti dalam Rajah 2 dan dibiarkan selama tiga hari. Dua sampel tanah iaitu Horizon O dan Horizon A daripada dua kawasan yang berlainan telah diambil. .Prosedur : Rajah 1 Rajah 2 1. Beg plastik itu dilabel dengan maklumat tempat tanah itu diambil. Jenis tanah dan ciri-ciri tempat pengambilan tanah direkodkan di dalam Jadual 1. 7. kawasan yang mempunyai tumbuhtumbuhan asli dan spesis pokok-pokok yang berbeza. Tanah itu telah diambil di kawasan berumput. 4. Sampel yang diambil telah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat. 6. Tanah dimasukkan ke dalam saluran Tulgren seperti gambar Rajah 1. 2.

Sebuah bikar yang mengandungi air diletakkan di bawah saluran tersebut. Keputusan daripada jadual tersebut digunakan untuk mengira kumpulan per liter tanah dan leaf litter serta bilangan individu daripada setiap kumpulan leaf litters. Organisma tersebut dikumpulkan mengikut kriteria tersendiri. Pemerhatian telah direkodkan dalam Jadual 4. 14. Daripada beg plastic.9. Keputusan : i. 15. Selepas tiga hari. 13. saluran Baermann dibersihkan menggunakan jarum dan makrofauna kecil yang terperangkap di dalam bikar air diperhatikan dengan menggunakan mikroskop. 12. Jenis lokasi Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 Lokasi 2 Jenis tumbuhan Pokok rambutan Pokok mangga Warna tanah Coklat muda Coklat Kekeringan/kelembapan Kering Sedikit lembap Kepadatan tanah Kurang padat Kepadatan sederhana Tekstur tanah Tanah pamah Tanah pamah Jadual 1 . 10. Pemerhatian direkodkan dalam Jadual 5. sampel tanah horizon O dan horizon A yang diukur jumlahnya telah diperhatikan di bawah mikroskop atau kanta pembesar. 11. Fauna yang dapat dijumpa telah diasingkan ke dalam piring petri yang bersih untuk dikenalpasti.

ii. Makrofauna yang diperhatikan di Lokasi 1 dan Lokasi 2 . Kumpulan Bilangan @ lokasi 1 Bilangan @ lokasi 2 Makrofauna Besar Cacing 1 1 Siput babi 0 2 Lipan 1 0 Ulat gonggok 0 1 Makrofauna Kecil Semut merah 5 0 Semut hitam 2 5 Kutu tanah 3 3 Jadual 2 .

iii. Organisma yang ditemui di dalam kedua-dua jenis tanah Bilangan Kumpulan Makrofauna Cacing 2 Semut merah 1 Semut hitam 1 Kutu tanah 2 Siput babi 1 Jadual 3 iv. Pemerhatian melalui mikroskop Mikrofauna Kumpulan Nematod .

Jadual 4 v. . Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Cadangkan mengapa adanya perbezaan tersebut? Apakah parameter tanah yang boleh diguna untuk menjelaskan perbezaan tersebut. Kriteria makrofauna Lokasi 1 Makrofauna Lokasi 2 Bilangan kumpulan per liter tanah 4 5 Bilangan kumpulan cacing per liter tanah 1 1 Bilangan kumpulan semut per liter tanah 7 5 Bilangan kumpulan kutu tanah per liter tanah 3 3 Bilangan kumpulan siput babi per liter tanah 0 2 Bilangan kumpulan lipan per liter tanah 1 0 Bilangan kumpulan ulat gonggok per liter tanah 0 1 Jadual 5 Perbincangan : 1.

begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini seperti burung. Daripada keputusan yang diperolehi.Habitat adalah tempat suatu makhluk hidup. di mana ia membina sarang pada pokok-pokok dan memperolehi banyak makanan di lantai tanah. habitat pohon bakau adalah kawasan air pasang surut dan sebagainya. bertindak sebagai pengurai. Contohnya. Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti di dalam tanah yang membantu menyeimbangkan sifat fizikal tanah. Jelaskan peranan makrofauna di dalam tanah. Makrofauna dan mendapan organik dapat membantu mencegah hakisan tanah. Dalam ekosistem ini lantai tanah ditutupi dengan dedaun ranting dan pokok-pokok mati yang membuatkan permukaan tanah di kawasan ini lembut. Jenis organisma Ciri dan peranan organisma kepada tanah .. Istilah habitat dapat juga digunakan untuk menunjukkan tempat sekelompok organisma dari berbagai spesies yang membentuk suatu komuniti. habitat monyet dan harimau adalah hutan. membantu meningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan struktur tanah dalam kawasan tersebut. 2. tanah dari Lokasi 2 mengandungi lebih makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah yang lain. habitat paus adalah di dalam laut. Tanah Lokasi 2 diambil dari kawasan bawah pokok mangga yang sedikit lembap. Pokok-pokok di sini hidup dengan subur. habitat buaya adalah perairan payau.

Aktinomisit   Penting dalam proses pereputan sisa organik. Penting dalam pereputan bahan organik : bersimbiosis dengan akar tumbuhan Kulat   CacingTanah   Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah. Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang digalinya. Najisnya mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah. Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain. nitrogen. fosforus dan sulfur di dalam tanah. Bakteria  Terlibat di dalam proses pereputan sisa organik Penting dalam membantu peredaran karbon. Nematod  Membantu pereputan bahan organik Alga  Menggunakan cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis .

Rantai makanan adalah satu siri organisma dalam suatu . Makanan yang dihasilkan ini digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup dan juga membekalkan makanan kepada organisma lain apabila organisma itu memakan tumbuhan. pengguna dan pengurai. apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana tenaga mengalir. Berdasarkan rantai makanan yang disediakan. Apa yang berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organisma di bahagian atas mati? Organisma-organisma individu dari kompnen biosis berkemandiri sama ada dengan menghasilkan makanan sendiri ataupun dengan memakan organisma lain. nematod). dimana ia bermula dan berakhir (contoh : di bahagian atas rantai makanan). Kesemua ekosistem mempunyai tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar.3. labelkan jenis biota (contoh : kulat. Tumbuhan hijau dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis kerana adanya pigmen klorofil yang dapat memerangkap tenaga dari matahari.

ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau pengaliran tenaga. Berdasarkan rajah di atas. hampir 85% tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai haba. dan juga hidup dalam ekosistem marin di mana mereka dinamakan kesalingbolehtukaran dengan penghantar bawahan. ulat akan memainkan peranan penting mereka sebagai pengurai semulajadi. . Tenaga tersebut semakin berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba dan perlu diganti oleh tenaga daripada matahari. Jaringan makanan pula merupakan interaksi makanan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantai makanan. Di sini. tumbuhan berperanan sebagai pengeluar atau organisma autotrof. Setiap organisma masing-masing menjadi pemangsa dan mangsa kepada organisma sebelum dan selepasnya. Perpindahan tenaga di dalam ekosistem boleh dikesan dari satu aras kepada aras yang lain. Dengan itu. setiap pengguna biasanya mempunyai pelbagai pilihan makanan dan pengguna itu juga mungkin dimakan oleh pelbagai pemangsa (pengguna) yang lain. Jika organisma dibahagian atas iaitu burung dan tikus telah mati. Detritivor hidup dalam mana-mana tanah yang mempunyai komponen organik. mereka telah menyumbang kepada penguraian dan kitaran zat makanan. Namun begitu. Pengeluar biasanya menduduki aras trof yang pertama. tenaga dan nutrien akan hilang dan tidak dapat disalurkan lagi melalui rantai makanan tersebut. Tumbuhan hijau menggunakan cahaya matahari untuk mensintesiskan karbohidrat dan protein melalui fotosintesis. Dalam sebarang komuniti. Detritivor pula merupakan heterotrof yang mengambil zat makanan dengan memakan detritus.

haiwan yang tidak dapat digambarkan oleh sains. Kesihatan tanah bergantung kepada jaringan makanan yang menunjukkan kerumitan biologi. Kebiasaanya mikrofauna berukuran lebih kecil daripada 0. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi tanah di dalam ekosistem. dan juga kesihatan tanah. 6. arthropods dan nematode yang besar. Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna? Apakah kumpulan organisma yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan ini? Mikrofauna adalah haiwan kecil dan organisma uniselular yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop. manakala mesofauna pula berukuran diantara 0. Apakah kawalan ekosistem yang dilakukan? . begitu juga dengan mesofauna seperti cacing tanah.1mm dan 2mm. Kebanyakkan mikrofauna dipanggil ‘cryptozoa’.1mm. 5. Salah satu cara untuk mengurangkan bilangan perosak dalam ladang secara semulajadi adalah melalui kawalan biologi.4. Fungsi utama keduadua organisma ini adalah untuk mengurai kebanyakkan benda hidup secara semula jadi. Kawalan biologi merujuk kepada penggunaan sesuatu organisma untuk mengawal pembiakan atau populasi organisma lain yang mendatangkan kerosakkan. Mikrofauna boleh ditemui di seluruh duni. Jaringan makanan dapat menunjukkan kerumitan biologi. Terangkan bagaimana pengurusan tanah dapat mengekalkan kesihatan tanah.

Biota tanah ini memainkan peranan utama di semua peringkat dalam makanan mikro web di mana tenaga dipindahkan dari satu organisma yang lain dan sebagai nutrien akibat dikitar semula melalui persekitaran tanah. Kesimpulan : Terdapat pelbagai jenis makrofauna di dalam tanah. Lokasi 2 mempunyai lebih banyak bilangan makrofauna berbanding dengan Lokasi 1. . Tanah yang mengandungi kandungan oksigen yang tinggi adalah yang terbaik untuk proses pertanian.Biota tanah menyumbang kepada kesihatan tanah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->