You are on page 1of 25

1.

1 PENGENALAN

Secara fitrahnya, didalam jiwa, perasaan dan keinginan manusia tertanamnya rasa sukakan keindahan. Keindahan adalah merupakan satu kesenian, dan untuk mentakrifkan seni itu secara tepat adalah sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Islam adalah merupakan sebuah agama yang indah dan sejahtera. Diturunkan oleh Allah S.W.T kepada seluruh ummat manusia tanpa mengenal bangsa. Islam adalah agama yang nyata (waqie) sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya.1 Didalam tugasan ini, akan diterangkan apakah pengertian serta falsafah seni dalam islam. Mengenal pasti prinsip-prinsip seni dan peranannya terhadap manusia dan apakah contoh-contoh kesenian yang terdapat didalam islam. Hakikatnya, seni dan manusia tidak dapat dipisahkan. Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima.2 Justeru, bersama kita susuri dan hayati bagaimanakah konsep dan keindahan kesenian didalam Islam.

https://sites.google.com/site/khazalii/8udi3052keseniandalamislam(bab8) https://sites.google.com/site/khazalii/8udi3052keseniandalamislam(bab8)

2.1 KONSEP KESENIAN DALAM ISLAM Seni adalah merupakan sesuatu yang elok, lembut, indah, senang didengar atau dilihat. Ini termasuklah seni tampak, seni lukis, seni suara dan sebagainya.3 Kesenian Islam adalah salah satu kebudayaan Islam yang berkonsepkan keindahan atau sesebuah karya yang dizahirkan melalui daya kreatif yang pelbagai dengan tujuan untuk membantu memeriahkan kebesaran Allah s.w.t . Kesenian menurut perspektif Islam adalah untuk membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t dan mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran).Berseni seharusnya meliputi aspek yang positif serta dapat membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Seni juga boleh dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula menyatakan bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak. Hakikatnya, pembangunan kesenian di dalam Islam mestilah bertunjangkan aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Karya seni dalam Islam adalah merupakan satu usaha dan perantaraan untuk menzahirkan keindahan Islam dan kebesaran Allah serta menjadi alternatif medan dakwah yang ditundukkan kepada tujuan demi mencari keredhaan Allah s.w.t.

Prof Madya Dr Mohd Yusuf Amad ,Open University Malaysia (OUM),MPW1143/2143- Pengajian Islam. Meteor Doc Sdn.Bhd:Selangor,2010 .

3.1 FALSAFAH SENI DALAM ISLAM Seni itu indah dan keindahan itu adalah kesenian. Sebagaimana hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan Dia sukakan keindahan.4 Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah s.w.t lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya.Sebagaimana manusia yang dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Allah menciptakan manusia dengan penuh keseniaan dari segi perbezaan rupa dan warna kulit. Bahkan, kesenian unggul dalam Islam sendiri terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia. Jika seni membawa seseorang itu kepada kelalaian dan melupakan Allah, maka seni itu telah lari dari prinsip islam yang sebenarnya. Oleh itu, setiap pencinta seni haruslah memahami maksud seni dalam islam. Motif seni dalam islam mestilah menjurus kepada yang makruf dan mengutamakan yang akhlak. Islam telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada para seniman untuk melahirkan pengucapan rasa keindahan dan pengalaman yang lahir dari naluri asasi manusia yang sememangnya menjurus ke arah keselamatan, kesenangan dan keindahan. Seni pada asasnya tidak bertentangan dengan Islam. Apa yang menjadi isu sebenarnya adalah apabila perlaksanaan tidak menghalalkan cara. Atau secara jelasnya,bagaimana cara perlaksanaannya (cara seni itu dikendalikan dan dilaksanakan), adakah ianya dibenarkan dalam islam serta sejajar dengan tuntutan tauhid dan syara. Sebagai contoh, seni suara misalnya, perlu dilihat dari aspek di mana dia menyanyi, bagaimana pemakaiannya-menutup aurat atau tidakbagaimana seni katanya dan siapakah pula pendengarnya. Jika perlaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip Islam, maka ia tidak dilarang.

http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/konsep-kesenian-islam.html

Seorang pencinta seni harus mengetahui apa yang sesuai dengan Islam. Mana-mana yang bertentangan mestilah ditinggalkan. Motif berseni tidak seharusnya bermatlamatkan kepada hiburan, tujuan keduniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan, sekiranya betul pembawaan seni itu, ianya dikira sebagai ibadah. Walaubagaimanapun, setiap apa pun yang kita lakukan haruslah dengan penuh kesederhanaan. Ketaksuban yang melebihi batas terhadap sesuatu amat ditegah dalam Islam. Ini kerana ia boleh mengundang kepada kemudharatan dan akhirnya menimbulkan syirik kepada Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas." Bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud: Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kaum (umat Islam) umat yang pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. .5 Ini kerana, sehebat manapun hasil kesenian ciptaan manusia, tiada apa pun yang dapat menandingi kehebatan dan kebesaran ciptaan serta kuasa Allah s.w.t. Kesenian adalah bertujuan untuk melahirkan rasa kagum akan kebesaran dan keindahan alam ciptaan Allah. Tujuan utama
seni adalah menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga

makhluk. Kerana itu, kita harus berhati-hati agar rasa takjub kita terhadap keindahan dunia tidak melebihi rasa takjub kita kepada kebesaran Allah s.w.t.

Al-Quranul Karim, surah Al-Baqarah ayat 143.

4.1 PRINSIP SENI DALAM ISLAM Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama : a) Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara dan sebagainya. b) Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya. c) Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya. d) Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa.6 Untuk memastikan seni Islam sejajar dengan tuntutan tauhid dan syara. Prinsip-prinsip berikut haruslah dititikberatkan. Antaranya ialah: 1. Seni haruslah memartabatkan akhlak islam Selari dengan motif seni dalam Islam yang menjurus kepada yang makruf dan mengutamakan yang akhlak. Sebagaimana yang telah diterangkan dalam konsep kesenian dalam Islam, seni adalah untuk membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t dan mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran). Bidang nyanyian khususnya, hakikatnya suara yang merdu dan indah adalah anugerah dari Allah buat hambaNya. Dan Islam tidak melarang ummatnya untuk berhibur dengan keindahan seni suara selagimana ia tidak melanggar batas syariat. Keindahan suara yang merdu boleh dizahirkan dalam bentuk nasyid, qasidah dan taranum. Seni kata lagu atau nyanyian hendaklah mengandungi unsur nasihat dan pengajaran serta tidak melalaikan ataupun bertujuan untuk menarik perhatian semata-mata. Ramai orang pada masa kini berhibur bukan dengan cara sepatutnya. Menyanyi dalam keadaan yang tidak menutup aurat, menjerit-jerit serta tidak menjaga batas pergaulan diantara lelaki dan wanita. Ini adalah merupakan sesuatu yang menyalahi prinsip kesenian dalam Islam. Begitu juga dengan seni lakonan, ianya mampu
6

https://sites.google.com/site/khazalii/8udi3052keseniandalamislam(bab8)

menjadi medan dakwah yang efektif sekiranya ia tidak melanggar batas-batas syariat seperti menjaga batas pergaulan, berpakaian menutup aurat seta berunsur nasihat dan Islamik. 2. Meningkatkan nilai kemanusiaan Dari segi istilah ilmu berkebudayaan, seni membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Setiap ciptaan manusia adalah seni yang lahir daripada cetusan ilham melalui pengamatan dan kajian kita tentang alam persekitaran. Kesenian ialah segala aktiviti yang berkaitan dengan seni yang menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia adalah ciptaan Allah s.w.t ataupun dihasilkan melalui fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia. Setiap hasil seni yang tercipta seharusnya memberi kemaslahatan kepada manusia dan kehidupan dan bukannya kemudharatan. Seperti seni lukis,seni ukir, seni hias, dan seni bina, ia adalah merupakan seni yang boleh dihayati dengan penglihatan mata. Keindahan hasil seni lukis, seni ukir dan seni hias mampu memukau pandangan mata dengan keindahan warna, ukiran dan hiasan yang dilkakukan. Namun jika ia disalah gunakan seperti melukis gambar lucah, atau mengukir benda yang bernyawa seperti patung manusia, atau pun haiwan sehingga menjadi benda yangg boleh mensyirikkan Allah, sudah pasti ianya adalah amat salah disisi islam. Islam mengutamakan ajaran tauhid yang asli kerana itu ia menghindar dari sebarang pencemaran syirik, maka penggunaan mitos serta lambang-lambang tertentu yang memesongkan inti tauhid adalah dilarang. Di dalam kesenian mukadas, bukan saja perutusan atau isinya sahaja yang mesti suci, bentuk atau salurannya juga mesti suci. Lukisan atau karikatur yang berunsurkan hinaan,

sindiran atau menyentuh sensitiviti keagamaan atau perkauman boleh menimbulkan dendam, dan pergaduhan. Maka sudah nyatalah perkara ini adalah sesuatu yang negatif dan boleh menimbulkan kemudharatan kepada hubungan sesama manusia. Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud: Tidak mudharat dan tidak memudharatkan. (Riwayat Ibn Majah). Justeru, jadikan seni sebagai sesuatu yang boleh menimbulkan kemaslahatan dan bukannya kemudharatan. Kerana setiap perkara yang boleh menimbulkan kemudharatan adalah dilarang
6

dalam Islam.

Islam menggalakkan ummatnya agar mengetahkan konsep wasatiyah

(kesederhanaan/pertengahan) dalam melakukan apa jua tindakan dan perbuatan. Membangunkan seni perlulah mengambil kira aspek-aspek seperti matlamat, akibat dan manfaat seni yang dilahirkan kepada alam dan manusia.

3. Seni Islam berdasarkan wahyu Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam. Menjadikan Al-quran, hadis dan sunnah sebagai pegangan dan sumber rujukan utama dalam berseni. Islam itu adalah syumul (sempurna/halus), setiap garis panduan yang telah ditetapkan dalam wahyu Allah iaitu al-quran adalah sempurna dan bersesuian dengan fitrah manusia, pada semua tempat, dan zaman. Dalam seni ukir khususnya, islam membenarkan ahli seni untuk membuat ukiran atau memahat bentuk-bentuk tidak bernyawa seperti pemandangan, tumbuhan, gunung-ganang dan sebagainya. Namun apa yang dilarang dalam islam ialah mengukir atau memahat bentuk-bentuk yang bernyawa contohnya seperti manusia atau haiwan kerana ianya boleh menjadi bahan yang boleh dipuja dan akhirnya menimbulkan syirik kepada Allah. Pada zaman sekarang, menyimpan tangkal dan mempercayainya sebagai pelindung diri sudah menjadi perkara yang lazim dikalangan kita. Sebagai contoh, menyimpan keris lama atau cincin dan mempercayai bahawa benda itu boleh memberikan perlindungan dan menghindarkan diri daripada bala. Ini sudah jatuh kepada perkara syirik kerana mempercayai ada yang lebih berkuasa melainkan Allah s.w.t. Walhal, benda-benda tersebut adalah hasil daripada ciptaan tangan dan kesenian manusia juga. Ianya tidak mampu memberikan apa-apa kuasa mahupun kekuatan. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang maha kuasa dan dapat memberi perlindungan kepada kita. Tiada apa yang mampu menandingi kekuasaannya dan dialah yang telah menciptakan sekalian alam.

6.1 PERANAN SENI TERHADAP MANUSIA Dalam Islam, seni sepatutnya dapat memberi kesan dalam jiwa manusia serta dapat menghubungkan hamba dengan penciptanya. Menimbulkan rasa kagum dengan kekuasaan dan keesaan Allah serta menyedari bahawa setiap keindahan yang ada dunia ini adalah datangnya dari kekuasaan Allah. Berseni adalah bakat dalam diri manusia, dan bakat itu adalah anugerah kurniaan Allah. Berikut adalah peranan seni kepada manusia : Menggiatkan akal supaya menyedari dan menghayati kaitan antara seni dengan alam rohaniah dan alam fizikal dan seterusnya menyedarkan dirinya tentang keagungan AllahSayyid Hossein Nasr (dalam buku Spritual dan Seni Islam) memberi pandangan, dalam apa juga bidang sekalipun, seni Islam itu mestilah mempunyai fungsi spiritual yang dapat membimbing manusia supaya mengingati Allah s.w.t.. Dalam pandangannya itu beliau telah menegaskan: Seni itu tidak dapat memainkan suatu fungsi spiritual apabila ia tidak dihubungkan dengan bentuk dan kandungan wahyu Islam7 Dalam seni lukis khususnya, seorang pelukis akan terkenang kepada bakat anugerah Allah pada dirinya iaitu dapat melukis dengan baik. Sebagai tanda rasa syukur dan menghargai kurniaanNya, dia menterjemahkannya melalui lukisan-lukisan yang berunsurkan keindahan alam ciptaan Allah. Jika lukisan itu tentang pandangan alam, maka ia akan berfikir bahawa alam yang indah ini pasti ada penciptanya. CiptaanNya terlalu indah dan agung hingga tidak dapat ditandingi dengan hasil kesenian manusia. Dengan wujudnya rasa rendah diri ini, maka setiap apa yang dihasilkan lahir dengan penuh tawadhuk dan merasakan bahawa setiap apa yang dihasilkan adalah merupakan ilham dari kebesaran Allah s.w.t. Begitu juga dengan seni suara, Allah telah menganugerahkan seseorang itu dengan suara indah dan merdu. Kerana rasa syukur dengan kelebihan yang telah dianugerahkan, dia memanfaatkan suara yang indah tadi dengan laungan azan dan taranum yang dapat memukau setiap pendengar. Suara yang merdu pastinya dapat menimbulkan rasa tenang dan syahdu sekaligus dapat memberi kesan kepada jiwa untuk menghayati kalimah Allah dan memahaminya disamping

menyerlahkan keindahan kalamullah itu sendiri.


7

http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/konsep-kesenian-islam.html

Membina kekhusyukan dan ketenangan jiwa- secara fitrahnya, manusia cenderung ke arah sesuatu yang indah dan seni. Sebagaimana yang telah dijelaskan, seni adalah merupakan sesuatu yang elok, lembut, indah, senang didengar atau dilihat.Kesenian islam seharusnya membawa nilai yang positif kepada kehidupan manusia. Seni hias contohnya, menghias sesuatu benda atau tempat juga memerlukan kekreatifan dan daya pengamatan yang amat tinggi. Sebagai contoh, masjid dihiasi dengan warna, ukiran, dan tulisan khat yang indah serta pelbagai kemudahan seperti kipas, penghawa dingin serta taman-taman bagi mewujudkan rasa tenang,selesa dan khusyuk ketika menunaikan ibadah kepada Allah. Ini kerana masjid bukanlah hanya sekadar menjadi tempat untuk beribadah sahaja, tetapi ianya sering digunakan untuk melakukan aktiviti seperti musyawarah, kuliah, pusat rehlah bagi keluarga serta pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Oleh itu, disamping seni bina yang indah, hiasan dan landskap yang menenangkan juga dapat menarik ramai orang untuk mengunjungi rumah Allah sekaligus dapat menjadi salah satu alternatif dakwah bagi menarik minat mereka yang bukan Islam. Kerana itu Islam menggalakkan agar para pencinta seni berseni untuk mayarakat dan agama dan bukannya seni hanya sekadar untuk seni sahaja. Sebagaimana seni alunan suara yang merdu dan indah juga, segala alunan yang berbentuk pujian-pujian kepada Allah dan rasulnya sama ada zikir, qasidah atau pun nasyid, jika dialunkan dengan merdu dan indah pasti akan dapat menimbulkan rasa tenang dan khusyuk didalam jiwa. Kerana tiada apa yang lebih tenang selain daripada mengingati Allah s.w.t sebagaimana dalam firmanNya dalam surah Ar-Raad ayat 28 yang bermaksud: Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang.8

Al-Quranul Karim, Surah Ar-Raad ayat 28.

Menanam rasa takwa kepada Allah melalui seni yang berpaksikan tauhid- pembangunan kesenian didalam islam mestilah bertunjangkan aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt serta berlandaskan Al-quran, hadis dan sunah Rasulullah s.a.w. Setiap apa pun yang kita lakukan adalah demi mencari keredhaan Allah s.w.t. Seperti seni dalam fesyen baju muslimah. Konsep rekaan hendaklah menepati hukum syara dan tidak hanya bertujuan untuk mendapat keuntungan atau hanya sekadar seni untuk memuaskan hati masyarakat sahaja. Sekiranya para pencinta seni benar-benar menghayati tentang keindahan islam, sudah tentu dia akan mencipta sesuatu yang boleh membawa insan ke arah kebaikan serta boleh menghubungkan hamba kepada penciptanya. Fesyen baju muslimah sudah menjadi trend dikalangan kaum hawa masa kini. Pelbagai jenis pakaian muslimah yang boleh kita lihat pada masa kini. Namun, jika hanya mementingkan kecantikan luaran sahaja sehingga meminggirkan hukum syara-tidak menutup aurat dengan sempurna, ianya sudah salah disisi islam. Penampilan luaran mempengaruhi dalaman kita. Cantik bukan bermakna untuk menarik perhatian atau mendapat pujian, tapi kecantikan itu boleh menjadi satu ibadah sekiranya berlandaskan hukum Islam dan demi mendapat keredhaan Allah. Seni dalam pakaian seharusnya dapat menyedarkan bahawa berpakaian bukan hanya sekadar membungkus tubuh agar kelihatan cantik dipandangan mata manusia tetapi menyedarkan kita bahawa berpakaian kerana ingin menutup aurat dengan rasa tawadhuk sebagai seorang hamba agar sentiasa kelihatan cantik dihadapan Allah disamping untuk mendapat keredhaanNya.

Seni adalah sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari daripada batas-batas syariat- Seni seharusnya dapat membimbing manusia kearah kehidupan yang lebih bertamadun dan beradab. Kesenian Islam tidak bermotifkan hiburan semata-mata malah ianya menjurus ke arah mentarbiah masyarakat menjadi insan yang beriman, berakhlak, berilmu dan beramal soleh. Oleh itu, sesuatu itu bukanlah dianggap seni sekiranya ia tidak dapat menjalankan fungsinya untuk membimbing manusia ke arah yang lebih baik dan mengingati Allah s.w.t. Sebagai contoh, seni kaligrafi- seorang guru mengajar muridnya menulis tulisan jawi dan arab. Kemudian murid tersebut mengembangkan lagi bakatnya dengan mempelajari tulisan khat.
10

Apabila mahir, dia memanfaatkan kemahiran keseniaannya dengan mengukir dan menulis tulisan khat pada dinding masjid sebagai hiasan. Kemudian menyumbangkan lagi bakatnya dalam penulisan ayat suci Al-Quran yang akhirnya boleh dibaca oleh seluruh ummat islam. Hasil daripada rantaian ilmu ini telah mengembangkan seni sebagai medan dakwah yang mampu mendidik manusia ke arah hidup yang lebih positif serta berbakti kepada agama. Bakat seni itu boleh diasah dan dibentuk, dan jika kena dengan acuan yang elok dan cantik maka eloklah jadinya dan jika tidak maka sebaliknya.

11

7.1 BIDANG SENI DALAM ISLAM Antara bidang seni dalam Islam termasuklah: a) Seni khat seperti tulisan Jawi/Arab pada kertas, kain, kayu, lukisan dan sebagainya. b) Seni bina seperti masjid, kubu tentera, mihrab, mimbar, empangan dan lain-lain. c) Seni suara seperti nasyid, qasidah, tilawah al-quran, berzanji, dan sebagainya. d) Seni muzik seperti lagu perang, menyambut kelahiran, menyambut hari raya, hari perkahwinan dengan menggunakan alat muzik ringan seperti kompang, rebana dan gendang. 7.1.1 Seni khat Maksud Seni Khat Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Ianya merupakan seni bentuk tulisan Jawi/ Arab (calligraphy). Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan. Seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Ia juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni.9 Sejarah Ringkas Seni Khat. Khat adalah merupakan salah satu kesenian yang sangat halus dan indah. Ianya lahir dan berkembang dalam penulisan arab dan menjadi sebahagian daripada peradaban islam. Setelah kehadiran islam, penulisan arab semakian giat berkembang. Seni Khat telah menjadi salah satu ciri untuk memperindahkan tulisan menjelang abad pertama dan kedua Hijrah. Ketika zaman Rasulullah, Islam telah datang membawa perubahan yang besar terutama dalam bidang penulisan. Penulisan telah menjadi perantaraan terpenting dalam penetapan pencatatan, pengajaran dan penghebahan sehingga ia berkembang luas. Selepas hijrah nabi, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung mengatasi perkembangannya selama tiga abad selepas itu iaitu pada zaman Khulafa Ar9

http://hasrulkhat.webnode.com/pengenalan-khat/

12

Rasyiddin, zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a dan seterusnya pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah. Ini kerana, pengumpulan dan penulisan Al-quran pada ketika itu giat dijalankan memandangkan ramai para penghafaz Al-quran yang syahid syahid di peperangan. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, beliau telah mengamanakan Zaid bin Thabit mengumpul dan menulis al-Quran.

Raja 7.1.1 Tulisan Khat Arab ( Kufi) di kubur Thabit bin Zaid pada 64H. Pada zaman Bani Umaiyah, khat mula berkembang maju. Bentuk tulisan pada ketika itu lebih lembut mempunyai nilai estetika yang tinggi. Tanda titik dan baris mula diperkenalkan untuk memudahkan orang-orang ajam (selain bangsa Arab) mengenali tulisan Arab. Ziad (Dato Bandar Basrah) merupakan penulis wahyu Rasullullah meminta Abu Aswad al-Du'ali meletakkan tanda titik pada tahun 45 Hijrah, kemudian perletakan baris disempurnakan oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi. Disamping itu penggunaan kertas yang terkenal dengan nama kertas Syami adalah salah satu langkah positif dalam usaha meningkatkan penulisan seni khat.10

10

http://hasrulkhat.webnode.com/pengenalan-khat/

13

Rajah 7.1.2 Tulisan Kufi yang hampir kepada nasakh yang diletakkan baris oleh al-Farahidi ditemui berusia sejak 135H. Keindahan seni khat telah sampai ke kemuncaknya pada tahun 300 Hijrah di tangan bapa khat Arab, iaitu Abu Ali Muhammad bin Muqlah, merupakan seorang penulis, penyair, khattat (penulis khat) dan seorang menteri di Baghdad (272-328H / 885-939M). Beliau mempelajari khat daripada al-Ahwal al-Muharral dan merupakan orang yang mula-mula mencipta kaedah menilai penulisan khat dengan menggunakan alif sebagai asas penentuan bentuk huruf, maka terhasillah daripadanya khat yang indah dengan kaedah yang mantap ini dan seterusnya berkembang di timur dan barat. Jenis- jenis Tulisan Khat Terdapat empat jenis khat yang biasa kita ketahui dan lazim digunakan pada masa kini. Antaranya ialah : Khat Nasakh: Khat Nasakh berkembang daripada bentuk yang kaku kepada bentuk yang terkini sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Khat ini telah sampaikan kepada orang Arab Hijaz dan digunakan di jabatan-jabatan kerajaan dalam urusan surat-menyurat pada zaman permulaan Islam. khat ini bertambah baik bentuknya apabila khattat Ali bin Muqlah (tahun 272-328H) telah mencipta kaedah penulisan Khat Nasakh. Pada masa kini, khat

14

nasakh digunakan dalam alam pendidikan dan sering menjadi pilihan untuk dipertandingkan di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Contoh khat Nasakh:

Khat Riqah : Sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah (850H). Tujuan khat ini dicipta ialah untuk menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Menurut Kamus Bahasa Riqaah bermaksud cebisan kertas yang ditulis. Ciri tulisan ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini dalam masyarakat kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan. Pada masa kini penggunaannya turut diperluaskan dalam urusan surat menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar dalam akhbar. Contoh Khat Riqah:

15

Khat Thuluth Dinamakan Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) mata pen. Ada pendapat mengatakan asalnya khat ini ditulis menebal dengan 24 helaian bulu kuda. Kemudian ketika jenis ini ditulis pula dengan menggunaka 2/3 menjadikan namanya Khat Thulutain ( 2/3), kemudian terakhir ditulis dengan menggunakan 1/3 daripada 24 helaian bulu kuda menjadikan namanya Thuluth(1/3) iaitu 8 helaian bulu kuda. Merupakan khat yang paling sukar dan sering digunakan pada hiasan dinding dan kubah-kubah masjid. Contoh khat Thuluth:

Khat Thultuh yang digunakan sebagai hiasan didalam masjid :

16

Khat Kufi Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya. Dengan dihiasi pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris dan juga alat jangka lukis. Khat kufi juga boleh dihasilkan dengan menggunakan Microsoft excel. Contoh khat kufi :

Unsur Khat Kufi pada hiasan dinding Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putarajaya :

17

7.1.2. Seni Bina Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia.Ibn Khaldun dalam kitabnya berjudul al- Muqadimah menyatakan, Kedudukan rohani setiap bangsa, pandangan hidupnya, cita-citanya, telah dilahirkan pada bangunan-bangunan yang didirikannya. Setiap bangsa yang mendorong ke arah kemajuan pasti mempunyai kepintaran ilmu bangunan sebagai pembuktian betapa tingginya sesuatu tamadun.11 Seni bina Islam yang terpenting dan harus diperhatikan adalah seni bina masjid kerana ia adalah merupakan bangunan pertama yang dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w. Sejarah Perkembangan Seni Bina Islam Pada awalnya, sejarah seni bina Islam bermula dan berkembang secara berperingkat seiring dengan perkembangan seni pembinaan kota dan tradisi ilmu. Seni bina Islam bermula melalui pembinaan masjid (Masjid Nabi) di Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Di awal pembinaan masjid Nabawi, masjid ini tidak mempunyai menara mihrab atau kubah. Sebagaimana dalam hadis riwayat Al-Bukhari yang bermaksud-Nafi` r.a berkata:`bahawa Abdullah bin Umar r.a memberitahu kepadanya bahawa pada zaman Rasululullah s.a.w,Masjid itu dibina daripada batu-batu yang dijemur,atapnya dari dahan kurma serta tiangnya dari batang kurma.12 Pembinaan kubah masjid dikatakan bermula apabila ia dibina berdekatan dengan masjid yang didirikan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 636 Masihi berhampiran dengan Masjid al-Aqsa di Jerusalem, Palestin. Secara umumnya kini, semua masjid di seluruh pelosok dunia mengandungi unsur seni bina seperti mihrab, menara mimbar, kubah dan seni kaligrafi (khat) Arab yang mengandungi ayat suci Al-quran untuk melambangkan identiti masjid diperingkat zahir, dan secara tidak langsung melambangkan indentiti Islam dari sudut nilai kebatinannya.

11

http://electro-rk86.blogspot.com/2012/04/seni-dalam-pengertian-islam.html http://tmaarh66.blogspot.com/2011/02/sejarah-pembinaan-masjid-nabawi.html

12

18

Ciri-ciri utama seni bina Islam

di peringkat negara Islam dan seluruh pelosok dunia terdapat kesatuan dalam seni bina natijah dari kesatuan dalam Islam, melalui konsep tauhid

ciri-ciri kesatuan dalam seni bina Islam ialah pengaruh dari pusat- pusat ketamadunan Islam seperti Madinah dan Makkah (Semenanjung Arab), Baitui Muqaddis (Palestin), Baghdad (Iraq) dan Damsyik (Syria).

oleh sebab Islam itu merupakan suatu cara hidup (ad-Din) yang menyeluruh dan sempurna, maka ia menyerap dan berkembang secara menyeluruh ke dalam kehidupan manusia serta tidak disempitkan atas dasar ibadat semata-mata.

Secara umumnya, masjid bukan hanya tempat untuk ibadat sahaja, kertika era pemerintahan Rasulullah hinggalah kini ia turut digunakan sebagai tempat untuk perpustakaan, tempat musyawarah, politik serta sebagai tempat untuk ummat islam melakukan pelbagai masjlis ilmu. Jadi tidak hairanlanlah mengapa saiz ruangan bagi sebuah masjid kebanyakannya luas dan besar kerana ia bertujuan agar boleh memuatkan ramai jemaah dan melakukan pelbagai aktiviti dan bukan untuk tujuan ibadah sematamata.

Masjid Nabawi, Madinah yang unik dan tersergam indah.

19

Dalam seni bina Islam, seni bina masjid khususnya, antara ciri-ciri yang boleh dilihat ialah khususnya dari aspek binaan mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang berkumpul, anjung dan serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain lagi seperti taman-taman yang bercirikan islamik. Walaubagaimanapun, seni beni islam tidaklah mengutamakan aspek keindahan dan perhiasan sebagai matlamat, tetapi hasil gabungan seni kreativiti dan inovasi mat, artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang bernilai tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan eka bentuk yang dibuat berdasarkan ajaran alQuran. Berikut adalah contoh gambar binaan masjid yang unik dan indah:

Rajah 7.1.2 Keunikan kubah Masjid Al-Hadhari, Terengganu

Rajah 7.1.3 Masjid di Kruszyniany, Poland [ walaupun senibinanya kelihatan seperti seni bina barat namun kewujudan menara berkubah dikiri dan kanannya masih menampakkan dan mengekalkan ciri-ciri islamiknya].

20

Rajah 7.1.4Masjid Manjali di Atyrau, Kazakhstan

Rajah 7.1.5Masjid Kul Sharrif di Kazan,

7.1.3. Seni Suara Seni Suara bermaksud mengalunkan suara dengan merdu ( sekadar yang dianugerahkan oleh Allah).
13

Suara yang indah adalah anugerah dari Allah s.w.t. Islam tidak melarang

ummatnya untuk menikmati keindahan seni suara selagimana ianya tidak bertentangan dengan syara serta disalurkan dengan cara yang betul. Alunan suara biasanya berbentuk nyanyian. Setiap tempat dan bangsa mempunyai nyanyian atau lagu-lagu yang tersendiri. Dalam islam, Terdapat pelbagai cara untuk menyalurkan seni suara dengan cara yang lebih baik dan bermanfaat. Antaranya ialah: Tilawah Al-quran : Tilawah Al-quran adalah salah satu pembacaan al-quran dengan menggunakan taranum. Tarannum dari segi bahasa ialah lagu. Manakala dari segi istilah ialah mencantikkan dan mengelokkan suara mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Ia membawa maksud ilmu dan kaedah memperelok atau memperindah bacaan al-Quran secara berlagu. Tujuan mengalunkan seni suara ini adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca terhadap keindahan kalimah-kalimah Allah S.W.T serta mampu menghayati setiap kalimah yang dialunkan. Sesuai dengan gesaan Rasulullah s.a.w supaya membaca al-Quran dengan cara yang paling baik, seperti yang dapat difahami melalui satu hadis
13

http://lms.oum.edu.my/e-content/MPW2143/content/03171817MPW1143_2143_V3/topic%204/4_8.html

21

yang bermaksud: Hiasilah al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan al-Quran. (Riwayat Hakim). Qasidah : Qasidah adalah merupakan syair Arab yang menjadi amalan sebagai penghibur hati orang Arab sejak dari zaman Rasulullah lagi. Ianya mengandungi pujian-pujian kepada Allah serta rasulnya serta berunsurkan nasihat dan biasanya dinyanyikan secara berkumpulan. Alunan qasidah yang indah boleh menimbulkan rasa rindu dan keharuan kepada Allah dan rasulnya. Ianya sering menjadi amalan orang Arab didalam majlis ilmu, perkahwinan dan juga majlis keramaian. Kini, Di Malaysia juga turut terdapat kumpulan-kumpulan qasidah yang telah ditubuhkan. Nasyid: Nasyid adalah merupakan salah satu medan dakwah yang kontemporari. Rentak lagu yang pelbagai serta berunsurkan nasihat dan pengajaran. Nasyid dapat menjadi salah satu cara untuk menarik minat anak-anak muda untuk mengenali dan mendekati Islam. Nyanyian nasyid yang elok adalah yang meliputi aspek kerohanian dan ketuhanan dan bukannya berkisarkan perasaan semata-mata. Pada masa kini, pelbagai usaha yang telah dilakukan para kumpulan Nayid untuk mempelbagaikan persembahan nasyid mereka agar kelihatan menarik serta dapat menyampaikan mesej dan maklumat dengan cara lebih berhikmah dan indah.

7.1.4. Seni Muzik: Islam tidak mengharamkan muzik secara total. Tetapi islam memberikan garis panduan agar muzik tidak disalahgunakan. Kita dibolehkan untuk berhibur tetapi bukan dengan cara yang berlebih-lebihan dan keterlaluan sehingga menyebabkan kelalaian. Terdapat beberapa ciri muzik yang dibenarkan oleh Islam iaitu : I. Muzik yang lembut dan berdisiplin- jika kita lihat pada zaman sekarang, ramai dikalangan remaja kita terpengaruh dengan budaya barat dan suka kepada muzik yang
22

berat dan berlebihan sehingga menyebabkan mereka lalai dan jauh dari agama. Muzik yang lembut dapat menimbulkan ketenangan dan kesan positif dalam diri kita dan begitulah sebaliknya kerana rentak sesebuah muzik dapat mempengaruhi emosi dan perasaan kita secara psikologinya. II. Tidak menganggu, seperti pada waktu solat, terlalu kuat, pada larut malam dan mengganggu jiran tetangga. Sebagai contoh, berkaraoke sehingga muzik yang dipasang terlalu kuat dan mengganggu ketenteraman jiran-jiran tetangga. Perkara ini bukan sahaja boleh mengganggu ketenangan sesebuah rukun tetangga malah boleh menimbulkan kemarahan dan pergaduhan. III. Diadakan di tempat yang baik seperti majlis perkahwinan, hari perayaan, dan bukannya ditempat yang bertentangan dengan Islam contohnya seperti kelab malam kaberet , bar dan sebagainya. IV. Berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan diantara lelaki dan perempuan serta menjauhi perkara yang haram seperti minum arak, zina dan tarian yang dilarang.

23

8.1 RUMUSAN Secara ringkasnya, faslasafah kesenian dalam Islam adalah berpaksikan kepada tauhid. Hakikatnya, Islam tidak menjadikan keindahan dan hiasan dalam berseni itu sebagai satu matlamat tetapi Islam mengutamakan manfaat kesenian itu kepada agama dan masyarakat. Motif seni dalam islam haruslah menjurus kepada yang makruf , mengutamakan pembangunan akhlak serta mencegah kepada perkara mungkar. Islam tidak menentang seni, selagimana seni tersebut tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip seni dalam Islam. Prinsip seni dalam Islam mestilah memartabatkan akhlak Islam, meningkatkan nilai kemanusiaan, dan berlandaskan wahuyu serta menghubungkan manusia dengan penciptanya. Fungsi seni dalam Islam adalah untuk menggiat akal manusia ke arah perkaitan alam rohani dan jasmani. Membina jiwa yang tenang dan khusyuk serta menambahkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Antara contoh-contoh bidang kesenian dalam Islam ialah, Seni khat, seni bina, seni suara seni muzik dan pelbagai lagi. Secara fitrahnya, manusia dan seni memang tidak dapat dipisahkan. Seni yang pelbagai mampu menjadi medan dakwah yang efektif jika para pencinta seni benar menghayati konsep kesenian yang sebenar mengikut Islam.

24

9.1 BIBLIOGRAFI

Prof Madya Dr Mohd Yusuf Amad ,Open University Malaysia (OUM),MPW1143/2143Pengajian Islam. Meteor Doc Sdn.Bhd:Selangor,2010 . https://sites.google.com/site/khazalii/8udi3052keseniandalamislam(bab8) http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/konsep-kesenian-islam.html http://hasrulkhat.webnode.com/pengenalan-khat/ http://lms.oum.edu.my/econtent/MPW2143/content/03171817MPW1143_2143_V3/topic%204/4_8.html http://electro-rk86.blogspot.com/2012/04/seni-dalam-pengertian-islam.html http://tmaarh66.blogspot.com/2011/02/sejarah-pembinaan-masjid-nabawi.html Al-Quranul Karim, surah Al-Baqarah ayat 143. Al-Quranul Karim, Surah Ar-Raad ayat 28.

25

You might also like