You are on page 1of 19

PEMBELAJARAN YANG AKTIF DAN MENYERONOKKAN (ACTIVE LEARNING AND LEARNING IS FUN)

Minggu 1 Md Fadzil bin Masri

Berpusat Kepada Murid

Berpusat Kepada Bahan

Bersepadu

Tematik

Tugasan

Berpusat Kepada Murid


Konsep : Objektif, tugasan dan sumber pembelajaran ditentukan oleh murid.

Pelajar adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju pembelajaran.

Strategi Berpusat Kepada Murid


Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.

Berpusat Kepada Murid


Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.

Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar

Berpusat Kepada Bahan


Konsep: menggunakan bahan sebagai medium utama untuk penyampaian P&P

Terbahagi kepada bahan pengajaran yang disediakan oleh guru dan bahan pembelajaran yang digunakan oleh murid.

Ciri-ciri Bahan
Guru dan murid menggunakan bahan sepenuhnya untuk mencapai objektif P&P.

Melibatkan interaksi antara murid dan bahan

Ciri-ciri Bahan
Strategi ini menekankan keseluruhan aspek iaitu fizikal, kognitif dan afektif.

Strategi ini mementingkan P&P yang bermakna melalui pengalaman sebenar.

Bersepadu
Definisi
Satu sesi pengajaran di mana kandungan dan kemahiran satu matapelajaran diserapkan ke dalam pengajaran yang lain.

Kelebihan Pembelajaran Bersepadu

Menggunakan pelbagai sumber.

Murid dapat melihat kegunaan kemahiran dalam bidang lain.

Kelebihan Pembelajaran Bersepadu


Banyak alternatif kepada kaedah/bahan yang boleh digunakan.

Beberapa kemahiran dapat diajar serentak.

Tematik
Kandungan PSK digubal secara tematik

Mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya, bermula dan diri, keluarga, masyarakat sekolah, komuniti luar sekolah, negara dan cabaran masa depan murid.

Murid didedahkan dengan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai yang menjadi ciri-ciri masyarakat Malaysia.

Tematik
Sayangi Diri Sayangi Keluarga

Tema PSK

Hidup Bersama di Sekolah & Masyarakat


Kenali Budaya Malaysia Malaysia Negaraku

Tematik

Tema dalam PSK tidak terikat dengan urutan

Guru boleh menyesuaikan tema dengan aktiviti dan isu semasa.

Tugasan
Konsep
Guru akan melibatkan murid dengan aktiviti atau tugasan yang diberikan yang turut menyediakan peluang untuk berlatih atau mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.

Kelebihan Pembelajaran Melalui Tugasan


Aktiviti / tugasan yang menarik dapat memotivasikan murid menimba pengetahuan dan kemahiran.

Menyediakan peluang berinteraksi dan tahap sosial murid.

Strategi Pembelajaran Melalui Tugasan


Guru boleh membantu memberi maklumat atau memaklumkan cara untuk menyiapkan keperluan tugasan. Apabila murid memulakan tugasan, guru perlu memantau pencapaian dan memberi bantuan jika perlu.

Strategi Pembelajaran Melalui Tugasan

Refleksi selepas tugasan: guru hendaklah menyemak tugasan dengan murid.

Menyediakan maklumbalas umum tentang pencapaian dan mengukuhkan idea utama seiring dengan matlamat.

TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA

You might also like